Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

04 March, 2012

Cambodia Hari 3 Part 1- Boating at Tonle Sap

Hari ke-3 ialah ke TONLE SAP iaitu sebuah tasik yang dihuni oleh penduduk kemboja di mana kehidupan mereka hanya di tasik itu sahaja.  Bekerja pun di dalam tasik.

 Kalau ikut perancangan, driver tuk-tuk akan jemput kami di hotel pada jam 7.15pagi tapi 7.10pagi Salim call dan aku hanya dengar “show pukul 8.30pagi sebab 7.30pagi sudah penuh, nanti saya pergi beli tiket dulu, nanti habis.  Saya guna duit saya dulu... tapi seat terpisah lah, 2di depan.. 4 di belakang, ok kah?”  aku macam konfius “haa?  Show 8.30pagi?  rasanya nak naik bot tak perlu beli seat”  Aku bukan lah sound trouble tapi asal calling-calling je talian macam kejap ok kejap k.o.. putus-putus jadi aku main agak-agak aje lah apa yang Salim cakap! 

 Aku bagitau budak-budak lain, dorang macam konfius jugak.. bukan ke pagi pergi Tonle Sap?  Petang baru tengok show kat Cultural Village.  Jadi untuk dapatkan kepastian, aku call Salim.  Barulah faham bahawasanya 8.30pagi tu ialah tiket untuk pergi Phnom Penh haih. 

 Rumah yang didermakan

7.35pagi baru Salim & Nasir jemput kami.  Aku tanya lah kena naik bas apa ke Phnom Penh?  Salim kata tak beli tiket bas.  Hahhhhh?  Aku confused.. habistu kalau bukan beli tiket bas?  Naik apa?  Rupa-rupanya Salim belikan tiket van seperti yang dia janjikan selepas kami sound “nak naik van ke PNH.. kalau boleh $10.. paling mahal pun $11... kalau tak ada tak pyh”.. wah menepati janji sungguh.. bagus!
 Masjid

Berbalik kepada cerita.  Perjalanan dari hotel ke Tonle Sap mengambil masa 25minit.  Kali ini melalui jalan yang tidak biasa kami lalu.  Menurut cerita Salim, jalan yang kami lalu tu ialah tempat di mana banjir teruk haritu & kawasan tu tenggelam teruk & kenderaan tidak boleh lalu.  Laluan itu juga ada sawah padi & tak silap aku, katanya beras tu tak sedap.  (eh, aku tak pasti tapi yg belakang tu aku dengar SEDAP.. tak pasti samada SEDAP @ TAK SEDAP.. maafkan aku) :P

Sempat jugak mereka berhentikan kami berdekatan dengan rumah yang mengadakan kenduri kahwin.  Simple saja, ada 1khemah & 1orang penanggah perempuan yg vogi de vass!  Orang yang pergi kenduri tu pun selamba pakai kain batik he he he!  


Dalam perjalanan, nampaklah rumah-rumah yang didermakan kepada penduduk Kemboja.  Mereka siap tulis nama & dari mana.  Ada dari USA, Canada Korea, Jepun.  Malaysia tiada ya tapi jangan lupa, kita juga ada menyumbang kepada Kemboja, iaitu lembu-lembu untuk dikorbankan pada setiap AidilAdha J  Selain itu, Malaysia juga menyumbang perigi untuk penduduk di sana J  Semoga penduduk Kemboja gembira apa yang diberi walaupun kelihatan tidak seberapa.


Dalam perjalanan, nampaklah rumah-rumah yang didermakan kepada penduduk Kemboja.  Mereka siap tulis nama & dari mana.  Ada dari USA, Canada Korea, Jepun.  Malaysia tiada ya tapi jangan lupa, kita juga ada menyumbang kepada Kemboja, iaitu lembu-lembu untuk dikorbankan pada setiap AidilAdha.  Selain itu, Malaysia juga menyumbang perigi untuk penduduk di sana. Semoga penduduk Kemboja gembira apa yang diberi walaupun kelihatan tidak seberapa.

 Kami meneruskan perjalanan & sampailah di tempat yang dirancang iaitu TONLE SAP.  Driver tolong membelikan tiket kepada kami & bayaran untuk menaiki bot ialah $11, untuk selama 1jam 40minit.  Kami menaiki bot & mendapat tour guide ala-ala korea gitu, baru berumur 19tahun tapi tak sure apa namanya.. can speak English well.



 Sepanjang menaiki bot tu, guide explain bla bla bla tapi memandangkan aku duduk belakang sekali, maka dengar di angin lalu aje lah + aku malas bertanya budak-budak depan apa yang guide explainkan.  Cuma yang aku faham & sempat dengar ialah TONLE means TASIK & SAP means FRESH WATER=  FRESH WATER LAKE.

 Katanya TONLE SAP tu boleh menghubungkan sehingga PHNOM PENH dan mengambil beberapa jam untuk sampai jika menaiki bot laju tapi kalau naik boat yang kami sedang naik tu, mungkin mengambil masa 1hari @ lebih hehe.  Aktiviti mereka hanyalah di TONLE SAP itu sahaja & ada 1boat tu telah dibuat bengkel.  Boleh imagine tak bengkel dalam tasik?  Tapi aku tak sempat snap gambar.

 
Kanak-kanak di dalam besen ini ialah peminta sedekah... sangat sukar kehidupan mereka :-(

Selain itu punca rezeki mereka juga adalah dari hasil tasik itself tapi mereka tidak dibenarkan untuk menjual hasil tasik secara besar-besaran.  Cukup sekadar jual sikit-sikit & makan untuk sendiri bolehlah... their rules!  Di dalam TONLE SAP pun ada sekolah ye!  Di mana budak-budak ni diberi wang saku sekolah supaya mereka rajin ke sekolah.  Sampai begitu sekali.  Juga ada persatuan penduduk TONLE SAP kalau tak silap aku. 


 Bangga seketika dapat bergambar dengan bendera Kemboja hehe.  Di samping itu snap gambar buaya yang sgt banyak... ei ngeri!

 Kalu kelihatan mereka bermain-main dan bersukaria di dalam TONLE SAP itu adalah pemandangan biasa.  Mereka siap gembira & bergeak ketawa lagi walaupun kehidupan mereka agak sukar.  Aku tak boleh bayangkan bagaimana aku kalau sepanjang hidup dihabiskan di dalam tasik/ sungai sahaja di mana keadaan sentiasa terumbang ambing.

Kami singgah di 1 R&R (konon) di TONLE SAP di mana ada menjual souvenirs seperti fridge magnet, key chain, shawl, poscard & macam-macam lagilah.  Di situ juga ada buaya, ikan yang besar (aku tidak pasti apa nama ikan).  Kehadiran kami diganggu gugat oleh 3ekor anjing hitam.  Memanglah anjing itu tidak menggigit, siap menyendeng-nyendeng lagi dengan tourist lain tapi aku malas lah pula nak menyamak andai basah.  Oleh itu kami melarikan diri ke tingkat di paling atas, bergambar dengan bendera Cambodia.  I’m proud.. ecehhhh dan dan aje! :P 


Di sini kelihatan ramai peminta sedekah bersampan menderu-deru datang menyebu untuk mendapatkan sedikit wang / makanan.  Juga kelihatan seorang budak di dalam besen yang memegang ular sambil meminta sedekah.. aduh sayu melihat sisi daif mereka.  Bagaimana klau semua tourist langsung tidak memberi sedekah?  Dia makan dengan apa?  Aku tak boleh nak fikir. Dan ada seorang budak yang sangat kiut duduk sambil memegang ular belaannya.  Yang ni ramai bagi coklat / junk food sebab mungkin dia kiut barangkali?  Diskriminasi di situ hmmm!


Opsss aku snap gambar ni secara tak sengaja.. balik baru perasan hahah maapkan aku tp mls pula nak watermark kekeke.

Lepas tu gerak lah kami ke houseboat sebelahnya pula di mana kami diminta untuk membeli sambil menderma kepada tabung sekolah itu.  Housebout tu menjual barang-barang seperti junk food, books, mineral water , paper & some other things which is aku tak nak beli sebab driver kami dah pesan supaya jangan beli.  Guide tu macam bengang dengan kami sebab tak beli.  Bukan apa, memang barang-barang yang dijual tak ada keperluan untuk aku membelinya.
Souvenir yang di jual dalam boat

Boat kami terus menuju ke jeti.  Sambil-sambil itu nampak lah paya bakau yang seperti menarik kalau di explore.  Erm tak apa lah lain kali kalau ada rezeki, aku nak pergi Siem Reap lagi.  Tapi tak tahu bila :P

Bila balik ke jeti, kami diburu oleh peniaga-peniaga yang menjual “muka” kami di piring kaca.  Aku tidak perasan langsung bilakala mereka snap gambar kami.  1piring tu berharga $5 tapi aku dah sound awal-awal, kalau setakat $1 aku beli lah hehehe sudah tentu-tentu mereka tak jual + aku tak mahu beli sebab muka tak ready pun.  Kalau cakap awal-awal, boleh la aku posing haha.

Ok lah sambung ke HARI 3 PART 2!

6 comments:

  1. jauhhh betul perjalaanan yuuuu ye gep...
    mmg adventure gitu ...

    ku sempat tgk terpat pertemuan sg mekong ngan tonle sap saja di PNH ...

    tgk kehidupa ndiorang mmg rasa alahai daifffnyaaaa kan...yang kayaa sangatttt kayaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe ada masa nnti.. gi le kemboja lg.
      Hatiku terpaut sudah di kemboja aduhhh!

      Adakah kehidupan dorg sukar sbb kekejaman polpot eh?

      Delete
  2. oohh... tak bleh la nak sebut tasik Tonle Sap... nnt jadi kata ganda plak..

    Dekdaa... yg tulisan atas hitam tu, kecik sgt laa, sakit mata den

    ReplyDelete
    Replies
    1. keekeke tu la psl... mcm pelik sebut berganda-ganda.

      Sj jah wat kecik sbb tersangat yakin mmg tak ada org nak baca panjang.
      So that org nampak yg besar jah :P

      Delete