23/1/2012 (Isnin), Phnom Penh, Cambodia
2.20pm kami keluar lobi hotel tu, ada 3 4orang driver tuktuk memburu kami. Jadi kami beritahu plan kami iaitu nak pergi MAKAN-CHEONG EK KILLING FIELD-RUSSIAN MARKET-CENTRAL MARKET – DINNER. Mereka quote $15, punya lah mahal. Ye lah kami bukan nya naik seharian sebab start tu pun 2.30pm-8.00pm.
Tapi alasan dia cakap ialah TOUL SLENG TU JAUH WHICH IS 18KM DARI HOTEL TU... KALAU PERGI BALIK DAH 36KM. Kami cakap ok $15 tapi termasuk tips terus. Mereka cakap ok. Maka hire la 2tuk tuk.
Charkuew tiow (sebat juga sebab memang tak ada makanan lain walau hakikatnya aku tak suka rasanya.. tapi no worries, kawan2 aku semua suka charkuew tiow ni) :-)
View dari D'NYONYA PENANG restaurant, phnom penh
Kami suruh hantar ke Restoran malaysia
punya tapi driver tuk tuk hantar ke Malaya Restaurant.. eh apakah? Baca review Malaya Restaurant tu kureng so kami suruh bawa ke restoran lain & driver bawa ke D’Nyonya Penang betul-betul Central Market. Maka pilihlah menu.
Aku punya la duk cakap “eh tak nak order ni mahal, itu mahal ini mahal.. air pun mahal”. Lepas order lelaki kat belakang tu tanya kami dari mana, berapa hari dah kat situ.. ala-ala sesi takruf la hehe.
Aku punya la duk cakap “eh tak nak order ni mahal, itu mahal ini mahal.. air pun mahal”. Lepas order lelaki kat belakang tu tanya kami dari mana, berapa hari dah kat situ.. ala-ala sesi takruf la hehe.
Kami pun tanya juga kedai makan mana lagi selain D’Nyonya ni jadi lelaki tu pun asyik duk cakap D’NYONYA 5 6kali, sudahnya kami claim ni dia taukey kedai.. sekali memang dia taukey.
(Be quiete please!)
Gerak lah kami ke TOUL SLENG... punyalah slow tuk tuk tu, geram je aku nak sekeh suruh laju sikit sebab tuk tuk lain siap take over tuk tuk kami. Eiii memang sengaja la tu! Oleh sebab driver bawak selow, maka rasa macam jauh gila (Kalau pergi Kemboja.. face mask is a must to bring ye?) 3.50pm sampai CHEONG EK KILLING FIELD dan entrance fee ialah $3. Worth to see.
Kami disua kan dengan deretan tengkorak-tengkorak manusia mangsa kekejaman Pol Pot di zaman pemerintahan komunis beliau iaitu pada tahun 1976-1979 (kiranya baru berlaku 33-36tahun lepas ye, bukan 333-336 tahun lepas hmmm).
Kalau nak tahu siapa PolPot.. boleh KLIK SINI. Masuk CHEONG EK tu harap jangan buat bising, hormatilah kita pada mereka yang sudah meninggal dunia. Serupa macam kita pergi kubur lah, takkan nak cakap kuat-kuat ke, gelak tak hingat akhirat.
Tapi ada lah seorang budak kecik aku agak umur dalam 6 7tahun, asyik duk terjerit-jerit, sengaja sebab dia tengah main (rasanya anak peniaga kat situ), aku rasa nak lempangkan je, geram aku!
Tengkorak tu diletakkan mengikut kategori. Ada tingkat untuk kanak-kanak, ada yang lelaki dewasa, ada yang veteren.. semua ada lah. Selain dari tengkorak, ada juga pakaian mangsa kekejaman, juga alat-alat untuk menyeksa mangsa yang tidak bersalah. Beribu-ribu orang telah dibunuh masa zaman pemerintahan komunis PolPot.
CHEONG EK ni besar, oleh sebab kami tidak menggunakan voice guide (kena pakai headphone untuk explain kat setiap tempat yang telah diletakkan nombor), maka kami baca saja board yang diletakkan di setiap tempat untuk tahu cerita.
Harap dengan gambar yang aku tunjukkan ni memberi gambaran dan korang imagine lah bagaimana kejamnya PolPot dulu.
Kalau dia hidup dan kerajaan kemboja bagi peluang untuk seksa polpot.. aku nak potong hidung & cabut semua kuku dia (aku kejam ala-ala sopan gitu hahahaha).
Oh ye, sebelum aku habiskan cerita pasal CHEONG EK ni.. ada 1pokok di dalam ni.. akan dipasang muzik yang amat kuat supaya jeritan mangsa-mangsa kekejaman tidak didengari oleh orang lain. Ye lah, dah kalau mangsa dipukul tanpa belas kasihan, baby di hit dipokok @ dilambung kemudian di tembak, wanita-wanita dibogelkan lepas tu dirogol, orang dipatah-patahkan tulang, gigi segala bagai.. mahunya tak menjerit kesakitan? Aku lupa pokok ni dipanggil apa, magic tree kot tak silap (malas nak google huhu).
Akhirnya PolPot mati ditahan dirumahnya pada tahun 1998 (aku baru masuk uitm nih hmmm). Elok sebelum mati, PolPot direjam, disula supaya dia tahu betapa sakitnya dia buat orang. Dia happy barangkali tengok orang sakit diseksa! Haiwan sungguh!
Akhirnya PolPot mati ditahan dirumahnya pada tahun 1998 (aku baru masuk uitm nih hmmm). Elok sebelum mati, PolPot direjam, disula supaya dia tahu betapa sakitnya dia buat orang. Dia happy barangkali tengok orang sakit diseksa! Haiwan sungguh!
Konco-konco PolPot pun sebenarnya baru sahaja dipenjarakan 3 4years back. Mengapa mengambil masa begitu lama untuk dibicara & penjara?
Setelah hampir 1jam kami berada di situ, kami pulang ke bandar Phnom Penh. Ada 1peminta sedekah kanak-kanak ni punya lah happy, minta sedekah sambil menyanyi-nyanyi & berpegang kat tuktuk kami.. boleh camtu? Hahahah aku tak bagi lah, sebab tengok ramai lagi budak-budak lain tengah tunggu masa untuk serbu he he he.
Masa on the way ke PNH tu, aku tanya driver NIGHT MARKET tu hari apa. Lepas tu dia cakap hari Jumaat-Ahad je.. Dengggggg... kami sampai hari Isnin maka tak sempat lah merasa sebab orang kata meriah. Kalau tau, kami overnight kat PNH dulu Jumaat tu, tak apa lah tak ada rezeki.. selamat sikit duit aku hahaha.
Kami suruh driver bawa ke Russian Market tapi tak banyak kedai buka sebab haritu kan Chinese New Year?! Tapi aku hairan juga, ramai sangatkah orang Cina kat Kemboja ni? Hmmm!.
Pusing-pusing tak ada yang menarik maka si faridah kata nak beli kain silk kat kedai tu.. terserempak pulak dengan 3 4orang lelaki dari Malaysia. Dia kata beli lah, dia dapat $15sepasang (RM47). Kalau kat Malaysia, usah di tanya berapa RM sebab aku tak tau kekeke. Dia borong 60pieces uolssss, sentap makkk! Haruslah nak meniaga tapi dia kata “alaaa nak bagi souvenir kat wife, anak-anak, saudara”... wah murni nya kalau nak bagi sedekah? Hahaha.
Lama juga kat situ, si Faridah beli 3pasang. Aku tak beli 1apa pun sebab aku kalau beli, harus mak aku cakap “kain tak eloklah, kain murahan lah, kain kodi lag (takde kualiti)”.. ouchhh sentap kuasa 2 makkkk!
Lepas faridah shopping, kami suruh bawa driver tuktuk ke Central Market tapi driver kata CM tutup 6petang + tak banyak yang buka sebab Chinese New Year. Kalau ada pun tak banyak. Whatttt? Omaigod! Kalau tahu awal-awal, kami pergi CM dulu. Aku & Kashaz la yang paling frust sebab kami bajet nak beli bagpack. Aku dah down gila.
Kami pusing juga CM tu, memang ada kedai bukak tapi sangat tak menarik. Oleh sebab dah tak ada aktiviti nak buat maka kami decide dinner. Aduh aku kenyang lagi sebenarnya tapi memikirkan susah nak keluar, aku makan lah jugak. Kami suruh driver ambil 8pm.
Masih makan di D’Nyonya Restaurant. Kali ni order Nasi Goreng kot $5. Melayang duit sebab makan mahal, uh! Masih jumpa tokey kedai tu hehe. Kali ni aku memang dah tak ada mood sebab tak dapat bagpack haha. On the way balik ke hotel, aku minta driver tuk tuk stop kat mana-mana kedai (mini mart ke, market ke), tapi nak tau apa dia jawab? “ok i can go but tomorrow” what? Tomorrow? Aku dah hilang sabar, aku jerit aaa “no, i don’t want tomorrow.. i wan’t right now.. u stop for 5minutes only.. as simple as that. I want to buy some sneaks & drinks!”
usah sangat ke nak stop kat kedai? Aku rasa dia tak nak stop sebab aku cakap “market”.. mungkin dia ingat aku nak pergi SURYA kot (mall kat Phnom Penh). Akhirnya dia stop juga dalam keadaan terpaksa. Sekejap ajepun.. aku, kashaz & saza beli air jah. Bukan sampai 10minit pun huh.
Bila sampai hotel, terserempak dengan Tasya, Melur & sepupu. Wah gigihnya cari Saza di hotel hehe. Itulah 1st time kami jumpa, sebelum ni kenal kat forum je. Tapi aku tak borak lama lah, aku naik bilik. So boring lah Phnom Penh tak ada aktiviti malam.. mati kutu aku dibuatnya hehe.
Err maksud aku bukanlah suka keluar malam tapi bila di tempat orang, nak tengok la suasananya macamana. Erm malam tu aku tidur 11.45malam.. awal kan heheh.
Sambung esoknya!
banyak pics
ReplyDeletei likeeee
Ye saya tahu, sbb mostly nak tgk gambar jah, cerita mls baca (kdg2 saya tulis, sy snd mls baca.. guane gamok?) hahahahah.
Deleteyeaaayyyy akhirnya citer di Phnom Penh ...
ReplyDeletealaaa mmg nak kena sekeh la tuktuk ni ...
mmg diorg saja je bawak kita pusing2 jalan jauh kan..
padahal seberang jalan je ...
apapun ku mmg pilih juga la guna tuktuk ni ... sbbb sangattt cabaran nak suh budak kecik2 ni berjalan kaki .... hihihi...
ada a few resto kat area sinun kan, tp ku tak perasan plak D'Nyonya ni ...
rega makanan (halal resto) diorg mmg mahal la, rasa lbh kurang je yg ku order room serbis kat holiday villa tu ...
haaa kalu bwk bdk kecik.. mmg susah sikit la naik tuktuk.
DeleteTp kalu tanpa budak2.. harussss merempit, syok woooo.. gegar2 haha.
D'Nyonya ni betul2 dpn CM hehe.
anak2ku memang sukaaa plak naik tuktuk tu...dia takmo jalan kaki....hohohohoho
Deleteahahah budak2 tu suka sbb kat mesia takdok.. kalu mesia ada, harus dia tak heran dgn tuktuk tu :P
Deleteerkkk. kue tiow goreng tu nampak cm sedap. (padahaltghlaponi). ;p
ReplyDeletetipuk la tu buekkkk.
Delete