Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

06 March, 2012

Cambodia Hari 3 Part 2- Silk Farm & LokLak

Lepas itu kami meneruskan perjalanan ke Silk Farm di mana mengambil masa lebih kurang 45minit dari Tonle Sap.
 Aku siap tersengguk-sengguk lagi.  Jangan contohi aku, kalau nak naik tuk tuk tapi terasa mengantuk, landingkan aje kepala ye.. tak landing karang, ada yang tergolek dogggg kat jalanraya hehe.  Aku tak landingkan kepala awal-awal takut si Welds & Nina cakap “naik tuk tuk pun buleh tidur kah?” tapi sekaling jeling orang sebelah, syok aje tidur.. maka aku terus la landing & tidur dengan tak peduli orang lain walaupun jalan gok gek gok gek (jalan tak rata).

 Jahat la faridah nih, ambik gamba curi kitorg haha

Bila sampai di Silk Farm, ada staff yang tiba-tiba sudah bagi jawapan dalam soalanya iaitu “YOU ALL DON’T WANT GUIDE?”  Hah bila dah tanya macam tu, kami cakap YES, NO NEED.. ye lah, kalau tak kena bagi tips lagi. Kalau tak faham, baca je kat board yang ada serta faham-faham sendirikan aje la bila tengok ‘radas-radas’ kat SILK FARM tu. Masa kami pergi tu tak ramai yang datang.  Kami studi sendiri & buat-buat faham sendiri lah.

 Kami tengok proses dalam kilang, seawal dari bela ulat untuk dijadikan silk.  1kantung kecil ulat yang sudah dihasilakn tu boleh menjadikan benang tu sepanjang 400meter.  Imagine la bagaimana halusnya benang tu.  Sebesar duit syiling aje sebenarnya.  Dan setelah melihat apa yang mereka hasilkan di dalam kilang itu bukanlah 1kerja yang mudah.. it’s all about patient!  Aku memang tak boleh kerja-kerja yang memerlukan focus terlalu lama untuk menghasilkan sesuatu, muntut aku panas.
 Sungguh aku kagum hasil mereka.. dari mencairkan kantung ulat untuk ambil benangnnya- keringkan benang- gulung dengan rapi (400meter panjang benang, bukan 40meter ya!  Imagine berlari 400meter tu pun penat, inikan pula menggulung benang di mana seorang sahaja yang buat hmm!)- kemudian proses untuk menghasilkan warna dan ada lagi proses-proses lain yang aku tidak pasti.  Aku tidak snap banyak gambar di sini kerana aku light-light mighrain lah pula.  Mesin penenun juga ada di sini tapi ketika itu tiada staff yang menenun kain. 

 Seperti biasa sebelum keluar dari Silk Farm, kami menjenguk dulu kedai yang menjual barangan berasaskan silk & juga beberapa souvenirs.  Tapi aku nasihatkan supaya tak perlu belilah sebab mahal, unless korang memang mengkagumi SILK itself ;-)  Kipas yang aku beli di Nite Market $1 utk 2piece tapi di Silk Farm $4untuk 1piece hmmm!  Ketika kawan-kawan lain jamu mata, aku hanya duduk untuk relief migrain.


Kami di Silk Farm hanya 1jam kerana masing-masing kelaparan kerana tidak makan dari pagi Cuma beralaskan sneak.
Macam biasalah kami request Hj. Musa tapi driver sudah order awal-awal lagi melalui telefon & kami mahu makan menu LOK LAK PULA.

 Sebelum sampai di Resto Hj. Musa, driver kami singgah petrol pam untuk isi minyak.  Aku rasa agak mahal kerana $2.58 (RM7.90) bersamaan dengan 2liter.  Kalaulah di Malaysia macamgini harganya, gayanya aku kena isi lebih kurang RM59 untuk 15liter (penggunaan 1minggu kerja) di mana sekarang aku hanya isi RM30 untuk lebih kurang 15liter.  Oh ingatkan harga minyak di Malaysia yang mahal, rupanya di negara mundur minyak lagi mahal hmmm.


Bila sampai di Resto Hj. Musa, waiter sudah kenal kami. 
Ok lah pabila menu sudah sampai, tiba-tiba aku tengok dan kata “ALAMAK.. LOK LAK TU IKAN KE?”  aku memang sudah susah hati sebab aku tidak makan ikan waima ikan bilis sekalipun (tapi akan makan juga dalam keadaan mendesak seperti tiada lauk lain).  Aku hanya makan ikan keli, sardin, salmon.  Aku mencuba sedikit ikan itu, sekali lagi aku berkata “aduh teruk nya rasa, takkan ini aje menunya?”  Sekali tiba-tiba waiter hantar daging (loklak is daging) & tomyam.. lega hati aku!  Walaupun aku juga tidak gemar daging, tapi it’s better than ikan huhu.   Sudahnya memang aku tidak sentuh langsung ikan itu waima kuahnya sekalipun.  Mintak maaf sebab aku memang tak boleh terima rasanya.  Aku tak pasti apa masakannya tapi seperti gulai sahaja.



Kami harus makan segera kerana selepas itu akan pergi ke Cultural Village.  Show pertama bermula pukul 2.30petang.
Selepas makan, aku minta Salim bawakan ke farmasi kerana aku tidaklah mahu mengambil panadol kawan-kawan.  Aku ni kalau dah sakit kepala, tak usah cakap 1papan panadol... 2 3papan panadol pun aku boleh habiskan.  Salah aku juga, siapa suruh bawa 1papan panadol aje.  Tapi si Salim ni tak stop di farmasi sedangkan aku minta dia singgah farmasi dari sudah naik boat di Tonle Sap lagi tapi dia tak stop juga.  Aaaaa geramnya aku!

Maka kami menjamu selera dengan seleranya sekali, siap bertambah-tambah nasi (kat Malaysia aku pun tak tambah tahu?).  Aku rasa pergi kemboja ni kami bukan makin kurus tapi makin gemuk haha.  Kali ni memang tak snap gambar masa makan sebab dah kusyuk sangat.

Dalam perjalanan tu driver singgah ke 1kedai, aku ingatkan farmasi maka aku dah blink-blink happy nak dapat panadol... rupa-rupanya kedai jual kopi sebab aku request singgah di kedai kopi yang sedap.  (tak sempat studi kat forum apa brand kopi & beli di mana).  Soalan aku pertama “halal ke?” sebab tulisan absolutely bahasa cina (alangkan kat Malaysia ada cop halal pun kadang-kadang tak halal hish).  Si salim & nasir yang tolong bargainkan dengan aunty tu.  1kg=$9 & 500gram= $3.50 tapi bila minta bargain $3, dia tak bagi.. terus salim suruh aku naik tuk tuk.  Aik aku confused, kenapa pula?  Nak survey kopi kat tempat lain ke?  Sudahla aku ni memang super blur.. apa-apa kena lah explain kat aku hehe.  Bila naik tuk-tuk, salim panggil semula.. adoi turun balik!  At last dapatlah $3=500gram jadi aku beli 3paket.  Nina 2paket & faridah juga 2paket.  Happy aku dapat kopi & kopi itu bukan untuk aku tapi nak bagi famili lah.  Aku mana minum kopi!

Kemudian teruskan perjalanan ke Cultural Village.. sambung lagi!

10 comments:

  1. assalamualaikum,

    insyallah saya awal April ni akan ke siem reap... terkejut ni sebab pakai USD... baru nak berangan jadi kayawan kalau diorang guna matawang riels tu...

    tapi pegi siem reap je... memurah ke barang kat old market tu... agaknya bawa USD100 cukup ke untuk shopping?

    hehe... apa la yang dpt dengan duit segitu... :))

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...

    Aish kenapa terkejut kemboja pakai usd?
    Common je tu.. vietnam pun pakai USD but dorg still pakai dong.
    Rasanya riels tu tak laku sbb masa dpt balance pun.. mcm dpt duit raya.. baru & keras lg hehe.
    Dpt duit riels masa ada balance sen sen.

    Tak sure la blh shopping ke tak dgn $100 tu sbb me tak tekankan sgt shopping.
    Nampaknya cujie mar kena tggu entry ni sampai habis la.
    Last entry nanti saya akan bgtau detail setiap perbelanjaan.. waima tips 50pens sekalipun saya lists kan eheh.

    Gi dgn pakej ke?

    ReplyDelete
  3. cujie ikut trip untuk agent di office ni
    jadi review la siem reap ni macamana
    sekadar nak shopping untuk beli cenderahati untuk di bawa balik je... hheheh

    wah kena tunggu next entry eh...
    ok terima kasih sebab sudi berkongsi tips nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops ter'reply' guna nick kat blog lama plak (cik kodok)... jgn kompius ye cujie hehe.

      Ooo ikut trip office.. gi berapa hari?
      Turun siem reap ke phnom penh?
      Berapa byr? Tido kat hotel mana?

      Hahahah sila tggu je lah.. dah taip kat words tp mls nye lah nak water.
      Kalu nak tgk gambo bnyk lagi.. kena add kat fb lah eheheh.

      Delete
  4. uihhh..bkn main lg bercerita pasal kopi hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku terpaksa cite detail utk aku snd sbb nya aku ni pelupa amat.
      KOmpim 2 3bln lg aku tak ingat segala detail cite kat sana.
      (cite india pun aku dah lupa, nasib baik aku cite kat blog.. utk reference aku snd la haha)

      Delete
    2. Jgn lupa cerita apa kesudahan kopi tu..ekekekeke

      Delete
  5. pegi 4h3m... insyallah stay kat Angkor Rivera Hotel
    pegi siem reap je... kitorang tak kena bayar apa²... hehe
    semua ditanggung... bawa duit shopping je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wooo gi bawak diri & duit shopping je.
      Kalau mcm tu bawak lah RM500.. kalu kaki shopping.. mmg teruja tgk barang2 kat nite market tu.
      Me nak shopping tp sbb gi secara bajet, takdela beli bnyak hehe.

      Berapa org gi tu?

      Delete
  6. Dalam 15 orang je kot pegi...
    flight 8 April kol 650am... heheh

    ReplyDelete