Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

31 March, 2012

Saya Cemburu

Saya CEMBURU!  Sesungguhnya saya TIDAK PATUT langsung rasa macamgini.
Saya ini siapa? 

Tuhan, tolong hilangkanlah terus aku dari rasa sebegini.
Sekali lagi, saya rasa saya bodoh!  >,<

29 March, 2012

Cambodia Hari 5 Part 1- Killing Field

25/1/2012 (Selasa)
Adoi saza snap gambo sampai nampak siling :P
Ni dlm bilik hotel: THE ANGKOR INTERNATIONAL HOTEL
8.25pagi kami check out hotel ($8 + RM1/night).  Masa keluar lobi hotel tu, driver tuktuk semalam quote $20.  Eh tak hinginlah aku, mahal!  Sudahlah pakai baju sama semalam, confirm tak mandi!  (Prihatin kan aku, baju apa dia pakai semalam pun aku ingat haha).
 Pisang yang di tanam dalam kawasan Royal Palace, cantik kan?

 Dalam Royal Palace, kat area ni boleh masuk tanpa tiket tapi nak masuk betul2 dalam Palace, kenalah beli tiket $8.. tak mahulah aku hehe

 Di luar kawasan Royal Palace

Maka kami decide ambil 2tuktuk lain, mereka quote $15 sebab masa berurusniaga tu, hanya Nina & Saza survey tanpa beg-beg yang banyak tu hehe.





 Driver tuk tuk tengah menunggu passanger

Kami buat short tour aje lah sebab BAGPACK AKU TAK BELI LAGI WEIIII!  Takkan la nak gendong beg ‘harimau malaya’ tu, malu la. Kami minta bawa ke Royal Palace.  Area Palace tu cantik + bersih.  Ramai tourist masa ni.   




Kesibukan di pasar
Post Office di Phnom Penh.. cantikkan building ni?
  
Awalnya kami nak masuk tapi entrance fee nya ialah $8 maka aku malaslah masuk.  Kalau tambah lagi $8.. aku dah dapat sebijik backpack deuter 60L kot hahahah memang masa tu otak aku nak beli bagpack jah, rasanya kalau tak pergi tour2 tu pun aku dah tak kisah (kan sudah menyesal tak beli awal-awal di Siem Reap tu!). 

 Tochure bed.. kotak tu ialah tempat untuk membuang air besar / kecil :-(

Not survive :-(
Pol Pot's rules :-(
  Oleh sebab geng lain pun tak nak masuk, maka kami teruskan perjalanan ke Museum kot (nama-nama tempat yang singgah tu pun dah tak masuk otak haha).  Kat situ pun sekejap juga.  Lepas tu driver tuktuk singgah di satu temple (tak ingat nama) tapi kena bayar $2.  Ah tak nak taknak.. aku nak cut cost nih, cukuplah masuk temple-temple kat Siem Reap tu.  

 Bantal & pinggan mangsa Pol Pot

The buildings (bekas sekolah ni sebenarnya, tapi dijadikan penjara)

 Sebelum gerak tu, driver cakap nak naikkan tambang kepada $18 sebabnya mereka ingat kami tak bawa beg, lagipun beg kami banyak dan berat + banyak singgah-singgah juga.  Kesian pula tengok mereka so kami setuju $18 tapi termasuk tips.  Mereka cakap ok.  


 The victims :-(

Tempat di mana tak boleh masuk tetapi aku masuk sebab seriously aku tak perasan ni kawasan larangan.  Rasa scarry la itu kalu hehe nasib baik tak naik sampai tingkat 3 (masa tengah taip ni pun aku rasa meremang pula)

Cara-cara gambar mangsa diambil.  Lihatlah kat kepala tu konco PolPot buat apa.
Buat macam ni supaya gambar mangsa akan nampak tegak dalam gambar :-(
  
Kemudian kami minta driver tuktuk hantar kami ke Killing Field.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20minit.  Masa on the way tu, ramai tourist mat/minah salleh yang veteran ambil 1trishaw setiap seorang happy je aku tengok mereka.. untuk santai-santai bolehlah, kami pun lambai-lambai kat mereka.



 Artis, lawyer, doctor, engineer pun turut jadi mangsa :-(


Masuk Killing Field dikenakan bayaran $2.  Juga worth to see.  Sesiapa yang nak masuk, sila behave ya!?  Jangan buat perangai ‘beruk mat yeh’ yang menjengkelkan tu.  Korang tak merasa azab seksanya mangsa ketika tu, memanglah akan cakap macam-macam.




Other cell.  Kat sini lagi sempit.  Lebih sempit dari public toilet ok!  Mangsa akan dirantai & diberi 1kotak untuk membuang air kecil / besar :(
 
 Memang aku terpana tengok gambar-gambar dalam killing field tu.  Otak terus ligat berimaginasi bagaimanalah azabnya mereka ketika di seksa tu.  Aku terpijak jarum pun sakit.. inikan pula diseksa dengan teruk sekali.  Aku rasa kalau korang tengok gambar-gambar ni pun sudah cukup menggambarkannya kan?  Picture tell the meaning.  Aku tak mahu cerita panjang sebab tak semua rajin baca.

Lihatlah orang MALAYSIA.. betapa tidak bermoralnya kamu pergi negara orang, conteng dinding di negara orang.  Sungguh memalukan! :-(


 Kalau boleh aku memang nak berlama-lama dalam tu, banyak cerita dan kisah-kisah yang masih survive tapi sebab mengejar masa, maka tidak sempatlah nak baca.  Cuma aku rasa terkilan dan ralat sebab di 1wall di penjara tu.. penuh dengan ‘handwriting’ dari MANUSIA YANG BODOH.  Sudah jelas lagi nyata amaran TIDAK BOLEH DRAW KAT WALL tapi masih buat. 

Kan sudah jelas bahawasanya TIDAK BOLEH TULIS / LUKIS DI DINDING?!
Tidak faham bahasa inggeris agaknya ermmm!
 
Dan yang paling  ‘best’ ialah MAKHLUK-MAKHLUK BODOH TU DARI MALAYSIA!  Jelas ia memang memalukan Malaysia termasuk aku sekali terasa malu walaupun bukan aku yang mencontengnya. Sungguh tak bertamadun... boleh tak hormat negara orang sikit?  Serupa kita pergi rumah oranglah tapi kita conteng kat wall orang tu.. ingat macam facebook ke nak tulis kat wall orang suka-suka hati?  Sungguh aku marah!

Besar juga kawasan killing field tu, ada lagi bangunan yang tersorok di belakang.  Aku pergi untuk tidak lepaskan peluang melihat sendiri.  Ada 1bangunan tu aku sebenarnya sungguh tidak perasaan dengan board NO ENTRY tapi aku pergi naik.  Tiba-tiba aku rasa bulu roma aku naik, terus aku berlari ke bawah.. dan barulah aku perasan yang aku salah masuk.  Oh maiiii, sangat scarry tau, walaupun siang hari!
 Ingat haiwan kah diperlakukan sebegini? :(


 Kejam.. baby itu tidak bersalah.  Tapi tidak mengapalah.. baby itu terus ke syurga.. yang mezalimi itu terus ke neraka!

Lepas penat aku stress tengok kezaliman Pol Pot, aku decide untuk lepak di luar bersama Kashaz.  Kalau tunggu lagi lama, dikhuatiri aku tak mahu keluar pula he he he!  Semasa nak melalui pintu keluar, ada 1meja ni dikeliligi orang ramai.. rupa-rupanya UNCLE BOU MENG yang masih survive sehingga sekarang.  


Ingat Angry Bird ke memperlakukan manusia macam ni?  :-(

Sweet je uncle Bou tu.. serious, kalau tengok pun jatuh kesian dengan dia tapi aku tak sempat snap gambar.  Unlce Bou masih terselamat kerana dia salah seorang kesayangan Pol Pot.  Bukan kerana dia konco polpot tetapi uncle bou ni pandai melukis.  Kalau korang tengok ilustrasi yang dilukis tu.. itulah dia hasil tangan uncle bou. Tetapi isteri dan anak-anak uncle bou semua meninggal gara-gara polpot jua.  Oh sangat kesian.  Actually memang aku menangis di Killing Field ni.

 Tidak mempunyai perasaankah? :-(

Maaf andai aku rasa gambar ni sedikit mencuit hati.
Tengoklah gambar lelaki yang paling kiri tu- boleh dia senyum?  Errr?!!!
Dan gambar lelaki sebelah atas kanan tu.. boleh dia jeling-jeling manja?!! Apakah?
Tak takutkah mereka pada para penzalim itu?
Inilah UNCLE BOU MENG.. the survival.. tengok in real memang rasa macam nak menangis.  Gambar ni hasil carian gugel.
Begitulah ceritanya beberapa jam berada di Killing Field, Phnom Penh.. destinasi bersejarah terkahir kami sebelum pulang ke Malaysia.  Bersambung lagi dengan kisah ronda-ronda tanpa arah tujuan di Phonom Penh lak... buah tangan terakhir hehhe.

25 March, 2012

Berjauh Hati~

Saya menghitung hari untuk pergi ke sana.
Saya perlu fokus & mendambakan diri untuk perjalanan kali ini.
Saya bukan pergi untuk besuka ria, tapi menyerah diri pada Allah.

  Pasport / ic / visa piktur ready to submit

Hanya beri masa saya hanya selama 2BULAN untuk mendambakan diri & mendekatkan diri pada Allah & melupakan percutian lain buat seketika?  2BULAN bukan lama.  Saya pergi 26/4-9/5.
Tapi tidak mengapalah, ini semua dugaan.  Andai saya penyebab, saya rela undur diri dari percutian November nanti.
  
 Beg troli / sling bag / uncang kasut / lip balm gamat & losyen gamat

Perjalanan saya bulan depan ini bukan boleh pergi main terjah sahaja.
Kena ada ilmu walaupun sedikit.  Tak boleh pergi aci redah macam percutian lain.  Persediaan mental / fizikal harus ada.. juga bukan seperti percutian lain.
Sudahlah lah diri ni teramat banyak khilaf & banyak dosa.. tak mahulah saya pergi sana menambah lagi dosa dengan 'pergi saja tapi tak tahu nak buat apa'.

Sudah lama saya tunggu peluang ini. Jadi kenapa harus saya sia-siakan semata-mata untuk percutian yang masih lagi berbaki lagi 8bulan itu?

~pasrah.. hanya luahan.. maaf, aku tahu aku bersalah~

24 March, 2012

Jubah @ tudung syria?

Harini saya dapat jubah dari mami saya.
Walaupun harini birthday saya tapi saya yakin dia tak ingat pun kekekeke (bertuah punya anak cakap macam ni haha).
(saya tidak pasti saya campak ke mana patung mannequeen saya hu hu hu)


Mami saya bagi pilihan nak tudung syiria @ jubah?
Maka saya pilih jubah sebab tudung tu saya rembat dia punya aja hahahaa. 


Maka inilah ia jubah cotton! 

22 March, 2012

Telur Masak Separuh Pakej Bulu Ayam

Kau mampu ke, bila order telur masak separuh tapi dipakejkan dengan BULU AYAM?  hahahahaha!

Gambar blur lah sebab guna tablet jah.
Lepas pecahkan sedikit telur tu baru perasan ada bulu ayam melekat kat sudu he he he... lepas ni saya akan jadi sihat dan lagi power rangers :))

20 March, 2012

Motif survey tiket?

MOTIF SUNGGUH AKU KAN?
Baru balik kemboja.. survey tiket lagi ke sana.
RM335 jah.

PARAH @ PASRAH?  :p

(jiwa kacau) >,<

19 March, 2012

Cambodia Hari 4 Part 2- Cheong Ek / No Night Life

23/1/2012 (Isnin), Phnom Penh, Cambodia
 
2.20pm kami keluar lobi hotel tu, ada 3 4orang driver tuktuk memburu kami.  Jadi kami beritahu plan kami iaitu nak pergi MAKAN-CHEONG EK KILLING FIELD-RUSSIAN MARKET-CENTRAL MARKET – DINNER.  Mereka quote $15, punya lah mahal. Ye lah kami bukan nya naik seharian sebab start tu pun 2.30pm-8.00pm. 
   
Tapi alasan dia cakap ialah TOUL SLENG TU JAUH WHICH IS 18KM DARI HOTEL TU... KALAU PERGI BALIK DAH 36KM.  Kami cakap ok $15 tapi termasuk tips terus.  Mereka cakap ok.  Maka hire la 2tuk tuk.
  



 Charkuew tiow (sebat juga sebab memang tak ada makanan lain walau hakikatnya aku tak suka rasanya.. tapi no worries, kawan2 aku semua suka charkuew tiow ni) :-)

View dari D'NYONYA PENANG restaurant, phnom penh
 
Kami suruh hantar ke Restoran malaysia 
punya tapi driver tuk tuk hantar ke Malaya Restaurant.. eh apakah?  Baca review Malaya Restaurant tu kureng so kami suruh bawa ke restoran lain & driver bawa ke D’Nyonya Penang betul-betul Central Market.  Maka pilihlah menu.
 
Aku punya la duk cakap “eh tak nak order ni mahal, itu mahal ini mahal.. air pun mahal”.  Lepas order lelaki kat belakang tu tanya kami dari mana, berapa hari dah kat situ.. ala-ala sesi takruf la hehe.
Aku punya la duk cakap “eh tak nak order ni mahal, itu mahal ini mahal.. air pun mahal”.  Lepas order lelaki kat belakang tu tanya kami dari mana, berapa hari dah kat situ.. ala-ala sesi takruf la hehe.  

Kami pun tanya juga  kedai makan mana lagi selain D’Nyonya ni jadi lelaki tu pun asyik duk cakap D’NYONYA 5 6kali, sudahnya kami claim ni dia taukey kedai.. sekali memang dia taukey. 











(Be quiete please!)
Gerak lah kami ke TOUL SLENG... punyalah slow tuk tuk tu, geram je aku nak sekeh suruh laju sikit sebab tuk tuk lain siap take over tuk tuk kami.  Eiii memang sengaja la tu! Oleh sebab driver bawak selow, maka rasa macam jauh gila (Kalau pergi Kemboja.. face mask is a must to bring ye?)  3.50pm sampai CHEONG EK KILLING FIELD dan entrance fee ialah $3.  Worth to see.
Kami disua kan dengan deretan tengkorak-tengkorak manusia mangsa kekejaman Pol Pot di zaman pemerintahan komunis beliau iaitu pada tahun 1976-1979 (kiranya baru berlaku 33-36tahun lepas ye, bukan 333-336 tahun lepas hmmm).



Kalau nak tahu siapa PolPot.. boleh KLIK SINI.  Masuk CHEONG EK tu harap jangan buat bising, hormatilah kita pada mereka yang sudah meninggal dunia.  Serupa macam kita pergi kubur lah, takkan nak cakap kuat-kuat ke, gelak tak hingat akhirat.
Tapi ada lah seorang budak kecik aku agak umur dalam 6 7tahun, asyik duk terjerit-jerit, sengaja sebab dia tengah main (rasanya anak peniaga kat situ), aku rasa nak lempangkan je, geram aku!
Tengkorak tu diletakkan mengikut kategori.  Ada tingkat untuk kanak-kanak, ada yang lelaki dewasa, ada yang veteren.. semua ada lah.  Selain dari tengkorak, ada juga pakaian mangsa kekejaman, juga alat-alat untuk menyeksa mangsa yang tidak bersalah.  Beribu-ribu orang telah dibunuh masa zaman pemerintahan komunis PolPot.

CHEONG EK ni besar, oleh sebab kami tidak menggunakan voice guide (kena pakai headphone untuk explain kat setiap tempat yang telah diletakkan nombor), maka kami baca saja board yang diletakkan di setiap tempat untuk tahu cerita.

Harap dengan gambar yang aku tunjukkan ni memberi gambaran dan korang imagine lah bagaimana kejamnya PolPot dulu.  

Kalau dia hidup dan kerajaan kemboja bagi peluang untuk seksa polpot.. aku nak potong hidung & cabut semua kuku dia (aku kejam ala-ala sopan gitu hahahaha).
Oh ye, sebelum aku habiskan cerita pasal CHEONG EK ni.. ada 1pokok di dalam ni.. akan dipasang muzik yang amat kuat supaya jeritan mangsa-mangsa kekejaman tidak didengari oleh orang lain.  Ye lah, dah kalau mangsa dipukul tanpa belas kasihan, baby di hit dipokok @ dilambung kemudian di tembak, wanita-wanita dibogelkan lepas tu dirogol, orang dipatah-patahkan tulang, gigi segala bagai.. mahunya tak menjerit kesakitan?  Aku lupa pokok ni dipanggil apa, magic tree kot tak silap (malas nak google huhu).  

Akhirnya PolPot mati ditahan dirumahnya pada tahun  1998 (aku baru masuk uitm nih hmmm).  Elok sebelum mati, PolPot direjam, disula supaya dia tahu betapa sakitnya dia buat orang.  Dia happy barangkali tengok orang sakit diseksa!  Haiwan sungguh!    
Konco-konco PolPot pun sebenarnya baru sahaja dipenjarakan 3 4years back.  Mengapa mengambil masa begitu lama untuk dibicara & penjara?
Setelah hampir 1jam kami berada di situ, kami pulang ke bandar Phnom Penh.  Ada 1peminta sedekah kanak-kanak ni punya lah happy, minta sedekah sambil menyanyi-nyanyi & berpegang kat tuktuk kami.. boleh camtu?  Hahahah aku tak bagi lah, sebab tengok ramai lagi budak-budak lain tengah tunggu masa untuk serbu he he he.  

Masa on the way ke PNH tu, aku tanya driver NIGHT MARKET tu hari apa.  Lepas tu dia cakap hari Jumaat-Ahad je.. Dengggggg... kami sampai hari Isnin maka tak sempat lah merasa sebab orang kata meriah.  Kalau tau, kami overnight kat PNH dulu Jumaat tu, tak apa lah tak ada rezeki.. selamat sikit duit aku hahaha. 
Kami suruh driver bawa ke Russian Market tapi tak banyak kedai buka sebab haritu kan Chinese New Year?!  Tapi aku hairan juga, ramai sangatkah orang Cina kat Kemboja ni?  Hmmm!.
Pusing-pusing tak ada yang menarik maka si faridah kata nak beli kain silk kat kedai tu.. terserempak pulak dengan 3 4orang lelaki dari Malaysia.  Dia kata beli lah, dia dapat $15sepasang (RM47). Kalau kat Malaysia, usah di tanya berapa RM sebab aku tak tau kekeke. Dia borong 60pieces uolssss, sentap makkk!  Haruslah nak meniaga tapi dia kata “alaaa nak bagi souvenir kat wife, anak-anak, saudara”... wah murni nya kalau nak bagi sedekah?  Hahaha.

Lama juga kat situ, si Faridah beli 3pasang.  Aku tak beli 1apa pun sebab aku kalau beli, harus mak aku cakap “kain tak eloklah, kain murahan lah, kain kodi lag (takde kualiti)”.. ouchhh sentap kuasa 2 makkkk!  

Lepas faridah shopping, kami suruh bawa driver tuktuk ke Central Market tapi driver kata CM tutup 6petang + tak banyak yang buka sebab Chinese New Year.  Kalau ada pun tak banyak.  Whatttt?  Omaigod!  Kalau tahu awal-awal, kami pergi CM dulu.  Aku & Kashaz la yang paling frust sebab kami bajet nak beli bagpack.  Aku dah down gila.  

Kami pusing juga CM tu, memang ada kedai bukak tapi sangat tak menarik. Oleh sebab dah tak ada aktiviti nak buat maka kami decide dinner.  Aduh aku kenyang lagi sebenarnya tapi memikirkan susah nak keluar, aku makan lah jugak. Kami suruh driver ambil 8pm.



Masih makan di D’Nyonya Restaurant.  Kali ni order Nasi Goreng kot $5.  Melayang duit sebab makan mahal, uh!  Masih jumpa tokey kedai tu hehe.  Kali ni aku memang dah tak ada mood sebab tak dapat bagpack haha.  On the way balik ke hotel, aku minta driver tuk tuk stop kat mana-mana kedai (mini mart ke, market ke), tapi nak tau apa dia jawab? “ok i can go but tomorrow”  what?  Tomorrow?  Aku dah hilang sabar, aku jerit aaa “no, i don’t want tomorrow.. i wan’t right now.. u stop for 5minutes only.. as simple as that.  I want to buy some sneaks & drinks!” 

usah sangat ke nak stop kat kedai?  Aku rasa dia tak nak stop sebab aku cakap “market”.. mungkin dia ingat aku nak pergi SURYA kot (mall kat Phnom Penh).  Akhirnya dia stop juga dalam keadaan terpaksa.  Sekejap ajepun.. aku, kashaz & saza beli air jah.  Bukan sampai 10minit pun huh.
Bila sampai hotel, terserempak dengan Tasya, Melur & sepupu.  Wah gigihnya cari Saza di hotel hehe.  Itulah 1st time kami jumpa, sebelum ni kenal kat forum je.  Tapi aku tak borak lama lah, aku naik bilik.  So boring lah Phnom Penh tak ada aktiviti malam.. mati kutu aku dibuatnya hehe.
 Err maksud aku bukanlah suka keluar malam tapi bila di tempat orang, nak tengok la suasananya macamana.  Erm malam tu aku tidur 11.45malam.. awal kan heheh.
Sambung esoknya!