Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

27 April, 2012

Terkilan.......

Tengahari tadi saya hantar kucing sakit ni ke vet swasta  di Tunjung, Kelantan dengan harapan lepas balik umrah ni saya nak tengok si sakit ni kembali sihat.
Tapi malangnya vet tidak menerima si sakit ni dengan alasan "sudah terlalu teruk + kucing jalanan + penyakit fungus ni boleh berjangkit kat manusia & kucing lain"

Gambar beberapa minit hantar ke vet.. saya yakin tiada siapa mahu pegang kucing yang berbau hanyir & sakit ni!

Belum melangkah keluar air mata aku sudah jatuh.
Apalah nasib.. sungguh aku terkilan & kecil hati.. tahulah kucing tu terbiar, janganlah lakukan sebegitu.. dia juga berhak untuk hidup di bumi Allah ni.
Seharian aku menangis!
Lepas umrah lah aku cerita.. beberapa jam lagi flight ni eheh.

Budak Bulu Terkucil

Semalam pergi boarding SI BUSUK di rumah saudara saya lebih kurang 22-25km dari rumah saya.  Seperti biasa saya tahu kucing saya tu penakut amat kalau dalam kereta yang sedang diluncur.
 Yang basah tu air kencim dia lah.. adoyai :P

Tidak sangka kali ini dia boleh terkucil banyak gila dalam pet carrier itu.
Adus sabar je lah aku.
Tak marah tapi rasa kelakar.. walhal dah banyak kali naik kereta hahaha.  
 
Duduk diam-diam lah dalam tu.. banyak kucing kat rumah sedara ni, semua marah dia sbb kucim-kucim yang ada tu ialah kucim yang ada anak tecit.. garang gila takut BUSUK aku ni kidnep anak dorg hihih
 
Kenalah mandi lagi sekali hihihi ape lah SI BUSUK ni takut sangat.
Patut lah bising luar biasa, rupa-rupanya terendam dalam air kencing sendiri kekeke.

Will miss you MY BUSUK :D

26 April, 2012

Persiapan & Persediaan Umrah

Kalau dipanjangkan umur & diizinkan Allah, saya akan menunaikan umrah dari 27/4/2012 (Jumaat) - 9/5/2012 (Rabu) menggunakan pakej dari Al-Quds Travel berpusat di Kota Bharu, Kelantan.
  • KB-KUL:  27/4/2012 (Jumaat) 6.40am
  • KUL-MED:  27/4/2012 (Jumaat) 10.25am 

  • JED-KUL 8/5/2012 (Selasa) 9pm + 1hari
  • KUL-KBR 11/5/2012 (Jumaat) - singgah 2hari di rumah saudara di N.9

Pejabat Al-Quds Travel betul-betul berhadapan KB Mall (09-747 999)
  
Saya akan pergi bersama mami, abang & seorang makcik saya.
Perasaan sungguhlah berdebar sebab kita sebagai manusia memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan samada secara sedar @ tidak.
Tapi saya memohon kepadaNya agar diampunkan segala dosa-dosaku.

Di dewan ceramah Al-Quds Travel
  
Pergi kursus seminggu sebelum pergi (tapi pernah lah pergi kursus juga, tumpang trip lain sebab untuk bagi lebih kefahaman- tapi aku masih lagi cuba untuk menuntut)
 
Mula-mula isi dalam beg harimau malaya tu lps tu mak suruh tukar ke beg merah sebab beg rimau tu tak tahan lasak hmmm.
Beg yg terbuka tu ialah hand luggage 4kg ++. 

Antara yang saya bawa:
  • jubah 3helai
  • telekung 2helai
  • sejadah
  • long sleeve 2helai
  • stoking 3
  • baju kelawar 1helai
  • pyjama 1helai
  • long pant 4helai
  • undies (pakai buang!)
  • selipar 2 pasang 
  • towel
  • tissue
  • ubat-ubatan
  • face mask
  • kamera
  • pisau
  • gunting
  • salotape
  • toiletteris (shampoo beli kat Mydin ada paket2 kecik, ubat gigi, berus gigi, shower gel, deodorant fragrance free), losyen, lip balm
  • travel adapter
  • cat food (motifnya, nak bagi kucing2 kat sana makan kalau terjumpa)
Itu je la kot, tak banyak pun.. less than 8kg pun lg utk luggage ehe.

Apa-apapun, doakan yang terbaik untuk saya ya?
Berdebar sangat-sangat ni.

23 April, 2012

Trivia Cambodia



  • Ternampak hanya 13 ekor kucing sahaja sepanjang 5hari di Cambodia, selebihnya adalah anjing
  • Menggunakan USD tetapi apabila balance in USD pence, mereka tiada balance maka mereka akan bagi dalam Riels (cambodian curruncy) which is aku tak tau nak kira langsung berapa nilai mereka ke RM
  • Guide di Artisan Angkor meminta memberi tips kepada mereka (erkkk ada juga yang meminta-minta)
  • Kebanyakan orang di Phnom Penh menggunakan kenderaan jenama Toyota (aku nak pakai toyota pun telan air liur hi hi hi), tetapi di Siem Reap banyak public transport seperti bas persiaran, coaster, van,tuk tuk & basikal :-)
  • di Siem Reap ada ditayangkan siaran TV1 (di Phnom Penh saya tidak pasti)
  • hotel di Siem Reap mahupun Phnom Penh ada berpuluh-puluh channel tv seperti drama, movie china, india, thailand, cartoon, games, masakan sehinggakan aku tidak tahu nak tengok yang mana 1.  Sudahnya tengok channel Cartoon Network saja :P
  • makanan di Phnom Penh sedikit mahal dari Siem Reap
  • Harga tuk tuk di Phnom Penh juga lebih mahal dari Siem Reap 
  • Kebanyakan penduduk cambodia yang berurusan secara langsung dengan tourist / traveller boleh speak English (seperti peniaga, hotel, tukang urut & driver)
  • Panadol berharga $1 (RM3) sahaja berbanding di Malaysia RM4.20  (panadol tu makanan ruji aku kaedahnya haha)
  • Cool Fever berharga 1000 riel sahaja (RM0.80).. tapi aku tidak pasti sebab masa tu aku tengah weng-weng, tak faham sungguh dengan Riel ni.. pharmacist tu pun iya kan aje dengan bayaran yang aku bagi
  • Kebanyakan notes Riel yang aku terima adalah masih baru & keras lagi seperti duit hari raya 
  • Jalan berdebu maka perlu pakai face mask.  Cambodian itself pakai face mask :-)
  • Tshirt Cambodia yang biasa berharga $2 sahaja sehelai tetapi ada 1 kedai ni jual 3helai = $5 setelah kami memborong dengan banyaknya.. sangat kecewa.  Kedai itu terletak di Night Market, Siem Reap  
 Apa lagi entah aku tak ingat, itu aje lah dulu kot hehe.
Rasanya ni secara rasmi aku habiskan catatan perjalanan CAMBODIA.   Next trip lagi 4hari (pergi selama 2minggu), rasanya 6bulan baru aku habis cerita kot haha.

I miss cambodia so much selain India.. hope aku boleh repeat again and again :D

    22 April, 2012

    Detail Expenses Kat Cambodia

    Opsss terlupa langsung aku mau update segala expenses di Cambodia selama 5hari.
    Ok, harap segala detail ni boleh bagi gambaran untuk sesiapa yang mahu bajet & pergi sana ya?  :-)
    EXPENSES DI CAMBODIA


    HARI PERTAMA 20/1/2012 (JUMAAT) PHNOM PENH- SIEM REAP

    BIL.
    PERKARA
    US DOLAR ($)
    1.
    Tuk tuk airport ke stesen bas (termasuk tips)
    3.50
    2.
    Tiket Bas Paramount dari Phnom Penh ke Siem Reap (rasanya lagi murah tapi kena tipu kat driver tuktuk tu sebab keadaan bas tu buruk.. sudahlah minta tips ceh)
    10
    3.
    Dinner kat D’ Halal Cafe Siem Reap (chicken fried rice) + tax
    6.50
    4.
    Angkor Market  (mineral water, sneaks, choclate)
    2.85
    TOTAL
    22.85
















      










    HARI KEDUA 21/1/2012 (SABTU) SIEM REAP

    BIL
    PERKARA
    US DOLAR ($)
    1.
    Angkor 1 pass day
    20
    2.
    Lunch lembu naik bukit di Hj. Musa Restoran (berbaloi, banyak sgt org restoran tu top up nasi / air teh) :D
    4
    3.
    Urut kaki 1jam (harga asal berbelas belas dolar tapi Salim mintak kurang hehe)
    5
    4.
    Pergi Artisan Angkor & share bagi tips kat guide nama Soly
    0.50
    5.
    KFC (dijamin Halal)
    3.50
    6.
    Adult T-shirt kat Angkor Nite Market X 6 pieces
    12
    7.
    Kids T-shirt X 2 pieces
    2.50
    8.
    Hand Fan X 4pieces
    2
    9.
    Shawl corak butterfly X 1
    3
    10.
    Fridge Magnet X 7 pieces
    5
    TOTAL
    57.50





    HARI KETIGA 22/1/2012 (AHAD) SIEM REAP

    BIL
    PERKARA
    US DOLAR ($)
    RIEL
    1.
    Tiket boat Tonle Sap
    10

    2.
    Lunch kat Restoran Hj. Musa- makan ’lok lak’ pulak
    4

    3.
    Kopi sedap 3paket tapi tertinggal kat hotel
    9

    4.
    Cultural Village (sangat rugi kalau tak pergi)
    11

    5.
    Seluar Alladin (kembang semangkuk je)
    5

    6.
    Bangle X 5pieces
    2

    7.
    T-shirt X 2pieces
    4

    8.
    Panadol X 2pacs + 2blue fever
    3
    1000
    9.
    Dinner @ Hj. Musa
    4

    10.
    Tiket Van Sameila to Phnom Penh
    10

    TOTAL
    62
    1000




    HARI KEEMPAT 23/1/2012 (ISNIN) SIEM REAP – PHNOM PENH

    BIL
    PERKARA
    US DOLAR ($)
    RIEL
    1.
    Hotel Bun Seda Siem Riep X 3malam (pintu toilet tak boleh kunci)
    19

    2.
    Tuk Tuk untuk 3hari kat Salim
    16

    3.
    Tips untuk Salim (sangat baik so aku rekemen utk org lain, blh speak english / malay)
    2
    1000
    4.
    Tips untuk Nasir (abg kpd Salim, juga sangat baik, aku sangat rekemen.. sila rent tuk tuk mereka!.. blh speak english / malay)
    1
    1000
    5.
    Lunch @ D’Nyonya Penang di Phnom Penh
    3

    6.
    Gnocide Museum
    3

    7.
    Mini Mart (air tin X 2)
    1

    8.
    Dinner @ D’Nyonya Penang
    5.30

    9.
    Tambang kat driver Tuk tuk poyo tak nak stop kat mini mart
    5

    10.
    The Angkor International Hotel yang tak bg pillow lebih / tiada iron / pintu toilet tak boleh kunci
    8.30

    TOTAL
    63.60
    2000





    HARI KELIMA 24/1/2012 (SELASA) PHNOM PENH 

    BIL
    PERKARA
    US DOLAR ($)
    1.
    Lunch @ D’Nyonya Penang
    5.30
    2.
    Killing Field (sedih sangat kat sini)
    2
    3.
    Shopping last minute kat Central Market (betul-betul dpn D’Nyonya)
    10
    4.
    Tuk tuk rempit (aku nak rekemen dorg kat siapa2 nak pergi, sorang nama NIM, sorg lg tak ingat huhu.. aku ada nombor mereka)
    5
    TOTAL
    22.30



    Rate masa tukar USD haritu ialah 3.16



    • Total penggunaan di Cambodia:  $228.25  (RM721.3)+  3000Riel (RM2.30)=  RM723.60

    • Tiket AA Kul-PNH-Kul:  RM244 + RM16 (charge guna credit card)= RM260

    • Luggage:

    KUL-PNH 20kg share dengan nina

                                                      RM47.50

    PNH-KUL 30kg share dengan nina



    • RM723.60 + RM260 + 47.50=  RM1031.10

    GRAND TOTAL:  RM1031.10
     Aku rasa kalau nak jimat lagi boleh lah bawa bekal sendiri tapi tengok kepada geng travel cemana lah.. kalau yang jenis makan, kita kena makan.. kalau dapat yang jenis bawa bekal, kita bawa bekal.  But i'm into big eater, memang aku jenis yang kuat makan, nasik tu memang ruji lah kekekek :-)

    Aku juga kaki shopping tapi tak tahu kenapa bila pergi cambodia, nafsu shopping aku seolah-olah disekat.  Tak beli sebab takde kepentingan untuk guna kot :-) 

    Itu sahaja lah, kalau ada apa-apa, ajukan soalan (macam sesi soal jawab pula) :D