Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

28 May, 2012

Umrah Hari 1 Part 2: KL-Madinah

27/4/2012 (Jumaat)

Flight sampai di airport Madinah pada pukul 2.10ptg (7.10mlm waktu Malaysia).. awal 10minit dari jangkaan. 

Dalam bas...  rules sahaja tapi tiada yang menyelia ;)

Tapi macam biasa, sesiapa yang naik wheelchair kena turun last sekali so saya, abg saya & makcik saya terus naik bas untuk ke terminal.. isi borang visa on arrival & tunggu... keadaan sangat sesak.

sekejap sgt naik bas ni, tak sampai 1minit pun haha.

Yang wheelchair kena naik skylift.. sekali tengok macam transformer plak masa turun tu :P

Lama juga nak tuggu skylift tu.
Lepas tu terus pergi imigresen, alhamdulillah sekejapan je selesai & masa untuk ambil luggage.
airport madinah

Selepas ambil luggage, kami keluar & staff Al-Quds Madinah memang sudah sedia menunggu di situ untuk mengutip pasport kami & guide kami pergi bersama.

Sumbat lagi beg banyak-banyak kat troli kecil tu... kan dah jatuh!

Ketika menunggu dalam bas (tak tahulah apa yang driver arab tu tunggu.. dalam 20minit juga kami di dalam bas tu), maka saya tengoklah gelagat orang ramai di airport Madinah tu, banyak yang mencuit hati.  Siap buleh terhibur lagi hehe.

Masih gigih untuk tolak dalam 1troli, yelah.. kalau ambil troli lain, kena bayar kalau tak silap saya (kalau tengok dari cara pekerja airport tu lah!)

Saya memang suka snap gambar tapi tiba-tiba driver cakap "no photo no photo".. lepas tu dia gelak gelak.
Huk alohhhhhh!  & mutawwif cakap "di perkarangan airport madinah ni tidak dibenarkan ambil gambar ya.. kalau nak ambil tu sorok-sorok lah"  hehehe sengih jah la jadi saya snap sorok-sorok jah la.  Tak tau apa motif tak boleh snap gambar di perkarangan airport Madinah.  Saya snap gambar dalam airport tu ok je?


Kalau tak silap dari pemerhatian saya, kalau sesiapa nak guna troli airport, kena 'pakej sekali dengan staff' yang tolak troli tu.  Saya rasa lepas tu mungkin mereka akan mintak upah @ dgn kata lain "tips" (serupa di India pula, segala minta tips!).
Orang-orang arab tu pula siap main tarik-tarik troli lagi dengan staff tapi staff tak bagi, aduh macam-macam :D

Di sana juga ada carrefour :-)

Tak lama kemudian, kami meneruskan perjalanan & mutawwif kata kita bernasib baik kerana akan singgah solat Zuhur & Asar di Masjid Quba' di mana kalau ikut jadual asal akan ziarah Masjid Quba' pada hari ke-3, jadinya 2x lah kami pergi Masjid Quba' ;-)

Ini restoran kalau tak silap saya- AlBaik

Tidak sempat kami mengejar solat Asar maka kami Jama' Takhir di situ.
Alhamdulillah syukur sangat boleh solat di situ selepas selamat sampai di Kota Madinah.

Masjid Quba'

Masih masjid Quba'

Kami meneruskan perjalanan terus ke hotel.
Seminggu sebelum pergi, agent kata duduk di Hotel Durrat Al-Fayroz tetapi bila sampai, kami duduk di Jawrahat Al-Fayroz tetapi tidak mengapa sebab memang sebelah menyebelah je :-)

Bas no.1

Tapi kami diminta untuk terus makan malam.
Dining hall tu memang kecil.. sekali makan muatlah kut dalam 100orang maka kena bertolak ansur lah, tak boleh lah mementingkan diri sendiri berlama-lama. 

Bab makan saya tak mahu komen sebab bagi saya, saya terima semua.
Saya memang boleh dikategorikan sebagai 'big eater', sedap tak sedap semua saya sebat.  Nasib saya tak 'big a.k.a gemuk' ehehhh off topic pula.
Oh ye, kami memang diberi masakan melayu :-)

Looks like design Masjid Nabawi tetapi bukan, ini ialah salah 1hotel di Madinah :-)

Selepas makan, saya pergi kaunter untuk ambil kunci bilik tetapi sudah ada orang ambil.  Kebetulan mutawwif saya ada di situ jadi saya bertanya berapa orang.. katanya 5orang.. oh saya sangat terkejut kerana sebelum pergi agent kata 1bilik hanya 3-4orang sahaja & saya gambarkan bilik kami sempit.

Dinner pertama kami di Madinah, semua rasa sedap heheh

Bila masuk bilik, kakak tu kata "toilet rosak teruk, tak boleh guna" & bila saya masuk, terkejut juga.. sebab memang teruk tapi bila tengok dalam.. memang luas... oh no wonderlah 5orang.. tiada masalah lah kalau 5orang pun :D
(oh ya, roomate saya ialah kak za & anaknya syikin yang masih belajar di UiTM).

Saya terus call ustaz ilyas (mutawif saya).. mengadu pasal bilik, siap buleh suruh datang bilik kami, bukan sengaja suruh datang bilik hotel tapi sebagai bukti bukan sengaja kami nak tukar bilik,
Tak lama kemudia dia datang & dia akan adjust untuk dapatkan bilik lain tapi saya rasa mustahil sebab kelihatan penuh dengan jemaah.

Berselera nampaknya

Tak lama kemudian pekerja hotel datang baiki sink tu dalam 20minit.. tampal macamana saya tak tahu.  Katanya besok baru buleh guna sink tu.  Tak lama kemudian.. tadaaaaaaa.... blackout pulakkk!  Pekerja hotel tu cakap 5minit je takde.. aaaa 5minit apanya pulak hehe.  Jadi kami decide pergi je ke masjid nabawi.  Terpaksalah menapak turun tangga dari tingkat 4.. hinfss!

Kalau ke entrance lelaki, memang tersangat dekat lah.. tapi kalau ke entrance wanita.. kena ke hujung sanun pula.  Memang dekat tapi bagi mami saya yang sakit lutut tu, bagi dia jauh juga kena menapak tu.

Scarry kan toilet bilik saya?

Berdebar juga, tapi alhamdulillah.. terpana seketika rasa macam tak percaya.
Tapi sudah banyak sangat berubah dengan 14 tahun yang lepas.  Kami solat di luar sebab ketika tu memang tengah solat Maghrib.  
Selepas solat Maghrib, saya masuk ke dalam masjid sedorang diri untuk meneruskan misi saya iaitu minum air zam zam hehe kepingin sangat.  Mami & makcik saya masih solat di luar.
1bilik 5orang- luas dan selesa

Ketika masuk tu, macam biasalah kena cek segala bagai dengan guard pakaian serba hitam tu.   Saya tidak plan membawa handphone sebab nak tengok flow guard tu dulu cemana, takut kena rampas.. tak kuasalah!

Selepas Isya' terus ke luar & pulang dengan mami& makcik.
Tiada singgah mana-mana sebab mereka penat, ok tak apa saya faham.

Mari mengubang

Bila naik bilik, mami & makcik terus tidur.  Ala saya belum mengantuk.
Dan-dan abg saya sms tanya nak makan shawarma tak?
Haaa apa shawarma tu?  Abg kata kebab.. oh hehehe nak jadi saya turun ronda-ronda belakang hotel sekejap dengan abg saya & beli shawarma & topup mobily.

Lepas tu balik hotel lah apa lagi, tak tidur pun, kemas-kemas dulu

Sambung esoknya hari ke-2 :-)
 

27 May, 2012

Susah kah untuk faham?

 (semua gambar adalah recycle.. tak sempat lah nak snap gambar baru!)

Kerja saya menuntut saya pulang lewat setiap hari,
mostly selepas 6.30pm.

Hari minggu saya overtime.
Kadang-kadang bos sms suruh pergi kerja on the spot ketika saya sedang enak tidur ketika hujung minggu hmmmm.

 Jadi saya fikir, susah untuk saya bertemu kawan-kawan.
Mereka mengajak saya keluar & apabila saya kata saya sibuk & TIDAK BOLEH BERJANJI.. mereka kata saya sememangnya SOMBONG.  


Mereka sukar untuk faham kerana saya hanya PENJAWAT AWAM  di mana orang hanya berfikiran tipikal- KERJA KERAJAAN MANA ADA KERJA, SELALU KELUAR MINUM, CURI TULANG, BERNIAGA, MENGUMPAT.


Saya tidak tahu bagaimana lagi harus terangkan yang sememangnya saya terlalu sibuk?  Bos sudah pulang tapi saya masih juga lagi terperap di pejabat.
Kadang saya fikir "nasib baiklah saya masih single, kalau saya sudah kahwin.. maunya kena hempuk kat laki" he he he.  Itu juga sebabnya saya takut untuk berkomitmen.

Tak tau sampai bila boleh bertahan.
Ikut hati, saya mahu resign, tetapi siapa mahu tanggung saya?


Entahlah labuuuuu :-( 

**entry ini berkaitan dengan kawan yang mengajak saya keluar tetapi saya sememangnya tidak punyai masa untuk itu walau hati kepingin sangat untuk bergembira- kawan yang kerja balik ontime memang tak akan memahami situasi diriku**

25 May, 2012

Sumbangan Madrasah Hampir Siap di Kemboja

Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh....

Surat dari penaung Persatuan Pekerja Islam (PPI) HRPZ II, Kota Bharu
Saya bukan sesiapa tetapi atas dasar kemanusiaan & saya melalui Persatuan Pekerja Islam HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) ingin war-warkan mengenai Madrasah Al-Ghazaliyyah yang hampir siap dibina di daerah Kompong Tralarch, Wilayah Kompong Chhnang, Kemboja yang dijangka siap Julai 2012.

Bukti kewujudan Kompong Chhnang

Madrasah ini dibina atas hasil sumbangan seorang pakar perubatan dari negeri Kelantan. Kos pembinaan dianggarkan berjumlah lebih kurang RM50,000 dan akan dijadikan Pusat Pengajian Agama Islam untuk membantu rakyat Islam di Kemboja.

Gambar aktiviti pembinaan madrasah sedang giat dijalankan
Madrasah Al-Ghazaliyyah ini dijangka siap pada Julai 2012 dan insyaAllah akan dirasmikan pada Hari Raya Qurban 2012 nanti bersama-sama penduduk di sana sambil bergotong royong sempena Hari Raya Qurban.

Senarai barang-barang yang diperlukan sebagai sumbangan
Jikalau anda ingin menyumbang barang-barang keperluan, boleh hantar / pos kepada saya.  Emel ke deidaa@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.
Contoh-contoh keperluan selain yang surat tu lists kan- yang ni saya fikirkan sendiri dirasakan sesuailah.  Jikalau mahu tambah perkara lain pun boleh, kami akan bawa terus sendiri ke sana :-)


BIL.
PERKARA
1.
Tasbih
2.
Selipar Jepun
3.
Cermin
4.
Kain lap
5.
Rehal
6.
White board (kat kedai alatulis ada yang kecil)
7.
Marker pen
8.
Penunjuk Al-Quran
9.
Rak  / kotak buku (yang kertas keras tu)
10.
Songkok
11.
Alas kaki

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang dana, bolehlah secara cek, tunai @ bank in kepada sebelum @ pada 15/7/2012 (Ahad): 
  • Bank Islam 03018010037623 (Persatuan Pekerja Islam HRPZ II) sebelum @ pada 15/7/2012 (Ahad).  
  • Jika ingin melalui Maybank2U, boleh bank in kepada 164016969083 (Nor Afida bt Mohd. Noor)- deidaa@gmail.com & nyatakan tujuan + bank in + no. telefon (supaya saya tidak keliru duit dari siapa & untuk apa).
Semoga dengan sumbangan anda, dapatlah menggembirakan mereka yang serba daif di sana. Ingatlah, walau anda menyumbang RM1 & setelah dikumpulkan bersekali dengan penyumbang lain, terkumpullah ia & boleh digunakan oleh mereka ;-)

Wassalam :-)

-serius saya tidak pandai menyusun atur ayat secara rasmi, harap anda semua faham-

24 May, 2012

Umrah Hari 1 part 1: Kota Bharu-KUL

Umrah Hari Pertama:  24 April 2012 (Jumaat)
KB-KUL:  6.40pagi
KUL-MEDINAH:  10.25pagi

Saya bangun seawal 3.30pagi (setelah tidur 2jam sahaja-sedih mengenangkan kucing sakit yang tengah nazak ketika tu).
Saudara saya datang jemput 4pagi (terlalu awal sebab kami minta datang 4.30pagi)... terkocoh-kocoh saya dibuatnya hehe.

 Suasana di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa 4.55pagi

Saya sudah buat persediaan maka tiada apa yang tertinggal & sempat lagi saya memberi stray cat rumah sebelah makan ehe.
Maka bertolak ke airport Pengkalan Chepa 4.35pagi, jalan memang clear tapi bila sampai airport pada 4.55pagi.. suasana kelam kabut & dipenuhi dengan jemaah serta keluarga jemaah yang menghatar.  Tidak berapa nak nampak staff Al-Quds di situ sebab memang meriah amat.
 Beg-beg ni semua di susun oleh staff Travel Agent, jemaah tak perlu susah payah lah nak letak kat kaunter tu.  Kami di beri stiker Al-Quds jadi insyaAllah senang nak trace :-)

Saya rasa airport di Malaysia ni patut laksanakan sistem seperti di Airport Delhi di mana hanya yang menaiki pesawat sahaja dibenarkan memasuki dalam airport tu, yang hantar duduk di perkarangan airport sudah!  Sungguh, saya kagum dengan airport Delhi, sangat berbeza dengan airport Pengkalan Chepa, kelam kabut dengan yang hantar.  Imagine yang pergi 2 3jemaah tapi yang pergi hantar 2buah kereta.. isk!

 Tag bas nombor 1 warna oren (ustaz illyas)
Bas 2 warna hijau (ustaz tak ingat nama tapi selalu ada di radio ajar mengaji)
Bas 3 warna merah (ustaz ghazali orang kemboja- ketua untuk semua mutawwif untuk trip umrah pada ketika itu)

Juga nak tegur pemakaian yang hantar jemaah.
Dah tau nak hantar orang pergi umrah tapi pakaian uih short sleeve sampai nampak ketiak lepas tu rambut terjulur keluar walau pakai tudung... baik usah pakai tudung kalau begitu :-)  Yang pakai lip lap mengalahkan pengantin pun ada juga.. sungguh lah motif, tak sesuai ok.. bukan hari raya @ kenduri kahwin!
Sungguh celupar jari saya tapi saya jujur, saya tidak berselindung!

 Saya & mami orang last turun dari flight kerana tunggu wheel chair.. semua passanger turun.. terus staff ni naik untuk pembersihan :-)

Dari awal mami guna wheel chair maka kena jadi orang terakhirlah naik & turun flight.
Solat subuh di airport pun kelam kabut sebab tempat solat tu kecil & masing-masing berebut, walhal ketika itu sudah 6.15pagi(20minit lagi nak fly).  Mami solat di atas wheel chair sahaja di boarding hall.

 Di KLIA... sangat lah besar, pening!
Maklumlah biasa dengan LCCT je keke

6.30pagi naik plane.. oh kebetulan pula seat sebelah mutawwif bas no. 2 (seriously memang tak ingat nama ustaz ni.. tapi aku gelarkan dia ustaz janggut je buleh?  kekekek). Mutawwif ni kelakar.. mami tanya macam-macam lah.
Kalau orang kirim salam kepada Rasulullah tapi yang menyampaikan tapi tak sebut "assalamualaikum" boleh ke?  Ustaz janggut kata "sepatutnya dia sebutlah Assalamualaikum tu, kalu dok, dokleh le sampaikan.. sekkat separuh jale jah la kalu gitu, kalu gitu gak, nok wat guano dih.. salam tok sapa lah" :P
Lepas tu macam-macam lah mami tanya... pasal radio pun tanya, bagaimana terima caller di konti, siapa control semua... wah mamiku... macam wartawan pula kekeke.

Famili saya

Sampailah kami di KLIA 7.40pagi & memang orang terakhir keluar dari flight.
Sempatlah tengok pekerja-pekerja tu mencuci & membuang sampah dalam flight.
Pernah tengok dalam Majalah 3 rasanya, mereka hanya diberi masa 10minit untuk membersihkan segala-galanya sebelum penerbangan seterusnya.. huii kagumlah saya!

 Makcik bawa bekal sandwich

Makcik & abang saya yang pergi umrah sama, sampai KLIA 7pagi lagi.
Tapi kenalah tunggu kami yang terakhir ni.
Kena berkumpul di aras 5.  Saya & mami ketinggalan lah, mujur juga staff KLIA yang menolak wheelchair... jauh juga menapak.
Kalau suruh saya pergi KLIA seorang diri, terkial-kial juga rasanya (ye lah sebab dah biasa dengan LCCT jah).

 Anak buah saya Hyden Mikail

Ketika sampai aras 5, berjumpalah dengan sepupu-sepupu saya & abg + makcik saya akhir sekali. Boleh dikatakan majority di aras 5 pada ketika itu ialah para jemaah untuk pergi Umrah sahaja.  Tengah sibuk-sibuk cari jemaah Al-Quds.. eh ternampak pula Imam Muda Hizbur lone ranger.  

anak buah... heidi natasha & hyden mikail

Jemaah Al-Quds berkumpul di hujung (dekat area KFC) & saya kelam kabut juga sebab jumpa abang hilang makcik, jumpa makcik hilang abang heheh pening weh!  Mami pula di hujung sana, saya di hujung sini waduh!  

Ketika pergi ambil mami kat hujung sana, tiba-tiba mami cakap "tolong cakap kat pakcik tu kesian dia gi maghi gi maghi cari orang lain tak jumpa kot"... bila saya tengok, memang kesian kat pakcik tu macam nanar mencari group... terus saya tanya "pakcik cari siapa?"  Rupa-rupanya dia cari isteri & jemaah lain.. dia terputus dengan isteri dia yang naik lif seorang diri sebab dia takut nak naik eskalator & semasa naik eskalator, pakcik tu tunggu isteri dia kat lif barangkali jadi dah terputus pula dengan jemaah lain.. alahai kesian jadi saya suruh pakcik tu ikut saya sebab dia memang group Al-Quds.

 Apa-apapun dalam banyak-banyak channel, saya layan kartun haha

Semasa hantar pakcik tu ke ustaz janggut, isteri dia memang dah ada kat situ.  Alahai lagi, nasib baiklah terjumpa.  Tapi pakcik tu nampak cool je, tak nampak kalut pun (simpan dalam hati tu hehe, perempuan lain lah cepat kalut ribut).

Tengah tunggu-tunggu tu.. aishhh nampak Adi Putra pula.  Sepupu saya suruh snap gambar tapi saya malaslah, buat apa? :D
Tak lama kemudian ternampak pula Nora Danish berjubah hitam.. aishhh kiut budak ni.  Jadi saya expect Imam Muda Hizbur, Adi Putera & Nora Danish dalam satu group :-)
 Nasi berianinya agak lembik tapi saya ni pemakan orangnya maka habislah ia :P

Semasa saya tengah beratur nak beli makanan, dengar jemaah lain minta ke boarding hall.  Laaaa kata 2jam lagi nak fly tapi kena masuk awal, nak isi perut pun tak sempat, sudahlah lapar hehe ingat makan je saya!
Saya tengok ustaz janggut tu baru je lepas beli makanan.  Mutawif saya memang tak nampak di mana-mana atau mungkin saya yang gerak cepat sangat kot.. lupa nak tanya pasal wheelchair untuk ke boarding hall.  

 Aiskrim magnum.  Tak tahu berapa ribu kalori saya tambah dalam flight tu

Saya kena marah kat pegawai imigresen sebab masukkan beg troli tu dalam "dulang", ye lah saya tengok semua jemaah lain masukkan jadi saya masukkan lah juga.. tiba-tiba pegawai tu jerit "beg besar tak payah lah masuk dalam tuuuuu, masuk yang kecik je lahhhh!"  amboi cakap elok-elok tak boleh kah?  Sungguh saya malu sebab ramai ketika tu.  
Abg saya, saya, mami & makcik saya  (all sponsored by mami ehehe terima kasih mami)

Selepas lepas imigresen, masing-masing terkial-kial pula sebab di boarding pas tak beritahu gate berapa.  Sungguh confused... nasib baik lah ada board tulis flight ke mana-mana tu tepi tu jah.  Jemaah yang veteran-veteran ni ikut saja kami.  Wuwuwuw rasanya kami ter'awal' kot sebab mutawif tak masuk pun lagi rasanya huuu.
Agak jauh juga menapak.  Dan-dan pula mami & makcik naik "kereta" dalam airport tu.. tak tahu lah menda alah tu nama apa :P
Saya & abang menapak je.  Saya suruh pakcik yang terputus dengan isterinya itu naik walk eskalator tu tapi dia menolak, katanya isteri dia takut eskalator.. oh lupa pula saya.. so sweet :D

 Kawan ketika dalam flight, ramah juga cuma dia bas no. 3

Semasa sampai di gate 10, tak ramai lagi ketika tu tapi saya pula nak membuang air besar.  Aduh toilet gate 10 rosak, kena menapak ke gate 4.. jauhnya!  Tapi pecut lah apa lagi, mami yang nak pergi toilet tu pun saya tinggalkan sebab tak tahan sangat huhu.  Tapi mami pergi juga selepas tu.  Abang saya pula sms suruh cepat masuk sebelum jemaah lain "serbu" sabor je lah :P

Sebelum tu lagi 'ayahjoe' dari forum CARI sms untuk bertemu tapi ada saja halangannya.  Saya lah yang laju tu.. asyik ke depan ke depan ke depan, sudahnya tak jumpa langsung.  Ayahjoe ni sudah banyak kali berpengalaman pergi umrah, kalau boleh.. nak lagi kutip pengalaman dari dia :-)

 Makan lagi.  Kek coklat lembab itu tersangatlah sedap!

Semasa di boarding hall, ustaz Ilyas call tanya nak wheel chair ke?
Weh ustaz, kami dah sampai dahhhhhh hehe so saya kata tak perlu le... nak masuk flight dah pun.  Saya minta masuk awal dari staff KLIA, katanya ok boleh masuk.. wah special, tapi confused sebab jemaah lain masuk pintu sebelah tapi kami pintu 1lagi.. ingatkan salah flight.. tapi bila masuk rupa-rupanya saya masuk pintu BUSINESS CLASS... wah kelassss gitu.. boleh lah tengok area "business class"... siap ada meja bulat lagi.. tapi tengok sekilas saja.

2nd meal pun menu sama jadi saya dah tak makan lah nasi tu hmmm
 
Kami antara orang yang terawal masuk jadi tak kelam kabut cuma tak best sebab seat tengah-tengah.  Dapat kawan dari Al-Quds juga cuma bas lain-lain.
Tak silap saya seat Adi Putra kat business class, Nora Danish kat tingkat atas & Imam Muda Hizbur depan saya tapi seat idle tu heheh.

Si Flight Attandance tu bila nampak Adi Putera.. mak aiiii tiba-tiba galak semacam.
Hahahah jari saya memang tak boleh control ketika menaip ni.

Perjalanan mengambil masa 8jam ++ (rasanya lah, tak ingat pulak isk).
Banyak sungguh lah saya makan.  SEmua saya sebat.. mami tak selera pula hehe.
Lepas tu tidur lah apa lagi sehingga sampai.

Bersambung.....


20 May, 2012

Jangan Harap Masuk Universiti!

JANGAN HARAPLAH KO NAK MASUK UNIVERSITI... INGAT SENANG KE?

Itulah kata-kata kawan-kawan sekolah saya ketika menunggu keputusan SPM (Vokasional).  Tersentap juga dibuatnya.  Tapi memang itu hakikatnya.

Ketika sekolah, saya tidak suka belajar. 
Sebab saya tahu saya tidak pandai walaupun sejak dari darjah 4 saya pergi tution, siap ambil kelas persendirian.. bayar memang mahal tapi tidak berbaloi sebab ajar lah macam-macamanapun, saya tetap tidak pandai.

UPSR saya hanya dapat 2A.
PMR saya dapat 1A, 1B (selebihnya faham-fahamlah sendiri) (",)

Selepas tengok result PMR saya teruk sangat maka parents suruh saya masuk Vokasional.. saya happy sebab tak banyak subjek yang perlu dibaca kekekeke... ye lah Sejarah & Geografi tak ada :P
Saya lebihkan kepada belajar secara teknikal dari membaca semua tu.. boring!

Results SPMV saya pun teruk juga Pangkat 2, 24agregat (patut agregat tu pangkat 1 lah kan heheheh tapi sebab saya meniru.. padan lah muka hehhh!).

Ketika menunggu results SPM (V) tu lah saya beriya mengisi borang masuk U, kawan-kawan siap perli supaya saya jangan berangan masuk U.  Tapi saya peduli apa?  Saya pilih kursus-kursus yang setara (walaupun tak minat tapi biarlah setaraf dengan otak saya yang tak berapa nak cerdik ni).

Akhirnya saya dapat, kawan-kawan yang perli tu siap cakap "ye ke?  macam tak percaya je?  Ada orang dalam lah tu"  Maka belajarlah saya di UiTM Pahang, itu pun memang extend (1class extend 2sem ok.. terima kasih) :P

Semua subjek dalam bahasa Inggeris (kecuali Agama Islam).
Tapi sampai sekarang saya tak pandai berbahasa Inggeris, that's why tak pernah berani travel secara solo (jujur kan).

Walaupun extend 2sem, saya tetap dapat offer Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat di UiTM Shah Alam tapi adalah kisahnya... saya bekerja sehingga sekarang & sudah tidak berminat untuk belajar sebab kemampuan bagaimana  :P 

Tapi saya tetap syukur dengan rezeki yang Allah telah tetapkan ini.
Tidak semestinya kita tidak berapa nak pandai, kita tidak boleh teruskan hidup.
Ada juga kawan-kawan saya memang pandai, pangkat 1 agregat 12.. masuk U kena tendang lepas tu masuk swasta.. sudahnya kahwin dengan lelaki yang tak benarkan dia jumpa kawan-kawan langsung, apatah lagi guna hp.. kesian... itulah besfren saya... tak tahulah dia macamana sekarang... sayang.. dia bijak Matematik.. SPM dpt 1.

Ada juga yang pandai Sains + Math + Add Math.. masuk UiTM tapi kerja... memang kesian... bukan saya nak mempertikaikan rezeki masing-masing.  Tp sebab dia pun pernah tidak percayakan saya kerana dapat masuk U.  

Ada juga classmate.. kami kelas ke-3 je pun, sekarang dia dah jadi pensyarah (aku pun terkejut sebab kami selalu gaduh mulut.. biasalah perempuan kekekek).

Ada juga kawan saya belajar di UiTM separuh jalan, tapi sekarang dah berjaya, kaya raya, ada bisnes sendiri... itu juga rezeki dia.

So moral nya di sini ialah.
Kita tak boleh nak tentukan masa depan dia dari pelajaran dia.
Tak semestinya dia pandai dia berjaya & tak semestinya dia tak berapa nak pandai dia tak berjaya terus.   Tak begitu?

Saya tidak ada segala-galanya tapi saya berusaha untuk mendapatkan segala-galanya :-)

19 May, 2012

Cerita ceriti riki-riki agent untuk umrah 2012

Alhamdulillah tahun ni dapatlah saya & keluarga menunaikan umrah.  Plan dari 2011 lagi dan akulah yang sibuk-sibuk duk riki agent-agent Umrah.  & akhirnya ambil keputusan untuk pergi dengan Al-Quds Travel Sdn. Bhd. yang berpusat di Kota Bharu (betul-betul depan KB Mall).  Kebetulan dorang buat promo di KB Mall maka aku beriyalah ajak mami pergi (walaupun dia malas pergi & dia suruh aku pergi sorg je sebenarnya hehe). 
Gambar recycle... antara yang kami dapat
 
Sebelum tu macam-macam agent lah aku riki macam Syarikat Perlancungan Yaskin, Ash-Har Travel (Ust. Hj. Abdul Basit yang selalu masuk TV), Rayhar Travel, Muhammadiyah Travel, Rakyat Travel & ada beberapa lagi yang aku riki (tak ingat sebab banyak sangat hehe).

 Packing jgn tak packing.. pergi 2beg jah.. balik pun 2beg hehe~

Kalau di Kelantan ni, yang biasa orang pergi ialah Yaskin, Ash-Har & Citra Travel.
Tapi aku biasalah, yang biasa tu aku tak berapa nak sangat, apatah lagi Andalusia tu, lagilah aku tak mahu... aku suka mencuba sesuatu yang baru kekeke.
Walaupun Al-Quds ni bukan lah baru sangat pun (ditubuhkan tahun 2000 tapi aku baru jah tau kewujudannya 2 3tahun ni huuu).  Penat juga aku riki-riki testimoni kat google bagi yang dah ada pengalaman gi dgn Al-Quds tapi tak ada la pulak haih! 

Sebelum kursus umrah.. duk depan sekali
 
Tapi daftar juga dengan Al-Quds Travel, setelah berbincang dengan seorang makcik.. katanya dia free selepas March maka pilih tarikh yang sesuai (akulah pilih sebab nya aku je yang masih period huuu), akhirnya decide pilih 27/4-9/5.  Sebenarnya kalau boleh nak pilih awal lagi (Februari @ Mac) sebab nya cuaca Mei tu dah panas tapi nak buat cemana.
 Pinjam dari web Al-Quds Travel... inilah bangunannya

Maka daftarlah kami untuk 14hari 12malam dengan harga RM5290 X 4orang= RM21,160 tapi kena bayar terus (takleh deposit sebab nya harga promo) maka bayarlah melalui transfer Tabung Haji to Tabung Haji lah selamat sikit.  Mami yang sponsor kami semua, tunggu duit aku... memang tak cukup aje le memanjang huuu.

Itulah kesahnya.  Antara yang kami dapat ialah beg troli, sling bag, uncang kasut, losyen / lip balm gamat.  Untuk yang berumur 55tahun ke atas, akan dapat wang saku SR100 (diberi ketika di Madinah @ Mekah).

Pergilah kami kursus yang diadakan pada hari jumaat 8.30pagi-12tenghari.
Aku pergi 2x jah.. 1st time tu tak ingat pula ustaz mana & kali ke-2 tu lah mutawwif group aku sendiri yang bagi ceramah.. iaitu seminggu sebelum kami berangkat ke Tanah Suci.  Pada hari tu 2orang mutawwif yang bagi ceramah sebab kali ni 1st time Al-Quds buat dalam 3group (biasa 1group jah).  Aku dapat bas n0.1 & bas no.2 tu ustaz tak ingat nama (opssss) tapi dia selalu ada di radio kelantan mengajar ngaji.. aku tak tahu sbb tak pernah dengar (opsss kantoi lg haha).
Mutawif bas no.3 tak datang haritu sebabnya dia baru sampai dari umrah sehari sebelum tu :-)

Selepas pulang dari umrah, mami mengatakan insyaAllah kalau ada rezeki lagi.. mahu pergi dengan Al-Quds Travel lagi :D :D :D 

Ok lah bersambung!