Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

19 November, 2014

Guangzhou Part 5- Naik Cruise Pusing Canton Tower


Lepas shopping 20pasang cotton tu, kami lepak luar Plaza.
Terjumpalah pulak warga Malaysia 1bas.  Katanya dari Shenzen, belum check in kat Guangzhou pun lagi.  Lupa dari Jabatan apa tapi di Penang kot?  :)
Jom gi cruise!

Group kami nak naik cruise jugak.
180yuan/pack (RM90).
Menapak je dari Plaza Fabrik tu.
2kapel tu duk bertanya dari dalam van lagi.. KORANG TAK NAK NAIK CRUISE KE?  JOM LA ROMANTIK2 NAIK CRUISE.. LAGI RAMAI LAGI BEST.
 Tiket cruise, Jenny beli awal2

Aku mcm dah serba salah.
Tak gi kang kot ketinggalan apa2 cerita depa.
Gi kang aku boring pulak huhu.
 Kapel dari Johor.
Wifey dah resign, buat fulltime business.  Hubby nya kija kilang (kilanggg pun, yg kija dalam ofis la hee!)

Kena decide cepat sebab si Jenny nak tolong bookingkan.
Once dah booking & bayar, tokleh cancel.
Last2 decide gi jugak la!
Abam teringatkan Irdina

Aku sebenarnya dok minat mana pun naik2 cruise sekadar duk termenung buang masa, tengok pemandangan, tengok cruise gerak, makan2 (tapi sorry ye.. JANGAN MAKAN DALAM CRUISE NI.. SEMUA TAK HALAL!  Sape gak gedik gi cakap HALAL tu?  Jenny org Guangzhou itself yang cakap HEY, DON'T EAT.. IT'S NOT HALALLLL!  Menjerit dia kat kitorg haha.
Rasanya ni baru 20menit cruise gerak.. aku dah bosan gile

Aku dah pernah naik MANSOUR DHOW (Cruise pusing2 dalam bandar Dubai 1 1/2jam.. serius gile boring.. dah lah gi time sejuks... aku mcm "errr bila nak abis pusing ni?  gile boring?"  Makanan mmg halal tp buncit le perut kalau asyik makan hehe"  Naik2 cruise ni bukan jiwa aku hee!
Asyik puak2 dia je duk tepi tiang.. aku tak dapat duk tepi huhu

Ok sambung cerita cruise kat Guangzhou.  Semua pakat nak I JUMP U JUMP.  Aku tak teruja langsung.. boring boring boring.  Duk tengok CANTON TOWER tukar2 kaler.. BORING BORING BORING.. aku fikir nak balik lepak bilik & just ronda2 area hotel banyak kedai hehe.
Akhirnya dpt bergambar berdua.. walaupun blur.. it's better than nothing hehe

Masa mula2 masuk tu je duduk kejap.
Ramai bangsa Cina jugak.. cakap punya la menjerit2.. bingit telinga aku.. rasa nak gi tampo je seketui seketui.. pekak gamaknya orang sebelah depa tu huhu.
 Kapel dari Kedah.  Depa syok la, gi atas honeymoon purpose :P
Kaler ijau nak jadi biru

Pahtu duk tepi.. amik gambo dan gambo walaupun ku tahu ku tak suka sgt pun amik gambo sama, tp saje nak tunjuk kat belog ni heee! :D
Video canton tower tukar2 kaler!

Mujur le 45menit je pusing2.. kalu tak pengsan kebosanan aku!
Abam awal2 lepak dalam sebab dia sakit heh.
Nasi utk abam

Lega rasanya bila dapat turun dari Cruise tu.
Sesapa yang baca ni, jangan la terpengaruh kata naik cruise ni BOSAN tapi sebab jiwa aku ni memang tak minat naik cruise ye :-)
Mee tarik untuk saya!

Lepas tu kami gi dinner kat Resto Halal masa hari 1st kami sampai.
Kali ni order mee tarik pulak.. sedap!
Tetap meriah walaupun malam!

Kami kesian kat kapel JOhor tu sebab nya dia saje menempah 'nahas' sbb dia gi kasi note RM1 kat sorang waiter tu.  Ingatkan stop setakat tu, sekali ada waiter lain pulak siap bg note 1yuan utk dptkan note RM1.  Sengih2 dia.. lepas tu kali ke-3 waiter tu tukar 3keping kot note 1yuan.. terpaksalah kapel tu bagi.   Melompat2 waiter tu mcm tak pernah nampak duit~
Pastu kawan waiter tu pulak mintak tlg tukar note yuan dgn RM & lagi & lagi.
Hahahah ku rasa hampir RM10 jugak kapel tu rugi :P
Tu lah, moralnya jangan duk coba-coba baik ati kasi dorang apa jua note ok?  :D
 Lepas dinner, ingatkan nak jalan2 lagi tapi abam dah sakit hmmm balik bilik.
Ni perjalanan balik ke hotel kami. :-)

Lepak2 bilik tengok hasil TANGKAPAN :P

Sambung hari ke-3, shopping kaw2!


17 November, 2014

Guangzhou Part 4: Memburu kain pasang!

Uolsss... lama gila tak hupdate, kami baru balik holiday di Langkawi hokey..  tak nyempat2 nak hupdate.  Rupa2nya entry ni ku lupa untuk auto publish sebab dah siap taip sebelum gi Langkawi lagi hihi.  

Sambungan dari GUANGZHOU PART 1 / GUANGZHOU PART 2 / GUANGZHOU PART 3.

Masih hari ke-2 (27/9/2014= Sabtu).
Lepas kami di bawak jalan-jalan kat Shangxiashiu Street, Jenny stopkan kitorg kat depan Plaza Fabric which is aku rasa mcm "hmmm bosannyaaaaa... kami nak plaza kanak2 huhu".
Kat Plaza Electronic, 1apa pun tak menarik minat so kita duduk studi semua plaza2 kat GHZ ni!

Udahlah Jenny bagi kami masa 4jam kat situ hokkay!
Aku "whattt?  4jam?  Gile apa?  Macam-macam boleh beli barang baby kalau 4jam nih!".
TV 85hinciii.. ko mampuuuuu?  Kat Plaza Electronic ni tokleh amik gambo tp kami pepandai le nak idup hehe!

Nak tak nak ikut je la sebab malam tu kami ber-6 decide nak naik cruise.
Betul-betul depan Plaza Fabric tu je.  So takkan lah nak balik hotel then gi pulak ke tempat tu kan?  Giler tak relevan!
Kami decide nak gi Plaza Electronic dulu (dalam 3 4minit jalan kaki dari Plaza Fabric tu).
Boleh kami rasa "ermmm boring gile woiiii" padahal dalam tu beribu-ribu jenis gajet ada tapi seriyus aku tak minat sikit pung!
Plaza fabric

Janganlah ditanya ori ke tak.. sah-sah la horrriiii!
Cakap je nak apa, semua ada!  Kamera / hp / usb / beskal elektrik / pen drive / radio / tepon / soundsystem / peti besi.. eh segala mak neka lah ada.
Chantek ke idokkkk?

Casing yg super lawa / super cantik / super duper urban pun hadooo!
Tapi aku tak tertarik punggg.. laki aku lagi le tak tertarik kekeke!
Rambang mata le tuuuu!

Naik tingkat atas, ermmm still rasa bosan, sudahnya aku amik itinerary, kuarkan buku nota & studi apa yg patut, mana nak gi utk 2hari berikutnya (sebab redah sendiri kannn!).
Taktau nak pilih!

Lepas tu decide gi Plaza Fabrik pulak.
Terserempak dengan kapel Kedah tu.. 14pasang dia borong kain cotton / kain silk hokkay.
Pergh gigih bawak berat tu, kalau aku.. tumpang tinggalkan je kat kedai tu huhu.
Aku nak cotton celoreng tu tapi tak tergamak pulak nak pakai hehe!

Mula-mula pusing Plaza Fabrik tu seriyus tak rasa teruja langsung.
Jumpa la 2 3kedai kain cotton, dah mark.  Naik atas takde mood sebab tak berkenan semua kain.
Cari cadar patchwork takde pun, ada cadar biasa2 je.  Langsir semua ada lahhh!
Ahpek yang reti CHANTEK / COMEL / MURAH / INI.. INI...

Pastu terjumpa Jenny, kitorg mintak Jenny tulis Plaza yang kitorg nak gi tu dalam bahasa mandarin sebab depa ni kadang2 tulis kut rumi pun bukan reti baca pung huhu.
Then kitorg lepak lama gila kat luar plaza sebab tak plan nak beli apa.
Pastu ajak abam masuk cari kain cotton.
Kalau uols nak cari kedai ahpek ni.. sila pandang atas.. itu lah kedainya hehe!
Baik kan kitorg bagitau nama kedai?  Kami bagitau sebab kami bkn menega kain.. kalau menega kain, takde maknanya nak bgtau nama kedai ni hahaha! 

Tadaaaa... terjumpa 1kedai ni.. murah murahhh murahhhhs!
Lagi murahsss dari vietnam hi  hi hii!
Baru nak rasa teruja, sampai kapel Johor tu ajak lunch pun kitorg tak sedar hihi.
Tertiberrr ahmoi pakai baju itam ni menyelit.. duk tunjuk peha dia pastu tepuk2.. eh tak paham eh!
pastu duk tunjuk kain2 tu cam cantik le.. tertttiba je muncul.. taktau le dari mana!

Saya beli cotton LV 2meter (haaaa LV uolsss, kalah mak hayams muahaha).
Hajat nak buat blouse je kot.. makk dah insap tak mo pakai ketatsss metatsss, malu kokram + takmo kasi dosa laki aiii tau huhu.
Enterprem pulak amoi sheksi ni.. tercemar kesuian gamba haku!  haha.

Pastu start la sesi rambang mata.  Aku borong utk babysitter yang jaga aku dulu2.
Abam beli utk siblings dia (9org siblings... hamekkk abam... borong la terus hehe).
Itu kat kedai Cotton Viscose.
Ahpek belakang tu duk pujuk kami beli lg sedangkan kami nak byr dah time tu.. pandai le diaaa!
Kami mintak less, dia takmo kasi.. abam buat2 tarik 100yuan.. menggelupur dia kasitau takleh kekeke

Jalan punya jalan, nak kuar dari Plaza dah.. aihhh tetiba ahpek tu panggil kitorg + cotton dia chanteks. Kedai dia senang nak cam sebab sebelah pintu kuar masuk je hehe.
Ini cotton silk.. chantekssss uolsss!  Abam borong lagi!  Kuat sungguh ahpek ni menggoda kitorg.
Siap cakap "INI CHANTEK.. CHANTEK.. CHANTEK.. INI.. INI.. MURAH MURAH.. INI... COMEL COMEL".. itu aje lah yang ko reti ahpek weh hihi.
Seberang jalan pun plaza fabrik tapi utk 'radas' menjahit banyak la kat situ mcm jarum / benang dll

Kedai dia buleh pakai Ringgit Malaysia.  Curlast ko ahpek sebab kedai lain yang aku jumpa mostly memang takmo le.  Siap tunjuk banyak gila RM yang dia ada.  Katanya dia ramai sedara & kawan kat Malaysia tapiiii takleh shipping ke Malaysia.. chesss, tak pe la ahpek... next time nak gi.. kami tuju kedai kamu ye hehe.
Aunty nak lari bila tau aku nak snap gambo dia.. thehehe.  5yuan kot.. suka pisang tp tak beli pung

Pastu si Jenny datang, asyik duk hulur buah je.. sedap tapi aku malas nak gi tong sampah hihi.
So misi kami berjaya memburu 20pasang cotton jahhhh... kapel kedah 14pasang & kapel Johor tu beli blander hee!

Ok aaa sambungs lagi naik cruise pulak hehe.

11 November, 2014

Kelantan Festival Day 2 (penat tapi besh)

1 November 2014 (Sabtu) - Sambungan dari entry Kelantan Festival Day 1 (beshhh weh)

Kami sampai 9.20pagi.
Bawak Irdina.
Tokey booth sebelah duk jaga Irdina hehee sempatlah kami setting booth.
Tapi sangaaaatlah sekejap Irdina duk situ sebab dia yak lah pulak hadoihhh!
So abam hantar Irdina ke kedai kopi ma.
Tengok pagi tu, memang tak ramai orang.
Mood dah agak down + booth2 pun banyak yg buka pukul 10++.
Dah la kami pergi tak brekpes, lapar dahaga semua ada huhuh.
Udahla abam balik lama gila.. pukul 11lebih baru datang semula erghhh!

Sehingga 11pg++ tu baru beberapa org customer yang singgah.. serius down gile ++ tak ramai orang.
Tokey booth sebelah cakap ada 2lg event besar kat tempat lain ++ ada artis yg femes.
Oh no wonder la.. huhu.
Tapiiii.. selepas je solat zohor, berduyunnnn duyuuuun yang datang.. tak menang tangan dibuatnya.
Baru la naik semangat sikit nak menega huhu.
& yang paling best, ada customer berulang datang.
Hari jumaat dah borong 10helai turban, 2nd day tu datang lagi, siap amik gambo wassap2 kat famili depa kot tanya yang mana berkenan hehe.
Pastu adalah pulak makcik mintak nak beli ulat lamaze & turban total RM30 tapi saya kasi RM32.. dia kata ALAH RM2 JE.. TAKKAN TAK LEH?.. hamboi la makcik, makcik pi amik dgn supplier sendirik lah senang... Kalau 40orang customer mcm makcik, saya rugi RM140... tu pun dah kurangkanRM7 tauuu?  Kalau modal turban rm3 je itu kalu... aku kasi je wahahaha!
Pastu ada la games dgn retis2 tu semua.  Nak volunteer jadi model Azza pun boleh + dia siap bg shawl free lagi.. wah gituu  Then ada jugak mana2 booth boleh volunteer nak kasi free gift utk orang ramai.  Kami ingat nak bagi jugak.. sudahnya tak bagi apa2 huhu.
Maghrib tu saya balik sekejap nak mandi2 then lps Maghrib tengok2.. alamak dah banyak pulak booth yang start nak tutup (maklumla ada final bola malam tu weh).  Tapi saya cakap kat abam.. boleh simpan tapi turban2 tu 9.30pm la kita simpan hehehe.
Ha memang ada pun orang beli, alhamdulillah turban baby jualan penutup haritu.
Tengok barang tu gileerrrrr lah banyak.. saya tak yakin muat keta pung.  Sekali abam cakap muat aje!
Nasib baik la adik ipar gi, boleh la dia tlg angkut.
Inilah rupa kereta kami selepas berniaga 2hari 2mlm.
Rosak vios aiii, jadi mcm prebet sapu huhuhu.
Nak cari van buruk pun jadi la asal vios aii tak buruk.

SUKA GILA FESTIVAL!



07 November, 2014

Kelantan Festival Day 1 (beshhh weh!)

Oklah, sambungan dari entry PERASAAN SEBELUM FESTIVAL ni, inilah dia sambungannya hehe.

31/10/2014 (Jumaat).
Event start 10pg-10mlm tp organizer bukak pintu utk seller ni start 7pg.
Kami punye le plan ckp nak pergi awl gile sbb kami kan tak setting apa2 lagi.
Sekaliiiii... 9.10pg baru sampai Dewan huhu.  Irdina saya tinggalkan di rumah mertua.
Pukul 10>>, dah ada orang tapi masih lengang :-)

Tengok seller lain dah hampir siap berbanding kami yang tak siap apa2 lagi.
Dengan beg troli 2ketui + rak2 besi / kayu / storage box / plastik.. pergh gile banyak, kami 2orang ulang alik.. penat weh!
Pukul 11>>.. dah start ramai org

Seller booth sebelah ingatkan kami tak jadi meniaga.  Dia kata kami bukan lewat sikit tapi LEWATTT BANYAKKK! Pahtu abam pulak buleh pulak selow motion duk setting rak2 tu.  Katanya SABARRRLA, pahtu duduk termenung2 jap.. huk aloh, sabar tak sabar... belum 10pg, dah ada customer.  Dapat la RM10 BUAT GORRI ore kelate kato hehe.
kita bergambo dulu hehe!  Hari 1st, display meja camni.. kurasa mcm tak perlu je meja sebab sempit!
 
10.40pg baru le kami siap settle semua.  Masa tu dah ada customer tapi tak ramai.
Sekaliiii 11lbh, booth kami diserbu.. fuhhh kecoh seketika sebab 1famili ni dtg 3dewasa pastu anak2 depa 3 4org. Pakat try turban uolsss!
1Famili datang serbu booth kami.. berlaga montot sebab sempit huhu.  

Sekaliiii.. dorg rembat 8piece turban.  As usual la turban kami memang fix price tp dah depa beli banyak.. saya suruh depa diskus dengan abam sebabnya dorang mintak kurang kaw2 punya.  Ades kalau kaw-kaw sangat, sian lah kat kami sebab modal selai turban tu bknnya RM5-RM6... lebih tawwww.. so takkan la margin untung turban RM1-RM2 je?  Baik menega kat car boot sale je huhu.
 Turban kiri kanan pada hari pertama

Kami rasa RM18 tu dah ngam-ngam hooo je.. semua mampu beli.. bkn nya 1-2bln boleh pakai tapi up to 3tahun :-)  Saya pernah gugel, sorang seller ni jual almost RM30 + tak banyak pilihan sangat.
Ni officemate saya :-)

Lepas Zohor barulah berderu2 orang datang + booth kami pun laku mcm goreng pisang panas specially TURBAN BABY.  Yang lain ada gak orang beli tapi customer focus TURBAN hehe.
Ada yang saya dengar dorg berbisik "eh cantik2 la turban, sebelum ni kito tengok yang biaso2 jah"  Kembang sekejap orang puji ngeh ngeh!
Booth kami (erkk ni display hari ke-2... silap masuk day 1 plak kekeke)

Kalau ikut event tu, Wak Doyok sampai 3ptg tapi kami sikit pun tak amik gambo retis2 tu (WAK DOYOK / PUTERI SARAH / ABBY ABADI / AZZA ELITE sebab kami bukan nak jumpa retis tapi kami nak menega.  So gambar lain memang takdok.. kalau nak tengok.. boleh #KELANTANFESTIVAL la, beratus2 gambo dalam tu hehe.
Kat stage tu ada la buat acara games, kuiz, cabutan bertuah.. memang meriah all the time la.
Muka gumbira sebab turban banyak laku hehe

So far, kami berpuas ati sebab ada event camnih ++ MC pun datang setiap booth utk introduce barang2 kita.. cuma nya kawan saya suggest.. artis patut datang every booth bergambar + at same time orang kenal kita yang picisan ni.. bernas gak idea.. ku tak terpikir langsung.. yg kami komen hanya 2ND DAY TAK BERI AIR MINERAL + TAK SEDIAKAN PLASTIK SAMPAH kekeke.
Bapak mertua saya.. Irdina boleh pulak tido dlm keadaan gegak gumpitaaa ituuuu!
Kalau abah saya masih ada, musti dia suka borak dengan bapak mertua saya.. sesama cool all the time.. tapi apakan daya, tak sempat jumpa pung sob sob.  Miss my late abah sob lagi.

Conclusionnya hari 1st memang best... jualan kami dah lepas modal sewa 2hari... memang dapat lebih RM450 la hehe.  Malam tu saya bawak pak mertua & pok long Irdina utk rasai kemeriah KELANTANFESTIVAL ni.  Pastu kami gi makan2 besor (bkn apa, dari pagi tak makan.. tak rasa lapar sgt sebab buat menda yang kita minat + RM masyukkkk kekeke.

Eh sambung lagi lah ye...

05 November, 2014

Perasaan Sebelum Kelantan Festival

Akhirnya debaran mengharungi 1st time join FESTIVAL SELLER ONLINE sudah selesai.
Serius best gile weh.
2hari sebelum event, berkubang gile.. ++ 1guni dari China yang tercicir tu baru sampai!

Kwn yang dah biasa join festival ni siap ckp "tak padan kita nak join & nak lawan sebab KELANTAN FESTIVAL ni ramai yang fames2 & ternama yang join, nama besar2 saja."  Means kami faham la dia maksudkan.. KALAU KITA MENIAGA SEKALIPUN, MCM TAK LAKU la. Huhu!
Kami di Booth A8.
Mek Collections tu ialah MEK SALAM PANTAI TIMUR hehe.
Abby Abadi & Azza Elite pun ado!
Dalam lists tu ramai yang femes ames!

Tapi saya ni spesis ADA AKU KESAH?  RUGI KE LAKU KE.. BKN TERLETAK PADA KE'FEMES'AN SESEORANG TAPI PADA PRODUK YANG KITA BAWAK TU.  ABISTU, KESIAN LA KAT SAPE2 YANG BARU NAK MENEGA.. SEMUA PAKAT TAK LAKU SEBAB ORANG CARI YANG FAMES~
Bagi saya: KALAU ASYIK DUK DENGAR ORANG CAKAP, TAK KE MANANYA KITA!  Betul tak?
Wak Doyok, Puteri Sarah (wifey Shamsul Yusof Haslam pun adooo).
Pastu ada 2 3 artis lain seriosly saya tak kenal huhu sorry!

2hari sebelum event, organizer bagi layout kat kami.
Alhamdulillah booth kami tepi dinding so senang la nak setting barang.
Keluasan 8 X 6 shj dengan sewa RM450 untuk 2hari (mahal sebab ada retissss!).

Produk hot kami.. TURBAN BABY hehe!

Memula kawan cakap MAHAL LAH RM450 tu.. aku dah telan air liur & fikir.. BALIK MODAL KE TAK NI AAAA?  Tapi kami over confident sebab kami ada jual yang tak ramai lagi orang jual iaitu TURBAN BABY hehe.  Kalau ada yg jual pun, ada le 3orang termasuk kami kot hehh!
Tapi kami satu-satunya di Kelantan :-)
Kami jual borong & runcit :-)

Sebelum kami join festival, kami perati & studi festival sebelum2 ni which is mostly nya jual dari yg kelainan + cute + pyh jumpa + creative :-)
Barang2 utk dibawa ke festival

Ok lah back to our story.
Khamis malam loading barang.
Yang bestnya abam tak nak bawak pun barang2 yang nak dijual tu.
Tu pun bawak sikit je tempat utk display barang.
Booth depan udah siap buh bunting

Abam cakap agak2 le nak bawak barang pun.. KITA BUKAN GUNA VAN, TAPI KERETA.. Hmm ye laaa ye laaa!
Malam sebelum festival.
Kami tak mo meja yang besar gabaks ni

Tapi bila sampai, most of the booth dah siap susun2 barang yang nak diniagakan.
Sy ckp banyak kang abam mare so dendiam je sudah.. biarkan je la booth kami kosong tak semenggah mcm booth org lain dah meriah huhu.
Booth kami :-)

Saya mls nak cakap apa, biarkan abam duk fikir cemana dia nak setting.
Booth sebelah dah siap susun handbag2 dorg.
Bunting last menit.  Dina pakai baju sama, susah giler weh nak snap gambar budak lasak sorg nih!
2 X 4:  RM12 sajo hehe

Saya siap gi melawat booth kawan saya, dia lagi le.. 1hari sebelum event dia register.
Saje ajak sebab dia ada kedai tapi tak laku mana (tempat tak strategik) so ajak le dia... sesama la kita share rezeki Allah nak beri ni :-)
Kelihata vespa di situ.  Ku sangkakan LUCKY DRAW, rupa2nya depa jual huhu!

Sudahnya hampir 10mlm kami pulang dengan booth yang kosong + kitorg tolak meja, takde function pun kalau guna meja besar gila tu huhu.  Kami nak guna meja sendiri.

Sambungggg!