Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

30 October, 2012

Sang Kancil Ku Yang Diingati....

Setalah 1 tahun 6bulan berlalu... ku imbas kembali gambar-gambar, kemudian terjumpa gambar kereta Kancil ku yang telah banyak berjasa kepada saya selama 7tahun ++.

Air mineral tu adalah bekas untuk letak kat petak parkir apartment saya.
Sesungguhnya sesetangah penduduk apartment tu sendiri TAK BERAPA NAK CERDIK sebab sah-sah dari awal setiap petak parkir tu ada pemilik rumahnya sendiri tapi tak faham, nak jugak parking!  Ada juga yang pergi sorok botol air tu @ paling best kena lenyek terus.  Juga pernah jumpa tong ni dalam tong sampah walaupun dah tertulis PARKING RUMAH 2-14-1.  Hmm tak pandai membaca agaknya kan?
 
Saya rasa Kancil ni merajuk sebabnya dari awal lagi saya tak mahukan dia (saya minta mami & arwah abah belikan Kembara tapi tiba-tiba dapat Kancil hehe).
 
 Enjin yang telah direpair tapi masih rosak dan terus rosak haih.

Banyak kenangan dengan Kancil ni.
Antaranya, mati kat tengah-tengah jalan di Wangsa Maju dekat Kafor, dah la kat traffic light tu saya depan sekali, tiba-tiba mcm "eh kenapa mcm tak bunyi enjin?" 

Kena buh bantal kerana tuan punya kancil ni rendang kaedahnya hehe.
 
Sekali memang betul mati.. paksa la juga tekan minyak & stop la tepi jalan tu tsk tsk.
Sudah lah tak ada kawan lelaki jadi, minta tolong la housemate yang ramai kawan lelaki.
Kena tow & repair uolsss!  Melayang duit!

Syok menyelit kiri kanan
 
Lepas tu eksiden dengan diri sendiri (tak libatkan orang lain pun).
Nak take over kaedahnya (sakit hati kereta depan macam siput sedut lane kanan pulak tu!),
apa lagi take over belah kiri.. tadaaaaa, tak perasan ada devider.. apa lagi, melayang & terhempas.. perghhhh macam kereta dalam drama la kaedahnya :D
Time tu dengan arwah makcik, lepas tu masing-masing senyap.. van belakang siap buleh sengih-sengih (kuang ajaqqqqq!).  Badan sakit-sakit ohhhh!  Kejadian di Briekfields.

Kenangan terakhir depan Toyota Wangsa Maju.  Bye bye Kancil.
Cina trade in kereta tu amik RM10,000 (sungguh ku terkejut.. ingatkan dia nak amik RM2000-RM3000 je sebab banyak rosak haha).
 
Since dari situ lah Kancil bagi banyak masalah.
Enjin kena angkat & totally kena repair, habis dalam RM4000++ (duit sendiri ok.. dah kereta free, takkan repair pun nak kena tanggung kan hehe).
Lepas repair pun enjin still problem.
Selalu berasap & hangit.

Kaler pun bukan kaler pilihanku.. camne kancil ni tak merajuk dari awal? :P
 
Dah lah kerja jauh di Damansara nun (33km gi balik pun kira jauh weiiiii sebab sesungguhnya saya tidak berminat untuk drive jauh-jauh, that's why la minta tukar pejabat di Putrajaya ke area KL he he he).
Kereta ni kadang-kadang gerak tak sampai 5minit pun temperature naik ke paling HOT... cuak weh!  Staff Perodua itself test 2hari pun pening tak tahu apa masalahnya (or else tak reti wat keje hehe).  Berasap banyak kali tu tak payah la cakap, memang selalu.. kereta-kereta sebelah pun asyik pandang je (kalau kat traffic light la huu).
 

Henry tengah bagi tunjuk ajar.  Kenal dari forum jugak, biasala saya.. mostly kenal kat forum ahaks.
Mula-mula drive Vios balik opis sorok-sorok gak sebab ada minah kepoh so malas bising-bising.  Tapi lepas dia dapat tau saya beli vios, terus dia kata "eleh Toyota tu asyik nak meniru design Perodua je kan?  Ntahephape, macam takde idea sangat"  Oh mai gucciiii?!  Perodua berapa tahun & toyota berapa tahun dah?  Mentang-mentanglah dia pakai Myvi siap ngaku MYVI TU KERETA UNTUK ORANG KAYA-KAYA JAH.. dia tak buleh le orang lebih dari dia.. maklumlah dia sendiri mengaku dia ORANG KAYA kahkahkah funny geli usus aku! :)) (rindu pulak dengan minah berlagak tu kahkah!)
 
Sudahnya decide jual je la dari duk merepair sokmo.
Amik Toyota Dugong pulok... dgn Henry kat Toyota Wangsa Maju.
Tu pun mami bayar untuk 2bulan then tiba-tiba saya buleh balik keje kat Kelantan.. mak oiiii, kalau tau, tak beli kereta tskkk!
So sekarang bayar sendiri la kan hehehe harap-harap bertahan.. jangan rosak.  Ailebyu Dugong, jangan rosak-rosak tau yangggg!  Muahxssss!
 

25 October, 2012

Raya Ke?

Sedar tak sedar.. esok dah hari raya AidilAdha.
Sekrang tengah bekerja di pejabat (kerja apa pulak.. tengah update blog ni hehe).


Heartless!
Tahun ni tidak membuat sebarang korban.
Cuma beraya dengan mami di rumah.
Pagi pergi solat hari raya.. balik lepak depan tv seperti hari biasa hehe.

Anyway.. selamat hari raya AidilAdha untuk semua :-)

22 October, 2012

Untung Nasib Ku Nanti....

Walaupun saya masih belum berkahwin (tetapi ada perancangan ke arah itu kurang dari 6bulan dari sekarang)...
Saya sedih mengenangkan nasib saya ini (yang mempunyai sejarah kesihatan 2008-2009).
Kerana.. ianya melibatkan masa depan (setelah berkahwin lah.  Jangan la buat sebelum kahwin hehe)!


Semua orang mengharapkannya......
Bolehkah saya?  :-(
(mungkin ada yang menganggap saya excited kerana belum berkahwin, 
tapi sebab SUDAH ADA SEJARAH.. saya sangat risau & sedih apa yang menimpa saya).


*terima kasih untuk 'orang sebelah' kerana menerima saya seadanya*



15 October, 2012

Prihatin: Madrasah Qmaruddin, Siem Reap


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Dengan rendah dirinya, saya ingin mencari penyumbang untuk sekolah agama iaitu Madrasah Qamaruddin Al-Islamiah, Kg Stengmai, Siem Reap & Masjid An-Nikmah, Siem Reap.
(gambar kredit kepada saudara Nasir, seorang driver tuk tuk di Siem Reap yang banyak membantu saya mencari info mengenai kehidupan di sana).

Madrasah Qamaruddin Al-Islamiah, Kg Stengmai, Siem Reap

Saya akan ke kemboja pada 11-17 November 2012 ni (untuk kali ke-2 pada tahun ini).
Pergi sebagai traveller, bukan sukarelawan tapi atas dasar kemasyarakatan, saya sekadar mengambil sedikit masa untuk membuat kerja amal menghulur derma/bantuan kepada penduduk Islam di sana.
Jadi kepada sesiapa yang berminat @ secara sukarela untuk memberi sumbangan bolehlah la berhubung dengan saya :-)

Pelajar pelbagai peringkat umur

Info sekolah:  mempunyai 166 pelajar.
Jumlah guru:  2orang sahaja (lelaki)
Umur pelajar:  6-18tahun
Sesi:  Pagi & petang

Serba kekurangan, hanya buku / muqaddam & pensil? 

Sumbangan yang diperlukan:  alatulis, alat bantuan mengajar, dana (boleh request samada untuk saya beli @ hulur dana ni kepada pihak madrasah terus).

Ustaz (tengok dalam laci meja.. juga tiada apa-apa alat tulis.. kesian) :-(

Ingatlah, andai memberi walau sebatang pensil @ waima $1 itu sudah cukup membuatkan mereka tersenyum :-)
Semoga sumbangan anda diberkati & diberi ganjaran olehNya.

Masih kekurangan alatulis (sumbangan peribadi, saya beli sikit-sikit demi sedikit).. sesiapa yang berminat untuk menambah alatulis, boleh la pos kepada saya.  Need more:  pen, pemadam, gam, pembaris, pencil box (kat mydin only RM4.20 for 12packs), gunting, pengasah pensil @ apa-apa alatulis.

Jika ada pertanyaan, boleh juga emel:  deidaa@gmail.com
Akaun Maybank:  1640 1696 9083 (Nor Afida binti Mohd. Noor)
Tarikh tutup penerimaan sumbangan adalah pada 3 November 2012 (Sabtu) kerana saya akan bertolak ke Kuala Lumpur pada 9 November 2012 (Jumaat).

Untuk Masjid An-Nikmah, Siem Reap.  If berminat, boleh sumbang barang contohnya seperti sejadah, tasbih, telekung :-)
Sekiranya ingin menyumbang duit, sila nyatakan samada ingin sampaikan duit itu kepada madrasah @pun ingin saya belikan alatulis / ibadah.
Tapi saya lebih refer anda belikan alatulis / ibadah terus & pos kepada saya :-)

*notakaki* kos luggage untuk membawa barang ini ke Cambodia,  akan ditanggung oleh saya sendiri.

(maaf, saya tidak pandai untuk mengarang ayat skima.. saya harap ayat saya ni jelas menunjukkan maksudnya) :-)


11 October, 2012

Tak Travel Ke Saya?

Dah lama sangat saya tak cerita pasal travel.
Travelog umrah April-Mei masih terbengkalai sehingga ke harini ini (makcik yang pergi dengan umrah saya sama tu pun baru meninggal dunia minggu lepas) :-(

Bukan apa, tiada mood untuk bercerita kerana pelbagai masalah itu ini,
mode excited nak cerita detail memang tak ada langsung!

 Tapi... saya akan travel 11-17 November ni ke cambodia untuk kali ke-2 pada tahun ni,
bersama dengan 3rakan yang lain.
Saya harap pemergian kali ini bukan dengan tangan kosong, 
tapi dengan misi kemasyarakatan sekali walaupun sekecil kuman :-)


Saya rindu Cambodia :-)


10 October, 2012

Semua sekali..........

Kena repair....
Kerana keadaan seluruh rumah ni sudah sangat uzur + rosak (ada anai-anai, bumbung bocor, toilet rosak, kabinet reput, dinding retak).
Rumah ini sebenarnya kepunyaan mami tetapi telah dipindahmilik kepada saya.

 Keadaan dapur yang tak selera di tengok

Kali terakhir saya menjenguk rumah ini ketika saya sekolah rendah (1987-1992) & 20tahun kemudian (awal tahun 2012) barulah mami bawa saya tengok rumah ni, itu pun selepas penyewa nya (cikgu yang telah bekeluarga) mahu berpindah tetapi meninggalkan sampah sarap macam tu aje adoi.
2nd bedroom tapi lagi besar dari master bed yang ada toilet hmmm
Penyewa nak beli rumah tu dengan harga yang sangat rendah (rasanya 40K-50K je kot) dan dia sanggup baiki sebab dia seronok duduk situ (sangat dekat dgn HUSM Kubang Kerian & business centre) tapi macam rugi sebab sudah tiada "pendapatan menerima duit sewa" setiap bulan (walaupun mami ambil sewa RM230 sahaja sebulan huhu) jadi saya tak mahu jual jadi penyewa pun terpaksalah berpindah dari rumah tu.

Bilik cucian tapi besar buleh buat stor.. reno please!
Toilet pula memang tak sanggupku jeling! 
 "orang sebelah" mencari ilham apa nak buat dengan rumah ni :D
(sebenarnya nak snap gambar ruang tamu tu.. enterprem pulak dia hehehe)

Semak samun yang tinggi ke langit.. ngeri weh!

 Laman rumah juga bersemak samun. 
Banyak wang yang harus disediakan untuk repair keseluruhan rumah ini.. tapi mana lah saya nak cari duit?  Sebabnya mami dah cakap "nanti ada duit, repairlah rumah ni"  Errrr!
 
Tak taulah makhluk mana yang baling kotak dalam laman rumahku ini

Kalau boleh memang tidak mahu buat loan.. letih!
Tapi kalau sudah terpaksa, kenalah juga buat loan :-(
unless mami nak sponsor sebarang 30K, tak perlu la saya buat loan  he he he.

 Kelihatan buruk tapi tidak mustahil 'buruk' ini akan lenyap :p

Masih berfikir samada repair untuk duduk sendiri (berdikari di Kelantan pulak sebab dah biasa berdikari kat KL) @ repair untuk disewakan.
Kalau repair untuk duduk sendiri, haruslah kena design mengikut kehendak dan nafsu sendiri kan?  Hihi.
Kalau repair untuk diberi sewa, haruslah sewa pun sudah naik! 

  Pintu grill itupun sudah berkarat.. haiyaaa.
Tapi yang bestnya, sebelum gate tu dikunci, ada juga yang tampal nota kat sliding door kata berminat nak menyewa, siap bagi no. telefon lagi hehe kan dah kata.. kawasan ni memang strategik :-)

Apa-apapun kita tungu dan lihat sahaja lahkan?
Nak repair dalam masa terdekat kalau boleh.

Rumah ni kurang dari 7km dari KUBANG KERIAN BUSINESS CENTRE (HUSM Kubang Kerian, Mydin Mall, Jakel, Tutti Frutti, D' Klassik Kopitiam, Salem Aziz, Pusat Pakaian Hari-Hari, Maybank, CIMB.. eh banyak gila lagi.. tak ingat eh pulak eheh).

08 October, 2012

Misi Pecah Rumah

Gara-gara ke'missplace'an kunci gate, maka terjadilah edisi MEMECAHKAN RUMAH SENDIRI.
Beberapa bulan saya biarkan rumah ini kosong (rumah disewakan) maka lama-lama terlupa pulak kunci di mana.

 Kiri mangga gate (terpeleot) & kanan mangga grill (patah terusss!)

 Ada orang volunteer nak pecahkan mangga.
Tadaaaaa... kurang dari 10minit both mangga dipecahkan.
Wahhhh bangga saya! 

Muka ditutup (takut orang mengurat boipren saya.  Bajet retis pulak saya wahahaha)

 
Terima kasih awak, :-)

07 October, 2012

Selesai Sudah Kursus Pra-Perkahwinan

Selesai sudah kursus pra-perkahwinan yang telah saya hadiri pada 5-6 Oktober 2012 (Jumaat-Sabtu) di Jabatan Agama dan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Pasir Mas.

 Ok.. kita cakap pasal nikah kahwin tahun depan lah pula ya?  Tahun ni tutup buku.. nak cari pitih dulu hehe.

Iklan sekejap:  saya 1kursus dengan Dina Masterchef season 1.. tapi saya tidaklah bergambar dengan dia pula :-)
 

04 October, 2012

Belangsungkawa- Che Su In Memory

Ibu Saudara saya yang paling rapat yang dipanggil Che Su (56tahun) telah pulang ke Rahmatullah pada 2 Oktober 2012 (Selasa) jam 5.45pagi kerana "letih-letih badan yang teramat" (saya tidak pasti apa sakit sebetulnya kerana banyak version yang saya dengar ).

 Che su paling kanan di Madinah ketika mengerjakan umrah April / Mei lepas

Saya seperti tidak percaya bila mami kata "che su dah takde" sambil menangis-nangis.
Ketika tu saya baru bangun tidur 6.20pagi.. dengan blur-blur nya saya macam "aaaaaa?  sakit apa?" dan saya berdiri je sebab memang blank yang amat.


 Che Su paling tengah di depan hotel di Makkah

Terus saya on streamyx & tengok flight KB-KL pukul berapa.
7.40pagi shoot ke airport KB sebab ada flight 9.25pagi.
Nasib baik ada tiket.  Kebetulan pula ada kawan baik Che Su pergi sama juga.


Che Su paling depan di padang pasir di Dubai
 
Semasa sampai, jenazah Che Su telah dikapankan & saya masih blur sambil mengawal air mata daripada menitis.  Ketika tu sudah ramai saudara mara, jiran, rakan-rakan & cikgu-cikgu sekolah datang melawat (beliau seorang guru besar di SK Sri Mawar, Seremban).
Saat yang paling sedih apabila hendak di bawa ke kubur.. lepas cium muka, barulah saya menangis kerana terlalu sedih.  Kami semua pergi ke kubur. 


Che Su kiri di dataran Masjidil Haram (mami syok tu makan roti mak arab bagi eheh)
 
Sehingga saat ini, saya masih lagi tidak percaya yang Che Su telah pergi meninggalkan kami semua :-(  Dan yang paling ralat ialah saya tidak beraya bersama tahun ini kerana Che Su tidak pulang ke Kelantan.

Beliau telah meninggalkan 4orang anak yang berumur 19, 21, 24 & 26.
Anak-anaknya juga telah yatim piatu.

Semoga rohnya di cucuri rahmat, Al-Fatihah.

(ada hikmah di sebalik kejadian.... kerana saya baik semula dengan mami di mana sebelum ini di mana masing-masing membawa diri seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain.  Hanya Allah yang mengetahui segalanya) :-)

 

01 October, 2012

Ter'daftar' Kursus Kahwin

Pagi tadi ter'daftar' Kursus Kahwin?  He he he!
Bkn apa, ada 2weekend je kursus ni.. lain-lain tu hari kerja.. tak buleh lah itu kalu!

  "orang sebelah" dipaksa berkursus bersama hihihihi, terima kasehhhh:P

Kalau yang di Kelantan tu, pergi aje daftar di PEJABAT AGAMA di Balai Islam nun.
(Jangan keliru sebab kat situ ada pejabat mufti, ada mahkamah rendah syariah, mahkamah tinggi syariah & segala macam pejabat).
Jangan lupa bawa salinan i/c bersama bayaran RM70.
 
 Saya pilih di Jabatan Agama Pasir Mas pada 5-6 Oktober 2012 (Jumaat-Sabtu) kerana waktu itu sahaja yang kami terluang pada hujung minggu.
Kursus bermula 8pg-4.30petang.
Macam biasa le.. nikah-kahwin tak tau bile huhu.