Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

01 June, 2012

Umrah Hari2 Part 1- Bin Dawood

28/4/2012 (Sabtu)
Shopping @ Bin Dawood

Hari ke-2 ni mutawwif kata AKTIVITI BEBAS & jemaah buleh buatlah apa yang sepatutnya seperti beribadah di masjid @ melakukan aktiviti-aktiviti DI SEKITARNYA.
Mutawwif siap depangkan tangan masa sebut AKTIVITI DI SEKITARNYA (maksud dia.. SHOPPING lah tu) :P

Dalam masjid nabawi pukul 3pagi

Subuh pertama kami pergi ke Masjid Nabawi pada pukul 3pagi.
Mami saya selalu ragu-ragu, siap suruh tanya orang hotel lagi kalau awal sangat masjid buka ke tutup hmmmm.  Banyak kali dia suarakan kerisauan tak awal sangat kah 3pagi? 
Bila sampai lobi, ada je jemaah berbondong-bondong menuju ke masjid, barulah mami lega.   
Kalau nak jalan seorang diri ketika ni pun rasanya tiada masalah sebab ada je jemaah tak putus-putus di sana sini.
Waktu-waktu sebegitu pun di perkarangan masjid nabawi ada yang menjual Quran untuk diwakafkan di masjid.  Tak usah risau.. ramai je yang menjualnya & mereka jerit "WAKAF WAKAF WAKAFFF"  Yang kecil 1unit 20riyal.  Yang besar saya tidak tanya berapa. 
 Oleh sebab sampai masjid 3pg ++, maka jemaah tidak ramai & duduk di saf depan.
Oh ye, ketika ni saya bawa kamera MINIMO & aku sorokkan dalam stokin (bukan di tapak kaki tu tapi di betis hehe), mula-mula takut juga, kot guard tu cek sampai situ tapi alhamdulillah guard hanya cek dalam beg saja.  Kalau boleh bukalah beg tu awal-awal so that guard boleh cek terus.

 Saya menyelesaikan dulu solat yang sunat dibuat & kemudian baru saya snap gambar.
Walaupun hasil minimo tidak memuaskan hati tapi itu lebih baik dari tiada gambar langsung kan? :-)
 Waktu subuh di Madinah pada hari itu ialah 4.21pagi tetapi saya tengok azan berkumandang pukul 3.30pagi.  Saya agak keliru & tertanya-tanya dalam hati "jadual saya salahkah?".  
Ayuh pergi berburu jubah :D
Jadi bertanyalah saya pada jemaah sebelah warga Indonesia (dari surabaya tak silapnya).  Dia kata dia pun tak tahu sebab itu subuh pertama dia.  Oh dia pun baru sampai macam saya.  Lepas tu makcik saya kata itu azan untuk kejutkan & panggil jemaah untuk subuh.  Oh barulah faham hehe (tak sempat baca bab ni kat forum rasanya).
 Selepas subuh kami tunggu seketika buat apa yang patut dan keluar tidak lama kemudian.  Bila tengok kat luar, rasa teruja sebab ramai peniaga-peniaga jalanan tengah display barang-barang mereka di atas jalan.

Bin Dawood yang diperkatakan oleh ramai jemaah
Macam-macamlah ada macam jubah, telekung, kain tudung, jam tangan, stokin, sejadah, kopiah, cincin, tasbih dan macam-macam lagi la.. sesiapa yang tengok pasti teruja termasuklah saya hehe.   Tak sempat snap gambar.

Tetapi semasa kami nak pegang-pegang tu, polis pula datang halau... bertempiaran peniaga-peniaga tu angkut barang mereka.  Sudahnya kami ronda-ronda di kawasan sekelilingnya.  Sudah banyak berubah.  14tahun dulu, kedai-kedai buruk je tapi sekarang semua teratur & menarik serta bersih :-)

 Kami balik ke hotel dulu untuk breakfast & akan keluar semula meneruskan "misi" (shopping) pada pukul 7pagi.  Saya mengaku, saya pergi sana pun NAK SHOPPING sekali selain ibadah.  Tapi saya dah bajet awal-awal lah nak beli apa.  Saya tukar RM1000= SR1190 (rate 0.84) sahaja.

Ni saya tengok ada yang nak pergi siap cakap "pergi sana bukan nak shopping tp nak beribadah / tak highlight sangat pasal shopping"  tapi bila balik bertan-tan hasil shopping dia.  Cakap jujur buleh tak?  Tak perlu tipu lah kata tak nak shopping.. nanti memakan diri sendiri. 

Ramai yang suka air ni tetapi saya tak suka sangat sebab manis!
  
Saya baca di forum mengatakan bahawa kalau nak beli Jubah, beli di Bin Dawood.  Saya bayangkan Bin Dawood ni kat 1lorong je, rupa-rupanya dalam 1building.  Besar juga.. rambang mata dibuatnya hehe.
Oleh sebab semasa Subuh saya melalui Bin Dawood so kami shoot terus ke sana.

Kedai kurma di dalam Bin Dawood.  Baik beli di sini saja

Masa sampai tu kedai di tingkat bawah sahaja yang buka sebab baru pukul 8 & kedai di tingkat atas buka pukul 10pagi  tapi kami ronda selow-selow.  Saya pantang tengok jubah mesti nak beli.  Tapi oleh sebab 40riyal sahaja sehelai maka saya beli tanpa fikir panjang.  Cantik di mata saya je saya beli.  Yang glamer pun baru 80riyal.  Saya ingatkan sampai ratus-ratus riyal.



Tumpanglah seketika.. waktu ni penat sangat :P
 
Ada sorang pekerja kedai jubah ni duk layan saya supaya beli banyak lagi (pandaiiii le dia!) pastu saya minta 1design ni tapi size S (yang saya pegang tu size M), tiba-tiba pekerja tu cakap "tinggal 1SPESIS ini sajaaa.. buleh buleh.. murahhh!"  Saya terus gelak tak ingat pastu saya perli dia "HAAA?  SPESIS JUBAH?  SPESIS FROM WHERE?  SPESIS APA?"  kahkahkaha!  Pastu pekerja tu geram kat saya, dia nak penyek-penyek saya ahahahah adoiiii SPESIS JUBAH... patut nya PIECE bukan SPESIS :))
Both jubah saya beli.  Kanan SR80 & kiri SR40.
Kalau kat Malaysia yang kanan tu harus RM100 ++ @ RM200 hehe (saya selalu survey online maka saya tahulah!)

Lepas tu saya nampak lagi jubah-jubah glamer kat 1kedai ni.  Ketika tu ada 3lelaki arab tengah borak-borak dalam kedai tu (kedai mereka le tu), masa saya masuk tu saya ralit tengok jubah-jubah tu & dgr la ada lelaki tu cakap "waaa.. ehem ehem".. saya tak peduli pun pastu mami duk gelak-gelak, jadi saya tanya kenapa.. mami cakap arab-arab tu ralit tengok saya.. huk alohhhhhh gatai pulok hahaha (ye lah ketika tu customer berapa kerat je sebab masih awal, arab-arab tu nak hilangkan boring lah tu hehe).
Semua orang sudah penat, hanya makcik saya yang masih memburu :P

Setelah memburu beberapa helai jubah, tiba-tiba saya rasa macam dah banyak duit saya habiskan (padahal saya sorok duit situ sini sampai saya tak ingat letak mana hehe) jadi saya stop memburu.  Saya hanya melihat abg & makcik saya shopping.


Waktu ni 11pagi tak silap saya, kagum tengok.. cantiklah.  Senang jemaah lalu lalang tanpa rasa panas :-)
  
Saya tengok semua benda yang dijual pun dengan tidak berperasaan.. saya banyak duduk je.  Ketika abg saya riki kurma di kedai kurma pun saya tak ada mood dah membeli (oh ya, kalau nak beli kurma/ kismis.. belilah di kedai-kedai kurma di kawasan Masjid ni ya.. murah.  Jangan beli di ladang kurma sebab mahal). 


Saujana mata memandang

Kami keluar dari Bin Dawood sebab makcik nak cari handbag tapi tak jumpa pun kedai handbag.  Pusing-pusing kat luar lepas tu tiba-tiba ada 2perempuan (umur belasan tahun kut) hulur Quran kat saya.. saya ingatkan dia nak jual jadi saya kata tak mahu (tak mahu beli sebab ketika tu pegang banyang barang maka takkan nak pegang Quran dengan keadaan tak proper.. takut tertindih ke apa ke), tiba-tiba dia shoot kat makcik saya.  Rupa-rupanya dia sedekahkan saja Quran tu, siap alas dengan tissue awal-awal kut takde wudhu.  Laaa sesungguhnya saya blur huhu.



Dengan mami saya

Ambil gambar sekejap di perkarangan Masjid Nabawi sebab payungnya sudah terbuka.  Saya tiada peluang ketika mana payung tu terbuka & tertutup.. cukup cantik sekali, sungguh saya kagum.  Jemaah memang sentiasa ramai lah di situ samada beriktikaf, berehat, makan mahupun tidur di perkarangan Masjid Nabawi :-)


Money changer yang sangat tinggi kaunterny haihhh~
 
Kami ambil keputusan untuk masuk Bin Dawood semula & terjumpalah money changer ni.  Mami minta tukarkan RM400= SR480:  rate 0.83 (agak ok rate nya berbanding di kelate huhu).
Punyalahhhh tinggi kaunternya, tak sesuai tawwww untuk saya yang renek lagi rendang ni :P
Riki-riki di kedai emas pulak

Bila masuk Bin Dawood, kami decide nak lunch sahaja di Restoran Abu Khalid.
Menunya punyalah banyak tapi yang ada hanya Nasi Bukhari, katanya selepaz zuhur baru menu lain siap.. alahai dah lah kering tiada kuah (saya suka makan nasi dengan kuah yang banyak).  Tapi saya makanlah juga.. saya kan big eater hehe.  1pinggan share 2orang (portion memang banyak).  Air saya tidak order sebab biasanya saya menge"paw" air mami.


Pemandangan masjid nabawi dari tingkap restoran Abu Khalid
 
Selesai lunch pukul 11lebih & decide hantar segala hasil buruan ke hotel.
Agak malu sebenarnya sebab terlalu banyak beg plastik di kiri kanan huhu.


 On the way ke hotel tu singgah pula di kedai emas.  Saya tak masuk pun, saya duduk jah atas wheelchair tu sebab saya memang tak minat at all.  Jadi berurusniagalah mereka di dalam kedai tu.


 Lepas balik hotel, saya berehat seketika & mami /makcik saya pergi masjid dulu.
Saya pergi kemudian dengan brisk walk sebab dah nak azan.  Lambat sampai karang ada yang kena solat luar masjid ni.


Depan restoran Abu Khalid

Ketika sampai, orang sudah berbondong-bondong.. tu lah siapa suruh pergi lambat kan hehe..  ok bersambung!

20 comments:

  1. akak suka buat tawaf sunat dipagi hari 1 atau 2 pagi...sebab waktu tu sejuk sikit....dan boleh duduk berdoa di sekitar mutazam :)
    rindu serindunya....doakan akak dpt kesana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee sy buat tawaf 1pg semasa hari sampai makkah tu.
      Mmg sejuk sikit dari siang ;)
      Dan time saie tu teramatlah ramai.. walaupun 2pg.

      Delete
  2. aduii.. berburu jubah ye.. banyak ke hasil buruan nya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah 5 6helai hehe.. ikut hati nak banyak lg tapi mmg sengaja tukar duit sikit jah :P

      Delete
  3. Salam

    akak tak tau pun bin dawood tu...akak pegi jalan kaki ke pasar kurma yg femes tu....huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak oiii jln kaki jah?
      Eh tp dkt ke jauh? sy rasa mcm tak gi jah.. just gi ladang kurma huhu.
      Saya duk baca kat forum lah, dorg kata kalu nak soping.. gi bin dawood maka gi lah saya :P

      Delete
  4. hehehee..
    bila tgk kedai2 jubah yg mek gep pegi ni,
    teringat plak pak enciknya g sorang hari tu ...
    orang laki kurang pegi kedai2 itu sorang2 kot,
    dia dapat bawak balik jubah sepasang utk bini pun bersyukur dah ;)

    tentang jam 3pg subuh tu mmg gitu kan, dia lewat 5 jam dr waktu malaysia kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dpt sehelai? Ok lah dari takdok langsung kan?
      Tp mmg rasa laki kurang gi kedai jubah unless kedai jubah lelaki (eh mcm tak jumpa sgt kedai jubah laki).

      Kenapa mak encik tak ikut sama?

      Ha ah sana lewat 5jam.. tp 7.30pg dia dah mcm 1tghari di mesia heheh.

      Delete
  5. Salam, 1st time melawat sini..best baca cerita...cepatlah buat sambungannya..? he..he... saya pon ada plan nak pegi..insyallah hujung tahun..tp x taula, x plan apa lagik... dekdaa ambik pakej dngn sapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ait cik puan farikica.. kita berforum sesama arituh kat topic beijing.. ingat tak? hehe.

      Sambungan tu yg agak lemau sikit.. rasanya 2 3bln lg baru habis utk 2minggu umrah :P

      Gi dgn al-quds kat kelate ni jah ;-)

      Delete
    2. He..he... ya ka..? Ni mesti pakai nick lain..tu yg x perasan...he..he.. oohh..awak based in Ktan..memang glamorkan Al-Quds tu kat sana...;) Saya baru baca sambungan entry ni..best! Kasi sambung..kasi sambung...

      Delete
  6. Berjam nak abiskan entri mu ni mek... aduh sakit pinggang mengadap lappy....

    Tapi aku suka baca entri org berjalan2 nih...

    Bila la ada rezeki sampai ke Mekah.... teringin juge.. insyaallah suatu hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboihhhh... tipu benor la kalu sampai berjam tu hehe.
      insyaAllah kalau diizinkan jd tetamuNya.. ko akan sampai jua cpt atau lamba ;-)

      Delete
  7. mek, masa ko pegi sini tu tengah sejuk ke panas? kalau sejuk alangkah bahagianya. aku dah lupe sama ada aku pegi ke Bin Dawood ke tak sbb aku byk tak join aktiviti sopping coz tak sihat. tapi mmg best kan kat sana...mesti ko ada rasa cam rindu-rinduan nak balik ke sini kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa aku baca je cite ko fatt.. aku rasa ko hutang lg cite2 umrah ni.. penat aku tggu... ingat buleh baca sebelum aku gi sana hehe.

      Aku gi musim panas tp madinah lbh kurang mesia lg.. cuma kat mekah la 41degrees, sampai aku plak yg demam, teringat kat ko hehe.

      Haruslah aku rindu, sape2 sampai mesti rindu punya ;)

      Delete
  8. Bestnyaa.. terasa nak pergi lagi.. akak pergi bulan 3 hari tuh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah bila dah gi, mesti nak gi lg.
      Sejuk lg kan march tu?

      Delete
  9. Wahh syoknye dah pegi umrah. Doakan semoga saya dapat pegi sana jugak ye. Amin..

    ReplyDelete
  10. Syoknye dah pegi umrah. Doakan saya pulak dapat pegi lepas ni ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan sampai ke sana jika dijemput menjadi tetamuNya ;-)

      Delete