Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

06 June, 2012

Umrah Hari 3- Ziarah Kota Madinah

29/4/2012 (Ahad)
Ziarah Kota Madinah

Selepas subuh, blur but better than nothing kan?
 
Pergi subuh sedikit lewat pada hari itu sebab malam sebelumnya tidur lambat.
Hampir 4pagi baru pergi Subuh, ketika tu jemaah sudah ramai.
Tapi saya aje lah yang pergi lambat sebab mami & makcik saya pergi dahulu hehhhh.

Dataran masjid nabawi

Tapi saya tetap jumpa mereka sebab dah tau di mana port mereka.
Tapi tak dan lah nak berlama solat sunat tu (siapa suruh pergi lambat) :D

Aktiviti 'memburu' :P
 
Lepas solat subuh, terus keluar sebab harini ada Ziarah Kota Madinah.
Berpusu-pusu keluar... eh stuck pula kat street seller tu.
Haruslah saya tergoda dengan barang-barang yang dijual tu walaupun kebanyakkannya 'made in china'. Bukan setakat perempuan, lelaki pun ada yang membelinya ;-)

Saya ulang apa yang street seller tu jual.. seperti kopiah, jubah wanita/ lelaki, sejadah, kompas kiblat, jam tangan, tasbih, tudung, telekung, toys, akesesori, beg... weh banyak lah hehe.

Oleh sebab bas pukul 7pagi maka sempatlah lagi kami pusing-pusing kawasan tu.
Saya perhatikan, ramai juga Indonesian yang duduk hotel 5bintang.. wah sangat kagum mereka ;-)

Kecil-kecil tu burung.  Rasanya saya ada snap gambar mami saya.  Tapi saya tak nampak kat mana mami saya dalam gambar tu.. hehhhh?  Ke dalam gambar lain? :P
 
Mami saya tanya di hotel manakah agakanya Adi Putera tinggal & tak pernah nampakpun Nora Danish solat di Masjid Nabawi tu.  Huk aloh... ingat jemaah di masjid tu 100orang je ke?  hehe.

Di depan hotel saya tinggal.. JAWRAHAT AL-FAYROZ.  Hati-hati mokcik kioh.. sebelah tu kedai jubahhhh! :P
 
Kami pulang untuk sarapan pagi kemudian naik berehat di bilik sementara nak turun balik pukul 6.30pagi. 
Bas kami bertolak pada pukul 7.05pagi untuk memulakan lawatan.
Seperti biasa, mahu berebut duduk di seat paling hadapan.
Di Madinah juga tidak dapat lari dari kesesakan jalanraya.  Saya suka tengok kereta mereka sebab terlalu kotor & kemek tidak dibaiki walaupun masih baru.  Itu lambang kemegahan mereka.. jangan terkejut! :D

Masjid Quba'
 
Tempat pertama kami ziarah pada hari itu ialah Masjid Quba'.
Ini kali kedua kami menjejakkan kaki di sini, syukur alhamdulillah diberi peluang sekali lagi :-)
Depan Masjid Quba'.. walaupun belum 10pagi, tapi matahari terik seperti 12tengahari di malaysia
 
Masjid ini terletak lebih kurang 5km dari Masjid Nabawi di mana telah diasaskan oleh Rasulullah S.A.W sebelum sampai di Madinah :-)

Sesiapa yang tidak tahan godaan, mesti akan menyinggah :-)
 
Masjid Quba' juga adalah di antara masjid yang paling suci selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis (saya teringin pergi sini) & Masjid Quba'.
Terang-terangan MADE IN CHINA! :p
(tangan dalam gambar itu tidak tahu kepunyaan siapa ehehe)
 
Semasa hayat Rasulullah, Baginda selalu mengunjungi & bersolat di Masjid Quba' ini pada setiap hari Sabtu dengan menunggang kuda & juga berjalan kaki.
Begitulah serba sedikit sejarah mengenai Masjid Quba' ni.

Selesai solat sunat di Masjid Quba', ramailah jemaah yang singgah di tepi-tepi jalan tu sebab ada street seller hehe. 
Saya tidak membeli sebab malu kat mutawwif.. nanti dia kata pergi sana untuk shopping.. dia ada cakap kat saya sambil lalu "takyah beli banyak-banyak, nanti berat sebelah bas tu"... terus saya matikan niat untuk menjenguk dengan lebih "pay attention" eeekkeekeke.

Kurma baru masak?  Berapa riyal sekila tak ingat
 
Selepas itu kami menuju pula ke Ladang Kurma.
Kat sini boleh makan berapa banyak kurma sampai kembung tapi saya memang tak plan sebab saya memang tak suka makan buah hmmm.  Saya sekadar melihat.


Di luar ni ada disediakan air kopi, tapi makcik saya kata sangat pahit.  Nasib baik saya tak minat kopi :D  Selepas tu masuk dalam kedai.  Mak oiiii terkejut sebab terlalu ramai berasak-asak untuk membeli kurma.  Macam lepas ni dah tak wujud kurma di muka bumi hmmm sungguh saya tak gemar berebut-rebut macam tu.  

Kopi pahit a.k.a saya phobia kopi selepas balik Kemboja kekeke
 
Saya hanya mahu membeli kurma ajwa yang dikirim officemate saya.
Dia beri RM50 maka saya bajet 1/2kg aje sebab ajwa tu 1kg dah SR70-SR80.

Mula-mula tu banyak juga saya ambil (kacang, kismis, coklat kurma, buah tin, aprikot) lepas tu saya tidak pasti siapa cakap (mungkin jemaah yang dah biasa umrah), kalau boleh tak payah beli kat situ sebab mahal.  Beli aje di kedai-kedai kawasan masjid Nabawi, lagi murah.  Di Ladang Kurma mahal sebab "kita boleh test seberapa banyak yang kita nak secara PERCUMA".. it means.. hidden costs lah tu. 
Bila beli jadilah mahal.. timbal balik kepada FREE TESTER tu hehe.

Lepas letak balik, nampak pula coklat yang dilambak-lambak tu.  Saya tanya berapa 1kg?  Katanya SR10 jadi saya dengan terujanya kaut sampai 1kg & lepas timbang.. tadaaaaaa SR40 ok untuk 1kg.  Sempat lagi menipu tu.. benci!  Tapi ambil lah juga huhu.  Oh coklat tu bukan untuk saya tapi untuk diberikan kepada orang.  Saya tak suka langsung pada coklat!

Punyalah ramai ketika nak bayar tu.  Yang menariknya boleh bayar guna duit rupiah & ringgit malaysia.  Dan yang hairannya lagi ialah rata-rata yang pergi situ ialah jemaah dari Indonesia & Malaysia.  Saya tak nampak pun jemaah dari Arab ke, azerbaijan ke, turki ke, pakistan ke.. hmmm ke memang untuk 2negara serumpun ni je?

Mami & mokciks 
 
Agak lama di situ & selepas itu meneruskan ke tempat seterusnya iaitu Bukit Uhud.
Rasanya 1/2jemaah group saya yang turun di sini sebab matahari terik di atas kepala & cuaca panas.  
Kelihatan ramai yang mendaki bukit Uhud
 
Yang muda-muda ni turunlah, kecuali pasangan suami isteri ni yang memang 'kecoh habis' juga turun.  Pasangan ni lah yang memeriahkan kami dalam bas + mereka kelakar hehe.

Mutawwif ceritalah sedikit sebanyak sejarah mengenai Perang Uhud di Gua Uhud ni.  Saya rasa tak boleh bayangkan bagaimanakah keadaannya pada zaman Rasulullah S.A.W ni.  Termenung seketika mendengar sejarah yang mutawwif ceritakan itu.  Nak cerita balik kat sini panjang.. boleh lah BACA SINI MENENGAI PERANG UHUD.

Mutawwif cerita sejarah bukit Uhud, saya pula tetap posing standard di tengah matahari terik :D
(rindu cuaca sejuk di Madinah pula rasanya hmmm)

Ketika tu ada juga yang memanjat bukit uhud tapi mutawwif kata tak perlu lah panjat, nanti ambil masa.  

Di situ juga ada makam para syuhada yang mati syahid ketika berperang, yang telah dimakamkan di dalam pagar.  Nak pergi ke situ kena menapak jauh juga (tidaklah jauh pun sebenarnya tapi sebab takut jemaah lain tertunggu-tunggu, tengok aje lah dari jauh).
Dalam tembok tu lah makam yang mati syahid :-)
 
Mutawwif hanya memberi masa seketika untuk just take a look.
Saya ambil gambar sahaja di situ & pabila lalu dekat mutawwif, dia pun tengah ambil gambar Bukit Uhud.  Aik, dah selalu pergi pun ambil gambar juga ke?
Tapi tanya dalam hati saja lah he he he.

Tak tahulah jemaah dari mana

Street seller still ;-)

Walaupun negara kaya minyak, tapi petrol pump nya "segan hidup mati tak mahu" huhu
 
Tidak lama kemudian meneruskan perjalanan & bas melalui kilang Al-Quran.  Mutawwif tanya juga nak masuk ke tidak.  Tapi hanya jemaah lelaki sahaja yang dibenarkan masuk & nak masuk tu kena beratur panjang + lama.  Nanti kesian jemaah perempuan.
Pintu gerbang Kilang Quran
 
Jadi kami sebulat suara untuk tidak masuk sebab lepas aje lalu kilang tu, punyalah ramai + tersangat panjang queue tu.. terus jemaah kata "tak apa lah kalau tak masuk kalau gini ghupe nya... lalu pun tak apa dah" heheh.

Tengokkkkk... betapa panjangnya queue kan?
 
Lepas tu kami terus pulang ke hotel.  Masih awal lagi, baru 10.30pagi.
Lepas sampai Malaysia baru perasan bahawanya kami tidak pergi ke Masjid Kiblat & Perkuburan Baqi'.  Hanya melaluinya sahaja.


Mutawwif lupa kot?  Heheh tapi tidak mengapalah, saya pernah pergi semasa umrah pertama tahun 1998 dahulu.  Kebanyakkan dalam group saya tu adalah jemaah berulang :-)  Tetapi kesian juga pada jemaah yang kali pertama pergi.  Nak kena komen nih.. hmmm!

Ok lah sambung dengan kisah kehilangan selipar lepas zuhur pulak he he he!

15 comments:

  1. rindu dengan bumi Makkah dan Madinah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah pasti pada sesiapa yang pernah pergi ;)

      Delete
  2. rindunye Madinahhh tuuu.. uhhuuu

    ReplyDelete
  3. He..he...salam! Wah, banyak betol penjual2 jalanan...seriau plak tengok... kenapa hanya org lelaki sahaja yg dibenarkan masok ke kilang al-quran tu..? Panjang betol Q nya mengalahkan nak naik ride kat USS..he..he... waiting line 2 jam ada...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apsal nak seriau lak nih?
      Ok je.. dorg tak 'hectic' mcm kat beijing.. hehehe.

      Pempuan tak dibenarkan masuk kilang Quran mungkin sbb nak jaga kesucian.
      Jemaah pempuan ni bukan buleh kira.. kata tengah suci, tp rupa-rupanya tengah haid huhu.

      Mungkin 2jam mungkin lbh, sbb kalu masuk pun dpt sekejap je, nak bg peluang org queue tu pulak huu.

      Delete
  4. mereka yang dah pernah jejak kaki di bumi suci ni tentu akan sentiasa merindui kota Mekah dan Madinah ni, dan mereka yang berdoa mohon dijemput lagi dihadapan Kaabah tentu diberipeluang lagi untuk datangkan....insyaallah bumi ni akan saya jejak juga satu hari nanti... dan segala cerita dalam blog ni tentang pengalaman awak ke Mekah dan Madinah boleh saya jadikan panduaN NANTI INSYAALLAH :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah betul tu.
      Lepas je balik umrah, terus terkenang-kenangkan sana.
      Harini pun still riki-riki pakej umrah utk 2013 padahal belum tentu tidak pergi @ tak:P

      InsyaAllah awk akan sampai jua di tanah suci tu jika diizinkanNya & di jemput jadi tetamuNya.
      Tp menarik juga tu nak pergi ikut jalan darat.. how eh?

      Delete
  5. Akak suka sangat kurma fresh yang warna kuning tu.. kelat2 manis..

    suka gak dengan cokelat kurma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sangat kurma, sampai saya pun tak tau yang mana 1nak pilih, sudahnya tak beli langsung kat situ :P
      Rasa mcm perasan yg kuning tu.
      Apa nama kurma tu?

      Delete
  6. Seronoknye baca entri ni. Rasa tak sabar nak pegi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah pergi ke?

      kalau belum, jom pergi dengan cara umrah persendirian, kalau sudah tentu akan rasa nak ke sana lagi. Jom sama=sama pakat pergi cara tak guna TA. Blanja murah sikit.

      Delete
  7. insyaallah akan sampai jua waktunya ;)

    ReplyDelete
  8. Saya baru balik Umrah mula dari 12 July - 26 July 2012. Dapat la merasa suasana before and after berpuasa. Sangat menarik. Memang rindu hendak beribadat di sana lagi. InsyaAllah. Suasana umrah pun masih terasa lagi. InsyaAllah, nak kekalkan di jiwa sampai bila2 di samping nak improve ibadah2. InsyaAllah. Kedatangan imam dari Makkah datang ke masjid di desa petaling 2 hari lepas menggamit rasa. Rindunya oh bumi Makkah Madinah!!

    ReplyDelete