Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

25 June, 2012

Umrah Hari 4

30/4/2012 (Isnin)
Hilang Jemaah Kumpulan & Perjalanan ke Makkah


Hari terakhir di Madinah, rasa seperti sekejap saja.
Kami di’brief’ apa yang patut dibuat sebelum melakukan umrah pada hari ke-3,
Lebih kurang 1jam.. kiranya kursus pendeklah, kut ada jemaah yang masih tidak jelas.
Kami dijangka bertolak ke Makkah pada pukul 2 -3petang.



Pagi sebelum bertolak tu, kami diberi no. Bilik siap-siap maka terus tulis di stiker beg, jadi senanglah sampai di Hotel kat Makkah, staff akan terus angkat ke no.bilik kita.


Sebelum bertolak ke Makkah, kami baru tahu bahawasanya seorang bapa ahli group saya telah hilang dari Asar (rasanya hari ke-2) sehinggalah beberapa jam nak bertolak ke Makkah baru jumpa dia.


Rupa-rupanya pakcik tu tak jumpa jalan keluar dari Masjid Nabawi.  Walaupun anak dia cari di dalam masjid, tetap tidak jumpa.  Muttawif turut cemas sebab takut nak jumpa, ye lah dah nak gerak ke Makkah ketika tu.
Kami semua terkejut kerana terjadi dalam group saya.


 Dengar khabarnya pakcik itu telah pesan kepada anaknya “takpe, balik lah dulu.. ayah dah biasa kat masjid ni” ermmm begitulah agaknya Allah nak tunjuk.  Mungkin pakcik tu tak ada niat nak riak tapi semuanya atas ketentuanNya.  Rasanya pakcik itu tidak memakai tag nama.  Saya sentiasa beringat, tag nama itu harus sentiasa pakai, kita bukan tahu apa yang bakal terjadi.


Sebelum bertolak juga kami diduga lagi.  Ada jemaah yang terlupa untuk memulangkan kunci bilik hotel.  Selagi tidak pulangkan, selagi tidak boleh ke Makkah.  Lama juga mutawwif mencari.. akhirnya berjumpa tetapi tidak pasti dari group bas 2 @ 3.
Akhirnya bertolak lah kami, Cuma terlewat sedikit dari waktu jangkaan iaitu 3.20ptg.
Aircond bas pula slow.. tempat mutawwif lagi la tak rasa langsung :P

 Tempat hentian rehat.. semua bersesak-sesak di atas jln tar untuk solat

Kami singgah miqat setelah 10minit perjalanan.
Terlalu ramai orang sehingga mencuba masuk beberapa kali tetapi tidak dapat.
Akhirnya dapat masuk, banyak lagi kosong sebenarnya tapi jemaah tak mahu masuk saff depan hmmm.

 Betapa ramainya queue nak amik wudhu & ke ladies

Maka bertolaklah ke Makkah.  Semua mula mengucap Labbaik pastu saya terus mimpi :P  Dalam perjalanan, mutawwif kata ada pengumuman tergempar & jangan terkejut.
Punyalah kami berdebar!  Rupa-rupanya yang menggemparkan tu ialah BILIK HOTEL DITUKAR LAGI OLEH PIHAK HOTEL.  Huk alohhhhhh!  Ingatkan ada kes-kes kecemasan, adus ustaz nihhhh! :P

 Kami singgah di mana tak tahu tempat.  Macam perhentian.  Terlalu ramai jemaah.  Mutawwif kata lebih selesa kalau solat di Makkah terus sebab disitu bersesak-sesak.  Kami ok je, saya pun tak mahu di situ, tak selesa.  Berhenti dekat 1jam pulak sebab driver siap lepak-lepak makan, borak-borak dengan kawan dia adeihhh!


 Lebih kurang 10mlm, kami sampai ke Hotel Tharwat Ajyad Hotel.
Dan kami disuruh pergi dinner dahulu & tak perlu risaukan luggage.
Makan saja apa yang ada.
Selepas itu saya turun semula untuk tulis no. Bilik baru.  Nasib baiklah bilik ditingkat 2 saja maka saya bawa hand luggage naik tangga jah.

Balik rehat seketika tapi tak janji elok-elok dengan mutawwif.. saya decide pergi Masjdil Haram pukul 12malam.  Staff Al-Quds datang ketuk pintu, katanya penolak wheelchair sudah sampai dan kami turun 11.50malam.

Nasib baiklah penolak wheelchair tu orang Pattani nama Hj. Mahmood boleh cakap melayu.. lega mami.
Oleh sebab saya dah letih + mengantuk maka apa yang Hj. Mahmood tu cakap macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Saya asyik ‘ok ok ok’ jah huhu!

Sambungggg....

2 comments:

  1. oghe Pattani boleh kecek kelate kan mekk.. ehheee

    ReplyDelete
  2. meme bulehhhh!
    tp ada words dia yg tak phm.. org dolu2 phm la ehehe.

    ReplyDelete