Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

28 June, 2012

Kursus Sukan

26-28 Jun 2012 (Selasa-Khamis)
Pusat Latihan Hospital Pasir Mas

Inilah kursus pertama saya pada tahun ini.
Kursus ini diadakan khas untuk atlit-atlit di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh negeri Kelantan.
 Stage untuk perasmian

Ini juga kali pertama saya turut serta setelah melalui beberapa peringkat pemilihan boling.
Perasmian kursus ni dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.
 
 Team boling gigih menyiapkan motto kumpulan & lukisan

Kalau ikut jadual, kami harus bermalam di asrama di Pusat Latihan Hospital Pasir Mas. 
Saya 1bilik dengan teammate seorang lagi di mana kami sama-sama kali pertama baru mewakili di bawah kesihatan negeri kelantan.  Paling best ialah cadar/sarung bantal kena pasang sendiri.. macam duduk di asrama pula :P
 
Team BASIKAL
 
Seperti biasa kalau dah namanya dalam team, mestilah kena lukis gambar & buat motto dalam masa kurang dari 1jam.  Nasib baiklah team kami memang ada yang pandai melukis :) 
 Team BOLA TAMPAR LELAKI
 
Selepas itulah baru setiap team perkenalkan diri masing-masing & terangkan apa yang dimaksudkan di setiap banner tu. 

Team BOLA JARING
  
Tahun ini ada 11 team kesemuanya:  tenpin boling, bola tampar wanita, bola tampar lelaki, BOLA SEPAK, golf, basikal, olahraga, bola jaring, badminton, sepak takraw, tennis dan ping pong.  Tahun ni juga tiada indoor games.

Team BOLA SEPAK.. wuhuhuhu GOMO KELATE GOMO!
Saya pasti SOKONG! :D
 
Kalau ikutkan aktiviti memang akan penuh sehingga malam.  Kami siap kena sound bahawa WAJIB PERGI KULIYAH MAGHRIB & akan ada ceramah selepas itu.
Cuak lah juga kan tapi oleh sebab team BOLING ni special kes di mana kalau mahu training, kena pergi ke bandar untuk berlatih.  Di Pasir Mas mana ada tempat berlatih?  Itu kelebihan sukan lain sebabnya tak perlu pergi jauh-jauh untuk training.

Team TENNIS
  
Pada asalnya memang kami akan balik ke Pusat Latihan selepas berlatih boling tapi bila dah start main tu, mana nak berhentinya?  Nak-nak lagi kalau main free hehe..
Bila sampai di Pusat Latihan 8.15malam, keadaan sunyi.  Geng-geng boling ni dah plan pula nak tengok bola di kedai makan.  Mereka ajak saya tapi saya mana le minat bola.

Team SEPAK TAKRAW
  
Dan-dan pula saya tiba-tiba fikir "isk rasa macam nak balik je?"
Apa lagi, bila dah rasa macam tu memang saya balik la, walaupun ada kelas lagi pukul 9malam tu hahahaha.  Roomate saya pun kata nak balik lah kalau saya balik.. lagipun rumah dia memang dekat situ aje.

Team BADMINTON
  
Hari kedua, team boling juga yang datang awal.. aduh betapa 'skima'nya kami.
Senamrobik pun ramai team boling (yang laki awal-awal lagi dah chow pergi soru).

Team OLAHRAGA
 
Hari ke-2 ni ada team building.
Sesi pertama memang ramai, memang kelakar habislah.
Penceramah tengah cerita tapi saya tak ambil peduli tapi akhirnya baru kelam kabut sebab kena buat rumusan dalam cerita tu.. alamakkkk!
Kena pergi ke group 'mana yang lebih layak'.  Group TUKANG KAYU, TUKANG UKIR, PEREKA FESYEN, TUKANG MASAK, AHLI BERTAPA @ AHLI BERKECUALI.

 Team BOLA TAMPAR WANITA

Mulanya masuk AHLI BERKECUALI sebab tak tahu apa-apa kan, tiba-tiba kawan ajak masuk team TUKANG KAYU sebab  teammate boling kami Dr. Rosli & Abdullah yang memang selamba gila tu banyak idea hahahah buleh camtuh? 

 Atlit dimestikan untuk berdikir barat di sabah

 Sesi kedua tu semakin berkurang.  Asalnya saya masuk juga, siap kena buat "BANGUNAN MERCU TANDA, TINGGI & KUKUH"  dengan straw haaa mbik kauuu!  Grup kami buat MENARA KL hahaha entah apa jadi.. rupanya macam roket kahkah!
Tapi lepas tu kami keluar sebab nak training boling :D

Juga ada tukang karut wanita
  
Lepas training saya terus pulang ke rumah, tak kuasa nak balik ke Pusat Latihan walaupun masih ada team building dari BTN.
Upacara penyampaian sijil & duit saku
 
Hari ke-3 barulah dewan tu dewan penuh sebab ada TAKLIMAT ke sabah.
Ketua kontinjen siap kata "2TAHUN LAGI KURSUS NI KENA BUAT KAT PULAU LAH" hahahahahah ye lah sebab atlit asyik hilang je :))
 
Semua orang take note.  Kami siap diberi WANG SAKU lagi.. kau adoooo? :D
Kami juga dipersembahkan dengan dikir barat terdiri dari atlit sendiri.  Oh saya suka dikir barat :-)

Kami disponsor juga dengan 3helai baju.  Kesemuanya merah aduhhhh.. sakit mata aku.. at least campur2lah dengan color lain dalam 1piece tu huhu.

Itu ajelah ceritanya, nasib baik tak terpilih untuk perbarisan hehe.

Kita jumpa di sabah (walaupun masih belum tahu keputusan siapa yang akan jadi pemain simpanan 2orang.. semangat juang mesti diteruskan) ;)

6 comments:

  1. ammboii sonoknyer nak gi sabah tu bahh.. ahhaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah suka sbb tak pernah jejak sabah.. kesian kan? :-(

      Delete
  2. oooo ni yang mek gep nak g sabah bulan depan ke ni?
    besttttttnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi best kalau pergi untuk jln2 semata.
      Ni pergi dengan nerbes (dah la tak tau lagi sapa yang reserve ni.
      Kalau reserve.. malas la nak bawak bola boling yg berat gila tu ekekek).

      Delete
  3. wah atlit! selamat berjuang untuk negeri ;)

    ReplyDelete
  4. salam.
    nak tanya. boleh cerita sikit keadaan fizikal pusat latihan tu mcm mana?
    maksudnya, kemudahan apa yg ada dekat sana, tempat penginapan dia mcm mana.
    maybe boleh buat satu entri kot, untuk rujukan org lain akan datang.
    terima kasih.

    ReplyDelete