Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

30 June, 2012

Saya rasa....

Sangat sedih.....

Walaupun dia sudah minta maaf, saya tetap berkecil hati.
Saya harap dia tunaikan kata-kata dia yang "itu".
Kerana saya tidak mahu berhenti berharap.
 
*gangguan emosi* >,<

28 June, 2012

Kursus Sukan

26-28 Jun 2012 (Selasa-Khamis)
Pusat Latihan Hospital Pasir Mas

Inilah kursus pertama saya pada tahun ini.
Kursus ini diadakan khas untuk atlit-atlit di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh negeri Kelantan.
 Stage untuk perasmian

Ini juga kali pertama saya turut serta setelah melalui beberapa peringkat pemilihan boling.
Perasmian kursus ni dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.
 
 Team boling gigih menyiapkan motto kumpulan & lukisan

Kalau ikut jadual, kami harus bermalam di asrama di Pusat Latihan Hospital Pasir Mas. 
Saya 1bilik dengan teammate seorang lagi di mana kami sama-sama kali pertama baru mewakili di bawah kesihatan negeri kelantan.  Paling best ialah cadar/sarung bantal kena pasang sendiri.. macam duduk di asrama pula :P
 
Team BASIKAL
 
Seperti biasa kalau dah namanya dalam team, mestilah kena lukis gambar & buat motto dalam masa kurang dari 1jam.  Nasib baiklah team kami memang ada yang pandai melukis :) 
 Team BOLA TAMPAR LELAKI
 
Selepas itulah baru setiap team perkenalkan diri masing-masing & terangkan apa yang dimaksudkan di setiap banner tu. 

Team BOLA JARING
  
Tahun ini ada 11 team kesemuanya:  tenpin boling, bola tampar wanita, bola tampar lelaki, BOLA SEPAK, golf, basikal, olahraga, bola jaring, badminton, sepak takraw, tennis dan ping pong.  Tahun ni juga tiada indoor games.

Team BOLA SEPAK.. wuhuhuhu GOMO KELATE GOMO!
Saya pasti SOKONG! :D
 
Kalau ikutkan aktiviti memang akan penuh sehingga malam.  Kami siap kena sound bahawa WAJIB PERGI KULIYAH MAGHRIB & akan ada ceramah selepas itu.
Cuak lah juga kan tapi oleh sebab team BOLING ni special kes di mana kalau mahu training, kena pergi ke bandar untuk berlatih.  Di Pasir Mas mana ada tempat berlatih?  Itu kelebihan sukan lain sebabnya tak perlu pergi jauh-jauh untuk training.

Team TENNIS
  
Pada asalnya memang kami akan balik ke Pusat Latihan selepas berlatih boling tapi bila dah start main tu, mana nak berhentinya?  Nak-nak lagi kalau main free hehe..
Bila sampai di Pusat Latihan 8.15malam, keadaan sunyi.  Geng-geng boling ni dah plan pula nak tengok bola di kedai makan.  Mereka ajak saya tapi saya mana le minat bola.

Team SEPAK TAKRAW
  
Dan-dan pula saya tiba-tiba fikir "isk rasa macam nak balik je?"
Apa lagi, bila dah rasa macam tu memang saya balik la, walaupun ada kelas lagi pukul 9malam tu hahahaha.  Roomate saya pun kata nak balik lah kalau saya balik.. lagipun rumah dia memang dekat situ aje.

Team BADMINTON
  
Hari kedua, team boling juga yang datang awal.. aduh betapa 'skima'nya kami.
Senamrobik pun ramai team boling (yang laki awal-awal lagi dah chow pergi soru).

Team OLAHRAGA
 
Hari ke-2 ni ada team building.
Sesi pertama memang ramai, memang kelakar habislah.
Penceramah tengah cerita tapi saya tak ambil peduli tapi akhirnya baru kelam kabut sebab kena buat rumusan dalam cerita tu.. alamakkkk!
Kena pergi ke group 'mana yang lebih layak'.  Group TUKANG KAYU, TUKANG UKIR, PEREKA FESYEN, TUKANG MASAK, AHLI BERTAPA @ AHLI BERKECUALI.

 Team BOLA TAMPAR WANITA

Mulanya masuk AHLI BERKECUALI sebab tak tahu apa-apa kan, tiba-tiba kawan ajak masuk team TUKANG KAYU sebab  teammate boling kami Dr. Rosli & Abdullah yang memang selamba gila tu banyak idea hahahah buleh camtuh? 

 Atlit dimestikan untuk berdikir barat di sabah

 Sesi kedua tu semakin berkurang.  Asalnya saya masuk juga, siap kena buat "BANGUNAN MERCU TANDA, TINGGI & KUKUH"  dengan straw haaa mbik kauuu!  Grup kami buat MENARA KL hahaha entah apa jadi.. rupanya macam roket kahkah!
Tapi lepas tu kami keluar sebab nak training boling :D

Juga ada tukang karut wanita
  
Lepas training saya terus pulang ke rumah, tak kuasa nak balik ke Pusat Latihan walaupun masih ada team building dari BTN.
Upacara penyampaian sijil & duit saku
 
Hari ke-3 barulah dewan tu dewan penuh sebab ada TAKLIMAT ke sabah.
Ketua kontinjen siap kata "2TAHUN LAGI KURSUS NI KENA BUAT KAT PULAU LAH" hahahahahah ye lah sebab atlit asyik hilang je :))
 
Semua orang take note.  Kami siap diberi WANG SAKU lagi.. kau adoooo? :D
Kami juga dipersembahkan dengan dikir barat terdiri dari atlit sendiri.  Oh saya suka dikir barat :-)

Kami disponsor juga dengan 3helai baju.  Kesemuanya merah aduhhhh.. sakit mata aku.. at least campur2lah dengan color lain dalam 1piece tu huhu.

Itu ajelah ceritanya, nasib baik tak terpilih untuk perbarisan hehe.

Kita jumpa di sabah (walaupun masih belum tahu keputusan siapa yang akan jadi pemain simpanan 2orang.. semangat juang mesti diteruskan) ;)

25 June, 2012

Umrah Hari 4

30/4/2012 (Isnin)
Hilang Jemaah Kumpulan & Perjalanan ke Makkah


Hari terakhir di Madinah, rasa seperti sekejap saja.
Kami di’brief’ apa yang patut dibuat sebelum melakukan umrah pada hari ke-3,
Lebih kurang 1jam.. kiranya kursus pendeklah, kut ada jemaah yang masih tidak jelas.
Kami dijangka bertolak ke Makkah pada pukul 2 -3petang.



Pagi sebelum bertolak tu, kami diberi no. Bilik siap-siap maka terus tulis di stiker beg, jadi senanglah sampai di Hotel kat Makkah, staff akan terus angkat ke no.bilik kita.


Sebelum bertolak ke Makkah, kami baru tahu bahawasanya seorang bapa ahli group saya telah hilang dari Asar (rasanya hari ke-2) sehinggalah beberapa jam nak bertolak ke Makkah baru jumpa dia.


Rupa-rupanya pakcik tu tak jumpa jalan keluar dari Masjid Nabawi.  Walaupun anak dia cari di dalam masjid, tetap tidak jumpa.  Muttawif turut cemas sebab takut nak jumpa, ye lah dah nak gerak ke Makkah ketika tu.
Kami semua terkejut kerana terjadi dalam group saya.


 Dengar khabarnya pakcik itu telah pesan kepada anaknya “takpe, balik lah dulu.. ayah dah biasa kat masjid ni” ermmm begitulah agaknya Allah nak tunjuk.  Mungkin pakcik tu tak ada niat nak riak tapi semuanya atas ketentuanNya.  Rasanya pakcik itu tidak memakai tag nama.  Saya sentiasa beringat, tag nama itu harus sentiasa pakai, kita bukan tahu apa yang bakal terjadi.


Sebelum bertolak juga kami diduga lagi.  Ada jemaah yang terlupa untuk memulangkan kunci bilik hotel.  Selagi tidak pulangkan, selagi tidak boleh ke Makkah.  Lama juga mutawwif mencari.. akhirnya berjumpa tetapi tidak pasti dari group bas 2 @ 3.
Akhirnya bertolak lah kami, Cuma terlewat sedikit dari waktu jangkaan iaitu 3.20ptg.
Aircond bas pula slow.. tempat mutawwif lagi la tak rasa langsung :P

 Tempat hentian rehat.. semua bersesak-sesak di atas jln tar untuk solat

Kami singgah miqat setelah 10minit perjalanan.
Terlalu ramai orang sehingga mencuba masuk beberapa kali tetapi tidak dapat.
Akhirnya dapat masuk, banyak lagi kosong sebenarnya tapi jemaah tak mahu masuk saff depan hmmm.

 Betapa ramainya queue nak amik wudhu & ke ladies

Maka bertolaklah ke Makkah.  Semua mula mengucap Labbaik pastu saya terus mimpi :P  Dalam perjalanan, mutawwif kata ada pengumuman tergempar & jangan terkejut.
Punyalah kami berdebar!  Rupa-rupanya yang menggemparkan tu ialah BILIK HOTEL DITUKAR LAGI OLEH PIHAK HOTEL.  Huk alohhhhhh!  Ingatkan ada kes-kes kecemasan, adus ustaz nihhhh! :P

 Kami singgah di mana tak tahu tempat.  Macam perhentian.  Terlalu ramai jemaah.  Mutawwif kata lebih selesa kalau solat di Makkah terus sebab disitu bersesak-sesak.  Kami ok je, saya pun tak mahu di situ, tak selesa.  Berhenti dekat 1jam pulak sebab driver siap lepak-lepak makan, borak-borak dengan kawan dia adeihhh!


 Lebih kurang 10mlm, kami sampai ke Hotel Tharwat Ajyad Hotel.
Dan kami disuruh pergi dinner dahulu & tak perlu risaukan luggage.
Makan saja apa yang ada.
Selepas itu saya turun semula untuk tulis no. Bilik baru.  Nasib baiklah bilik ditingkat 2 saja maka saya bawa hand luggage naik tangga jah.

Balik rehat seketika tapi tak janji elok-elok dengan mutawwif.. saya decide pergi Masjdil Haram pukul 12malam.  Staff Al-Quds datang ketuk pintu, katanya penolak wheelchair sudah sampai dan kami turun 11.50malam.

Nasib baiklah penolak wheelchair tu orang Pattani nama Hj. Mahmood boleh cakap melayu.. lega mami.
Oleh sebab saya dah letih + mengantuk maka apa yang Hj. Mahmood tu cakap macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Saya asyik ‘ok ok ok’ jah huhu!

Sambungggg....

24 June, 2012

Umrah Hari 6- Dugaan & Umrah Kedua

Hari ke-6
2/5/2012 (Rabu)- Dugaan & Umrah Kedua

(rupa-rupanya saya terlupa untuk masukkan pengalaman hari ke-4 & ke-5 hehe, nantilah lepas-lepas ni)

Tengoklah betapa ramainya jemaah yang mengerumuni street seller.
Kat tangga hotel pun dibentangkan kain hmmm!

Selepas balik dari bermiqat di Ja'ranah, saya & makcik balik hotel untuk berehat seketika.
Kemudian pergi solat zuhur & masuk gate 94 (wheelchair gate). Sebab pergi agak lewat, maka tiada space berdekatan wheelchair mami, jadi kami bertiga berpecah.

Saya balik berkaki ayam hanya beralaskan sarung kaki & berjalan di atas jalan tar yang membahang dalam cuaca 40degress... mampu tak mampu.. lari aje la hee!  Sarung kaki tu terus saya masuk tong sampah sebab tak boleh guna dah kalau koyak
Saya agak kebelakang. Biasanya selepas solat berjemaah, saya tidak berapa suka terus keluar masjid kerana kalau keluar pun, mesti bersesak-sesak & susah untuk berjalan.


Kalau boleh, keluar 20-30minit lepas solat, senang sikit nak jalan.
Jadi saya mengambil peluang untuk mengaji seketika kemudian, saya mencari mami & makcik.
Bila pergi tempat mami saya solat.. eh tak ada. Cari makcik saya pun tak ada. La dah keluar ke? Saya tunggu lah di pintu tu dalam 5minit, tak ada juga jadi saya call cakap dorang dah ontheway balik ke hotel.

 
Yang boleh saya cakap ialah, saya balik ke hotel dengan berkaki ayam... hanya beralaskan sarung kaki yang nipis. Rasa tapak kaki masak hidup-hidup tapi saya cakap kat abang saya “tapak kaki dah masak ni ha” lepas tu saya gelak hihi.


Bayangkanlah tengahari terik dengan cuaca 40degrees!
Tapi serius, saya tak marah pun, berlari balik hotel gelak-gelak ada le :P

 Semasa saie. 

 Pekerja company BIN LADEN happy bekerja di Masjidil Haram (nampak happy tetapi kita tidak tahu apa yang bermain di minda mereka)

Heheheheh apa yang terjadi sebenarnya biarlah hanya kami sahaja yang tahu
(tapi saya tahu saya tidak bersalah) tapi saya dimarahi makcik.  Saya Cuma berdoa supaya saya dikekalkan sifat sabar & tiada amarah.




Lepas tu saya pergi makan tengahari walaupun kaki saya sakit sangat, tapak kaki pun dah keras sebab masak, boleh buat foot chop kot hehe.



Kami pergi awal ke masjid untuk menyelesaikan umrah.
Pada pusingan ke-4, saya terpisah dengan makcik tapi saya teruskan jua. Saya
Kurang 10minit lepas tawaf, azan asar pula. Selepas asar barulah saya & makcik melakukan sai.


Juga ada dugaan semasa saie.  Punyalah lama di situ... patut boleh settle saie kurang dari 1jam tapi sebaliknya berlaku.  Sudahlah tumit saya rasa pedih mencengkam, redha je la hmm.. cakap banyak karang kena marah kat makcik lagi, walaupun saya dah hint dia yang kita saie ni dah terlebih lebih pusingan "orang muda always wrong!" :D


Selepas saie balik semula ke tempat mami saya duduk.
Rasa lega sebab boleh merehatkan kaki walau seketika.
Rasa macam nak je request kat mami yang saya nak duk atas wheelchair masa balik hotel hehe tapi tak boleh lah kan? :P

Eskrem lembut tapi saya tidaklah gemar sangat walaupun orang mengwar-warkannya sedap ;)

Balik lepas isya tu, dinner & turun cari aiskrim.
Panas-panas macam tu memang nikmat makan aiskrim :D

Balik bilik terus tengok LIVE MASJIDIL HARAM.. memang tak jemu tengoknya.
Tengok sehinggalah tidur.........

22 June, 2012

Umrah Hari 6- Ziara Kota Makkah

2/5/2012 (Rabu)
Umrah Hari ke-6:  Ziarah Kota Makkah

 Subuh
Oooo

Kami pergi subuh pukul 3++  Kami solat di aras 2 &memang suka cari port di tepi dinding sebab nak park wheelchair.  Di Madinah / Makkah tiada bacaan Qunut semasa subuh. 

 On the way balik ke Hotel

 6.26pagi tapi sudah cerah seperti 7.30pagi di Malaysia :-)

 Just look around.. sebelah hotel saya ada Mall tapi tak sempat pergi pun

Lepas subuh kami terus pulang ke hotel sebab mutawwif kata ada ziarah kota Makkah, & bas pada pukul 7pagi. Seperti biasa tunggu abang saya dulu sebab dia tukang tolak wheelchair mami hehe.  

 Kedai runcit 4langkah dari hotel.. mcm2 ada

 Jemaah menunggu bas untuk ziarah kota Makkah.  Baju merah itu staff Al-Quds Travel Makkah

 Haaa siapa boleh baca?  Saya tak pandai tapi friend of mine katanya JANGAN MASUK!

 Adakah ini hotel yang dipajak oleh Andalusia?

 Bekalan untuk kami, setiap jemaah dalam bas pasti dapat

Kali ni mami tak ikut sebab katanya penat.  Tak apalah, mami saya pun memang dah banyak kali pergi umrah. 

 Street seller di jabal thur

Oleh sebab saya turun awal, maka masa menunggu tu rasa macam lama sangat.  Maka saya just look around tengok apa yang ada, sesambil cari stray cat & tengok apa yang ada berdekatan.

 Bas sampai 6.50pagi (tapi dah cerah macam 8pagi di Malaysia).  Tapi tak dapat duk depan lah pulakkkk.  Tiba-tiba staff Al-Quds di Makkah beri kami 1box bekal berisi air kotak, biskut, kek, kacang & mineral water. Wah ini sudah bagus!

 Dari kejauhannnn.....

Bas gerak 7.05pagi, alhamdulillah.. kira pantas cepat juga la sebab saya baca cerita-cerita jemaah lain, ada yang lewat dari jangkaan samada masalah bas dihalau polis, masalah driver tak boleh masuk depan hotel, bas rosak @ yang paling best JEMAAH SENDIRI YANG LAMBAT?!  Mutawwif dah pesan awal-awal, biar kita tunggu orang.. jangan orang tunggu kita. So far jemaah dari Al-Quds semua menepati masa “mendengar kata”.. alhamdulillah.

 Sedang mencari ilham agaknya


Kami menuju ke Jabal Thur.  Masih ada street seller.  Saya menahan diri supaya tidak membeli apa-apa yang tidak patut.  Mutawwif menerangkan sejarah Jabal Thur ni & saya memang dengar dengan kusyuk tapi makcik saya siap tarik tangan naik bas sebab dia pun dah banyak kali pergi umrah, jadi dia dah boring dengar.  Tapi saya tetap nak dengar hehe.
 
 Aishhhh tengah dengar sejarah dari mutawwif, sempat lagi budak ni datang promote beli buku bergambar!

 Group bas nombor 1

Mutawwif tanya “nampak tak yang putih sayup-sayup tu?  Itu orang tengah panjat Jabal Thur”  Penat le saya duk kecikkan mata, ish tak nampak aiiiihhhh... memang sah saya makin rabun, sebab ada jemaah lain kata dorg memang nampak erkkk.

 Kalaulah boleh panjat bukit itu :D

Saya cuma nampak seorang lelaki tengah “mencari ilham” bersama sebotol air mineral.  Dia tak buat apa-apa, Cuma duduk termenung di situ.  Tak tahulah apa motif.  Mungkin hiking lepas tu lepas penat kat situ kot?

 Haaa Malaysia mampu jual jubah letak atas jalanraya je? :D

Masa tengah dengar sejarah tu, tiba-tiba ada 2 3street seller lelaki datang “serang” kami dengan jual buku gambar-gambar Madinah / Makkah.  Saya tidak berminat tetapi jemaah lain ramai yang beli.  1buku SR10 tapi haruslah lengkapkan buku Madinah / Makkah kan?

Bas kami, bas no. 1

Kemudian kami di bawa pula ke Jabal Rahmah, jadi akan melalui tempat jemaah berkumpul semasa pergi Haji iaitu Mina, Muzdalifah semua-semua tu.  Tapi sebab makcik saya tutup langsir,maka tak dapatlah snap gambar di kawasan-kawasan tu.

 On the way ke Jabal Rahmah pula


Sebelum sampai Jabal Rahmah, Mutawwif kata kalau nak panjat boleh tapi make sure turun je bas terus pergi panjat..  nanti lambat gerak hehe.  Mutawwif bagi masa 30minit aje di situ. 

 Tapi kami (saya & abang) panjat kat bawah-bawah tu je.  Ada pula orang-orang kat situ offer kami tolong snap gambar kami.  Eh terima kasih aje lah!  Kami tau, dorang tu bukannya FREE FREE TOLONG... haruslah ada TIPS!

 Jabal Rahmah

Saya hairan juga sebab kami berdua je dari group bas 1 panjat belah kami panjat tu.
Rupa-rupanya yang ramai orang tu ialah kat depan hahaha adoi.  Tak apalah, sekurang-kurangnya panjat juga kat belakang bukit.. better than nothing :P

 Masjid Ja'ranah untuk bermiqat (gambar google jah sebab lupa nak snap gambar masjid)

 Jual-jual depan masjid ja'ranah

Selepas itu kami pergi bermiqat.
Punyalah bersesak-sesak untuk masuk ladies & berwudhuk tapi Alhamdulillah cepat je turn saya.  Begitu juga dalam masjid.. memang susah sangat nak sentuh dinding entrance punyalah susah.  Saya fikirkan mesti dalam tu pun dah tak ada space.  Sekali bila masuk masjid... laaaaaaa... sangat banyak lah space kosong kat atas tu sebab semua aim belakang-belakang, supaya senang keluar barangkali?  Saya terus ke depan, tak ada gangguan at all.

Jangan cepat tergoda cik kiohhhh~

Bila keluar masjid, ada jemaah tengah ‘window shopping’ termasuk lah makcik saya hehe.  Lepas tu terus balik ke hotel.  Masa menuju ke hotel, banyak bangunan / hotel-hotel sedang dirobohkan.  Hmm bagaimana lah pula keadaannya Makkah dalam masa 5tahun lagi agaknya ya? 

 Kerja meruntuhkan bangunan sedang giat dijalankan

Melalui terowong nak balik ke hotel




Sampai di hotel, ada yang terus melakukan ibadat umrah tapi saya bali rehat dulu.  Ikutkan nak pergi terus sebab saya risau le kot-kot masa tidur saya tutup muka tapi dah makcik kata nak buat lepas Asar, saya ikut aje lah.

Ok lah bersambung....