Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

22 February, 2012

Cambodia Hari 2 Part 3- Tukang Urut BETINA & Lembu Naik Bukit

Lepas melawat temple-temple tu, kami arahkah driver ke Restoran Hj. Musa yang sangat terkenal dengan menu LEMBU NAIK BUKIT.  Dah orang bercerita di forum / blog-blog / travellog pasal LEMBU NAIK BUKIT, maka kami nak lah juga merasa bagaimana rasanya.  

 Perjalanan dari Bntay Kdei ke Restoran Haji Musa mengambil masa 25minit.  Restoran ni betul-betul bersebelahan dengan Masjid Al-Nikmah.  Terasa sayu juga sebab ada masjid di tengah bandar Siem Reap ni which is majority nya beragama lain selain Islam.

(inilah LEMBU NAIK BUKIT)

Kebetulan pula masa kami pergi tu, taukenya sendiri ada di situ.  Mati-mati aku ingatkan Hj. Musa ni dah tua, rupa-rupanya masih hensem lagi hahaha.. Lebih kurang 40-an umurnya & ramah.  Pernah mengajar agama di Gombak.

       (karim tengah serve kami)
 
 Ketika tu baru pukul 12.35tengahari, kami terus aje memilih menu.  Ada menu tapi tak tengok sangat, order je sebab kami suruh waiter tu rekemen apa yang sedap selain LEMBU NAIK BUKIT.  Maka kami order kangkung & sup ayam.  Masa tunggu kami diberi teh o panas & 1bekas ais.  Kami ingatkan bila dah habis teh dah tak boleh top up @ kalau boleh top up pun, mesti kena bayar lebih tapi redah aje lah, kami minta top up juga.    


Lepas beberapa ketika menunggu, maka hidangan pun sampai.. semua excited tengok LEMBU NAIK BUKIT.. daging-daging tu diletak dalam bekas stim yang tinggi.. juga dicampur sayur.  Kami rasa, sedap juga.. lepas habis, waiter datang topup daging sebab itulah kelihatan merah lagi seperti tidak masak.  Maka kena tunggu lah sampai masak.. jangan rakus sangat makan daging tak masak hehe.  Overall memang sedaplah, diluar jangkaan aku.  Sup ayam nya pun sedap juga.  Jangan tak tahu, restoran haji musa tu pasang TV1 ye?!  TV1 memang dapat di Cambodia.

 Ketika sedang menjamu selera tu, sepasang suami isteri dari Malaysia tu menegur & borak-borak dengan kami.  Juga sangat ramah orangnya.  Sweet couple.. dalam 50-an.. aku agak mereka dah pencen & jalan-jalan untuk habiskan masa bersama (oh bestnya kalau aku ada laki.. boleh jalan-jalan dengan laki aku.. sempat aku berangan hihi).  Aku rasa mereka pun kaki jalan juga sebab mereka suruh kami pergi Ho Chi Minh sebab bandarnya bersih walaupun sesak dengan orang... wah menarik!  Borak dalam 10minit gitu lepas tu mereka pun pulang & kami terus menjamu selera.  

Bila nak bayar masing-masing cuak takut mahal.  Rupa-rupanya $24 maka devide bye 6 jadilah $4 aje seorang!  Singgah sekejap di masjid sebelah untuk bagi derma.  Sesambil tu aku tanyalah Salim sosej tu dibuat dari apa?  Katanya daging.. err tahulah tapi daging apa?  Katanya daging lembu oh nasib daging lembu hehe!  Tapi aku pergi dekat dengan sosej tu.. baunya sangat menyucuk hidung.. adusss!
 
  Lepas tu kami di bawa ke Kedai Kerajaan (jual emas)... aku blur lagi buat kesekian kali.  Siapa pula nak beli emas?  Masuk tengok-tengok sekejap lepas tu aku keluar, boringlah sebab aku tak mahu beli emas.  Sesambil tu sempat posing dengan tuk tuk salim.  Kau adaaaa?  Hehe!  

(inilah taukehnya.. HJ. MUSA)
   Then pergi lagi ke sebuah kedai emas.. aku memang blur, kedai emas tak ada dalam itinerary.  Rupa-rupanya driver minta kami pergi sekejap supaya mereka 2orang dapat komisyen.. Ohhh baru faham.. sungguh lambat pick up lah aku ni kekeke. Ingatkan tak ada yang nak beli sebab kedai kerajaan kan?  
(masjid an-nikmah sebelah restoran hj. musa.. snap dari tuk tuk bergerak sajo)
 
  Si Amiza siap beli 2ketui loket $70 kalau tak silap & Kashaz beli cincin $15 selepas diskaun. Aku?  Jangan harap sebab aku memang tak berminat (tak tahulah bila dah tua esok-esok aku berminat dengan emas!).  Aku minat dengan aksesori bodo-bodo tu aje.

(sosej lembu tapi busuk!  huhu sobar je!)
 

 Selesai di kedai emas, kashaz request untuk urut badan.  Aku, Nina & Welds nak foot massage aje.  Aku tak mahu bodi karang aku geli geleman.  Harga asal foot massage untuk 1jam ialah $16 (kalau tak silap aku lah)  tapi Salim minta tolong bargainkan maka dapat $8 tapi kami rasa masih mahal (padahal dah murah) & kami keep on bargaining.. sudahnya dapat $5/hour.. heaven ohhh!  Kalau boleh kami nak tukang urut perempuan, tak nak lah aku lelaki.. tak rela!  Jadi Salim cakap “u request lah tukang urut BETINA, mesti ada”. Haaaaa?  Tukang urut BETINA?  Terus aku gelak tak hingat.  Sudahlah aku gelakkan dia, muka dia tak bersalah langsung sebut BETINA + dia tak gelak (mesti dia confused apesal aku gelakkan dia).  Ye aku faham, mesti dia ingat BETINA @ PEREMPUAN tu sama maksud tapi tersiratnya lain-lain kekekeke tak apa, aku maafkan :P

Jadi, kami diurut dari 3.35pm-4.35pm.  Nasib baik lah tak sakit & aku dah pesan supaya jangan terkena lutut kanan aku.  Tukang urut aku tu soft sikit bila selak seluar compare dengan tukang urut Nina & Welds, rakus gila selak seluar sampai lutut.  Nasib tukang urut tak nampak luka lutut aku hehe. 
Sedap lah diurut, tak sakit pun.. mula-mula aje geli.  Aku siap tertidur-tidur lagi.  Tapi bila 10minit terakhir tu, aku rasa tiba-tiba macam demam pulak.. alaaa ni yang tak syok ni.  Lepas habis urut, kami dijamu teh cina.  Ok juga untuk memanaskan badan aku yang semakin sejuk ni.
(urut time..sodap!)


 Keluar dari kedai urut tu terus makan Actifast & aku berdoa supaya cepat kebah sebab malam baru aktiviti akan berakhir.
Kemudian kami di bawa ke Artisan Angkor.... next entry.. tunggu aje lah :P


 (halal KFC)

6 comments:

  1. besssttt la gep p SR ye...maybe blh masuk dlm wishlist akan datang...

    emas diorang sama ke ngan emas kita? (chewahhh cam makcik pengumpul emas plak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, tak tahu psl emas la sbb tak minat emas huhu.

      Tu le... mmg SRP ni is a must place.. gi aaa ek.

      Delete
    2. mcm murah je emas tuh... bila la nak sampai ni?

      Delete
    3. Kay- masa gi tu ada sale.
      Tak sure murah ke tak.
      Jawapan: boleh pergi bila dah beli tiket.
      Kalu tak beli tiket, tokleh aa tanya soalan tu kekekeke.

      Delete
  2. best nyer dpt jalan2 jauh ne,,rasa nk ikot skali,,,tp ape kn daya hahha,,, add lh blog sy jugk yer ekkekek ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan tu patut ditanya bila dah beli tiket :D

      Delete