Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

09 February, 2012

Cambodia Hari 2 Part 1- 21/1/12 (Sabtu)

 *nota kepala (bukan nota kaki sebab aku letak kat atas, maka jadi NOTA KEPALA lah) *  KALAU PERGI KE TEMPLE-TEMPLE TU, KALAU BOLEH ELAKKAN DARI MEMAKAI PAKAIAN GELAP SEBAB TEMPLE-TEMPLE TU SUDAHLAH BERWARNA GELAP, PAKAI PULA BAJU GELAP.. TAK MENARIK LAH!  PAKAI LA BAJU BIRU KE (AKU), PINK KE, KUNING KE, LITE PURPLE KE, PUTIH KE... BARU LA MENYERLAH KAWANNNN.. KALAU TAK.. TENGGELAM!*

 Aku bangkit seawal 4.25pagi sebab Salim & Nasir akan sampai 5.15pagi.  Tapi malangnya pula si Faridah 5.05pagi baru sedar, syokkkk je tidur tak ingat dunia haha.. lepas Nina kejutkan, terkejut naga koooo hehe.  Aku tak suka kejut orang sebab aku tak suka orang kejutkan aku.. boleh spoil mood.  5.20pagi geng bilik 1lagi datang.. haaa kelam kabut Faridah kekeeke.

 Bila turun 5.30pagi, Salim & Nasir dah tunggu, wah sangat punctual.  Kami terus dibawa ke main entrance Angkor untuk membeli tiket.  Perjalanan lebih kurang 15minit dari hotel kami.  Memang gelap gelita + sejuk tapi tak mencengkam jiwa (taraf-taraf hawa Malaysia aje).  Dekat-dekat sampai tu kelihatan banyak tuk-tuk membawa traveller lain & tidak kelihatan orang Melayu kecuali kami berenam hmm.    Tiket tu kena beli sendiri sebab tiket tu akan ada gambar kita.  Kami beli 1PASS DAY je $20 bermula dari 5.30pagi sehingga 5.30petang sahaja.
 Kami pergi awal sebab nak tengok SUNRISE AT ANGKOR WAT.  Ketika masuk tu memang sudah berbondong-bondong orang menuju masuk Angkor Wat, untung bagi sesiapa yang bawa torch light tapi bagi aku kalau dah sampai 5.50pagi, tak perlu bawa la sebab 6.15pagi dah cerah ceraca dah pun he he.  Semangat lain macam sebab ini tempat keajaiban dunia ke3 yang telah berjaya ku jejak selain Taj Mahal (Februari 2011) & Great Wall (March 2011).




Masa jalan dalam kesamaran tu, rasanya si Kashaz cakap tak ada orang Malaysia lepas tu dan-dan sorg Indian tegur kami & katanya dari Malaysia.  Siap tanya dari mana semua & masa tu dia berjalan dengan seorang mat salleh (hensem gila ok).. dia senyum je lah lepas tu hi hi bye bye kat Indian tu.  Ramai yang cari port masing-masing tapi aku memang tak berharap gambar cantiklah dari kamera aku, biasa lah digital camera.. letak la setting SMART @ AUTO sekalipun.. hodoh lah juga haha.  Aku Cuma berharap dari kamera Nina & Saza jah yang comel.




 Seriously masa tu tersangatlah ramai orang seperti pesta pula.  Siap ada yang bentang tikar / kain seperti picnic siap order tea / coffee lagi.  Tak lama kemudian, Indian yang tegur kami tadi datang tegur kami balik... siap pakai suite warna oren (macam bertanjak di kepala pun ye juga)..  mula-mula kami layan ok lah sebab dia macam ramah gitu lepas tu makin lama cara dia cakap makin merepek-repek.. macam merendah-rendahkan Malaysia lepas tu duk puji-puji Indonesian.  

 Then cakap pasal agama sebab masa tu ada anjing datang berlari-lari maka aku nak mengelak la, terus dia tanya kenapa Islam takut sangat dengan anjing?  Nak je aku jawab tau tak anjing tu haram?  Memang la boleh pegang tapi malas le aku nak bertekak lepas tu dia tanya pasal kisah Nabi Muhammad dengan anjing.. katanya anjing loyal.  Ye aku tahu anjing spesis binatang yang sangat loyal, so what sehingga keluar cerita pasal Nabi segala sampai dia cerita pasal Quran pula.  Lepas tu cerita pasal dia kerja kat Canada & layan dia baik-baik je & macam memperlekehkan Malaysia.

Aku macam dah tawar hati & kawan-kawan lain dah blah, tinggal aku & Kashaz saja.  Alamak cemana aku nak lepaskan diri?  Jadi aku buat-buat snap gambar, bila dia tanya aku lagi.. aku cakap “Tak tahu”.. terus dia panggil Nina sebab Nina boleh berhujah sikit, then aku terus blah.. tak kuasa aku.. aku pergi sana untuk tengok SUNRISE!




Tak sampai 10minit, Nina datang dengan bengangnya duk cerita pasal Indian tu..  dia dah pangkah Indian tu sampai Indian tu terus tak nak cakap dah hahahah tu la, jangan bercakap ikut sedap mulut aje!  Fikirlah perasaan orang lain.. tak suka Malaysia, nyah aje dari Malaysia!



 Kami terus pusing-pusing dalam Angkor Wat tu tengok senibina & ukirannya.  Panjat memanjat itu haruslah waima aku gayat sekalipun.. rugi lah kalau pergi tapi tak naik kan?  Kagum sungguh sebab cemana dorang ukir sebegitu teliti sekali ye?  Ada traveller girl dari Jerman volunteer untuk snap gambar kami. Lepas puas hati ambil gambar dalam tu (walaupun tak habis keliling 1Angkor Wat), kami decide keluar pada pukul 8.30pagi. 

Sempat singgah kat seekor kuda yang kelihatan sangat heartless.  Tak tahu apa yang kuda itu fikirkan.  Dari mula-mula tengok dia sebelum panjat Angkor Wat tu, keadaan nya begitu (termenung- tak makan, tak minum & tak gerak) & nampak ekor matanya saja bergerak.  Aku agak tuannya dera dia kot?  Aku sedih, rasa macam nak bawa balik aje kuda tu huhuhu.




 Bila keluar, tiba-tiba confused tak ingat tuktuk yang mana 1 sebab berduyun-duyun tuk tuk kat luar tu.. nasiblah driver kami lambai-lambai, kalau tak.. kami lemas dalam duyunan tuk tuk hihi.  Harini aku & Nina start naik tuk tuk Salim (hari pertama naik tuk tuk Nasir), kata budak-buduk ini, nak suruh diskas apa-apa yang patut. Nina aje ketua kelas.. aku anak murid aje.. kekekek.

Ok lah dah selesai melawat Angkor Wat, sambung lagiiii melawat kat THE BAYON pula.....







6 comments:

  1. wahhhhh, sakan ye korang bergambar hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah.. sebagai bukti & photoholic (er ada ke words ni) :P

      Delete
  2. Masa kat medan pun tour guide kitorg mcm lekehkan malaysia

    P/S dh lama dh baca blog baru deidaa ni, tak tinggal jejak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah ye ke? Guide tu ckp apa?
      Itu lah slh 1sbb burn tiket ke BDO haritu.. indon menci kita so buat apa terhegeh2 gi negara dorg?

      Delete