Hari ke-3 (28/9/2014= Ahad)
Tibalah masanya untuk jalan sendirik sendirik suka ati kooo le nakgi mana pung!
Happy gila weh! sebab yuan pun ada banyak gile lagi hihi.
Tunggu Saiful tokey shipping kat lobi hotel
Pagi tu gi brekpes dulu kat hotel.
As usual la, amik yang boleh di mkn je la: Telur / buah. Yang lain tak berani makan sebab diragui kehalalannya huhu.
Hotel Lido.. kami akan stay sini lagi kalau pergi lagi (ramai dah pulak yg mintak tlg kami bawak gi sana huhuhu. InsyaAllah kalau kami dah expert plaza2 di sana, kami nak tlg jgk warga Kelate gi sana) :-)
Patut 9pagi janji jumpa Saiful (Dia ada company shipping di GHZ & di Malaysia). Kuli2 dia semua orang cina okeh.. dia juga fasih mandarin.. kagum sungguh aku hehe!
Tunggu cab luhhhh! Depan hotel!
Nasib baiklah kapel johor tu jual barang baby jugak so sekali harunglah pergi tempat yg sama iatu Fulli Kids- plaza utk pakaian baby & kanak2 (mainan takde ye sbb itu kat plaza mainan pulak). Ini hanya pakaian semata-mata!.
Cab di Guangzhou memang pasang besi camni. Depa takut penumpang peras ugut dorang :D
Kami dapat lady driver :-)
Terpaksa naik 2cab sebab 1cab boleh sumbat 4penumpang je sedangkan kami ber-5.
1st trip tu kapel dari Johor naik, dapat pulak
CAB HIJAU sedangkan Jenny dah pesan
JANGAN NAIK CAB HIJAU SEBAB MAHAL SIKIT (cab utk hanter ke luar GHZ).
Kita boleh naik cab samada
MERAH @
BIRU SAHAJA. Nasbib baik kami dapat cab BIRU & NAIK DENGAN SAIFUL.
Certain2 bas di sana ada wayar mcm ni.. senanglah, ikut laluan.. tidaklah melintas suka hati!
Yang kesiannya, driver cab dari johor tu entah ke mana hala salah hantar jugak, nasib baik la saiful fasih gile mandarin so dia bg arahan thru phone calls je. Tapi dia tak pandai tulis & baca mandarin ehehe! Nak jadi macam dia jugaklah (terrrrtiberrrr) :P
Akhirnya Fulli Kids depan mata kami, selama ni baca je dari blog2 orang :-)
At last, sampai juga ke destinasi, dalam 25minit dari hotel.
Pagi-pagi jalan jem sikitla sebab clash dgn orang yang ni gi kerja.
Tambang cab dari hotel kami ke Fulli Kids hanya 17yuan (RM8).. murah lah kiranya tu.
For your information, Fulli Kids bukak pukul 8pagi lagi ehehe.
Cab kapel dari Johor hantar depa jauh sangat, so kita bergambar duluuuu.. pakai selipar jepun je sudahhh!
Kami dengan kompidennya bagitau Saiful yang kami nak look around sendiri tanpa dia (mcm yakin je boleh pusing2 riki2 dulu baru beli barang hehe). Bukan apa, sebab kami rasa Fulli Kids tidaklah besar mcm Midvalley. Midvalley pun aku buleh tawaf tempat sama 6 7round.. inikan pulak FULLI KIDS heh! Kami kasi kapel johor tu jalan2 dengan Saiful.. apa2hal tak faham baru lah kami akan call Saiful :-)
Rambang mata hokkayyyyy!
Kami fokus nak beli
SLEEPSUIT / ROMPERS / GIFT SET dulu tapi tak banyak pulak pilihan, penat pusing.. kalau ada pun GILER MAHAL?! Senang je kat sana. Depa akan tanya ONE PIECE or MANY2? So tanya le harga 1piece dulu, baru tanya MANY2.
Memang jauh le beza 1piece dengan many2 tu.
Kami pusing2 cari pre-walkershoes. Sape2 dah pernah memborong tu biasalah.. takde yang jual loose... semua jual LOT (1DESIGN = 1LOT =3SIZE).
Tapi kami bernasib baik jumpa 2kedai yg jual loose hehe.
Gila babas punya murah hooo! Sampai berpinau bijih mata kami dengan pre-walkershoes yg tomey2 tu. 1kedai tu kami borong pre-walker yg tak branded punya tapi seriyus chanteksss!
Then 1kedai lg jual pre-walker branded... beli loose. Tokey tu kompius sbb biasa org beli lot2 tapi kami beli loose kehkehkeh!
Kedai kasut
Pastu kami turun bawah sekali. Comey2 gila la pulaks sleepsuit cuma kena beli lot2 la..
& kami berkenan kat kedai 1lg.. ya rabbi.. 1habuk english words pun dia tak faham.
Mmg ayam itik, sudahnya call Saiful mintak dia datang.. bedesuppp dia datang. Ooo bau faham kena beli lot2 huhu adesss! So kami borong jumpsuit kat situ :-)
Lepas tu Saiful pergi balik kat kapel johor tu sebab depa nak cari produk Frozen je.
Borong pre-walkershoes tanpa brand di sini. Tokey mintak tlg tokey sebelah sbb dia ni takleh english sepatah habuk pung!
Actually kami kat situ sehinggakan Saiful call kata dah sampai mall sebelah.
Katanya 500meter je dari situ... erkkk kami tak sedar pun dah lewat tengahari.
Memang dah lupa langsung psl makan minum.. terus jadi kenyang hehe.
Actually saya tak minum sebab tak nak kencing.. gila geli akuuuu nak masuk public toilet huhu!
Masa nak keluar tu, kami terjumpa kedai mannequeen so apa lagi, beli aje la patung pale budak tu.
Harga? Don't ask, memang murah hahaha. So tanpa sedar diri, kami borong 20ketui pale baby, 20ketui pale budaks. Hanger2 besi / plastik semua kami borong!
Borong topi (sesapa nak borong topi memurah dengan kami, boleh lah habaq ya? Semua topi / beanie kami jual RM10 jah.. kat online lain belas2 RM... kat Manjaku topi sebijik sebijan kami jual RM17.90.. perghhh)
Kami decide nak gi mall sebelah. Kami siap lintas jalan lagi.
Tapi mcm sendu je mall tu so kami call Saiful tanya betul ke kena lintas jalan...
dia kata takyah lah.. jalan straight je akan jumpa mall 1 lagi.
Abam pulak dah sakit kaki & stop tepi & mcm dah nak give up separuh jalan tapi dah alang2 sakit.. teruskan jugak. alahai. Nasib baik jalan depan sikit sebab tak sampai 30langkah tempat stop tu.. memang mall pakaian baby / kids. Haihh hehe!
Kedai terakhir kami borong kat Plaza Kids. Dia bagi pree mainan kat Irdina sebab kami borong banyak gile hihi
Haaahhh kat sini baru lah kami rambang mata sesungguh hati ok!
Tapi dinasihatkan di sini, kalau boleh takyah lah duk riki2 sangat.. jadi mcm kami.. dah pening2 lalat tak jumpa kedai kekeke. Sini besar sikit dari Fulli Kids & banyak lorong2 dalam mall tu. Tapi small matter sebab ada lot kedai kan?
Cuma sbb abam sakit, tu yg jadi limited + lewat petang dah pun kami sampai situ.
Apek kat depan ni bawak guni kami.. gila mcm belangkas dia jln.. kami pulak kena kejar dia jalan hahaha. Kami bagi tips kat dia 10yuan walaupun dia tak mintak, lps letak guni terus blah tapi kami panggil dia balik utk bagi tips tu :-) (kalau kat India.. terang2an dorg mintak tips) :P
Kat sini kami borong rompers / sleepsuit / jumpsuit / topi. Kat sini kena pandai riki sebab setiap kedai harganya banyak beza. Contoh rompers kami riki kedai pertama 70yuan, kedai kedua 55yuan (sorry, ni harga tipu jah.. bkn harga betul.. cuma nak membezakan berapa jauh harga dorg letak hehe).
Barang kami depan fulli kids
Kami buat speed borong sebabnya kejar masa weh (padahal esoknya ada je nak cari lagi tapi memandangkan kami plan nak gi tempat lain so beli teruslah).
Abam lagi sedap.. tiap2 kali beli kat kedai, sikit sgt bayarnya.. dalam 200-300yuan je, padahal total betul dalam 1000++yuan / 3000++ yuan. Tu yang sedap membeli kat kedai lain tu.
Sudahnya kat kedai last tu, tinggal beberapa yuan je hahaha nasib baik apek tu takde stok, so potong hampir 1k ++. So moralnya byr 1/2 terus lah senang.
Kat sana, nak beli barang.. bgtau je.. dorang akan gi amik stok kalau takde dalam kedai.. dia akan bagi kita masa 30min-1jam bergantung kepada berapa banyak kita nak so masa tu la buleh pusing2 lagi.
Barang kami.. eh jgn percaya, tipu je.. tu barang group lain hehe!
Org thailand pun beli kat sini jugak mehhhh!
Kami sempat lah jalan2 kat bawah tu... ada baju lelong2 tapi kami tak beli, katanya nak datang esok hari. Apek kedai patung kat Fulli Kids tu dah call suh amik barang sebab depa tutup kedai 6pm, tapi 5.15pm dah call haihh tak menyabor!
So nenongnenong kami suruh pekerja kedai rompers tu hantar guni kitorg ke fulli kids.
Awalnya 1kedai tu tak nak hantar tapi apa lagi, kami kasi cakap dengan Saiful.. dia terus kata OK BOLEH, KAMI AKAN HANTAR KE FULLI KIDS. Penting jgk kalau boleh ckp mandarin!
Laju gila apek tu bawak guni kami.. abam dah banyak kali stop sbb sakit.. aku follow je apek tu (jauh jgk menapak weh).
Patung2 semua dah ready dorg letak depan fulli kids.
Pastu geng2 van ramai pulak suh kami naik van dia.
Ini je barang kami, nampak mcm tak banyak, tp dlm tu padat gile sebenornya fuhh!
Masa ni 6.30ptg
Tunjuk je kad hotel.. dorang charge 70yuan.. ye la takkan nak naik cab kot.. sah2 tak muat!
So kami amik je la.. sampai depan hotel.
Abam cakap ok dah price tu sebab dia bagi 90yuan kat negro yg membeli jgk tu huhu.
So kami balik ke hotel penat hoohhh.. dengan kebulur nye lagi.. kaki dah sakit!
Lepak luuuhh kat lobi hotel.. tak lama kendian kapel johor balik tanpa bawak apa2 sebab depa tinggal kat kedai & tak abis shopping lg. Esoknya depa nak sambung lg.. ohhh!
Ok la sambung lg aaaa.. gila panjang.
Gambar banyak tapi dalam tablet.. mls nak transfer.. bolehhh?:P