Raya tahun ni 1st time raya berdua.
Tahun lepas berdua jugak le, tp belum kawen.
Tahun lepas berdua sebab arwah mak beraya kat kl, tahun ni dia dah meninggalkan alam fana.
Lps solat raya, ralitnya abam isi duit raya!
Cam biasa solat raya kat Masjid Telipot.
Pergi 8pg itu kalu... kena solat kat luar le kaedahnya!
So kena gi awal-awal.
Adik beradik abam 9org.. harusla anak2 buah pun ramai khennnn?
Tapi note RM10 tu saje je tuh... gila kawwwww nak bagi rm10 sorang? :P
Sebelum gi solat raya, buat brekpes dulu.. goreng nasi goreng bodo-bodo jah, alas perut.
Padahal kalau bulan Ramadhan, buleh je buat apa-apa tanpa makan! :D
Sofa fav. tiap2 kali raya. Nak tukar la rasa.. boring! Org tua2 jah minat sofa mcmgini!
Peluk erat2, nanti orang sambar kehkeh! Oh lupa pulak, LAKI AKU KAN JAHAT.. TAKDE GUNA SAMBAR KAN? (KATA KAUUUU!)
Tak buleh tak bertepek.. kakakaka.
Usai solat raya, macam biasa singgah kubur dulu.
Pastu balik umah bersiap-siap, abam tanya "tanak beraya dengan saya ke?" He he he aku dah sengih-sengih malu. Sudahnya tak beraya dengan abam pun, sibuk bergambo jah :P
Terserlah la pulok! Tak pasal2 kantoi dengan MIL, jenuh berahsia ahaks.
Lepas tu gi beraya umah mertua. Alamak, ada 3org jah... mak dgn adik ipar gi beraya umah sedara dekat tu so gi lah jugak kami. Makan sikit jah sbb dah makan triffle yg abam buat kat umah.
Jumpa MIL kat situ, dia ajak gi umah jiran-jiran dia... ikut je la kita :D
Anak buah abam yg paling bam bam (Nabil)... umor baru 5, tp semangat.. fuhhhh!
Masa gi umah kawan MIL tu, kawannya tanya
"eh awk peknen ke?" Aku sengih-sengih je la, YE KAN TAK.. TIDAK KAN PUN TAK. Dia tak puas ati, tanya lagi
"ke awk tak peknen?" Aku still sengih jah. Dia pi tanya MIL aku "peknen ke dia?" Gulp, MIL aku mana tau sbb kami tak bitau.. tp jawabnya "kalu nampak lain, ada la tu!" Ngaaaaa!
Raya umah MIL. Tak bergambo dgn FIL sbb dah tak pakai baju raya huhuhu buleh camtuh?
Bg duit raya noks! Ek sungguh.. mcm orang lain tak bg duit ry je kan? :))
Balik tu baru gi umah FIL semula, beraya dengan MIL & FIL.
Masa nak balik tu, SIL pulak tanya bila tengok perot aku yg segan mati tak mau nampak ni
"Da, ada isi ke?" Aku jwb
"hehehe ye, ada le tu kot". SIL tanya berapa bulan? Aku pi tanya abam
"berapa bulan?" ahahahah sebenornya malas nak bgtau lagi le.. baru 15mggu.. rilek le :D
Duk tak lama kendian, balik rehat (@ dgn kata lain... TIDO!).
Pukul 5pm ++ kak elly (sukarelawan sanggarsuri) datang beraya.
Mak oiiii semua merah.. striking gitu hihi.
Jamu lah apa yang ada (nasib abam buat triffle he he he).
Aku kenal kak elly melalui sukarelawan lah.. tahun lepas banyak join tapi tahun ni banyak tak dapat join.. sumbang barang-barang keperluan jah UNTUK SESIAPA YANG BETUL-BETUL MEMERLUKAN... INsyaAllah join lagi! Ajar budak kecik ni pulak!
SALAM AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR BATIN KAT SESIAPA YANG BERKENAAN SAHAJA... yang tak berkenaan.. aku tak kuasa!