Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

12 December, 2012

Kampuchea Day2 Part2: Bamboo Train @ Norry

Entry muak sebab banyak gambar (nak tepek gambar banyak lagi tapi takot korang makin mual hehe)

Kampuchea Day 2 Part 2
12/11/2012 (Isnin)
Battambang



Selepas ronda-ronda Mongkul Borey, kami meneruskan perjalanan ke Battambang yang mengambil masa 1jam (70km++).


Tujuan utama kami pergi ke Battambang ialah untuk menaiki BAMBOO TRAIN @ NORRY iaitu keretapi yang diperbuat dari buluh.  Saya mengetahui norry ni melalui DUNIA TERSEMBUNYI TV3.  Elok juga saya tengok, kalau tak.. memang saya tak tahu kewujudan norry ni :-)


Nasib baiklah saya mengenali Abe Nasir maka agak senanglah saya nak pergi ke sana, dengan hanya menaiki van sahaja.  Kalau tak kenal rasanya kena fikir cara lain (naik public transport) :D


Setelah studi di pakcik google apa yang menarik di Battambang selain Bamboo Train @ Norry maka terjadilah 1 itinerary (eceh), ye la takkan lah pergi Battambang semata-mata nak naik norry aje kan?


Sebenarnya banyak jugak aktiviti yang boleh dilakukan di Battambang ni tapi sebab kekangan masa, maka kami ambil 3tempat je untuk pergi.


Memandangkan Abe Nasir pun tak berapa expert jalan-jalan di Battambang, maka Abe Nasir bertanya orang kat tepi jalan tu.. pung pang pung pang.. maka orang tu naiklah van kami which is dialah akan jadi 'tour guide' untuk kami semua.  Wah bagusnya, kalau di Malaysia.. tolong jangan bawa naik orang sebarangan.. nanti tak pasal-pasal nyawa di hujung tanduk (sila faham sendiri) :-)

 Abe Nasir tanya nak ikut itinerary saya betul-betulkah?  Sebab kalau diikutkan itinerary saya tu start naik di tempat yang jauh (tak silapnya di O'Dambong). So saya kata kalau ada starting point yang dekat, pergi aje lah sebab saya bukannya arif sangat.. main buat je hehe

.


Maka, sampailah kami di starting point Norry.
Ikut pembacaan di internet, tiketnya USD8/person tetapi bila sampai sana USD5/person.. mungkin kerana ada abe nasir kot?  Hehe.


 Terdapat banyak Norry kat sini.  Andaikata sehari tourist menggunakan 50bamboo train X USD5= $250sehari X 30hari= $7500 (RM23,250).. pergh kaya weh, low maintainece & saya pun nak buat kerja senang macam ni hehe.
Norry  ni memang tiada kelelengkapan keselamatan jadi, kena pandai-pandailah "watch out urself" hehe.


Mind your feet, mind your body & mind you hand.
Jangan cuba-cuba nak 'getik' tangan depangkan tangan sebab tepi railway tu adalah pokok, takut ianya berduri :-)
Kegunaan norry ni ialah sebenarnya untuk mengangkut barang pada zaman dahulukala :-)

Kelajuan norry ni hanyalah selaju 40km/j jadi, just nikmatilah pemandangan di sekelilingnya.
Tapi tiada apalah yang menarik sangatpun sebab nampak sawah padi & padang kosong je :P
 Apa yang menariknya norry ni ialah, sekiranya norry yang kita naik tu bertembung dengan norry lain dari arah hadapan, mana-mana norry yang kecil bilangan penumpangnya.. perlu mengalah & turun.  Maka norry pun di angkat ke tepi hehe.
 Contohnya norry yang saya naik haritu ada 6orang penumpang & bertembung dengan penumpang norry hanya 2orang maka yang 2orang tu lah kena mengalah (sila lah duduk sengih-sengih tepi tu kikiki).
 Perjalanan mengambil masa 15-20minit sahaja (bergantung kepada bertembung @ tak dengan norry dari depan).
 Mula-mula naik tu saya asyik tersengih-sengih sebab naik norry tu boleh 'mengkocakkan' (bergegar) badan anda hahahaha. 
 Tidak lama kemudian, sampailah kami di perkampungan O'Sra Lav.  Sampai-sampai je, halwa telinga kami dihidangkan dengan lagu yang sangat mendayu-dayu.. rupa-rupanya itu lah adat mereka, sekiranya ada orang meninggal, akan dipasangkan lagu @ cerita riwayat hidup orang yang meninggal tu sehari suntuk.
Norry kami diletakkan di tepi.
Saya cuba angkat besi & buluh tu.. mak oiii beratnya? 
Sampai je kami masuk kampung tu & tengok dalam tu ada kilang batu bata.
Yang paling kesiannya ialah ada seorang yang kena jaga tempat yang panas tu.  Tak sure la apa tapi kesianla.. panas!
 Tapi pada haritu hanya ada 2 3orang sahaja yang bekerja & kilang tu lengang.  Tourist pun kebanyakannya mat salleh.  Orang melayu memang TIADA :D
Ada kedai jual kain sarung & kroma.
Memang cantik tapi saya tahu kalau tempat-tempat macam tu memang mahal.. tahan nafsu aje lah.



Kat situ pun ada jual tshirt BATTAMBANG tapi tidak pula saya bertanya harga, nanti kena beli, lagipun saya sememangnya tidak mahu beli pun :P
Mesti orang kata APA LA PERGI TEMPAT TU BELI LAH TSHIRT TEMPAT TU.  Tapi saya tak nak.. nak paksa juga ke?
 Lepak-lepak kat kedai makan tu sekejap.
Abg Nasir bagi kami makan buah Khefeit (seperti gambar di sebelah).. rupanya agak mengerikan (seperti ada cacing kan?).. rasanya tidaklah enak di mulut saya @ mungkin memang saya tak suka makan buah?  heh!
Rasanya macam buah manggis kot?  Err entah!
 Kemudian adalah seorang budak ni siap pasangkan gelang DIY dari daun kelapa.  Saya tak rasa budak tu bagi free pun sebab NOTHING IS FREE THERE!  Lepas budak tu pasang, dia tunggu saya, maka tahulah saya bahawanya ITU KENA BAYAR jadi, saya buang balik le.. tak mau la saya bagi duit heheheh!

 Lepas tu kami pun nak balik le semula ke starting point.  Nak lepak lama-lamapun tiada apa yang boleh dilakukan, lagipun bingit dengan riwayat bising tu huhu.

 Masa perjalanan pulang, norry kami bertembung pula dengan 2biji norry dari arah depan.
Walaupun 2biji norry tu hanya ada 4 penumpang (setiap 1norry ada 2orang) tapi kami terpaksa mengalah juga sebab 2norry lawan 1norry.. haruslah kalah hahaah tak pa tak pa.. pengalaman best :D

 Masa balik tu saya & 'orang sebelah' duk depan maka nampak lah keadaan railway.  Oooo sungguhlah scarry.  Mujurlah norry ni di bawak slow je.. kalaulah dorang bawak 100km/j.. maunya melayang kami haha.

 Sampai di situ sahajalah pengalaman kami naik norry.  Harus naiklah kalau sesiapa nak pergi kampuchea.. pengalaman yang tak ada di Malaysia :-)
 Kami akan merindui Norry a.k.a Bamboo Train.
Warga Malaysia, silalah pergi kerana saya tidak jumpa orang Malaysia waima seorang pun di sana :-)












Pandai ke bawak tuktuk tu abammm? :D

Bersambung... ke Phnom Banan pula ;-)




15 comments:

  1. Hahahahahahahhaa...

    Lawak la dekdaa yang pasal kalau bertembung tu kena angkat norry and tunggu kat tepi... memang kena sengih je laa ye dokkk? hahaha...

    Ade sorang kawan laki tgk kat FB dia, dia pun pi naik bamboo train ni... baru sgt dlm last few weeks. Tak ingat bila. Macam best! something new! teringin nak merasa.. hahaha..

    Yang norry bertembung dua bijik norry kat dpn tu mmg ok kot. pengalaman tgk org duduk tepi sambil angkut norry and pengalaman sendiri plak angkut norry smbil duk tepi! hahahaha..

    nice entryyy! thank you :)

    ReplyDelete
  2. Ha ah.. mmg pengalaman best la.. memang sengih je.. yg bertembung tu pun sesama senyum.. takdok le mrh ke apa ke hehe.

    Oh ye ke.. apa id fb dia? Kot le buleh skodeng (tu pun kalu dia tak set private la hehe).
    Haaa sila la gi sana pulak fida..
    Kalu rasa2 mcm takmo kampung2.. gi je sinhanoukville, ala2 pulau gitu.. kami takdan nak gi.. kalu bagi 2minggu dan le nak gi..
    gi bulan disember-mac la ok skit.. sbb kami gi haritu skit2 gelap.. risau gak ujan huu.

    ReplyDelete
  3. Salam Dekdaa

    Best tu pengalaman naik norry, lain dari yang lain..kelakor cara deme tu...kalau lagi ramai pelancung mesti jem teruk tu....keje asyik angkat norry jer la ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      hahaha tu la pasal... nasib baikla masa gi haritu tak banyak sangat bertembung.
      Walaupun kita menang & tak turun.. still juga kena tunggu sebab driver norry yg kita naik otometik kena tolong driver norry yang mengalah angkat norry haha.

      Delete
  4. Good day! I simply want to give an enormous thumbs up for the nice information you’ve here
    on this post. I will probably be coming back to your blog for extra soon.


    Here is my webpage ... SEO公司

    ReplyDelete
  5. Hello! I simply wish to give a huge thumbs up for the good information
    you will have right here on this post. I will probably be coming back to your blog for
    more soon.

    Here is my blog; snsd i got a boy album seohyun cover

    ReplyDelete
  6. Good day! I just want to give a huge thumbs up for the
    great information you will have right here on this post.
    I can be coming back to your blog for extra soon.


    Also visit my site seoul subway line 1

    ReplyDelete
  7. Hey! I just want to give an enormous thumbs up for the great data
    you have got here on this post. I will be coming back to your blog for more
    soon.

    My page; wgm yonghwa seohyun eng sub dailymotion

    ReplyDelete
  8. Howdy! I just want to give a huge thumbs up for
    the nice data you’ve right here on this post. I will probably be coming again
    to your blog for more soon.

    Feel free to surf to my weblog semantics definition wiki

    ReplyDelete
  9. Good day! I simply would like to give a huge thumbs up for the great info you might have right
    here on this post. I will be coming again to your weblog for extra soon.


    Here is my web blog ... simple seo tips for beginners

    ReplyDelete
  10. Hi there! I simply want to give a huge thumbs up for the nice
    info you’ve here on this post. I will be coming back to your weblog for extra soon.


    My site; seminole state college baseball orlando

    ReplyDelete
  11. Hiya! I just wish to give an enormous thumbs up for the nice
    information you will have right here on this post.
    I might be coming again to your weblog for more soon.

    Feel free to surf to my blog post ... kipling seoul large backpack red

    ReplyDelete
  12. Hey! I simply would like to give a huge thumbs up for the nice info you could have here on this post.
    I will probably be coming back to your blog for more soon.


    Also visit my blog post; seminole county clerk of courts official records search

    ReplyDelete
  13. Good day! I just would like to give a huge thumbs up for
    the nice data you have right here on this post. I will be coming again to your weblog for more soon.


    Also visit my weblog ... semen volume pills and high blood pressure

    ReplyDelete
  14. Hiya! I just wish to give a huge thumbs up for the good info
    you’ve got here on this post. I will likely be coming again to your blog for more soon.


    Also visit my webpage :: jung-gu seoul south korea postal code

    ReplyDelete