12 November 2012 (Isnin)
Breakfast @ Mongkul Borey
Pemandangan di perkampungan Islam di Mongkul Borey
Saya bangun seawal 5.20pagi supaya tidak jadi orang yang paling lambat :P
Sebab Abg Nasir dah pesan supaya 7pagi start aktiviti sebab di penduduk di Mongkul Borey mula sarapan seawal-awalnya.. kalau lambat-lambat memang habis.
Lagipun kami mahu pergi Battambang selepas tu (1jam perjalanan dari Mongkul Borey).
Hi banggg... berani ke turun tangga tu? :D
Kami gerak 7.10pagi, ingatkan kedai makan tu jauh, saya siap tanya "eh jalan kaki ke, tak naik van?",
rupa-rupanya menapak jalan kaki 1minit pun tak sampai hahaha. Kedai tu belakang rumah je haisooo! :P
Potong ais dengan gergaji. Uolss mampooo?
Menu kedai tu ialah: nasi bubur & kuewtiow sup sahaja.
Jadi saya order kewtiow sup & saya terkejut kerana rupanya seperti meehun sup.
Rupa-rupanya kuetiow tu dipotong-potong jadi rupa meehun.. aiii konfius saya!
Nasi air bungkus.. menarik sungguh bungkusan dorang ehe
Macam nak melopong tengok orang Kampuchea makan.
Mereka bubuh gula banyak gila dalam sup lepas tu bubuh sos pun banyak gila hahaha tapi nak buat cemana, tu menu dorang.. kita aje yang tak biasa :-)
Para makcik-makcik brekpes di kedai kopi.. masa ni pukul 7pg ++
Lepas tu air ada hanya 1jenis sahaja.. air teh.
Sekali minum.. erkkk macam bau sabun, terus saya suruh 'orang sebelah' habiskan..
rupa-rupanya macam teh cina gitu.. oh tidakkkk!
Tak ada teh ais ke hahaha.
Inilah kuew tiow nya.. confuse saya, kerana rupanya seperti meehun :P
Dari pemerhatian saya, di Mongkul Borey, golongan makcik-makcik yang makan di kedai kopi,
tapi di Malaysia golongan pakcik-pakcik! :-)
Saya tengok dari pakaian makcik-makcik di sana... elok je pakaiannya.. ore kelate kato JANGOK!
Tak adalah nampak susah @ selekeh pun.
Teh cina.. share-share aje lah ye gelas tu? :P
Debob
Ada yang cun & melawa. Ada yang siap pakai barang kemas, ada yang pakai tudung menghelip,
tengok kenderaan mereka pun semua besar-besar.
So saya beranggapan mereka tidaklah hidup susah seperti kebiasaan penduduk Kampuchea yang lain :-)
Tapi tidak semualah, cuma banyak yang saya nampak.. life mereka senanglah :-)
Oh ini memang perkampungan orang Islam lah.
Fakri (pemain bola sepak).. kenapa saya panggil dia fakri? Kena tunggu next entry hehe
Jalan kaki nak ke masjid
Lepas sarapan, kami pergi kawasan majid yang baru dibina hasil derma orang ramai :-)
Di kawasan situ juga ada sekolah & perkuburan.
Masa tengah ambil gambar, adalah seorang makcik ni datang berborak-borak dengan kami.
Alamak... tak faham!
Tangga masjid di Mongkul Borey
Tak faham ahehehe (signage masjid)
Jadi, abe Nasir kata makcik tu balu.. arwah suami dia tok siak di masjid tu & hidup sebatang kara.
Ramah makcik tu tapi apakan daya kami tak faham heh.
Hajat di hati nak hulur duit tapi tunggu dulu.. duit sumbangan perlu diagih-agihkan sewajarnya yang layak :-)
Dalam masjid
Tanah perkuburan di mongkul borey
Kami :-)
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Battambang (ambil masa 1jam).. untuk naik Norry @ Bamboo Train.. bersambung :D
wah best ni..memang p sana ada contact ke apa?
ReplyDeletecontact dgn driver tuktuk kami masa 1st time kami gi kemboja januari lps ;)
Deletewow....byk berjln luas pandangan...
ReplyDeleteseronok sis dpt jalan2 tmpt org mcm ni...
itulah.. kutip situ kutip sini.. semua pengalaman berharga ;)
Deletedekdaa
ReplyDeletenampak okey jer kg dia org nih kan... takla nampak kotor mcm kat tpt org miskin..
Ha ah bersih sikit compare tempat lain, lagipun ni kg orang islam so bersih juga la + rumah pun ada yang best2 (rumah batu)
Delete