Kami tiba di Siem Reap pada 3.05pm.. tiba-tiba nampak Salim.. wah, excitedlah saya sebab ingatkan abe Nasir pergi sorang je hehe.
Salimmmm :D
Rindu kat mereka sebab 10bulan dah tak jumpa.
Abe nasir dah janji yang dia akan bawa kami lunch di rumah dia.. menu special as usuallah LEMBU NAIK BUKIT hehe.
Rumah abe nasir
Rumah abe nasir walking distance je dengan Masjid An-Niqmah Siem Reap tu (laung pun dengar hehe).
Agak segan juga sebab rasa menyusahkan mereka je kena bersiap sediakan makanan untuk kami seramai 5orang ni.
Salim kelentong apa tu kekeke
Lepak di beranda rumah
Haaa.. kan dah kena marah kat faridahhhh.. garang chekgu niiii :P
Pemdangan di luar rumah abe nasir
So kali ni tercapailah hasrat untuk merasa pergi rumah orang-orang yang stay di Cambodia :-)
Amboi, semangatnya abe nasir masak hehe
Banyak sungguh daging yang abe nasir & isterinya sediakan.
Rasa sungguh bersalah huhuhu.
Pandai ke salim masak? Ke saja je action lebih? :D
Si salim pun tolong masak tapi rasa cam kompius sebab apsal Salim menggigil?
Sudahnya dia cakap dia tak tau masak pun.. kantoiii hahah!
Kids at kampung
Kami had fun la kat rumah abe nasir. Kenyang gila... sebu perut!
Selain daging, juga ada sayur kangkung.. sos-sos juga ada tapi saya tak pasti sos apa.
Nilah peluang nak merasa menu orang kemboja ;)
Isteri abe nasir mengambil upah menjahit :-)
Oh ya juga ada air soya. Padahal sebelum tu mati-mati saya menolak pelawaan 'orang sebelah' minum air soya di hentian di Kg Thom sebab saya memang tak suka soya.
Tapi di rumah orang, kena lah minum.. kalau tak minum, nanti orang kecil hati.. pandai-pandailah bawa diri :-)
Amboi.. awak kelihatan sungguh remaje'w' la heee
Kami angkut semua kotak sekali sebab ada juga sumbangan yang akan disampaikan di Mongkul Borey
Pemandangan di kg abe nasir
Majoriti kampung abe nasir tu adalah dari komuniti penduduk Islam.
Pemandangan lebih kurang di kampung-kampung Malaysia, pakaian juga tiada beza dengan Malaysia (jangan bandingkan pakaian dengan orang bandaraya lah pulak ye huhu).
Anak-anak salim (rasanya la hahaha)
Setelah hampir 2jam kami menikmati makan tengahri di rumah abg nasir, sudah sampai masanya pula kami bertolak ke Mongkul Borey (hampir 2jam perjalanan) untuk pergi ke rumah ibu saudara Abe Nasir di sana.
Going to Mongkul Borey! Kami akan datang lagi Siem Reap!
Kami bertolak cepat kerana di Kemboja pukul 5.30petang tu seperti 7mlm di Malaysia.
Cepat je gelapnya.
Kita di Malaysia 7mlm tu siap main bola sepak segala bagai lagi kannn? Selagi tak azan, selagi tu tak balik :P
Buah teratai goreng.. sedap tapi keras huhuhu
Dalam perjalanan, kami hanya singgah 2 3minit di tepi jalan kerana abe nasir nak tunjuk perangkap belalang.
Banyak gila perangkap belalang kat tepi-tepi padang tu.
Pemandangan kiri kanan di sana seperti biasalah, sibuk dengan aktiviti pertanian & tanah-tanah kosong.
Baru pukul 5lebih.. tapi dah sunset :-)
Anak-anak makcik tu ada yang bekerja di Malaysia & hanya tinggal seorang saja yang masih tinggal dengan beliau. Makcik tu tak boleh cakap melayu tapi anaknya boleh. Makcik tu ramah tapi nak buat cemana, kami tak faham bahasa Cham huhuhu.
Singgah ambil gambar belalang tapi tak buleh turun.. kang masuk baju.
Ingatkan LARA CROFT.. rupa-rupanya SALA KRAUV hihi.
Tapi sebelum tidur mandi le dulu.. tandas & bilik mandi di bawah hoho nasib baik bukan yang terbuka.. heh!
Anyway.. terima kasih untuk keluarga makcik abe nasir :-)
untung juga dah ada orang yg kita kenal ... senang sikit kerja kan
ReplyDeletetu la.. nak suruh gi situ sini pun senang ehehe.
Deletewak pon dh penah sampey Siem Reap, tapi X penah makan umah orang tp.. iHHIks
ReplyDeleteAhaha next time kena lah gi cuba mkn kat umah orang pulak :P
Delete