Lepas urut kaki BETINA tu (kekekekek), kami ke Artisan Angkor untuk melihat sendiri cara-cara mereka membuat ukiran patung. Perjalanankurang 20minit dari tempat urut kaki. Ingat boleh jalan sendiri di Artisan Angkor tu + kami lupa tanya driver, perlu ke ambil guide @ tak perlu. Tapi memandangkan ada seorang guide yang melayan kami, maka kami pasrah aje lah untuk follow dia tapi dia dah sound awal-awal “after this you can give me some TIPS”.. jujur betul. Soly namanya. Hurm cuba perhatikan betul2 kepala patung tu.. jeling je kat patung apsara danc tu ahaks gatai
Memang bagus penerangan Soly tu.. pekerja-pekerja tu adalah dari mereka yang pekak maka sebelum mereka diambil kerja, mereka di train dulu untuk belajar bahasa isyarat. Soly juga tahu bahasa isyarat tpi dia tak mahir (cakap aje lah tak tahu, apa susah? Kekeke) Ada ukiran itu mengambil masa hingga berminggu-minggu lamanya & disiapkan oleh seorang pekerja sahaja. Let say pekerja tu buat patung singa.. maka dia buat singa aje lah, orang lain tak bantu.
Kushuk tengok lukisan.. hampir 1minggu ++ buat ni ok?
Kami juga ditunjuk jenis-jenis batu yang lain-lain warnanya & lain-lain fungsi untuk diukir. Kami tanya juga kenapa setengah-setengah patung tu walaupun baru je siap tapi nampak berdebu & macam lama? Katanya memang sengaja dibuat begitu supaya kelihatan lama & lebih berharga. Kalau look new.. tak laku sangat & orang tak berminat nak beli. Laaa itu macam kaaa? Pelik nya. Kalau aku, sahih nak yang kelihatan baru & berkilat.. tak nak yang kelihatan buruk / lama / berdebu. & Soly memang tunjuk cara-cara untuk membuatkan patung tu kelihatan lama & berdebu. Sekarang aku tahu.. sebab dah belajar benda baru :D
Bahasa isyarat dalam bahasa Khmer
Terlalu banyak ukiran kat kilang tu.. aku kagum sebab ada ukiran-ukiran tu terlalu halus mereka lakukan. Aku cuba gak larik, isk tak boleh la.. tak berdegih orang kelate cakap :P Ye lah ukir atas batu yang keras kejung tu.. aku rasa buat 2minit aku dah give up huhu. Tapi mereka buat berbulan-bulan / bertahun-tahun lamanya tanpa jemu.
KFC Halal @ Siem Reap
Di luar tu ada bunga kembang pagi tapi kami tak tahu dalam bahasa inggeris. Jadi Soly cakap in English.. kami dengar “from japani” 2 kali dia ulang.. sudahnya aku dapat tangkap “frangipani”... lollll FRANGIPANI IS BUNGA KEMBANG PAGI.. ok, belajar lagi :D Selepas selesai sesi mengkaji pasal ukiran-ukiran tu, maka Soly men”dismiss” kan kami tapi dia memang tunggu kami bagi tips. Kami bersetuju untuk bagi 50pens seorang jadi $3 lah. Free free aje kan tak sampai 1jam jadi guide dapat tips $3 hmmm, bertuah badan!
Night Market @ Siem Reap. Awal lagi masa ni so tak ramai orang lagi.
Kemudian kami masuklah pula ke dalam kedai yang jual barangan dari silk. Tengok aje, tak beli. Mahal! Bajet oii bajet! Hehe.
Kroma... IS A MUST SOUVENIR TO BUY IF YOU AT CAMBODIA (tp aku sendiri pun tak beli sebab bajet beli kat Phom Penh haha)
Setelah lebih kurang 40minit berada di Artisan Angkor, kami decide pergi Nite Market aje malamnya tu tapi pukul 6petang baru buka sedangkan ketika tu baru pukul 5pm++. Jadi kami fikirkan dulu nak makan malam di mana. Aku kalau boleh nak elak makan fast food sebab sesungguhnya aku memang tak gemar makan fast food tapi sebab majority nak makan KFC maka aku ikut aje. KFC di Siem Reap ada logo halal, sekian. Aku order 2ketui ayam + cheesy wedges= $3.50. No chilli sos.. tomato only, haih!
Babi pun ada koooo! :))
Lepas siap tapaw, kami arahkan driver pergi Nite Market sebab dah pukul 6 tapi driver kata Nite Market tu boleh pergi sendiri sebab dekat sangat. Lagipun Nasir ada kelas Mandarin malamnya (wah kagumnya aku). Mula-mula macam tak percaya, betul ke Nite Market dekat sangat? Tapi dah dorg cakap macam tu, tak apa lah.. kesian juga kat mereka juga. Maka driver tuk tuk hantar kami ke Hotel sahaja la & berjanji untuk ambil kami besoknya seawal 7.15pagi. Maka naiklah kami sekejap untuk letak makanan / terkucil kat bilik hotel.
Aksesories (tak tahu harga sebab tak tanya)
Kami berenam menuju ke Nite Market... laaa memang sangat dekat.. jalan 1minit ++ aje dah sampai, tak sempat penat pun he he~ Tapi aku dah start penat sebab demam aku makin kuat pula rasanya tapi sebab semangat nak tengok Nite Market maka aku pergi juga.
Tshirt murah-murah! $2 (RM6 sahaja sehelai!)
Aku fikir nak beli tshirt aje untuk famili maka aku membeli 6helai tshirt Cambodia= $12. Murah aje sehelai baru $2. Ada juga yang jual $3 sehelai. Tapi kalau yang cantik ada sulam-sulam tu $3.50sehelai. Sebenarnya banyak gila barang yang aku berkenan kat Nite Market tu. Semua murah-murah la beb tapi denga ajaibnya aku borong 6helai tshirt adult + 2helai kids tshirt jah.
Dah penat sangat masa ni, kaki tak boleh nak cecah lantai dah
Antara barang-barang yang dijual ialah kroma $1-$2 (seperti kain yang petani / pesawah lilit kat kepala @ pinggang tu.. buleh dibuat shawl / mafla), shawl, pashmina $3>> (lagi cantik dari yang dijual di Malaysia), tshirt, jersey, aksesori, painting, handbags, pakaian, undies, foods, souvenirs, slippers, shoes.. eh banyak sangat lah, tak terlists aku tapi seriously memang best semuanya Cuma aku tak beli melampu sangatlah. Aku tercari-cari long sleeves Cambodian tshirt tapi semua short sleeve. Boleh je beli short sleeve, karang aku tak pakai nanti hehe (sorry not fefeeling good good tapi memang aku elakkan pakai short sleeve ketika keluar dari rumah- pakai tudung tak sesuai pakai short sleeve), nasihat untuk diri sendiri :D
Urut kaki murah-murah! Open air!
Tidak lama kemudian, masing-masing berpecah . Aku jalan dengan Kashaz & Faridah. Aku makin lama makin lemah. Otak aku fikir nak balik hotel & terus tidur aje, sebab kaki teramat sakit, nak jalan pun dah tak terdaya. Masa Faridah pilih tshirt, aku duduk aje kat kedai kakak tu.. rasa nak baring kat situ juga. Lepas Faridah selesai beli, dia ajak pula ke Nite Market di seberang jalan, oh sungguh aku tak larat. Kali ni memang aku surrender.
Terserempak dengan Nina, Saza & Amiza.. aku nekad nak balik & nasib baik mereka nak balik hotel juga. Memang aku tak boleh fikir, kaki tersangat sakit tapi ku gagahkan jua untuk mandi Lepas makan, rasanya 3biji panadol aku telan, terus aku pengsan tapi sedar balik tutup aircond (sori la roomate aku.. katil aku betul-betul menghadap aircond, sejuk gilas!).
lepas tu tepek Blue Fever, berpeluh kejap lepas tu demam balik tapi sikit jah la... ades.. sambung lah cerita budak sakit ni hari ke3 pulak okehhh?