Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

25 January, 2012

Nak tukar currency, kena tunjuk IC???

Minggu lepas pergi tukar duit di salah sebuah money changer di kelantan.
Tiada pilihan maka terpaksa tukar di situ juga.

Aku mahu tukar RM ke USD.
Aku berharap sangat dapat notes kecil tapi rupa-rupanya semua notes besar.
100dolar, 50 dolar & 20 dolar.


Aku dah mula risau, ye lah nak pergi Kemboja aje pun.. takut mereka tak ada balance.
Tapi driver tuk tuk aku kata tak payah risau sebab mereka ada je balance.. selamattt!
(pernah tukar di KL, dpt aje notes 10, 5 & 1dolar hmmm!).

Tapi masa nak tukar, dia mintak IC.
Aku kata sebelum ni selalu aje tukar, tak perlu IC pun.
Dia kata rules baru.
Eh pelik betul.. mungkin muka aku macam muka rohingya kot muahaha.

23 January, 2012

Kenapa GI-MAGHI?

Kenapa GI-MAGHI?
Mesti ada orang tanya, kenapa blog aku letak GI-MAGHI?
Tak ada apa la sebenarnya tak related sangat dengan travel ke apa,
Sebabnya aku ni light traveler aje (tak layak pun cerita pasal travel all the way kat blog ni).

Tiba-tiba terlintas letak GI-MAGHI sebab aku dedicated kan kat kucing aku tu.
Suka sangat lalu lalang depan kitorang. 
Gi dapur lalu depan kitorg, lepas tu masuk bilik aku lalu depan aku, tak sampai 1minit lepas tu lalu balik masuk bilik solat pulak, tak sampai 1minit lepas tu lalu lagi depan kami adeh.
Tiap-tiap hari gitula peel dia kaedahnya!
Tu aku & mami duk bebel kat kucing “gi maghi gi maghi, takdok kijo ko?” & itulah yang kami ungkapkan setiap hari hahaha


Juga suka mengikut aku & mami pergi mana-manapun, waima tengah kenyang pun memang dia ikut,
Tapi dia bukan spesis ikut yang gigit kaki orang tu (unless aku bawak lari periuk ikan dia, harus dia kejar aku dan gigit kaki ngehee).

Itu la sejarah GI-MAGHI.. can’t live without my cat too.. ouchhh!

20 January, 2012

Dalam flight

Ke Cambodia
Pada entry ni di publish (schedule siap-siap), aku dalam penerbangan dari KUL-Phnom Penh.
Doakan aku selamat sampai & pulang ye kawan-kawan?
Aku akan berada di sana selama 5hari (20-24 Januari 2012) bersama geng para-para sakura wanita seramai 6orang dari sebuah forum.


Tak sabarnya aku nak jejak Angkor Watt!

18 January, 2012

Terminate ASB

Dengan jayanya aku telah meng’terminate’ akaun ASB walaupun sudah dua tempat aku pergi, mereka mengatakan bahawa tak boleh terminate dan dimestikan tinggalkan RM10 sebab ASB ni akaun seumur hidup.
Mereka siap beritahu bahawasanya rugi sebab dividen tinggi & boleh buat loan.
Oh tidak mengapalah, once aku kata tidak berminat.. tak usah lah pujuk-pujuk aku lagi.


Maka aku nekad pergi ke pejabat ASB itself di Kota Bharu.
Aku bertanya boleh ke tutup akaun, katanya boleh & aku isi borang seperti biasa & tidak tinggalkan walau 1sen pun!
Dengan ini denga bangganya aku ingin mengatakan bahawa aku sudah tiada ASB.
Aku tidak peduli lah dengan dividen yang tinggi & usah Tanya mengapa.. sekian terima kasih :P

14 January, 2012

Rindu India

Entry lepas  cerita pasal expenses di India.
Kali ni pasal India juga?
Bukan apa.. tiba-tiba rindu lah kat India sebabnya bos aku pergi India sekarang ni.
Mahunya aku tak boleh tak mengimbau ‘pengalaman-pengalaman’ best kat sana?  Haha!
Serious aku rasa macam baru semalam je jejak India.

 On the way masuk ke Taj Mahal

 Amber Fort

 Ni la "prepaid taxi" yang kami naik dari airport Delhi ke Delhi Train Station.. sempit gila utk 6orang termasuk driver hmm!

 Fatehpur Sikri

 Aci oh aci.. shekshi nye kekeke

Kalau ada geng, aku nak pergi India lagi tapi bukan ini tahun la.
Ini tahun dah kompim-kompimnya 2, yang tengah plan nya 1 pada hujung tahun ni tapi hati aku berat nak pergi India kaedahnya!

Maka aku rasa nak pergi tahun depan lah rasanya kalau ada geng.

Ok lah mari kita tengok gambar dari kamera Nenektua.

12 January, 2012

Expenses Di India Part 2

Boleh main sambung-sambung expenses pulak ye?  Hehe.
Ok lah aku saja nak tepek expenses sepanjang 5hari di India.
Sesiapa yang nak pergi India tu, boleh la ambilkan table aku ni sebagai contoh.
Mungkin ada yang terlupa aku catit tapi ini lah dia!

Expenses hari Ke-3 

Expenses Hari Ke-4

Expenses Hari ke-5

09 January, 2012

Kroni- Perlu Ke?

(Sila muak.. ini luahan hati aku je.. tak nak baca panjang-panjang.. ignore kan je!)

Yang dapat aku katakan sekarang ialah, hati aku hancur lebur.
Kenapa? Sebab adanya KRONI di situ!
Bersukan pun perlu kroni ke?
Pada dasarnya jabatan aku telah buat 3kali selection untuk boling, sukan Kementerian di Sabah bulan julai 2012 nanti.
Jabatan akan pilih 7 lelaki & 5 wanita.


Memang aku berharap sangat pergi sebab aku tak pernah pergi Sabah.
Maka aku bermain sesungguh hati & inilah kali pertama aku bermain di Jabatan ini kerana aku kan baru lagi kat sini ni (baru 6bulan).

• Selection pertama melibatkan 50++ wanita (akan pilih 15orang terbaik sahaja). Maka aku berada di kedudukan 8 dari 15orang.
• Pemilihan kedua pula akan ambil 10 orang & aku berada di kedudukan no. 6.
• Pemilihan ketiga yakni yang terakhir akan ambil 5orang terbaik.
Maka aku bermain sesungguh hati dan aku berada dikedudukan no. 4! Jadi pada zahirnya memang automatic la aku terpilih ke Sabah.
Tetapi selepas 1hari pemilihan, ada yang tidak puas hati katanya permainan tidak adil.

Tidak adil di mana kah?
Bukankan boling itu main secara individu & markah individu dan tidak ada sesiapa boleh bantu bagi markah? (melainkan main dalam kumpulan).

Yang paling menarik ialah, pihak lelaki sudah katakan bahawa WANITA-WANITA YANG BIASA TU MEMANG WAKIL JABATAN SUDAH LAMA. Oh jadi sudah jelas maksud dia di situ ialah KRONI.
Jadi lelaki-lelaki tu cakap, lawan saja geng-geng kroni tu.. takkan tak boleh bagi peluang kat orang baru?

Tapi sangat banyak jiwa & semangat aku merudum.
Kalau sudah begitu gayanya, untuk wanita tak perlu ada selection.. pilih saja KRONI-KRONI itu.
Sangat membuang masa, duit & tenaga aku! Sudahlah stress semasa selection ketiga. Asyik duk perli-perli , lepas tu dijeling-jelingnya aku. Aku mengadu pada kawan aku yang berada di kedudukan no. 6. Dia kata pihak lelaki suruh kami berdua pergi je selection tu.. lawan biar baek punya.

Adakah harus aku tarik diri?
Andaikata ada selection lagi, aku berharap aku dapat pergi berjuang dengan kawan aku no. 6 tu.
(haritu dia no. 4, aku no. 6. Kali ni dia no. 6, aku pulak no. 4 heheh).
Ye lah kalau pergi berjuang ke Sabah sekarang pun.. pasti aku keseorangan.. sebab yang 4 lagi TU MEMANG KRONI MEREKA!
Mereka tidak senang dengan kehadiran aku (aku dah le selalu lon renjes… kalau gi sabah kena lon renjes jugak ke? Yawnnnn like no fren le aku nih!)

Oh Tuhan, buka kan lah pintu hati mereka supaya tidak busuk hati!


07 January, 2012

Whishlist Pulak?

Entry lepas mengenai azam.
Kali ni mengenai whishlist pula.
Tahun lepas antara whishlist aku yang dah aku dapat / berjaya dapat iaitu seperti:
i)          Samsung Galaxy Tab
ii)         Treadmill  minigym takasima(pakej lagi dengan basikal static, bantal urut mesin urut kaki)
iii)        Buat contest untuk followers (hadiah dari Beijing)


Tahun 2012 ni aku belum fikir banyak lagi apa wishlist aku.
Tapi rasanya AKU MEMERLUKAN SEBIJI LAPTOP BARU DISERTAI SEKALI DENGAN STREAMYX @ UNIFI di rumah supaya tidaklah perlu lagi aku datang ke Cyber Cafe untuk update blog & tinggalkan komen di blog kawan-kawan yang lain.

Itu saja yang aku perlukan buat masa sekarang.
Tapi rasa kena loan dengan mummy, tak apa lah, asal tercapai haha.

Wishlish nak pergi situ sini tak perlu kot.  Pergi aje lah ikut yang mana aku mampu, rasa-rasa tak mampu.. duduk aje lah di rumah, tak perlu ikut rentak orang lain.

Harapan aku semoga tercapai.

04 January, 2012

Azam Itu Perlu Ke?

Asal tahun baru je berjela-jela lah azam masing-masing.
Perlu ke tunggu tahun baru untuk berazam?
Motif?

Maaf aku tak ada azam, kalau dapat teman lelaki nama Azam ok juga haha.
Sebab bagi aku, setiap hari adalah hari baru maka kena lah ada usaha untuk mendapatkannya.

Contoh azam yang tipikal:

i)             Nak kurus  (tapi setiap tahun ini ajelah kan azam ko?   Tak kurus-kurus, kesian!)
ii)           Nak kahwin (ok aku boleh terima, aku je tak pernah ada azam ni setiap tahun,  erk)
iii)         Nak cari kerja (tahun ni kena menganggur dulu lah ya, habiskan harta ibu bapa?)
iv)         Nak pakai tudung (ok bagus tapi kenapa perlu tunggu tahun baru?)
v)           Nak berhenti merokok (aku salute sesiapa yang boleh berhenti merokok sebab kawan aku berjaya)
vi)          Nak naik pangkat (aku tak ada azam naik pangkat sebab sekarang pun dah sakit jiwa.. hahah unmotivated nya aku ni)
vii)        Nak kaya (semua orang nak kaya & mendapatkan kewangan yang baik & stabil.  Ada ke orang berazam NAK PINJAM DUIT DENGAN AHLONG?  AHPEK?  AHNGAH?  AHNGAU?  AHDOIYAIII?)


Itu saja yang aku boleh recall.  Lain-lain tak ingat.  Dengan itu aku tiada azam.  Selamat datang umur baru aku pada tahun 2012.. erkkk!

02 January, 2012

Tahun Baru 2012



Hari ini 1 Januari 2012 bersamaan dengan hari Ahad.
Dengan tak seronoknya aku nak bagitahu bahawasanya hari ini di Kelantan / Terengganu / Kedah adalah hari kerja.

Gigih kan ketiga-tiga negeri ini?

Sekian dimaklumkan :P