Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

23 December, 2014

Guangzhou Part 8- Repeat Fuli Kids

Lama gila nak tunggu habiskan cerita gi Guangzhou ni kan?  Haha!


Ahad 28/9/2014 kali ni kami laki bini nak aci redah je gi Fuli Kids & Kids Wholesale tu.
Dah Saiful kata bukak puku 8pagi maka kami 8.20pg dah tercongok tunggu cab.
Senang je dapat cab depan hotel kami ni.
Sebelum naik, tunjuk aje tulisan FULI KIDS dalam bahasa Cina.. terus driver angguk.
Mujurlah sampai ke destinasi hehe.
Sekaliiii sampai 8.40pg... Fuli Kids tak bukak lagi daaaa!  Tercongok la kat situ dalam 15minit.
 View dari bilik kapel Johor.  View bilik kami huduh hehe!

Then kami decide nak ke plaza kids yang 1lagi, jln selow2 aje la sbb kami expect pun tak bukak lagi.
Tapi bila tengok, dorang mcm dah start bukak.
Plaza ni lagi menarik bagi kami kot (walaupun kalau amik gambar, FULI KIDS lagi menarik kekekke).
Ni kat Fuli Kids.. kedai tutup lagi!

Gi haritu dengan harapan blh la membeli pakaian utk Irdina pulak.
Kat sini banyak yang lambak-lambak.
Kat sini banyak yang jual lambak2 tapi banyak baju tebal dahhhh!

Kat sini jgn keliru ya, sb kat sini banyak lorong-lorongnya hehe.  Abam punyalah payah nak pilih nak beli apa utk anak dia yg 3orang tu sudahnya sy decide BELANJA BEG HELLO KITTY utk depa 3orang.  Abam belanja baju & jeans utk dorg.  At least ada dari takde langsung (aku dah tak duliklah mak budak2 tu nak ckp hodoh ke apa, janji ada!)
Comel2 kan? :D  (saya bukan maksudkan aunty tu ok hahah)

Saya cari baju utk Irdina.  Banyak yang berkenan tapi malangnya udah banyak baju2 tebal / baju sejuk terjual (sedangkan musim sejuk disember baru start huhu).
Kami kagum la dgn dorang sebabnya semalam tu kami datang, banyak gile lagi baju2 nipis & baju2 biasa.
Agaknya malam kot peniaga2 tu tukar terus pakaian musim sejuk.
Serius kitorg salute huhu!
Dah jenuh kitorg pusing 1 plaza tu.. memang banyak baju sejuk je.
Kalau ada baju biasa, KENA BORONG.. TAK BOLEH BELI 1PIECE.. KALAU NAK JUGA.... BAPAKKKK MAHAL!  Kitorg dah mula frust sebabnya baju utk Irdina tak beli lagi :-)
Memang best kat sini.. serius!

At last beli juga set blouse + legging.  Ok la dari takde, walaupun mahal.  Kang majuk Irdina kalau tak beli hehehe majuk la sangat, mcm le budak tu faham kalau tak beli apa-apa utk dia :P
Naik cab nak redah ONE LINK PLAZA.. tak susah pun nak redah Guangzhou ni sebenarnya kalau GET READY DIRECTION @ NAMA2 TEMPAT YG NAK GI DLM BAHASA CINA :-)

Kami tak berlama pun kat situ sebab takde apa yang nak dibelikan maka kami decide nak gi One-Link Plaza which is nak beli plastik comel2 :-)

Sambung!


19 December, 2014

Neelofa & Tauke Jambu @ KTC Kelantan

Ni kali ke-3 kami laki bini join festival (GLAM FESTIVAL).
RM350 utk 2hari.
Ada Tauke Rajalawak & Neelofa

Kami di tapak G29 (masuk entrance belah kanan).
1st time kat KTC tapi rasanya kami lebih prefer Dewan Jubli Perak sbb senang parking + luas.
Organizer nih, kami bagi full photo siap ada gambar turban2 baby tepi kiri tu, dorg crop plak hadesss!

Datang beramai-ramai ye?  :-)

17 December, 2014

Wordless Wednesday - Tiket Air Asia

Semalam 'ter'beli TIKET AIR ASIA BLN FEBRUARI 2015.
Trip ni 7orang (jiran kat car boot sale laki bini & 3orang kazen)

Jom meredah kesejukan hehe!

11 December, 2014

6go-festival punya cerita

Selesai sudah 6go (Nego) Festival yang berlangsung pada 29-30 November 2014 yang lepas.
Sehari sebelum as usual gi setup.
Kali ni bawak banyak terus sbb nak sangkut turban setiap piece tu jenuh weh... ada 100piece ++.. semua saya sangkut lps tu topi / beanie pun saya sangkut!
Khamis petang lps kija kita setup.
Khamis kat kelate kan kija sampai 3pm je hehehe!

As usual jugak kami TAK MAHU MEJA.
Booth lain semua guna meja so booth kami kelihatan luas & tenang & tak berserabut la hehe.
Abam tengah pikir cemana nak setup booth
Akak ipar punya section kat belakang (yg ada kain pasang tu)

Mana tak nya?
Pada hari yang sama ada 3event.
1 yang kami join di DEWAN JUBLI PERAK,
1lagi Oosha Festival di KTC & 1lagi tak sure anjuran mana tapi jual barang 2nd hand terbesar.
Haruslah orang tuju yang murah2 kan?
Hari pertama.. belah pagi memang selow

Hari pertama tu agak selow (tapi saya tak pernah give up), sale kurang dari 1st time kami join sebelum ni.
Hari ke-2 OK :-)
Hari 1st tu kami dah kekurangan duit balance RM1.. risau weh!
Kami tak suka jadi slh seorang PENIAGA YANG AKAN KATA "TAKDOK DUIT KECIK LA DIK.. GI BELI TEPAT LAIN DULU LAH"  NO NO NO!
Sbg seorang peniaga.. u have to responsible with your business, label, product, dealing and so on!
Logo kami terpampang kat banner dorang sbb kami salah seorang vendor yg terawal hehehe!
Tp kena tukar lah itu logo.. tak ceria langsung huhu!

Kali ni organizer bawak AZZA ELITE (kerap sungguh dia datang meniaga kat Kelate) / Siti Fazurina / Nor Khiriah / Chef Riz & tunangnya Syikin Maembong.
As usual la saya bukan GILER RETIS pun so aiii tak peduli mana dorang ada ke tak.
Ek'eh budak ni.. dia takmo di 'kunci' kat stroller tu hihi

Alhamdulillah lepas sewa 2hari RM350 walaupun ada di kalangan vendor2 yang mengeluh kata tak ramai orang.

Sepanjang 2hari meniaga tau, sy nampak CHEF RIZ & SYIKIN MAEMBONG (tu pun kami selang 2 3booth huhu) then terserempak Azza masa saya cari toilet.  Lelain selebriti tak jumpa pung.
MC tu si Da'i dari TV3 (tak kenal weh)... kalau Pencetus Ummah tu kenal la hahaha nampak sgt tak berapa tgk tv lately nih.
Membeli sambil menderma.  Ini di booth saya ya.. buat atas inisiatif sendiri :-)

Kali ni saya share booth dengan akak ipar sy.
Dia jual kain pasang.
Kasi dia cari pengalaman dulu cemana tapi rasanya dia mcm serik je nak meniaga di festival sbb 2nd day tu dia tak nak meniaga terus dah huhuhu.
Takpelah, meniaga kat Car Boot Sale je nanti, masyuk apa walau kat tepi jalan? :D
Kali ni topi pun kami keluarkan.. duk dlm beg troli, sape nampak pulak kan?!

Seperti biasa, saya berjaya beli di semua booth2 di keliling saya.
Booth depan beli sandwich, mini kurung kain cotton & pencuci ajaib.
Booth kiri beli air koko & booth kanan beli karipap.
Booth kiri kanan saya je tak nak beli dgn saya hahah boleh camtuh?

Hari pertama kami bawak Irdina belah malam je.

Hari kedua as usual bawak Irdina belah pagi-tengahari.
Dapat kawan jugak Irdina booth sebelah siap bentang toto lagi (itulah untungnya pilih booth tepi dinding hihi).
Aunty sebelah tu lambat bg mkn karipap, Irdina marah hokkay hehe!

Model turban tido.
Canggih tak katil irdina? :P

Hari ke-2 kami jual banyak barang sebab akak ipar dah tanak menjual so bawak aje la ROMPERS / SLEEPSUIT / JUMPSUIT bagai.

Booth sebelah ada baby jgk, so boleh la kawan dgn Irdina hehe

Oh ya, kali ni kami buat tabung MEMBELI SAMBIL MENDERMA.
Setiap pembelian, kami akan masukkan RM1 dalam Tabung tu.
Saya akan teruskan sampai bila2.. tak jatuh miskin pun kalau share dengan orang yang memerlukan kan? :-)
Kawan booth sebelah
Sebelum festival berakhir, kami KOMEN KAW-KAW PUNYA.
Bukan nak kondem tapi utk penambahbaikan jika ada buat next time.
Ni my bespren sejak dari umur 5tahun oke.. Kenal kat masjid hahahah boleh camtuh? :P

Sampai umah penat tapi bila tengok hasil jualan... rasa penat hilang.
Alhamdulillah, sama2 kita menginfak untuk yang memerlukan jugak :-)
InsyaAllah join lagi tapi sebulan 1 @ 2x boleh la join.
Kalau tiap2 minggu.. tak padan la.. nak byr tapak sekali festival RM300-RM450.. tak kuasa aiii nokss hehe
Jom kita pulang!

Semoga ketemu lagi :-)

08 December, 2014

Emas- 1bulan 1gram

Masa tak berapa nak muda ni lah baru timbul kesedaran nak kumpul 1g 1bulan.
Ye lah harga emas kan makin naik so tak salah mengumpul kan?
Nak kumpul mcm mak2 kita 5-6-7-8kg tak mampooo hahah.
1gram pertama saya :-)
999.9

Beli je lah dari mana2 company @ individu yg jual 1g macam ni pun, janji ada simpankan?
Takkan RM100++ utk 1g sebulan pun berkira?  Beli tiket jenjalan lebih dari RM100 boleh pulak? Ngee :D
Slh 1 nya saya menang bid.
Lelain tu kami beli :-)
Blur pulok gambarnya:  999.9

2nd time kami laki bini banyak terus.
Asalnya saya menang bid 1g (bkn senang weh nak menang bid.. asyik kena potong tang corner je + kena ngadap kot org potong.. masalahnya saya bukan nya takde keja nak ngadap2 ni hehe).
Sekali pemilik emas tu offer harga murah sikit so apa lagi, kami grab 4keping sekaligus :-)
Lebih jelas.  Note RM1 lama tu kami dapat as free gift.. keras mcm duit baru lagi :-)

Tak rugi beli sebabnya harga emas makin naik, bukan makin turun.
Kot la esok2 terdesak... boleh jual balik :-)
-nak beli pamp 100g tak mampu lagi kekekeke-

Jom menabung dengan emas :-)