Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

29 May, 2014

Headband Baby Giveaway

Haaa selesai sudah giveaway headband baby ni.
Ianya berlangsung di FB ya.. bukan kat blog hehe.
Pos dalam envelope biasa jah, stamp kasi lebih RM itu kaluuu :P

Macam-macam headband lah saya bagi.. random pick je tak kira mahal @ murah.
Yang kenal & yang tak kenal saya bagi la kalau dah memenuhi kriterianya heee! :D

Dah janji dengan diri sendiri "lps ni kalau ada stok baru, Irdina tak yah amik dah 1" tapi akhirnya uminya ini tak menahan nafsu headband comey-comey.. amik lah jugak!  Now headband Irdina makin menimbung.. masa tido kena pakai jugak kot hahahah!

Hope yang ada gigirl 3tahun ke bawah tu suka lah dengan headband dari COMEYNYA-BABYKU yang tak seberapa tu :-)

Web Comenyna-Babyku
2.  http://comenya-babyku.blogspot.com (jarang update so for more updates.. sila jenguk FB lah ya?) :-)

26 May, 2014

Tak percaya sakit

Selasa lepas saya gi KK *******, sebab sakit belakang / bahu.
Malam sebelumnya tu buleh tido 2jam lebih je.
3pagi kejut abam suruh urut belakang.. sakit tak tahan sangat.

Masa nurse panggil tu, saya selamba aje la jalan laju pastu sesi soal jwb dgn doktor:

  • dokto:  ye, masalah apa ni?
  • saya:  sakit belakang sangat
  • dokto:  ye ke?  Laju je sy tgk awk jln?
  • saya:  ye la, belakang yang sakit
  • dokto:  biasa orang sakit belakang jln selow2, awk ni jln laju... cuba awk bangun berjalan, sy nak tgk!
  • (sesambil bangun berjalan)
  • doktor:  nampak tak sakit pun, cuma awk jalan bongkok.. cara jalan pun dah salah, sebab tu sakit!  Awk kena straight!
  • saya:  ye la sy jln bongkok sebab sakitla..kalau duk straight yg sakit, sbb tu bongkok kan sikit
  • Doktor:  ye la.. awk sakit sebab bongkokkan badan!  Postur tak betul.  Cuba duduk dengan postur yg betul.. kalau dah sakit, patut awk menyandar!
  • Saya:  la.. kalau STRAIGHT LAGI SAKIT,  SAYA TAK MENYANDAR LA SEBAB DOKTOR SURUH SAYA BANGUN BERJALAN TADI!
  • Doktor:  postur salah!  Cuba angkat dedua tangan!
  • (sesambil angkat tangan)
  • Doktor:  tangan awk pun tak straight!
  • Saya:  Tak blh straight la sebab sakit!
  • bla bla bla.. conversation panjang lg + doktor mcm tak nak bg MC tapi lps saya cakap saya kerja KAT PEJABAT PENGARAH **********, baru le dia ckp elok2 sikit!  Cet!  
Saya dah sakit hati gila dengan doktor tu.
Tak tau la nak cakap cemana lagi sebab saya memang SPESIS JALAN LAJU!
Imagine la lepas 3 4hari beranak haritu pun saya jalan laju macam tak cukup jalan, inikan pulak SAKIT BELAKANG?!!!
Orang tengok sayapun tak macam sakit.  Takkan nak tunjuk sakit kot?!   TAK PAHAM AT ALL dengan mereka ini huhu!

*masa sakit nak beranaks tu pun siap buleh bergurau senda dengan abam weh. (saya tak cerita pun pengalaman beranak kan.. ahahah mcm malu je nak cerita2 bagai.. tp BERANAK DIPERMUDAHKAN.. itu je yg boleh ku katakan!*

23 May, 2014

Ini blog nya :D

Salam...

Inikali just nak heboh-heboh pasal blog bisnes online saya tu.
Belum banyak barang pun, but it's better la than nothing kan?  Heheh.
So bolehla nak FOLLOW kalau tak keberatan :-)

Buleh la kalau nak view BLOG COMEYNYA-BABYKU.
Saya ada jual barang untuk baby macam HEADBAND / BAJU CELORENG / LAMAZE TOYS / HEADBAND / SELIMUT CARTERS / MUSICAL PLAYMAT / ROMPERS & akan ditambah dari masa ke semasa.  Rasanya lepas ni macam nak lebihkan HEADBAND kot :-)
Blog tu pun akan diperbaiki layout nya (sebab macam hodoh gila.. orang tengok pun tak lalu nak beli huhu).
Kalau berkenan, takyah malu takyah segan.. sila hallo2 saya ye :D
Ini budak lah harus jadi modelnya heheheeh!

Juga boleh like kat FB:  COMEYNYA-BABYKU

*bisnes ini disokong sepenuhnya oleh abam &saya juga menyokong sepenuhnya abam nak berbisnes :-)  *

22 May, 2014

Irdina Menang Contest PA&MA

Tengok tajuk macam tak buleh belahhhh je kan?
Kecoh je.. bukan dapat no.1 pun hihi.
Pemenang no.1-5 (april 2014)

Ala... dapat no. 5 aje pun!
But it's ok la kan.. better than nothing :D
Actually ni percubaan kali ke-3.
Kali pertama gambar tak masuk!
Kali ke-2 gambar masuk tapi tak menang.
Zoom skit!  Gambar Irdina yang kelakar hokkay... gambar tak buleh blahhh hhaha!

Masuk kali ke-3 baru menang.
Ingat nak join contest lain tapi malas sungguh nak memilih gambar.
Sebab saya lebih suka tengok gambar lucu dari gambor 'control kiut', sebab gambar kelakar lebih mencuit hati eheheh!

#perasan.anak.comel.macamnilah.gayanya# ha ha ha!

PERADUAN PA&MA, SILA LAH KLIK SINI UNTUK JOIN!

20 May, 2014

Irdina dengan Headbandnya

Irdina dengan headband tak dpt dipisahkan.
Since sebelum lahir lagi saya dah berangan nak pakaikan Irdina dengan headband yang comey2.
Tapi masa dalam pantang baru abam gi belikan sebab dia takut tetiba lahir BOBOY huhu.
1st headband tu saya macam tak berkenan tapi bila pakai rasa mcm kelakar gile.. tapi at last saya suka gak sebab nampak MACAM COMEYYYY JE sbb ada WIG hihi.

Nak compare dengan orang lain, takde lah banyak sangat pun huhu.
Kena pakaikan le sebab pakaikan Irdina headband pun, orang still tanya laki ke perempuan? Logik ke boboy pakai headband? Tau le Irdina botak erkkk!
 1st headband.. lucu rautnya kihkihkih!

Topi utk tutup botaks

Irdina juga menjadi model Headband untuk kedai online saya... eh ada kedai online?
Ok fine, baru je bukak tak sampai 1minggu lg.. followers pun takdak lagi sebab malu nak publish blog sebab blog tak secatik orang lain.
 Ehhehehe saje letak gambar lucu.  Headband ni RM10, saya jual...  sape minat? :D

Hadiah headband dari kawan FB

Ada saya beli  stok degan seller di Malaysia & ada juga saya beli dari website oversea.
Saya jual headband POLO.  RM8sahaja.. fit from 3months-2years.. sape minat?  Ahehehe nak jual tapi blog jualnya tak bagi.. bertuahnya kannn? :P

Meh view headband Irdina :D
Sape nak amik Irdina jadi model?  Sangat dialu2kan..  mesra camera hokkay hehe.

#perasaan.anak.cantik#