Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

26 May, 2014

Tak percaya sakit

Selasa lepas saya gi KK *******, sebab sakit belakang / bahu.
Malam sebelumnya tu buleh tido 2jam lebih je.
3pagi kejut abam suruh urut belakang.. sakit tak tahan sangat.

Masa nurse panggil tu, saya selamba aje la jalan laju pastu sesi soal jwb dgn doktor:

  • dokto:  ye, masalah apa ni?
  • saya:  sakit belakang sangat
  • dokto:  ye ke?  Laju je sy tgk awk jln?
  • saya:  ye la, belakang yang sakit
  • dokto:  biasa orang sakit belakang jln selow2, awk ni jln laju... cuba awk bangun berjalan, sy nak tgk!
  • (sesambil bangun berjalan)
  • doktor:  nampak tak sakit pun, cuma awk jalan bongkok.. cara jalan pun dah salah, sebab tu sakit!  Awk kena straight!
  • saya:  ye la sy jln bongkok sebab sakitla..kalau duk straight yg sakit, sbb tu bongkok kan sikit
  • Doktor:  ye la.. awk sakit sebab bongkokkan badan!  Postur tak betul.  Cuba duduk dengan postur yg betul.. kalau dah sakit, patut awk menyandar!
  • Saya:  la.. kalau STRAIGHT LAGI SAKIT,  SAYA TAK MENYANDAR LA SEBAB DOKTOR SURUH SAYA BANGUN BERJALAN TADI!
  • Doktor:  postur salah!  Cuba angkat dedua tangan!
  • (sesambil angkat tangan)
  • Doktor:  tangan awk pun tak straight!
  • Saya:  Tak blh straight la sebab sakit!
  • bla bla bla.. conversation panjang lg + doktor mcm tak nak bg MC tapi lps saya cakap saya kerja KAT PEJABAT PENGARAH **********, baru le dia ckp elok2 sikit!  Cet!  
Saya dah sakit hati gila dengan doktor tu.
Tak tau la nak cakap cemana lagi sebab saya memang SPESIS JALAN LAJU!
Imagine la lepas 3 4hari beranak haritu pun saya jalan laju macam tak cukup jalan, inikan pulak SAKIT BELAKANG?!!!
Orang tengok sayapun tak macam sakit.  Takkan nak tunjuk sakit kot?!   TAK PAHAM AT ALL dengan mereka ini huhu!

*masa sakit nak beranaks tu pun siap buleh bergurau senda dengan abam weh. (saya tak cerita pun pengalaman beranak kan.. ahahah mcm malu je nak cerita2 bagai.. tp BERANAK DIPERMUDAHKAN.. itu je yg boleh ku katakan!*

12 comments:

  1. Kat Malaysia ni pelik. Kalau sakit kita kene g klinik sendiri utk rawatan. Bila dah sampai klinik dia kata kita larat jalan g klinik, jadi kita tak sakit. Agaknya kalo dah sakit sampai pengsan2 baru nak bagi MC kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah masalahnya.. tak semestinya sakit kita kena suruh org drive segala bagai.
      Lainlah kalau patah kaki ke, tercabut kaki ke.. tu ye betulla tak buleh gi sendiri.

      Sakit dalaman mana lah kita nak tahu.. selagi boleh buat sendiri.. kita buat sendiri tanak nyusahkan orang lain kannnn?!

      Agaknya kalau kita pengsan pun.. dokto buleh kata kita buat2 pengsan huhu.

      Delete
  2. Memang ada doktor yang kekwat macam tu. Tapi doktor pula asyik terkena dengan orang yang selalu menipu. Kalau gomen atau klinik biasa, memang diorang syak kita menipu la. Macam akak dulu, betul2 punya sakit belakang dengan pinggang...pergi klinik, confirm diorang ingat tipu. So makan ubat tahan sakit jer, and ambil annual leave sendiri.

    Tapi bila a few weeks later tak tahan sangat sampai nangis2, tengah malam pergi hospital private, emergency treatment terus. MRI dah buat, terus detect ada slip disc. Sejak tu laaa usung x-ray tu ke hulu kehilir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK mana tu.. buleh buat aduan kat KKM tu hehe.
      Dorg stress gamaknya.. kot le depa sendiri sakit tp nak MC tak buleh sbb nak rawat patient.

      erm sama lah.. mkn ubat tahan sakit pun sama tak ilang pun sakit.
      Urut2 pun tak hilang sakit.. tensen pulak.

      Haaa usung x-ray yang tak tahan tu.. tp ok la.. sbg bukti, kalau tak orang tak caya pulak kan? ;-)

      Delete
  3. Sbb tu tak suka g jumpa doktor...sakit hati je lebih eheheheeh..kalau g spital sakit hati perlu tggu lama..bila g klinik kena bayar..sakit hati bayar mahal ubat ciput je..huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak suka gak gi spital tp dulu tiap2 hari gi spital sebab kija spital hahaah boleh camtuh?
      Tp meme agak tensen kija spital.. nak kincin pun tak sempat sob sob. Mula2 kija situ.. tiap2 ari nangeh erkkk off topic kaa? :P

      Penah gak gi klinik swasta.. dia sentuh belakang tak sampai 5saat pun, katanya TAK ADA APA2 NI.. adoii sakit hatiku!

      Delete
  4. igt kita suka2 ke nak jumpa doc?
    kerana banyak kes tipu sakit sbb nak mc, semua orang kena pandang serong wpun sakit betul2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kerana bubur setitik.. abis rosak kopi 1gelas huhu.
      Tak suka org amik kesempatan buat2 sakit :-(

      Delete
  5. Replies
    1. alamak, dah gi urut dengan ofismet la plak hehe.

      Delete