Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

04 September, 2013

1st time gi Daiso

Selama ni aku duk dengar je kwn-kwn aku cakap DAISO tu best gile.
Walaupun masa stay KL aku selalu dgr org duk cite psl DAISO tapi tidakle aku pergi pun sebab outlet DAISO BERADA DI KOORDINAT YANG TERAMAT-AMAT-AMAT-AMAT JARANG AKU GI + aku bukan kaki jalan sgt selain ke mall dkt2 umah (wangsa walk / jusco w. maju / jj au2 @ jauh sikit midvalley tu pun meme jarang gile).  Even KLCC kira dkt dgn umah tu pun aku tak gi.. huiii sorilah! 
Hasil saya & abam

Kebetulan haritu dah tengok wayang kat Midvalley so sesambil tu ronda-ronda, mata terlekat kat DAISO.  Yeaaaaay itulah 1st time aku jejak kaki ke daiso.. rasa tanak keluar (biasalah aku kan jakun kakakaka). Beli 3barang je sebab nak kejar masa tgk wayang.  Abam pun beli jgk untuk anak-anak dia!  Aku jgk yang syorkan beli apa-apa untuk 3orang gigirl abam.
Tak berkait Daiso.. saje tunjuk barang2 shopping raya aritu kekekek!  Sikit jah... maklumla, bukan jutawan pun ahaha!
 
Pastu ada outlet baru DAISO kat JJ AU2.  Masuk le jgk tapi kuciwa, barang tak sebanyak kat MIDVALLEY.. Ada brg yang aku nak, tak ada kat situ.   Beli je la apa-apa yang patutu untuk souveni.
Pasti ku jejak Daiso Midvalley lagi next time heee!

03 September, 2013

Banyaknya Duku Ku...

Saje jenjalan masuk belakang umah setelah bertahun-tahun tak masuk, sebab ada orang nak bayar tumpang buat laluan jalan, so masuk le nak nengok berapa luas dia nak tumpang buat jalan (rasanya bagi lalu free je kot, bukan jejas apa-apa kalu dia tak bayar kannn?)  :D
Rasanya last sekali masuk masa darjah 3 (24tahun lepas).  Hihi.
Gigih orang MC 7hari ni menebas

Sekali masuk.. lalang tinggi woiiii!
Masa masuk dolu-dolu, ada buah rambutan, dokong, dughian.. skang tinggal duku sajo!
Buahnya

Nyamok banyak gilers~!
Tu la sape suroh tak pakai long sleeve hehe.
Kami just bawak KERUSI, PARANG, PISAU & 3BAKUL.
(Budak bulu pun mengiow nak ngikut, dia tak reti masuk sbb lalang tinggi sgt, terpaksa la suruh cucu pencuci umah tu gi 'jemput' budak bulu tu hu hu hu).
Jenuh juga nak kait sebab tak bawa galah, terpaksa la abam panjat.

Makcik pencuci umah suruh jual sebab meme banyak.. oh tidak lah.. bagi je orang!  Tak jejas apa-apapun kan? :D
Ini aje lah yang termpampu di bawa balik, tak sanggup nak menahan digigit nyamuk.. lenkali la!
Baru separuh 1batang pokok.. ada lg kat belakang tu, kena tebas laluan dulu.

*tunggu manggis.. feberet sejak dolu-dolu*


28 August, 2013

Live Chat Dengan Air Asia

AA telah meng'cancel'kan flite saya KUL-PHNOM PENH-KUL (9-12 November 2013) so saya diberi pilehan samada nak CREDIT SHELL / REFUND @ SCHEDULE FLIGHT.  Saya beli tiket ni sebelum kawen lagi, kekononnya nak gi HONEYMOON DI PULAU LA kekekeek.  Abam dah tanya "kalu awk peknen cemana?"  So saya jwb "itu lain cerita.. yang penting beli dulu sementara tengah murah"  hahaha bulehhh camtu?
So bagai pucuk dicita ulam mendatang, tanpa fikir panjang.. saya terus click REFUND walaupun sebenarnya hati teringin sangat gi SINHANOUKVILLE, PHNOM PENH TU!  Tapi sanggup REFUND November tu saya plan nak gi shopping sakan untuk 'budak itu'.  He he he!
 Lepas 2hari click REFUND, cek kat REFUND STATUS tapi RECORD NOT FOUND le pulok!
So terus click LIVE CHAT... Mr. Reza yang melayan.
 Just nak tahu apa status refund saya, kot le click REFUND tapi sebenornya tak masuk pun dalam system AA... RM300++ tu weh... kalau setakat RM30, idoklah heran sangat hehehe.
Kena cek dalam masa 30-60hari sebabnya AA tak akan bagi apa-apa notifications mengatakan yang dorang dah refund so kena alert!
Ok la rejeki!  Buleh membeli belah untuk budak ahaks!

27 August, 2013

Bertuah la sangatttt!

Ahad lepas ada jamuan hari raya wisma persekutuan yang dihadiri oleh Dato' Mustapha Mohammmad (Menteri MITI) + RTM & sape lagi VIP aku tak sure hehe.

Seperti tahun-tahun sebelumnya setiap warga wisma diberi no. cabutan bertuah.
2tahun kat situ tak pernah bertuah.. tiba-tiba tahun ni bertuah pula kekekek.
Dapat juga walaupun aku naik awal (jenuh tunggu weh sejak 10.30pagi... kata suruh turun awal tapi yang banyaknya karaoke.. aku bukan minat dengar orang 'menyumbingkan' suara ni).
Lepas menapau makanan (gerai banyak tapi menu berulang- nasi dagang / sate / lontong / mee + kuetiow goreng... boring hokkay!)
Penilaian aku, hamper-hamper ni range RM26-RM29 + ada kat makanan tu, dorg tak buang harga lg opsss! (aku biasa dah beli untuk beratus-ratus hamper, so tau le hehehe).

Naik lepak-lepak buat kerja kat ofis, tiba-tiba kawan call cakap aku dapat lucky draw.. ada org tolong amik walaupun TUANNYA tak ada kat situ hahhaha wuuu bestnya :D 
Orang last-last tu la best dapat barang elektrik hehe.

*kalau lucky draw, aku lebih suka dorang bagi VOUCHER so kita buleh beli sendiri le apa yg kita nak.  Voucher GIANT KE, TESCO KE, CARREFFOUR KE, JUSCO KE kannnn?!*

26 August, 2013

Shopping Raya @ Jln TAR

Entry tertunggak!

Gi KL semata-mata nak shopping pada 26-29/7/2013.
Biasalah, tu meme rutin tahunan saya.
Susah nak pileh footwear abam.. sbb sizenya kicik!  huuhu!

Sedangkan masa duk KL pun saya akan amik coti 1-2hari utk shopping sakan.
Saya tak akan gi WEEKEND sbb jalan mesti LIKE HELL! :P
9tahun duk KL mesti la tahu sifir-sifir jalan kat KL tu (tapi RATU SESAT memang saya pegang la hahaha).
Beli jubah jah utk raya!

Tahun-tahun sebelum ni SAYA MEME SUKA SHOPPING LONE RANGER.
Bkn sebab takda kawan tapi TAK MINAT KAWAN NAK IKUT @ SAYA MEME TAK BG KAWAN IKUT.  Motif:  SAYA TAK SUKA TUNGGU ORANG & SAYA TAK SUKA ORANG TUNGGU SAYA.. simple kan?! :D
Tapi TAHUN NI & TAHUN-TAHUN BERIKUTNYA ABAM HARUSLA JADI PENEMAN SAYA :D
Saya pileh jubah, abam tak berkenan.. sudahnya saya serahkan terus kat dia utk pileh

Tahun ni gi Jln TAR beberapa jam je, tu pun rasa tak puas.
Sebab biasanya saya pergi survey dulu 1hari then hari berikutnya baru pergi beli.
1Jln TAR tu saya redah.. tapi kali ni tak sempat semua sebab kekangan masa + saya letih hihi.
Setelah beberapa minggu kempunan nandos yg tiada kat kelate.. akhirnya dpt juga makan!
Bukannya suka sgt tp dah teringin sgt, nak buat camno? :P
 
Berbuka puasa dulu kat Nandos Sogo lepas tu terus redah Jln TAR.
Sebelum berbuka tu saya pusing-pusing Sogo tak sampai 1jam pastu saya cakap kat abam BORING LE so duduk aje la kat food court tengok orang heh!
Happy buleh makan nandos

Kali ni tak round semua Jln TAR sebab tak cukup masa.
Memikirkan parking jauh (RM5/entry tapi by the time nak balik tu, tinggal beberapa biji kereta jah.. org yg jaga parking pun takde.. kira free parking la hihi.
Tak sanggup dah parking kat sogo, pernah kena RM20++ huhu.
Walaupun agak frust sebab tak puas jalan kat jalan TAR, tak sempat beli brooh / borong tudung banyak2 tapi tak apa lah.. at least jejak jugak.
Next year pergi lagi ehehehehe!
(Silap haribulan, tahun ni jgk gi hehehe!)