Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

30 October, 2014

Kami Join Festival- ada Wak Doyok!

Buat julung-julung kalinya, kami laki bini nak mecoba nasib menega kat Festival Peniaga Online yang dinamakan KELANTAN FEST.
Dewan Jubli Perak, Kota Bharu Kelantan

KELANTAN FEST ni akan diadakan seperti berikut:
  • 31 Oktober - 1 November 2014 (Jumaat-Sabtu)
  • Dewan Jubli Perak, Kota Bharu (sebelah Bazar Tok Guru / area PADANG PERDANA & JUGA PERPUSTAKAAN NEGERI KELANTAN- bagi sesape yang belum tahu la sebab ada jugak warga Kelantan tanya KAT MANA TUUUU?  PADANG PERDANA TU KAT MANA? LIBRARY KELANTAN? TAK TAHUU.. hoho!)
  • 10pg-10mlm
 
Dalam poster ni, aku kenal WAK DOYOK je huhu

Ada lebih kurang 90booth yang akan menyertai KELANTAN FEST ni.
Dan yang paling besh nya ialah terrrrtiba booth kami (COMEYNYA-BABYKU) betul-betul sebelah booth MEK COLLECTIONS (alaaa.. MEK KELATE SALAM PANTAI TIMUR TUUU huhu).
Booth A8 tu kepunyaan kami.
Ada Azza Elite / Abby Abadi / Wak Doyok & selebriti lain yang tak kukenali.  Yang ku tanda tick tu antara seller yang femes di IG :-)

Udahlah row tu memang seller online yang fames ames di IG (kami meniaga di IG sekarang sebab lebih best berbanding FB.. FB ni mcm cruel sangat erkkk!).  
Kami fokus jual TURBAN BABY, ramai permintaan sebab tak ramai yang jual kat Malaysia ni :-)

So, yang duk Kelate tu, maghi lah ghamai2 deh?
Saya tak kesah orang cakap 'tak padan nak meniaga dengan orang yang femes sedangkan kita kecik & tak ternama"
IG kami:  COMEYNYABABYKU & i.UfairahGallery :-)
1kotak kami yang tercicir dari shipping, semalam baru sampai.  Sesapa nak borong sleepsuit / rompers / lamaze inchowrm, sila wassap saya ye:  015-9208 4769
saya borong terus dari china, bukan melalui orang tengah.. memurrrraaah je uolss!

Aiii tak kesah, kalau dah rezeki termaktub dapat RM100 je sepanjang 24jam meniaga tu, terima!
Kalau kata 24jam tu dapat RM1000.. terima la jugak, nama lagi MENIAGA.. ada pasang surut.. bukan berdasarkan FEMES :-)



27 October, 2014

Guangzhou Part 3: Leisure je

SALAM.. BIZI GILE JUGAK, CEMANA NAK SELALU UPDATE BLOG NI HEHE!

SAMBUNG DARI ENTRY GUANGZHOU PART 1 & GUANGZHOU PART 2

27 September 2014 (Sabtu)
Area Canton Tower.. tetap tak tinggal banner tu!

7.30pagi kami gi brekpes kat Hotel je.
Makan je la yang rasa-rasa mcm halal uhuhu boleh camtuh?
Nak amik roti.. kang tak tau minyak mende dia guna?
Ni le guide kitorg.. si Jenny yang tak abis-abis dengan payungnya.. padahal bukannya panas terikpun :P

Udahnya makan buah + telur rebus & air je.  Hehe.
Terjumpa kapel dari Kedah tu.
Tapi dorg makan nasik goreng... errr aku tak yakin sebab minyak mende depa guna? :P
 Dara pungutan & pingitan heee

Model Canton Tower

Kapel dari Johor tu makan megi je.
Then 9pg tu van dah sampai utk bawak kami leisure2.
Tak sampai pulak nak sentuh hee!  Berselipar jepun sajo sebab dah sakit kaki

Kami di bawak ke Kedai Jade.
Takde gambar sebab rasa menyampah gile dalam tu.
As usual la kena kencing punya.
My life partner.  Jgn sesekalo coba ngorat laki aiii auchhh :P

Tokey tu kata KEDAI JADE DKT STADIUM BIRD NEST DI BEIJING TU DIA PUNYA.
Ko nak tipu sape wei?  Bila gi kedai jade kat beijing tu, ORANG DARI MALAYSIA TU MENGAKU DIA PUNYA.  Mmg spesis putar alam ke dorang ni kakakak!

Siap mengaku dia baru dapat anak kembar & kami bertuah katanya so dia bagi kami jade free sorang 1.. ceh!  Udahlah jual mahal2 semuanya sampai beratus ribu yuan!
Pria2 milik orang

Kapel dari Johor tu je yang beli rantai... lepas offer katanya 100yuan ke 200yuan aku tak ingat.
Laki aku lagi la.. siap cakap 10YUAN.. terus kena tengking kat promoter tu haha tu la jgn wat lawak kat situ.. garang nak mampoih promoter tu.
Halal resto.. tak tau nak mkn apa, banyak sangat pilihan

Tokey tu siap tengok gelang jade yang aku pakai, katanya JADE MURAH.. JADE DORANG JE BAGUS.. alah aku dah agak dari awal mmg dia nak kata gitu hehe.
Pastu cincin kawen aku pakai pun dia cakap NOT DIAMOND... lorr dah mmg bukan diamond pun aku pakai :P
Abam memanggil saya untuk pilih makanan, alah pilih je la apa2 huhu.

Pastu Jenny bawak kami ke area Canton Tower untuk bergambar.
Patutnya si Jenny bawak kami ke area Canton Tower tu malam sebab nampak cantik dengan lampu-lampu tapi dah bawak siang, terima aje le!
Si Jenny share makanan dengan Fairus

Lepak situ dalam 30minit.. laju je apek2 tua tu datang snap gambar kitorg dan cuci.. comel pulak tu.. huhu beli je lah.
Kami just lepak bergambar kat situ.
Cantik pelayan tu tapi baju dia see thru :P

Lepas tu kami di bawa makan ke kedai halal sebab dah hampir tghari dah time tu.. perut masing-masing dah kebuluq.. aku mana tahan mkn telur rebus je hehe.
Awalnya kami nak share makan tapi akhirnya memasing pilih lain2 menu sebab kami memang kuat makan :P

Lepas makan, ronda-ronda kat Shiangxiashiu Street.. best gak kat situ.. meriah!

nanti sambunglah, bizi weiii!



20 October, 2014

Guangzhou Part 2- OneLink Plaza & Malam Hari

Salam all.. wehhhh seriyus saya bizi.. tak tahu nak cakap cemana tapi memang bizi haha.
Ni pun tengah bizi sampai otak sakit, so kita update la blog dulu :P
Aksesori.. berpinau bijih mataku


Sambung
Lepas gi Leather Plaza tu, Jenny bawak kami ke One-Link Plaza which is saya memang nak sangat gi tempat ni (bukan apa, studi kat blog2, depa duk kata plaza ni best, so saya pun excited la nak gi)
Beg / purse / beg hp

Kami diberi masa 1 1/2jam berada dalam tu.
Sebelum masuk One-Link tu, terjumpa sate orang Muslim jual.
Kekonon nak beli time balik udahnya tak lalu situ dah sob sob.
Jam yang murah gile uols!

Masa masuk tu memang excited gile sebab barang yang dijual semua cantik2 / kiut / comel & segala adalah!  Cakap je nak apa!
 Segala mak neka ada!
Frame cecantik but i'm not into it :-)

Tapi kami tak gi pun tingkat atas sekali sebab abam malas.
Boleh camtu?  Ahehehe!
Tak tergoda ke?  But i'm not into it too!
Tapi yang pastinya, seller borong kat sana tapi jual kat Malaysia beriban-riban RM!

Tapi tak gi atas tu tak pe kowt?
Sebab tak menarik minat kami, mcm perabot kot?  (sorrylah tak amik tahu pulak!)
Barang-barang kat sini meme murah la.. rasa macam nak borong wat balik Malaysia je!
Kedai 1st yang kami beli haritu.
Beli beg sekolah budak & purse for souvenir!  
Abam mintak BISNES CARD.. tapi tokey tu cakap PENGKAD (apa-apa je la labu.. jangan PENGKID udah muahaha)

Saya dah start paksa abam beli barang utk bisnes, dia pulak duk mention dia nak beli barang dia nak jual (tokleh bgtau apa heheh).  Saya hampir majuks.. benci tau... dari duk simpan duit pahtu tak jumpa apa, baik lah beli kan.
Abam survey dengan muka tak berperasaan hmmm!

Berkenan kat kedai beg.
Beg owl budak2 comel gila.. ku hampir tergoda nak borong semua pulak purse2 tu tapi tak la.. banyak lagi nak beli ni.
Kedai souenir yang jual FM murah.
Saya borong 30piece ngehehe!
Buleh le dia cakap melayu skit2.. nampak benor ramai Malaysia gi situ :P
Oh ya.. kedai dia kat Ground Floor ye?  :)

Pastu majuks dengan abam sebab dia malas nak jalan (dia malas sebab dia sakit.. tu le, orang suruh urut awal2 tak mo.. ni dkt nak gi baru nak gi urut, dah taw sakit saraf.. sengaja lambat2kan jgk hmmm).
Sessi memilih FM sampai Jenny mai cari kitorg kihkih!

Saya pun berlalu sorang2 diri konon bawak diri.
Tetiba terjumpa kedai souvenir & fridge magnet banyak gila.
Murah hokkay!  Padahal studi sebelum ni kat blog, ada yg kata FM tak banyak pilihan tapi kat sini banyak je pilihan, rambang mata den hehe!
Street artis.. main music gapo tok tahu!

Pastu Jenny jemput kitorg sebab saya & abam je yang lambat, yg lain dah tunggu kat luar.
Rupa-rupanya 2kapel lagi tak tau nak beli apa loll!
Kapel dari Kedah tu beli FM sebijik kitorg tapi kedai yang mahal, sian dorang huhu!
Bilik kami.. besar dakkk? 
Katil single pulok dia bagi.. tapi takdak halll la.. buleh berhimpit 1katil opsss:D
Next time kami pasti duk sini lagi & pasti datang sendiri dahhh!

Masa nak lintas jalan naik van tu, ternampak lah kedai2 plastik shopping yang comel gila.. haaa mark dah kat mana!  Next time gi sendiri!
Boleh pulak si Jenny tertukar van, kitorg dah lintas jalan, sekali dia kata salah van.. gile careless.. dah la peak hour jalan jem gile time tu, sabar je la hahaha.
TV pun clear & banyak channel.. tapi ofcourse la takfaham hehe!

Kita dah nak dibawa check in.  Aku dah tak reti penat ok, sebab excited kat One-Link Plaza tu hehe.
Rupa-rupanya dekat gile je Plaza One-Link dengan Hotel Lido kat Beijing Road tu.. dalam 10minit pun tak sampai!
Toilet.. takde getah paip.. tapi no sweat, kami bawak cebok!
Tong sampah tu abam jadikan baldi.. kreatip tak kitorg?  hehe!

Si Jenny siap tanya prayer time kita bila sebab dia tau kita muslim kan, perlu hantar ke masjid ke, solat ke hotel ke cemana.  Kita decide kat hotel je la.. ye la sebab dah 1hari suntuk tak mandi.. gila busuk cam kambeng kauuuu hahaha (tapi sorry ya aii tak busuk).
Dia lah yang tolong check in kan.  Kami kena kat level 22.  Tinggi tapi lif nya laju!
Masa check in terjumpa orang Malaysia.. alhamdulillah dia bagi contact orang Malaysia yang ada company shipping di sana... kebetulan semua tu sebab kami takde contact langsung dengan mana-mana company shipping :-)
Wah laki aku selamba kodok pakai kain pelikat di tengah banda guangzhou ni :P

Kat sana gelap cepat.  6pm tu dah gelap mcm 8mlm kat sini.
Tapi siangnya awal le.. 6pagi tu dah cerah ceraca bak ore kelate kato!
Bilik kita best.. besar... senang nak campak hasil tuaian hihi.
Yang penting, kami bawak cebok (dan ku pasti 2kapel lagi tak bawak pun hahahaha gelak jahat!)  :))
Kami beli simkad di sini!
By the time balik malaysia lepas cakap lama gila dengan Irdina pun, still ada 23yuan huhu!

Malam tu kami menapak cari simkad cina.
Ye la nak call Irdina, takkan nak guna no. mesia kowt?
Dah Tan Sri mana pulok yang nak tolong byr bil nya?
Jual bra tepi jalan camni je.. buleh pilih nak tali bra cemana.  Custom sendiri lah senang! :D

Studi sebelum bertindak.
Saya tanya Jenny kat mana nak beli simkad murah.. dia kata beli sebelah 7-11 murah (kedai tepon) & jangan beli yang jual tepi jalan sebab mahal.
Jauh gak menapak ke 7-11.. saya takde erti letih dah, cuma kesian kat abam la.. DAH LA PAKAI KAIN PELIKAT KAT TENGAH JALAN GUANGZHOU NI, JALAN PULAK SENGET2 SEBAB SAKIT SARAF hahaha sabor je la.. RARE GILE :))
Depan hotel.. sesaja nak menyemak dengan orang Guangzhou!

Saya lagi la.. kalau perasan.. baju 25/9 & 26/9 adalah baju yang sama.. see.. kambeng di tengah guangzhou tak mandi kuakuakua!
Meriah walaupun malam!

Lepas beli simkad (68yuan jah = RM34), kami menapak ke hotel.  Hajat di hati nak menyinggah kedai kiri kanan yang still meriah tapi abam sakit khennn.. balik je la!
Sebelah hotel kami tu ada McDonals tapi DAH SAH-SAH KO TAU MENDE TU TAK HALAL KAN.. buat apa singgah & makan?  (Sebab ada baca blog org Mesia gi sana siap tunjuk best gila makan mekdi.. phewwww!   Aii gi KURSUS MEMBORONG.. MEMANG TAK HALAL ye.. sekian!)
Nasi kat sini lembik2.. huhu tapi pasrah, makan je!  Nasib baik kami bawak instant drink :-)

Ok la sampai bilik baru la aii suci murni tak seperti kambeng.
Makan siap-siap yang Jenny tapaukan.. gila banyak... lauk kentang & daging 2 3ketui je.. tapi ku sebat jugak la.. lapar weh!  Pahtu sibuk duk wassap.  Kat sana tokleh FB, gile boring huhu!

Tak sabar nak nunggu esoknya :D

14 October, 2014

Guangzhou Part 1- KL ke GHZ

Salam semua, fuh lama gila tak update blog.
Sorry ye, saya tersangatlah bizi.. ni pun sesambil je ni hmmm!

Saya nak update pasal gi GHZ haritu.
Semangat nak gi sebabnya kami ni peniaga kecil-kecilan, amik pulak dengan pemborong di KL.
Mintak kurang singgit pun punye le berkira.. cheesekek!
So dengan berbekalkan pengetahun ciput & modal yang tak seberapa, saya ajak abam gi.
Kebetulan pulak Ogos tu ada tiket murah, grab je le.. RM470 aje pun seorang hehe,
Ramai yang kata kami beli 1tahun lebih awl dats y dapat murah.
Eh tak juga, biasa le AA, kdg2 buat meroyan dia.. 2bulan sebelum travel pun buleh murah hehe.
Tiket kami beli Ogos 2014, travel September 2014

25/10/2014 (Khamis).
Saya tinggalkan Irdina di rumah mertua.
Mula-mula ingat nak bawak tapi payah pulak sebab baby lagi, tunggu dia boleh berjalan boleh le bawak kot?!
Sedih jgk nak tinggalkan budak tecit tu tapi tak apa lah, Pok Long nya ada hehe.
Geram le sama ini budak.. dia buat muka seposen je huhu

Flite KB-KL 11.15pm.
1st time jejak KLIA 2.. rasa mcm nanar seketika.
Ye la, selalu tu kat LCCT.. kecik jah tempatnya.
Jumpa agent kami si Syazwan Zanini Travel Planner (ore kelate uols, ada homestay kat Kubang Kerian hehe promote!) untuk amik pasport & amik Yuan (kami suruh dia tukar kat KL sebab kat kelate 1tempat je + mahal kottt?)  Wan amik RM800 seorang utk ground pakej (mkn minum 2hari / transport 2hari & hotel 3mlm).  2hari tu sendiri redah!
Sedap jgk ayam kat sini, tak ingat pulak nama restoran nih!

Lepas studi sikit2 dengan Wan.
Ckp kat dia, takut gak ni sbb tak kenal guide kat sana + taktau sape grup members tapi redah aje le! 1pg++dia balik.
Kami cari port tido aje le,.. sedar2 je dah 4pg, nasib tak terlajak sampai 5pg sbb flite kami 5.35pg hehe.
Ngantuk benar pakcik nih!

Lepas check in, boarding time.. masuk hall tu terjumpa 2org kapel melayu.
Saya tgk dia pastu fikir "errr ada jgk melayu, sure dia dah biasa gi tu" sebab takde luggage.. tapi kami tidak le bertegur sape waima senyum sekali pun hehehe!
Kami bawak 1beg troli kecik pastu abam bawak 1backpack (dlm tu ada cebok / instant drink / gula.. selebihnya kosong sbb nak buat as beg beranak heee).
I believe I can fly

As usual naik je flite saya tido dengan tak menyempat2nya.
Orang lain musti eksited nak tengok bawah, tapi ada aiii kesah?  Tido lg best!  :))
Sedar tu pun sebab abam kejut bagi meal & arrival card.
Mari makannnn... abam order burger, time ni 7pg++ kot tak silap.

Masa sampai tu berdebar jgk, kot imigresen tahan ke apa ke (padahal tak buat salah menda2 pung!).
Settle, keluar je arrival hall tu, terus nampak guide kami tulis nama ROFIZI MALAYSIA & 1nama (tak ingat).  Hahhahhh rupa-rupanya kapel yang kitorg jumpa kat KLIAII tu sama grup dengan saya la.   Kahkah tu la awal-awal memasing buat sombong :D
Nasi goren cina share 2org je udahhh!

Berkenalan di situ, dorang dari JB.  Jugaaaaa jual barang baby online.
Senang le, boleh gi tempat yang sama je :-)  Nampak dorang ni masih muda belia.  Aisyah & asbenya Fairus.
Oh ya, guide kami nama Jenny!
Dia ramah mesra mcm May guide kitorg kat Beijing aritu tapi saya rasa mcm lebih suka May kot sebab dia mcm kelakar hahah.
 My life partner
Dah kena kencing kat profesor huhu.
Dia spray dgn ubat pastu tetiba merah tempat abam sakit tu (takleh tunjuk gambo tu.. gile sesored heee.. nampak benor membongek!)

Dia fetch 2orang lagi kat hotel.
Rupa2nya 1kapel laki bini jgk, also muda belia dari Kedah.
So lengkaplah group kami 6orang yg muda belia semuanya hahaha bagus gak sbb masing-masing haruslah cargas lagi :D
 Siap lukis kat mana abam sakit sebelum abam bgtau mana dia sakit (tapi betul la abam sakit kat situ huhu)

Plaza Kulit.. takde mood nak beli hbag

Jenny bawak kami gi lunch kat Restoran Halal.
Dia suruh mkn mee tarik.  Tapi saya share nasi goreng cina dengan abam sebab portion nya banyak gile.. mana le nak abis?
Mkn kat area hotel jah.
Sape2 boyo, sila masuk kedai ni

Kita naik van (buleh pulak saya lupa nak snap gambar van tu huhu).
Jenny bawak kami ke 1taman tu which is kami semua memang tak minat pun nak ke taman.
Kami nak ke plaza je huu.
Tak tau berapa harga, mls nak tanya

Lepas tu Jenny bawak kami ke kedai herba.
Saya lupa bagitau abam supaya jangan duk mengada-ngada sangat offer kan diri utk apa-apa sekalipun apa yg cina tu mintak.
Biasalah duk promote herba dorg!
Tali pinggang.  Beli luar plaza aje le!

Sekaliiiii, bila yg cakap tu tanya SIAPA NAK BUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN, abam terus angkat tangan.. wehhh terjebak sebab kena masuk bilik.
Cong ceng cong ceng duk explain dari PROFESOR tapi tak rupa prof pun.
Memang betul dia cek abam sakit saraf tapi yg tak tahannya kena beli ubat 2k.. gile ke apo?
Penat kitorang berdalih, sudahnya abam beli juga yang harga 500 yuan (RM250) huhu benci aii!
Mls cerita banyak sebab sakit hati!
Snap gambar ala kadar je la.
Kapel dari Kedah tu tak pe le sebab dia gi atas honeymoon purpose so suka la taman2 kot hehe.
Ko mampu bawak purse besar ni?

Pastu Jenny bawak kitorg gi Plaza kulit.
Dia bagi masa 1jam tapi kalau boleh, 1minit pun kitorg tanak berada di situ haha.
Pusing je la, boring gile sebab mmg tak bajet langsung nak beli barang kulit.
Sudikah abam hadiahkan hbag besar ini utk saya? :P

Jenny dah btau, kalau nak hbag gred AAAAAAA (yang entah berapa AAAAAAAA), dia blh tlg bawakkan sebab dorang tak display depan.  Eh tak kuasa, tak minat.
Kiut2 kan beg2 ni?

Jenny punyalah terkejut sebab katanya biasa dia bawak org, mesti lama tapi kitorg ni 1jam pun tak sampai hahaha.

Ok lah gile boring cerita aku... sambung lain!