Haa sambung balik citer pasal homestay yang tak berbaloi nih.
Bilik utama (apa-apapun, Irdina lah yang rasmi katil dulu hehe).
Saya kata tak berbaloi sebab:
1. Katanya APARTMENT tapi rupa-rupanya flat sajo!
Ada hikmah lah teammate lain tak nak duduk.. rupa-rupanya tak sesuai kalau bas masuk!
Dah la kat ceruk blok.. kena langkah longkang tinggi gila!
Bilik tengah
2. TIADA MESIN BASUH!
Kami beriya bawak sabun kekonon nak mendobi + bawak baju Irdina sikit jah la.
Tilam yang tersangat nipis!
3. Tilam di bilik paling kecik tersangaattttttlah nipis uolsss! Baring je musti terasa besi-besi katil tu. Nasib baik la tak de yang duduk kat bilik tu! Serupa nak kasi hewan peliharaan tido jah!
Charge!
4. Aircond dibuang so pasang kipas je.. kipas rasa selow la di musim panas nih! Mmg tak patut!
5. Perkakas dapur tersangat minimal (tiada pinggan kecik / sudu kecik / garfu / mangkuk kecik), yang ada hanya pinggan & mangkuk nasik besar gabak eurghhh! Saya dah la suka makan cornflakes... tak rasa kelakar ke kalau makan dalam MANGKUK NASI?! gRRRRrrrr!
Ruang tamu.. nasib baik ada asteruk! My SIL tengok keadaan rumah, katanya mahal RM140/nite... patut dalam RM80-RM90 je!
6. Sofa keras kengkung rasa spring hu hu hu.
7. Air mineral pun kena charge. Hmmm kalau duk hotel bajet pun dorang still bagi as WELCOME DRINK... inikan pulak HOMESTAY, kena bayar pulak tu.. aishhh! Kalau nak charge megi, nescafe, milo, kopi buleh la dimaafkan lagi.. ni air mineal cup charge jugak! Eurgh!
Nahhhh, 1 tendangan untuk akak tokey homestay!
Bila kami mintak balance hari kami nak keluar, akak tu cakap KAMI KAT SHAH ALAM ESOK, KAMI BANK IN KAN AJE. Sekali dia kantoi.. dia datang rumah 11.45pagi.. ek eh tetiba ada pulak kat Melaka yeeeee? Laki nya sombong nak mati, senyum pun tidak! Sudahnya dia bank in kan RM100 itupun selepas abam mintak.. asalnya dia nak bagi RM70 atas alasan dia rugi terlalu banyak.. ceh sediakan rumah bagai melepaskan batuk di tangga, ada hati kata rugi banyak.. tengok kat FB, full je manjang.. takde yang berani komen kot ahaks.
Saya banned HOMESTAY nan satu ini!