Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

22 July, 2012

Persiapan Sumbangan

Sebelum melakukan aktiviti kemasyarakatan, saya telah menyukarelawan diri untuk membeli segala barang-barang keperluan yang sudah SANGGARUSURI maklumkan kepada saya supaya beli apa dengan bekalan RM yang telah diberikan.

Membeli di Mydin & beberapa tempat borong
Beli di Mydin.. beli 10barang jadi harga borong :-)
 
Saya cuba iklankan di FB untuk sesiapa yang berminat untuk menyumbang tenaga membeli barang bersama saya tapi tiada.. biasalah kerja percuma tanpa bayaran.. tiada siapa yang berminat ;-)  (terlanjur kata lagi)

Keperluan harian
 
Tapi tidak mengapa, saya melakukan seorang diri membeli segala barang untuk 10keluarga.  Hanya 1hari saya ditemani mummy saya membeli barang dapur di Mydin.  
Lepas susun baru tak terasa semak
 
Walaupun penat tapi saya tetap rasa seronok kerana saya memikirkan keluarga-keluarga yang susah itu bukanlah senang untuk mendapatkan barang-barang yang ingin diberikan itu. 
Keperluan untuk 1keluarga
 
Walaupun kita ingin memberi kepada mereka, rasanya tidak perlu beli yang "murah-murah @ ala kadar"... mentang-mentanglah mereka tak mampu!  Biarlah mereka merasa seperti yang kita rasa juga, bukan kita je nak merasa yang sedap-sedap :-)
Phewwww mengambil masa 3hari untuk packing (ye lah saya kerja malam-malam baru pulang dari pejabat, mana nak sempat packing dalam 1hari?)
 
Benda yang paling sukar sekali untuk dapat ialah MINYAK.  Boleh beli 2paket sahaja jdi saya memburu beberapa kali di kedai & syukur kerana kawan saya Fizi telah meng'offer'kan diri untuk mendapatkan MINYAK & BUDU.  Akhirnya cukuplah semua.. alhamdulillah.. terima kasih kerana bantu saya :-)

Shampoo, bedak, ubat gigi, sabun basuh, sabun pencuci pinggan, sabun mandi & minyak gamat

Saya juga membeli barang keperluan diri kerana bagi saya ia tidak juga pentingnya.

Sejadah, kurung kedah, yassin & tasbih (order dari Beautiful Tasbih)


Saya dan mommy ada juga memberi sumbangan tetapi biarlah rahsia apa menda.
Memang ada dalam gambar-gambar di atas ni.. ehehe tak mahu expose.  Biarkan mereka gembira :-)

*gambar saya adalah dari kamera sendiri, saya ralat apabila gambar-gambar di atas yang saya masukkan di FB tanpa tagging diambil tanpa KREDIT, sebab itu saya tag di blog ni*

7 comments:

  1. muga2 diberkati segala bantuan yg diberi mek tuu.. aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnn....

      eh kat blog tu tak buleh komen.. kenapakah?

      Delete
    2. dah buleh komenla mekk.. ehhhee, sori erkk

      Delete
  2. seronoknya....teringat kenangan bershopping bersama anak yatim beberapa tahun lepas. memang seronok bila tengok muka mereka tersenyum kegembiraan walaupun pada kita barang yang dibeli tu bukanlah apa sangat. huhhuuuuu...
    semoga usaha awak mendapat balasan baik daripada Allah...aminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan?
      happy sgt bila tgk budak2 tu terima sumbangan.. bkn setakat budak2 le.. mak pak atuk nenek budak pun happy.

      betul tu.. rasanya kalau bagi pensil upin ipin sebatang pun budak2 tu akan happy.. inikan pula yg lebih besar.
      bila lg kak aida nak bawak budak2 tu shopping sama?

      sy tidak harapkan balasan.. saya nak dorg tu happy jah ;-)

      Delete
  3. aku tak de fesbuk ko... boleh tak???? aku mmg nak salurkan kpd dorang.. tapi tak tau macam mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko add aku: deidaa@gmail.com
      id: dekda mohd. noor

      Delete