Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

18 March, 2015

Barang Dari Guangzhou Udah Sampaiiii!

Akhirnya setelah 5minggu kami tunggu barang dalam kepasrahan, sampai jua diaaa!
Ye la sebab masa 1st time tahun lepas, 3minggu barang2 yg kami shipping sampai, ni 5minggu.
 Masa 1st time aritu lori masuk area umah, ni anto angkut je.. ye lahhh lori besar gabaks weh!

Bos company shipping (en.saiful) cakap, kalau MUSIM RAYA CINA & RAYA POSE... memanggggg lambat sampai.  CNY puak2 chinese ni COTI 2MINGGU OK!  Dan kebetulan pulak kami pergi 1minggu sebelum CNY.. puak2 depa sendiri ramai giler duk shopping.
 Haaa seksi lah pulop!
 Ni jah barang yg kami shipping.. takdak duit mana eh!
 Sibuk mengangkut rompers

 Nampak tak rompers atas sofa tu?
Itu semua dina yang angkut ok.. kami tak de letak 1pun atas tu :P

 Tokey kusyuk kira stok

Dah kalau contoh rate sekarang:  memborong sleepsuit 1pek 50yuan = RM29.50 X 100pek: RM2950
Kalau rate dulu sleepsuit 1pek 50yuan=  RM25 X 100pek= RM2500.
Beza RM450.. fuhhhlamakkkk!
So nak tak nak terpaksala kami naik kan rega borong sikit huhu.


(harga sepeket sleepsuit tu sebagai contohlaaaa... takkan le kami nak kasitau harga sebenar KOTTTT?  hahahah!)
Usahawan cilik

Shipping cost kami pun RM180 je untuk 2guni tu.
1st time aritu RM200++.  Dulu sodap le memborongg nak rak sbb rate kita ok!
Hope next time currency kita naik lagi!
Kepala budoks 30ketui.
Aii tak tau la motip abam beli 2patung kecik tu.
Aiii nak patung display atleast buleh jual baju2 tshirt / pants.. tp abam tanak.. majuks aii~

Kami beli kepala patung lagi 30ketui, yang sedia ada 20ketui je.
Ramai pulok yang menanya nak beli (specially yang borong turban dgn sy & nak jual turban) tapi kami tak jual sebenornya ye la sebab kami nak bawak ke festival2.
Yang ada jual kat mesia pun susah nak dpt yg mcm ni (adaaaa tapi kat kl jah.. yg duk luar kl sian le.. muka tak cantik huhuhu).
Dalam bilek hotel susun2 dulu, seperate nak bawak balik & shipping

InsyaAllah ada rezeki lebih & panjang umur, kami mahu pergi lagi ke Guangzhou tapi nak berdua dengan abam jah.. nak kasi sesat barat redah naik metro / train / bus dorg hehehe.
Kata buat pakej.. kalu buat pakej, kena lah tau tempat mana2 kan?

-murahkan rezeki kami-

16 March, 2015

Borong Di Rumah- Tokey Cilik Pun Bz!

Sabtu lepas, ada 4orang customer datang memborong di rumah saya (1trip je ni.. semua kekawan salah sorang yang nak memborong turban baby).
Customer tgh pilih (yang nak borongnya tudung labuh tu).
Tokey cilik behave sangat haritu!

Mula2 customer ni wassap then dia suruh tunjuk gambar untuk dia borong.
Oh tidak lah sama sekali.
Bukannya ada 20lai tapi 200lai ++.
80% adalah berlain design.
20% lg patern yang sama cuma beza pada warna je.
Tokey cilik rekemen turban merah tu :P

Dia nak datang juga untuk pilih sendiri.
Ye la sbb rules kami.. nak borong online TAK LEH PILIH DESIGN.
Haaa para ibu2 sekalian sudah rambang mata bila keluarkan barang dagangan lain heee!

Terkejut gak mak jemaaahhh datang reramai nih.
Dah la masa dorang datang tu, barang2 dagangan yang bawak menega kat car boot sale tu tak kuarkan dari keta lagi, dorg dtg baru menggelabah nak kuarkan hehe.
Tokey cilik ralit kira stok

Mula2 kami laki bini tunjuk turban je.
Tu pun dorg dah rambang mata tak tahu nak pilih.
Masa tu ada 100lai lebih je lagi.
Kalau ada 300lai ++, lagi rambang mata dia kot kehkeh!
Tokey sibuk menyusun stok

Lepas tu dia duk tanya pasal rompers, sleepsuit... baru kami keluarkan.. katanya cecantik ++ nak borong tapi oleh sebab stok kami pun sikit sangat so takleh nak bg borong.. kena tggu stok dari china sampai baru boleh borong so dorg setuju.
Itu diaaaa.... lama gila tokey cilik ni bercakap kat hp.. pung pang pung pang keluar bahasa filipina :-))

Customer tu borong 45piece turban.
Tu pun dia nak jual borong semula.  Errr kompiyus makkkk... dah berapa hinggit pulok dia nak kasi harga borong?  Huhuhu tak pe la, at least dia buat sesuatu utk tambah income kan? :-)
Ok, tokey sibuk.. meh kita kuli ni layan customer geheheh!
(ada hikmah la orang gile harta tu amik barang2 dalam umah.. at least umah jadi luas.. buleh menega hehe!)

So next time customer tu akan repeat order lagi.
Biasanya saya je order, now kena ajar abam la deal dgn supplier.. mana le tau sy mati dulu.. takdela terkial2 abam nak order.. takkan la sy dah takde, bisnes turban setakat ni je kan? :-(

-saya ada impian tapi abam tak setuju.. BUKAN SENANG KATANYA, KENA BUAT ITU INI.. takde bisnes YANG TAKDE CABARAN abam! Hmmm-


12 March, 2015

Rezeki Masuk Awal Pagi

Selepas saya berbisnes ni baru saya faham apa maksudnya REZEKI MASUK PAGI-PAGI.
Lepas join festival2 bagai ni, kan start 10pagi tapi kadang2 sebelum 10pagi customer dah datang.
Kalau boleh, saya lebih suka menepati masa.
Tokey turban

Kalau kata buka 10pg, takkan lah 9.45pg baru nak bertolak dari rumah lepas tu nak set up booth sesikit.  Takkan setup booth 2minit aje kan?
Tapi sekarang selalu lambattttt je!
ABAM LE NI (haaa.. yg mcm ni tak pe kan ngumpat pasal abam?  ngumpat depan2 hehe)

Geng tapak car boot sale sebelah sokmo perli "lambat kak?"  Huhuhu!

Selalu lambat.  Cool all the time, asyik cakap SABARRRRRLAH.
Nak menega kat car boot sale start 5pm, 4.50pm baru nak bertolak.
Booth start 10pg, 9.40pg baru nak bertolak.
Adoi plis help help.. tolong lah tepat.
Ada nampak budak tak bawah tu hehe

Dah banyak kali customer datang masa kita setup booth.
Aritu customer tu tggu hampir 10minit tapi abam pulak nak ubah layout huhu, sian customer tu sampai customer tu tak sanggup dah nak tunggu & dia chow.
Hurm baru tau apa maksud REZEKI MASUK AWAL2 PAGI.
Kita ni tak.. tak boleh nak ontime.
Jaga la booth pulop!

Time deting dolu2 buleh pulak ontime?  Sob sob!
Td dgr kat radio.. rezeki masuk pagi.. let say cari brekpes tapi gi lambat contohnya nak mkn roti canai tp sbb gi lambat.. abis roti canai tu.. so perut tak masuk la rezeki roti canai aritu.. itu le ibaratnya!
Kami @ festival... kena bawak budak tecit tu, nak ajor dia minat bisnes... esok2 takyah kija dgn org.. kija sendiri lah kot?  Huhu!

Saya pulak semenja dari sebleum kawen mmg jenis TAJAM MASA (on time)... Kalau lambat pun sekadar 5-6minit.
Biasanya SAYA YANG TUNGGU ORANG... tersangaattttlah jarang ORANG TUNGGU SAYA.
Saya juga pernah REVERSE KERETA NAK BALIK RUMAH SEBAB KAWAN SAYA DATANG LAMBAT 17MINIT!    NASIB BAIK DIA DATANG, KALAU TAK.. SORRYLAH!
bukan payahpun nak ontime ni!  Semuanya bergantung atas DIRI MASING2 LA.. buat2 lembat, selowwww... lambatla jadinya.. bukan tokleh.. buleh je!  Grrr!

09 March, 2015

Turban Baby- Harga Kawan2? Ceh!

Alhamdulillah, stok turban baru datang tak pernah putus2 sejak Oktober 2015.
So far saya telah menjual lebih dari 800 helai turban dalam masa 6bulan.
Saya juga telah berjaya menjadi satu2nya pemborong turban di Kelantan.
Stok 200lai ++ pada 8 Mac 2015 (Ahad).

Syukur atas kurniaan rezeki Allah ni.
Saya pun tak ingat cemana boleh terfikir nak jual TURBAN BABY ni which is kalau dikira2,
beberapa orang je jual di Malaysia time tu.
Saya berani sahut cabaran + tanggung risiko.
Ye lah barang baru... kot orang takut nak terima.
Ni kazen sy tlg jualkan utk sy, kiranya MCM DROPSHIP tapi dia snap gambar sendiri, ye la.. umah kat sebelah je, jln 30langkah dah sampai hahahah.  At the same time saya tlg dia cari income sbb dia housewife.

Ikutkan time saya tanya abam.. BOLEH TAK KITA TRY JUAL TURBAN BABY?
Dia jawab TAHUUU!  TAHUUU! TAHUUU! ('taktau taktau taktau'... adussss, tensen makkkk!).
Tapi saya ni spesis SUKA TRY & ERROR... APA NAK JADI.. JADILAH... KALU RUGI.. RUGILAH.. KALU UNTUNG.. UNTUNGLAH!  (biasalah spesis tak dengar kata + degil + suka buat keputusan sendiri. Cukup benci bila dgr perkataan 'ORANG CAKAP... ORANG KATA'... Saya jenis bukan dengar kata orang, Saya sendiri akan try buat berbanding dengar KATA-KATA ORANG.  Sejak dari kecik mmg camni, sekian kekekekek!)
Ni anak selebriti pun ada beli turban dengan kami.  Alhamdulillah, comel katanya :-)

Kami bermula dengan 23helai turban je okeh!
Asalnya survey2 je, sekali supplier tu mcm serius benar so dalam keadaan TERPAKSA, beli lah jugak 23helai utk amik hati dia.  Sekarang kami regular customer dia.
Sampai je stok, dalam masa 3hari terjual 67helai.
Supplier pun terkejut yang kami nak repeat order :-)

Dalam keadaan terpaksa test market tu... huiiiii LAKU GILA OKE?!
Buleh tersenyum sampai jilat dinding hahahah!
Bermula dari tu saya cari lagi supplier (tak tanya sape2 pun, sendiri cari!) maka jumpa lagi & lagi.
Order lagi & lagi berterusan sehingga hari ni.
As usual, Dina buat inspection dulu hahaha

So far, saya ada REGULAR CUSTOMER.  Biasanya saya join festival 1x jah sebulan tapi ada juga customer siap cari saya di setiap festival, siap cakap LAMA DAH KITA CARI AWAKKK... KITA LUPA LETAK FLYERS AWK KAT MANA hahah.. mak oiii, kalau join tiap2 minggu, rugiii hooo. Kalau festival tu RM100 utk 2hari.. tiap2 mggu kami join :P
Jualan di car boot sale pada 6 Mac 2015 (Jumaat).
Rasa mcm tak percaya dengan hasil jualan RM500++ dalam masa 2jam sahaja.
Then pernah sekali jual kat festival... 1hari (10pg-10mlm), sale hanya RM800++.. sedehhh ok!
(roda2 kehidupan) :P
Followers kita tak ramai pun, tapi alhamdulillah tetap ada sale.
Up to this date, baru 874 followers

Saya juga ada customer tetap yg borong turban.
Mggu lps saje 2x dia borong.. arini borong lg ehehe.
Sebelum ni ada juga beberapa org wassap kami mintak no. supplier.  Maaflah, itu bukan caranya nak CEPAT UNTUNG.  It means untung di bahagian dia lah sebab tak perlu susah payah cari supplier ni.
Padahal kami ni dari awal tak pernah mintak sesape pun, semua kami cari sendiri susah payah, terkial2 semua ada.. tup2 sesenang mintak nombor?  Tak de intergriti ok!
Kalau kami berminat gila dgn produk tu & nak jual, takde nya kami nak tanya pemborong tu NO. DIRECT SUPPLIER... kalau mintak jgk, mmg tak berhemah!
Muka terpaksa pakai turban, payoh sangat nak pakai.. hadoihh!

Kalau jual kat ofis pun ok cumanya saya tak suka bila keluar perkataan JUAL HARGA KAWAN-KAWANLAH / KESIAN LAH KAT KITA, KITA KAN REGULAR CUSTOMER TAKKAN TAK BOLEH KOT.  Eii seriyus benci dengar perkataan tu.  Kita tak de mengamalkan terms HARGA KAWAN-KAWAN OK!

Itulah susah senang + cabaran.. banyak lagi nak cite tapi kita ni menega tak sampai 1tahun lg, tak layak nak bercakap pasal bisnes banyak2 :-)
Tapi kami ada cita2 yang belum tercapai dalam dunia perniagaan ni :-)

JOM SESAPA NAK BORONG TURBAN BABY KIUT MIUT, HABAQ KITA NAAA?
012-3308551


02 March, 2015

Promote kat Instagram @ FB?

Ni khas untuk seller2 yang meniaga seperti kami laki bini.
Dulu kami obses dgn FB.. memang tak nampak langsung dengan IG.
Memang ada tapi tak aktif + tak reti pun.  Sekali kazen saya kata IG tu lg best bisnes tapi kami cakap KAMI TAK RETILAH DENGAN IG nih.
 Di FB memang ramai LIKERS tapi mostly suruh PM PM PM.. aku tak paham!

Sekali bila start godek2 IG.. ehhh bestlah!
Customer di IG lebih 'memahami'.
Tak mcm di FB... kita dah bagi details / harga / dll information bagai, tu pun berderet2 taip PM specially kat group2 bisnes.  PM hapekebendanyaaa?
Customer nak barang, takleh PM kita dulu ke?
di IG.. walaupun belum ramai FOLLOWERS tapi alhamdulillah, bisnes lebih maju di sini compare di FB, walaupun di certain gambar saya tak letak harga (sebab nak jaga bisnes orang lain jgk weh)

Pelik sungguh!
Serupa korang gi kedai lah, dah ada harga tapi tanya lagi YANG INI HARGA BERAPA EK?
Hrmmmm!
Saya ada cita2 nak letak barang kat vendor butik kat atas ni tapi abam tak berani.. kontra sungguh dengan saya yang SUKAKAN CABARAN.  Tak cuba tak tahu kannn?!  Status FB ni mendapat sokongan rakan2 saya :-)

Haaa aku marah ni marahhh haha!
So now memang kami laki bini takde promote2 kat FB PAGE dah.. ENOUGH lah!
Kalau ada promote pun, kat personal FB hehe!

-kadang2 terhibur layan customer yang mcm2 pe'el nii ahaks-