Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

19 August, 2013

Puasa Penuh

Once in my life... inil kali pertama saya dapat berpuasa penuh.
Fuh cabaran sangat sebab 1st day puasa dah kena drip.
Paling best bila 3-4hari pertama puasa.. letih teramat,
nak cakap dengan orang pun malas tapi ku gagahkan jua hehe.
Paling best lagi bila balik kuarters, naik tingkat 2 dengan tangga.
Sampai umah.. cakap kat abam "saya nak buke pose buleh?"  Alasannnya:  penat naik tangga + dahaga je pun!  Time tu 2pm.  Abam jwb "jangan mengarut bulehhhh?"  Hihihi!
Ok maka dengan itu, berpuasa penuhlah ini tahun!  Kalau takde abam, aku kompim2 la buke pose (iman goyah kaedahnya wahahaha).
Tahun depan pasti tinggal pose (tanak oooiiii puasa penuh lagi.. kasi iolsss rilex dulu blehhh?) :D :D :D

15 August, 2013

MC 4hari

Tadaaaa... aku buleh MC 4hari (tp bukan berturut la).
2 hari pada 6-7/8 (Selasa-Rabu) & 2hari lg pada 14-15/8 (Rabu-Khamis).
Sebabnya.. mataku bengkak!
Sebelum raya belah kiri,
lepas raya belah kanan.. sabor je lah! :P
MC pertama gi KK Tendong, Pasir Mas.
Dpt ubat, tapi lepas surut je, bengkak kanan pulok!
Raya pun dengan sakit hati hihi!
 MC kedua gi KK Kota Bharu.
  • Dokto:  Bengkaknya mata!  (Sesambil tarik tempat bengkak)... kena ABSES ni.. awk operate ye, lembik dah ni.
  • Aku:  Adoiii sakit dokto!  OoOoOoooOOoo ABSES?!!!  Tapi ABSES tu gapo?  (mentang2 le aku kija Kesihatan.. ingat aku tau ke bahasa2 kesihatan?) :D
  • Dokto:  ABSES tu ada nanah... tengok mata kiri awk pun mcm bengkak lg tp dah surut sikit.  Nanti refer ENT lah, buang nanah.  Ke nak mkn ubat dulu?  Sbb awk kata makan ubat pun tak jadi apa-apa, still sakit.
  • Aku:  Operate?  He he he.  Takpo, sy make ubat dulu la... smula-smula la operate :D
  • Dokto:  Ok balik ni awk make ubat dulu, kalu tok siar (sembuh) jgk, awk dtg semula la, sy refer ENT & operate. 
  • Aku:  Ok ok.. terima kasih!
Operate?  Tidak leeee!  Nanti tenyeh bawang putih kasi pecah itu nanah :D
Syoknya, dah lama tak kija... bahagia kat umah, ahaks!

13 August, 2013

1st time raya berdua 2013

Raya tahun ni 1st time raya berdua.
Tahun lepas berdua jugak le, tp belum kawen.
Tahun lepas berdua sebab arwah mak beraya kat kl, tahun ni dia dah meninggalkan alam fana.
 Lps solat raya, ralitnya abam isi duit raya!

Cam biasa solat raya kat Masjid Telipot.
Pergi 8pg itu kalu... kena solat kat luar le kaedahnya!
So kena gi awal-awal. 
Adik beradik abam 9org.. harusla anak2 buah pun ramai khennnn?
Tapi note RM10 tu saje je tuh... gila kawwwww nak bagi rm10 sorang? :P

Sebelum gi solat raya, buat brekpes dulu.. goreng nasi goreng bodo-bodo jah, alas perut.
Padahal kalau bulan Ramadhan, buleh je buat apa-apa tanpa makan! :D
Sofa fav. tiap2 kali raya.  Nak tukar la rasa.. boring!  Org tua2 jah minat sofa mcmgini!
Peluk erat2, nanti orang sambar kehkeh!  Oh lupa pulak, LAKI AKU KAN JAHAT.. TAKDE GUNA SAMBAR KAN?  (KATA KAUUUU!)
Tak buleh tak bertepek..  kakakaka.

Usai solat raya, macam biasa singgah kubur dulu.
Pastu balik umah bersiap-siap, abam tanya "tanak beraya dengan saya ke?"  He he he aku dah sengih-sengih malu.  Sudahnya tak beraya dengan abam pun, sibuk bergambo jah :P
Terserlah la pulok!  Tak pasal2 kantoi dengan MIL, jenuh berahsia ahaks.

Lepas tu gi beraya umah mertua.  Alamak, ada 3org jah... mak dgn adik ipar gi beraya umah sedara dekat tu so gi lah jugak kami.  Makan sikit jah sbb dah makan triffle yg abam buat kat umah.
Jumpa MIL kat situ, dia ajak gi umah jiran-jiran dia... ikut je la kita :D
Anak buah abam yg paling bam bam (Nabil)... umor baru 5, tp semangat.. fuhhhh!

Masa gi umah kawan MIL tu, kawannya tanya "eh awk peknen ke?"  Aku sengih-sengih je la, YE KAN TAK.. TIDAK KAN PUN TAK.  Dia tak puas ati, tanya lagi "ke awk tak peknen?"  Aku still sengih jah.  Dia pi tanya MIL aku "peknen ke dia?"  Gulp, MIL aku mana tau sbb kami tak bitau.. tp jawabnya "kalu nampak lain, ada la tu!" Ngaaaaa!
Raya umah MIL.  Tak bergambo dgn FIL sbb dah tak pakai baju raya huhuhu buleh camtuh?
Bg duit raya noks!  Ek sungguh.. mcm orang lain tak bg duit ry je kan?  :))

Balik tu baru gi umah FIL semula, beraya dengan MIL & FIL.
Masa nak balik tu, SIL pulak tanya bila tengok perot aku yg segan mati tak mau nampak ni "Da, ada isi ke?"  Aku jwb "hehehe ye, ada le tu kot".  SIL tanya berapa bulan?  Aku pi tanya abam "berapa bulan?"  ahahahah sebenornya malas nak bgtau lagi le.. baru 15mggu.. rilek le :D
Duk tak lama kendian, balik rehat (@ dgn kata lain... TIDO!).
Pukul 5pm ++ kak elly (sukarelawan sanggarsuri) datang beraya.
Mak oiiii semua merah.. striking gitu hihi.
Jamu lah apa yang ada (nasib abam buat triffle he he he).
Aku kenal kak elly melalui sukarelawan lah.. tahun lepas banyak join tapi tahun ni banyak tak dapat join.. sumbang barang-barang keperluan jah UNTUK SESIAPA YANG BETUL-BETUL MEMERLUKAN... INsyaAllah join lagi! Ajar budak kecik ni pulak!

SALAM AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR BATIN KAT SESIAPA YANG BERKENAAN SAHAJA... yang tak berkenaan.. aku tak kuasa!

04 August, 2013

Shopping Raya Dgn Anak Tiri (opsss Step Daughter)

2 Ogos 2013 (Jumaat).
 Effa dgn kucim bucuk aku :D

Jumaat lepas for the 1st time keluar dengan step daughter aku (sebut ANAK TIRI mcm tak best lah pula hehe), setelah 4bln ++ kawen.  Bukan senang nak jumpa budak-budak ni, waima dengan abahnya sendiri pun susah nak jumpa (paham-paham sendiri la ye!).
Mimi (9thn), Mira (7thn) & Effa (3thn).
Abahnya, mira & mimi dalam keta nak gi sopping kat Billion (orang kaya buleh la soping kat PAVILLION ahaks)
Ingat aku tak berdebar + tak takut ke nak jumpa budak-budak ni?
Takut sebab budak-budak tu benci aku & tak buleh terima aku eheheh patut aku le yang rasa gitu kan tapi tak rasa pung!
Mira majuks sebab dia nak pensil warna!
Selepas solat jumaat, berlari-larian la budak-budak tu naik ke tangga umahku, tetiba ter'stop' lari bila tengok aku.
Terkejut kot tengok ada orang lain duk dgn abah dia huhu tapi aku tapi dorang dah tau le aku dah kawen dengan abah dorang & aku just say HIII.. NAIK LA! Aku pulok yang berdebor kehkeh.  Tapi budak-budak tu sengih-sengih je.
Kami ok jeeee.. ada yang makan hati ke?  kehkehkeh!

Tak sampai 15menit, mesra alam dah budak-budak tu dengan aku:D  Masa ontheway ke Billion nak shopping baju raya tu... MAMA  NYA PULAK CALL,  lepas tu dapat sms BAHASA 'INDAH' DARI BELIAU (Dengki ke aku meriba anak dia???!!!.. kuang kuang kuang!) & perlu tak aku tunjuk sms itu kat next entry?  Opsss!
Effa sudah penat, siannn!

Sampai je Billion terus suruh budak-budak tu pilih sendiri baju yang dorang suka.
Mimi teragak-agak nak pilih (takut kena marah gamaknya heheheh).
Lama juga la kat kids department tu, tawaf hampir 2jam jgk lah!  Kasi puas hati budak-budak.
 Budak tecit yg sengih manjang :D
Happy dengan hasil shopping
Lepas tu gi stationery department pulak, tgk jam dkt 6pm dah tapi banyak lagi tak sempat beli so balik dululah sebab budak-budak pun dah letih (akupun letih daaaa... rasa penin-pening lalat erkkk).
Abam cakap budak-budak tu panggey aku UMI tanpa disuruh.  Aku pun tak suruh, otometik kuar dari mulut dorang.  Heeee :D
Abahnya sendiri yang susun hasil shopping, excited kan? :P

Balik tu, abahnya pulak yang excited snap gambar shopping raya hehe.
Layankan je la kan?!  Budak-budak pun excited tengok barang yang kami belikan kat KL aritu.
 Ehem... KAMI OK JEEEE!  Kenapa, tak percayaaaa?! :D

6.35pm mimi mintak inai suh pakaikan.. erkkk mana sempat?  Kita gi bukak pose dulu!  6.50pm gerak ke Restoran Mustaqim di Mulong untuk berbuka pose.  Booking siap-siap dgn menu.
Mimi tengok semua gambo-gambo dalam tablet aku termasuk gambo kawen abahnya dengan aku ehehe.

Menu tu, budak-budak ni pileh sendiri.  Mula-mula mira cakap nak AIR STRAWBERRY.  Errr spontan aku cakap EH, MANA ADA AIR STRAWBERRY.. KAT CAMERON HIGHLANDS ADA LA!  Pastu abam bisik "AIR BANDUNG LE TU!"  oOOOook paham :P
Lepas berbuka,balik umah atok nenek dorang. 9pm janji nak antor dorang pulang.
8.55PM abahnya anto budak-budak tu kat PETRONAS, aku tak ikutle... NAK CARI NAHAS? :D
Tunggu je la kat umah MIL dulu.

Uhuks bila buleh jumpa lagi dengan budak-budak ni hmmm :-/

NOTAKAKI:  AKU BUKAN TIPIKAL STEP MOM YANG KIJAM & BUKAN TUNJUK BAIK DENGAN BUDAK-BUDAK TU SEPERTI YANG DIKATAKAN.. AKU TAK RETI BERLAKON.. SORRY!  :P :P :P


01 August, 2013

Hotel Yg Kami Stay di KL

Rutin tahunan pergi shopping raya kat KL.
Dari dolu-dolu meme aku shopping lone ranger.
Kawan nak shopping sesama dengan aku.. sorry, tak berminat! SERABUT!  Sekarang tak buleh lone ranger, musti ada abam jugak he he he!
The room

Jumaat 26/7/2013 bertolak dari umah di KB 3.30pagi.
Bajet gerak 2.30pagi tp aku mamai... 1.15pg dah bangun terkucil pastu ckp "sambung tido jap ah sampai 1.45am.. sudahnya terlajak sudaaaah!"
The shower

5.25pg sampai R & R G. Musang.. tak sempat makan nasik, makan markaroni yang aku bawa je.
Lepas solat subuh, kasi abam tido jap.. 7pg gerak!
Sampai KL 10pagi tapi sebab awal sangat, singgah le kedai ronda-ronda jap hehe.
The sink / mirror

10.50pg sampai hotel tapi tak blh check in lg even kami request early check in sebab bilek tak ready lagi.
2pm baru siap.  Kami beli siap-siap kat AGODA.
So gi le JJ Wangsa Maju redah jem.  Jauh pun jauh le!  Shopping di situ!
Depan bilek kami

2.15pm sampai hotel, dah buleh check in, amik bilek yg paling kecik jah.. aiseh air cond bocor pulak, so tukar 1bilik lagi tang tuuuu jugak.. nasib baik ok hehe.  Toilet bersih! Aircond running well!  TV jah la takdak astro!  Padan le dengan hotel bajet tu!  Oh betul-betul bawah hotel tu kedai makan, takyah sesusah nak drive jejauh untuk sahur! :D
Entrance

Receptionist pun very helpfull.  Masuk bilek.. apo laie, tido la... syok jah.. setakat nak gi bulan tu, orait je kihkihkih!  Petang tu baru keluar :P
Sempat la skodeng bilek sebelah.. huiii bosarnya!  Tapi buat apa kami beli yang besar-besar?  Ada anak buleh le! Heheheh.
Oh ya bilik aku ni RM87/nite (including tax).
Bukannya susah sangat, bayar je!

Nama hotel.. rahsia, sebab blog aiii kan ada PENYIBUK!
Kata benci?  Kalau benci.. baca buat apa khennn?  Tak malu???? :D

Sape-sape nak tau, sila emel deidaa@gmail.com