Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

24 September, 2014

SsssSssSss... Ularrrrr!

"awakkkk... awakkk.. ularrr...ada ulaarrr kat sakkoba... awakkk!"

Gile nebes aku! Menggigil tangan sambil tutup mulut.. udahle tengok ular depan mata..besau pulok tu!  Abam selamba je tanya?  "mana?  kat mana?  duk mana, besar mana?"  Hadoiii dah la aii tengah nebes hahaha.
Menyusup ke sana ke sini.. huish!

Abam gi intai2, takde.. cepat pulak makhluk tu menyorok.
Abam siap naik atas meja mengintai hahahaha.
Lepas 10minit suluh baru jumpa balik.. tengah melingkar kat bawah almari pulak.. haihhh!
Setelah lama berdisuki dengan ular tu, tapi takmo jugak keluar.. kita lanyak dia je la.. terpaksa!

Abam call pok long nya Irdina suh datang.
Pok Long suruh buat macam2 tapi saya tau abam takot jgk (hish aii lagi le takut.. yekkk!).

Sesambil tunggu Pok Long Irdina datang, mcm2 cara abam buat.
Suluh ular la (kompim2 lah tak kuar kan kekeke) / campak belerang la.. tapi tak mo jugak.
Setelah dipalu

Pastu Pok Long Irdina sampai.
Pergh dengan ganasnya Pok Long terus rapat kat ular tu hahahahah gila beraniii?!!

Pok Long amik galah tolong jolokkan, buh kerawat untuk umpan ular tu.
Sejam lebih jugak berusaha untuk kuarkan ular tu tapi still tak nak.
Susah betul nak 'berurusan' dgn makhluk tu.
Pok Long nya siap pegang lagi ular tu.. erkk yek geli!

Sudahnya makhluk tu tetiba jadi garang maka nak tak nak.. zassss aje le... abistu penat le takmo kuar-kuar jugak!
Palu pale dia terus.. tamatlah riwayat makhluk tu.  huhu takut aku!
Besar jugak kan ular sawa tikus ni?  Bintik2 tu ialah hujan turun rintik2 kekekek

Takut dia patuk Irdina je.. sian la anak aiii.
Aii pun takut gak.. erkkk!
Udah-udahla bertandang ke rumahku wahai ular :-(

22 September, 2014

Ada Rezeki Walaupun Hujan Membasahi Bumi

Ingat tak saya cerita yang kami dah dapat TAPAK KEKAL CAR BOOT SALE KB tu?
So haritu punyalah semangat berkerbau-kerbau berkobar-kobar nak menega, sekali masa bertolak dari rumah.. ujan rintik-rintik.. hati menangis siapa yang tahu.
12/9:  Belakang tu my officemate.. bukak2 dalam bonet je.. actually time tu masih lagi rintik-rintik

On the way tu, saya ckp kat aba 'NAMPAKNYA KITA GI MELABUR DUIT KAT MALL JE LA, NAK MENEGA CEMANA UJAN NI?'  Abam ckp 'KITA TUNGGU SAMPAI 6PTG, KALAU UJAN KITA BALIK LE'.
 12/9:  Lengan sebab hujan, peniaga pun tak ramai tapi sebenarnya sayup pandangan mata, ramai je yang meniaga (panjang ni oiii.. hampir 60kereta kalau betul2 hari tak hujan).  Meriah gila uolss!

Tunggu punya tunggu, tetiba ofismet call tanya AKAK TAK MENEGA KA ARINI?
Sy ckp "tak menega lagi sbb ujan tp duk dlm keta je nih tunggu ujan reda".. pahtu opismet ckp SAYA DAH BELAKANG KETA AKAK.. NAK BELI BARANG NI.. hoooo?

Hujan pun hujan lah.. ni baru JUALAN BUKAK BONET namanya.
Sepah-sepahkan je dalam bonet tu haha.
Dia baru je bersalin.. baby baru 42hari hihi.  Nasiblah ada payung :-)
19/9: Barang dah makin berkurangan sebab dah abis stok, nasib lah jumaat ni nak guangzhou hehe

Pahtu ujan reda, terus kami bentang tikar.
Tu pun ada yang datang tanya KENAPA RAMAI TAK MENIAGA YA?
Errr UJAN KAKKKKK huhu akak ni pun, logik ka nak meniaga ujan2 ni.. heheh saborlah hati :P
19/9:  Kanan tu tak gi meniaga lah pulak.  Kiri yg ada van tu jual barang baby jgk.
Sebenarnya kami serba salah jgk dgn dia sebab certain barang sama, kami blh jual murah dari dia.  Kalau selang 2 3tapak ok jgk, ni betul2 sebelah huuhu tp takpe, dorg laki bini muda belia cam kami (perasan skit) & we're frenz ok!
Lps balik china, kompim full la tapak kitorg ni hehe.

Alhamdulillah rezeki tetap ada walaupun hujan.
Semoga rezeki ini berterusan & kami akan tetap teruskan walau ada yg nak tengok kami jatuh miskin & idup susah.  Ingar.. rezeki bukan di tangan manusia tapi di tangan Tuhan!

17 September, 2014

Yea, Kelate Buleh Coti Peristiwa!

Dengan sangat bangganya saya ingin menyatakan kepada warga Malaysia (yang tak stay Kelantan lah & kepada rakyat Malaysia yang masih belum tahu), bahawa 25 September 2014 (Khamis), Menteri Besar Kelate isytihar sebagai Coti Peristiwa sempena Pengkalan Kubor mengundi hehe.

Maka dengan ini selamatlah coti saya sehari sebab malam tu saya dah nak bertolak ke KLIA2 (esoknya tu kan saya nak gi Guangzhou hehe!).
Plan awal abam pulak dia nak amik off maka selamatlah jua off dia sehari & bawa ke 1-2/10/2014.
Maka dengan ini saya tidak akan menghadirkan diri ke ofis dari 25/9-6/10 (12hari) = apply coti 5hari jeee (balance lagi 14hari).  Abam pulak apply coti 3hari je (2hari lg dia guna off- maklum le kije on-call khennnn?)  Heeee!
Jom lah duduk kelate.. banyak gile coti peristiwa kat sini:

  • Menang bola ke, Kelate masuk final bola ke (tak kira menang @ kalah), kompim dapat coti peristiwa punye hikhik.  
  • Coti raya haji default 2hari
  • Keputeraan Sultan Kelantan pun 2hari hihi!  (saya sayang sultan saya yg humble itu hohoo)
Adakah luggage kami akan beranak pinak lepas balik dari Guangzhou nanti? :P
Selamat bercoti kepada sesiapa yang bekerja di Kelantan :)

15 September, 2014

Hobi Irdina...

Ni hobi Irdina.

Dia marah pulak kalau abahnya stop... ish ish ish.
Yg ni memang tak buleh blahhh laaa... mmg suka sgt dia wat camni.
Meniru org nombor 1 heheheeh!

Akan ku bawak video2 ini masa gi Guanzhou nanti sbg pengubat rindu :-)

11 September, 2014

Jangan Bagi

Haritu organizer Car Boot Sale (CBS) Tesco KB pesan kat saya "KAK, KALU ADA ORG NAK DOKONG ANAK @ NAK PEGANG ANAK.. JGN LAH BAGI.. MINTAK TOLONGGG SANGAT SEBAB SEKARANG NI MCM2 BERLAKU.. JUAL BUDAK LAH, AMIK ORGAN LAH, SEKELIP MATA JE BOLEH HILANG DARI PANDANGAN"

 Amboiii, sodapnya kaki dia naik atas tuu hehe

 Mata bolaaaat, pipi kembongggg

Dia ckp camtu lepas dia mintak nak dokong Irdina saya bagi.
Ye lah.. borak punya lama, saya bagi je lagipun dia memang ada kat situ tiap-tiap minggu heheh.

Apaaaaa?  Ada orang dengki dgn Irdina kata Irdina kurus & hodoh?  Ada Irdina kesahhhhhh, yang penting Irdina ada rambut peleseuuuu.  Hihi.

Eiii kalau organizer tak pesan camtu pun, memang kami tak akan bagi sebarangan lah.
Anak orang tu wei, bukan anak patung hehe.

10 September, 2014

Alhamdulillah- Akhirnya Kami Punya!

Setelah sekian lama KEPINGIN nak kan tapak kekal atas nama kami di CAR BOOT SALE DEPAN TESCO KB, maka IANYA TERNYATA MILIK KAMI.
Tapak kami di CBS Tesco KB (betul-betul depan Sireh Kopitiam).
Mak si Kak Ngoh tu la yg ckp DAH MISKIN SANGAT KE JUAL TEPI JALAN?
Ye la kami ni miskin harta tapi kami tak mencuri harta orang pun opsss :P

Bulan lepas bukak pendaftaran baru, kami laki bini cuba nasib tapi malangnya organizer bagitahu TAPAK NI UNTUK ORANG-ORANG LAMA JE, TAK BUKA UTK ORANG BARU.  Frust tak terkata :-(
Tak sangka dapat 74likes kat FB (tak pernah-pernah dapat like sebegini banyak selain gambar 1st irdina huhu). 

Kami teruskan bukak bonet di Queenspark Tmn Tengku Anis, Pengkalan Chepa walaupun hanya 2 3kereta je meniaga tapi kami tetap tak berputus asa nak menega (asalnya hampir 40kereta tapi attitude seller tu sendiri yang membuatkan muka2 sama je yg gi meniaga hmmm).
Bunting bukak tapak, yg register memang ramai tapi yang gi meniaga.. nan hadoooo!
Organizer ni tak sama dgn Organizer CBS Tesco KB tp geng2 dorg jgk.

Tapi saya tetap berharap nak di Tesco tu sebab pemilik Tapak yang selalu kami tumpang tu.  DIA JUAL TAPAK.  KAT SAYA DIA AMIK RM30 & DGN ABAM, DIA AMIK RM40.. padahal 1tapak tu RM15 je.  Tapi dia tak tahu lah kami laki bini hahahaha, kami gilir2 bertanya la, kalau dia tau kami laki bini, harus dia tak bagi :D
                                 Buka bonet kat Queenspark.. kelihatan tak ramai pun!

Kebetulan Jumaat lepas kami tak tahu nak gi mana selain ke ATM so tetiba saya terfikir "abam, jom gi car boot sale tesco, jamu mata je lah, boleh beli apa2"... park depan tapak kitorg, sekali Mat Yie tapak sebelah tak meniaga pulok.  Pastu tetiba abam CALL ORGANIZER CAR BOOT SALE tu.. kebetulan dia ada di situ maka gi lah jumpa.
Ni kat bukak bonet kereta @ queenspark, pengkalan chepa.. tak ramai~

Tanya dia TAK BULEH NGEJAS KE TAPAK 50 TU SEBAB DIA TU JUAL TAPAK KAT ORG LAIN, SANGAT JARANG LA DIA GI MENEGA PUN (WAH KELAS KAU JAHHH MENGADU GITTEW).  Diskas punya diskas, organizer tu pun bg tapak 50 tu kat kitorg so tapak tu HAK MILIK KEKAL KAMI SELAGI BERLANGSUNGNYA BUKAK BONET TU sebabnya empunya tapak asal tu la yang membuatkan imej CBS rosak sebab kami mempersoalkan KENAPA BAGI DIA JUGAK SEDANGKAN SYARATNYA TAK BOLEH JUAL TAPAK KAT ORANG LAIN ehehe.
Register & bayar tang tu jugak!  RM260 utk 3bulan.
Date ada (*) tu kena byr utk 3bulan berikutnya.
Ada hikmah bila:  abam ajak saya keluar + gi ATM sy amik RM lebih + tetiba teringat nak gi CBS dpn Tesco + sy tak delete sms matyie yg ada no. organizer tu, padahal pg tu sy duk delete2  sms lama-lama so abam buleh call.
Kalau tak, tak dapat tapak tu :P
Ni masa 1st time kami menega bukak bonet

Ni car boot sale kat UK hehehe

*sebab utama kami beriya nak TAPAK KEKAL IALAH KERANA MEMANG MASYUK LA JUAL KAT SITU.  LAGIPUN MEMANG STRATEGIK, ORANG GI TESCO KOMPIM-KOMPIM LA BAWAK DUIT BANYAK.  KALAU QUEENSPARK ORG TAK BAWAK DUIT BANYAK SBB ORANG GI BERSUKAN heheh*  (TAPI SAYA BOIKOT TESCO.. SAYA BERNIAGA DEPAN TESCO JE) :P

08 September, 2014

Buat Report Polis Lagi!

AWAS.. ENTRY SEPARA PANJANG!
KALAU MALAS BACA, TENGOK VIDEO & GAMBAR JE SUDOHHH!  :P

Haaaa, ingat tak pada entry ni?
BELIAU KEMBALI... LUCUNYA! & NEKAD REPORT POLIS.
Ni kiranya sambungan kepada entry-entry tu la.

Kami gi buat report polis buat kali ke-3.
Kali ni atas nama abam sebab bawah tu untuk SESIAPA YANG BERKENAAN (senang le nanti nak dapatkan hak jagaan anak!).  Kalau report atas nama saya, tak boleh tuntut la sebab bukan anak kandung saya.
Bercekak pinggang uolss!
Pastu dia tutup pintu semata2 nak gi marah abam sentuh keta dia, padahal dia yg suruh abam amik anak-anak dari dlm kereta.. WADDEHEKKK?

Kesnya sebab PEREMPUAN SAIKO TU DATANG BUAT KECOH KAT RUMAH KAMI.
SIAP TENDANG PINTU RUMAH LAGI HOKKAY?!
Bila gertak nak report polis.. katanya MU REPORT LA NATE.. AKU TOK TAKUT PUNG!
Kak Ngah (baju merah) & Iffa (ditinggalkan tanpa selipar), mereka kelaparan.  Nasiblah saya beli kuih sebelum sampai umah.  Kak Ngah tengah ckp dgn Mak nya yg saiko itu.
Hansem jugak abam aku ni, patut la pempuan tu duk gila talak lagi opsss hahaha

Mula-mula saya nampak dia tu masa saya sampai di gate rumah, dia follow dari belakang, saya cepat-cepat naik rumah & kuncikan diri then saya call abam suh cepat sikit.. cakap punya selow supaya tak bagi PEMPUAN SAIKO TU DENGAR sekali bila dah tendang pintu sampai bergegar umah.. saya pun mengamuk juga.. MEMANG SAYA HILANG SABAR.. MACAM2 JGK LE SAYA KATA.. LAST SEKALI SAYA TANYA= MUNG NI GILO KO GAPO?  MU SAYE (SAYANG) KO FIZI LAGI KO?  KALU MU TOK SAYE.. MU TOK MARI SINI.. TOK PUAS HATI LA TU!

Datang rumah orang tak diundang.. semata-mata menuntut YURAN RM37 pergh!
Katanya AKU GUNA AIR LIUR PUN DAH DPT DUIT TAK MCM KO MISKIN TEPAKSA MENIAGA TEPI JALAN:  tp aku tengok takde pun keluar duit dari air liur dia kekekeke

Pastu dia membebel entah apa menda taktau...eiiii seriyus geram!
Oleh sebab saya tak buka pintu, dia siap gi rumah sepupu sebelah duk terjerit-jerit kat situ.
Oh maiiiii?  Sepupu sebelah rumah tu dah la tunggu masa nak terberanak + baru pindah sini, memang tak tahu langsung kes MINAH SAIKO ni.  Saya pun terus call sepupu tu minta call polis. Kebetulan abam pun sampai rumah tapi saya dah pesan la jangan amik Irdina lagi, kang tak pasal-pasal MINAH SAIKO tu buat apa-apa kat Irdina.
Udahlah bawak anak-anak.. tak pasal-pasal semua anak-anak meraung!
PEMPUAN SAIKO TU PUN TERJERIT-JERIT ALA-ALA KIKI.
Abam gi dokong anak bongsu dia.
Dia membebel apa menda tak tahu, sesambil pegang anak ke2 dia.
Lps marah-marah, sengih lepas tu GELAK.. GILO KO APO?!
Haiii dah nak balik ke?  Hp touch screen tapi nak berFB tak reti.. adoiii!

Time tu saya tak turun la, kang tak pasal kena penampo jepun hehe.
Udahlah dia marah abam sentuh kereta dia (masa nak amik anak dari dalam kereta), katanya TU KETO AKU.. BUKE KETO MU... amboi.. ABIS TU YANG KO DATANG BUAT TAHIKKKK KAT UMAH AKU BULEH PULAK kan?

Yang last sekali saya tak tahu dia bebel apa, dia blah!
Tinggallah anak ke-2 & bongsu kat kitorg tanpa meninggalkan sehelai baju.
Yang bongsu TIADA SELIPAR.
Hasil dari 'campak' anak di rumah kami.

Lps tu gi cerita kat sepupu sebelah rumah, dia sendiri pun kata MINAH TU NAMPAK LAIN MACAM, ckp pun mcm merepek-repek.
Memang betul, dia call.. cakap dengan anak ke-2 tu... bila MAMANYA NAK CAKAP DGN YANG BONGSU, SI BONGSU TAK NAK CKP PUN DGN MAMA DIA & TAK NAK BALIK PUN hihi!
Kasi dorg makan, mandi semua.  Nasiblah saya ada jual jugak baju budak beberapa helai, boleh la dorg pakai.. ada hikmahnya :-)
SURAT ADUAN kepada PENGARAH HOSPITAL / KETUA JABATAN DIA & MATRON

Abam 1aduan 3helai & saya 1aduan 5helai.
Esoknya dia masih sms katanya AKU NAK GELAK BACA REPORT KO, KITA TENGOKLAH NANTI SIAPA YG MALU!
Aik, dia yg dtg serang kat umah kita, kita pulak ke yg akan dpt malu sbb REPORT POLIS?
Mental tahap kritikal dah gamaknya PEMPUAN SAIKO ni heheh.
*KALAU SAYANG CKP JE LA SAYANG LAGI, TAK PERLU KOT BUAT MACAM ORANG GILA MEROYAN.  BARU KU TAHU ORANG GILA TALAK CAMNIH hehehe*\


04 September, 2014

Jual Bukok Bonet Low Class?

Setelah beberapa minggu tak pergi meniaga (sebab ramadhan & syawal), kami pun pergi lah menega bukak bonet kat Pengkalan Chepa.

Letak camtu je lah.  Letak price tag sesiap.
Anak sulung abam bersama kami :-)

Sebelum tu kan saya penah cakap bukak bonet dpn Tesco KB.
Lepas tu kannn... ada lah MAKHLUK ALLAH tu cakap MU DAH MISKIN SANGAT KE MENIAGA TEPI JALAN?  KALAU DAH BANYAK HARTA, BUAT APA  MENIAGA TEPI JALAN!  LOW CLASS!
Irdina main jelir-jelir je sekarang ni hehehe.  Org yg mengata low class tu teringin datang car boot sale tapi takut kena boo kot hahahah

FUIYOOOO... tak semestinya banyak harta tu kena dok diam-diam je kat umah goyang kaki.
Keluar le dari umah TENGOK ORANG / CARI PENGALAMAN / CARI KAWAN kannn?!
Kiri kanan takde kereta sebabnya haritu 2kereta je jual camni hahaha takpe, janji bukan tapak haram... kami bayar ok!  Hasil jualan tetap ada :D

Kat negara mat saleh (glamer kau saleh! hihi), dah berzaman dah dorg jual bukak bonet je, bangga je dorang, dapat sambutan hangat lagi!  Orang duk dalam gua je kot yang tersekat fikirannya, maklumlah takde newspaper / tv / internet / hp kot kehkeh!
Stok barang tinggal tu je, ujung September ni kita gi borong sampai pengsan

Apa-apapun, saya laki bini bangga gile boleh meniaga cara camtu.
Janji seronok dengan hasilnya :-)

*MEH DATANG JUALAN BUKAK BONET SETIAP SABTU 5-7MLM DI QUEENSPARK, PENGKALAN CHEPA.  WALAUPUN TAK BANYAK KERETA YANG BUKAK BONET, TAPI KAMI TETAP MENEGA, KAMI JUAL SEMUA BARANG-BARANG BARU YE.. TIADA 2ND HAND.  KAMI JUAL BARANG BABY*  

01 September, 2014

Kopitiam Kita

Ni 1st time kami pergi KOPITIAM KITA yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Walaupun kopitiam ni femes, tapi kami tak pernah tahu kewujudannya sehinggalah salah tertengok gambar saudara saya di FB nya.
Mulalah kami mencari.. tak jumpa walaupun guna GPS kekekeke.
Sudahnya beberapa bulan lps tu baru jumpa setelah kawan-kawan abam bgtau kat mana.

Sampai 10pg ++... pergh ramai gile orang!
Pergi tu memang parking full la.
Nasib ada 1kosong parking & meja kosong.
Tick je nak makan apa.
Gambar kredit to tripadvisor.
Gambar retis2 / selebriti / football plaer / vip yg pernah jejak kopitiam kita.  Tapi... Ada aku kesah?  hehe!

Kami order roti goreng tapi dihantar roti titab huhu.. nasib sedap.
Cuma tebeng nye kurenggg ler heh!

Macam-macam ada, nasik berlauk, nasi kerabu, nasi kak wok, kuih muih.
Balik tu kami tapau nasi paprik ayam.
Bersama kakak ipar & anaknya.. belah kiri ada lg 4org tapi tak masuk gambo!

Kopitiam ni femes sebab tumpuan SELEBRITI / ARTIS / SUKANEESE (CEH ADA KE AYAT NI KAKAKAKAK) / DAH MASUK TV3 dats y la glamer.
Saya tak heran sangat pun kat dorg ni, nak pi makan je pun.. bukan nak tengok orang-orang glamer kehhh!

2nd time pergi tu pulak dengan famili kakak ipar.
Syok makan beramai-ramai ni :D