Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

25 September, 2013

Kursus Laki Bini.. opsss!

Aku apply kursus ni Julai lepas, tak sangka dapat sebab meme susah nak dapat kursus kat sini.
Bila berjaya, aku paksa abam apply kursus ni haritu gak.. ye la, tak syok aaa gi sorang-sorang.. beberapa malam tak buleh tido atas lengan, mana buleh kehkehkeh!
Surat tawaran untuk aku tarikh 30 Ogos 2013

Bila dah dekat tarikh kursus, tiada jawapan lagi so aku suruh abam buat rayuan.
Urusetia jawab kat abam lain sedangkan dia jawab kat aku 40peserta & kat kawan sorang lagi cakap dia tak berjaya tapi bila call kata BERJAYA.. erk apa ke pening URUSETIA nih?  Bila aku tanya MAKAN MALAM DISEDIAKAN ATAU TAK... Jawabnya:  KELAS BERMULA DARI 8PG-4.30PTG hu hu hu tak menjawab persoalan!
Jawapan urusetia kepada rayuan abam.
Aku tak puas hati!  Cemana buleh jadi camni?
Aku dah plan "pergi dengan malindo air (saje nak try)" tapi abis kursus tu, aku suruh abam jemput.  hehehehe.
Surat tawaran untuk abam bertarikh 20 September 2013.  Ok jugak abam emel rayuan.. kalau tak, urusetia bagi kat orang lain he he he!  

Sekali jumaat lepas... tadaaaaaa.... TETIBA ABAM BERJAYA JUGAK GI KURSUS ni ngehehehe!
Gumbira la oiii.. walaupun hostel tak mungkin sebilik.. tapi tak mengapa la.. lepas kelas buleh MERONDA-RONDA KOTARAYA KL- tak plan nak soping pun tapi saje jamu mata + nak mewayang!).

Yeaaaa tak sabar nak kursus sesama kat Kay Hell (laki aku excited gak nak kursus sama.. kalu tak, dia tak call urusetia kan kan kan?  kantoiii!) :P

23 September, 2013

Merembat Smart Camera Baru



Al-kisahnya kamera lama hilang (Samsung PL60) missplace (tak ingat letak mana tp dlm umah ni jgk).  Maka aku decide beli baru (kes malas nak cari hihi).
Kamera yang hilang...  tapi tak sampai 1hari beli, jumpa balik kamera ni kekeke.

Riki-riki jugak la, bkn beli aci redah je.
Kalu ikut trend, orang duk guna DSLR.  Meme la ok DSLR tapi memikirkan aku ni MALAS NAK BAWAK KAMERA YANG BESAR maka decide beli compact camera aje la! 
Kamera yang baru...

Kebetulan teman MIL gi tesco KB haritu, terpandang kedai kamera.. apa lagi tarik tangan abam singgah tengok.  Cakap kat tokey tu "saya nak smart camera yang buleh wifi"... terus tokey tu tunjuk 3model:
  1. MV900F wifi RM900++ (tapi katanya ini model lama)

       2.  WB250 wifi  & touch screen RM700++ (16MP + 18x optical zoom) tp bila test zoom, gambar blur
  
    3.   ST150F wifi RM400++ (16MP + 5x optical zoom) bila zoom, gambar chantek

    4.  Lumix body macam dslr RM500++ (20MP + 18x optical zoom) tapi kena guna bateri AA 4biji + tak buleh wifi.. AWAL2 LAGI REJECT walaupun tahu gambar sure chantek hehe.  Abam minat yang gini tapi aku dah sound "kalau nak beli buleh.. tapi kalau gi mana2 sila bawak.. saya malas bawak"  hihihihi! 
 
Tak cakap banyak, terus rembat ST150F free mini tripod.
Tak perlu beribu-ribu RM untuk mendapatkan kamera yang smart kekekeke.
Tengah studi lagi.  Gambar-gambarnya nanti le dulu, belum outing lagi hehe.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Specifications

Imaging
Pixels 16.1 Megapixel
Sensor 1/2.33" CCD
File Formats Still Images: JPEG
Movies: AVI, MJPEG
Audio: WAV
Max Resolution 16MP: 4608 x 3456 @ 4:3
Other Resolutions 14MP: 4608 x 3072 @ 3:2
12MP: 4608 x 2592 @ 16:9
10MP: 3648 x 2736 @ 4:3
5MP: 2592 x 1944 @ 4:3
3MP: 1984 x 1488 @ 4:3
2MP: 1920 x 1080 @ 16:9
1MP: 1024 x 768 @ 4:3
Aspect Ratio 3:2, 4:3, 16:9
Image Stabilization Digital
Optics
Lens EFL: 4.5-22.5 mm (35 mm equivalent: 25-125 mm)
Aperture: f/2.5 (W) - 6.3 (T)
Zoom Optical: 5x
Digital: 5x
Focus Range Wide: 31.50" (80 cm) - Infinity
Telephoto: 59.06" (150 cm) - Infinity
Wide Macro: 1.97" (5.0 cm) - 31.50" (80 cm)
Tele Macro: 39.37" (100 cm) - 59.1" (150.11 cm)
Macro: 1.97" (5.0 cm) - Infinity
Macro: 39.37" (100 cm) - Infinity
Exposure Control
ISO Sensitivity Auto, 80-3200 (Extended Mode: 3200-12800)
Shutter 1/8 - 1/2000 sec
1 - 1/2000 sec in Program Mode
Exposure Metering Center-weighted, Face Detection, Multi, Spot
Exposure Modes Modes: Program, Programmed Auto
Shooting Modes Back Light
Landscape
Night Scene
Panorama
Portrait
Scene Auto Selector
Snow
White Balance Modes Auto, Cloudy, Custom, Daylight, Fluorescent, Fluorescent H, Tungsten
Self Timer 10 Sec, 2 Sec
Flash
Flash Modes Auto
Auto/Red-eye Reduction
Fill-in
Off
Red-eye Reduction
Slow Sync
Built-in Flash Yes
Effective Flash Range Wide: 0.66 - 11.48' (0.2 - 3.5 m)
Telephoto: 3.28 - 6.56' (1.0 - 2.0 m)
Memory
Memory Card Type microSD
microSDHC (up to 8GB)
Recording
Video Recording Yes, NTSC/PAL
Resolution 1280 x 720: 30 fps, 15 fps
640 x 480: 30 fps, 15 fps
320 x 240: 30 fps, 15 fps
Video
Video Clip Length Up to 20 Min
Audio Recording With Video, Mono
Viewfinder/Display
Screen 3.0" LCD Rear Screen (230000 pixels)
Connectivity/System Requirements
Connectivity AV Output, Micro-USB, USB 2.0
Wi-Fi Yes built-in
Software Requirements Windows: XP (SP2), Vista, 7
Mac: OS X 10.4 or later
Environmental
Operating/Storage Temperature Operating
32 to 104 °F (0 to 40 °C)
Humidity: 5 - 85%
Power
Battery BP70A Rechargeable Lithium-Ion Battery Pack740mAh
Physical
Dimensions (WxHxD) 3.7 x 2.3 x 0.7" / 9.4 x 5.8 x 1.8 cm
Weight 0.25 lb / 0.11 kg
Colour Availability:

  •     Black
  •     White

18 September, 2013

Barang untuk sumbangan- masih terbuka

Sesiapa yang mahu menyumbang barang-barang seperti peralatan ibadah (TELEKUNG / SEJADAH / KOPIAH / REHAL / TASBIH) serta barang-barang lain seperti ALATULIS / ALAT BANTU MENGAJAR / BUKU CERITA / SET IQRA' dan lain-lain yang dirasakan perlu.. boleh berhubung dengan ANIS YOHANNA (FB beliau)- membawa nama OUR TOUCH (pernah masuk newspaper) yang akan membawa barang-barang misi ke Kemboja.  Semua barang sumbangan akan diberikan di sana.
Photo: Again.... Kirim to cambodian kids @ masjid....  sape2 berminat nak bg.. Buleh sgt2..
Antara contoh-contohnya!

Semua barang-barang yang hendak di pos mestilah sampai sebelum 5 Oktober 2013 utk repackaging :-)


17 September, 2013

Tahlil 100hari arwah...

Sedar tak sedar, dah 100 hari mami meninggalkan alam fana ni.
So last minit decide nak buat tahlil utk arwah mami & abah pada jumaat 13/09/2013 (walaupun tiada orang tua yang guide kami)... kami tetap nak buat di rumah (compare di surau @ masjid).
RADAS-RADAS DAPUR YG DIPERLUKAN

Mula-mula nak order nasi jah sebungkus seorang pastu abam cakap 'biar ma masak', tapi aku tak setuju sebab nya ma kat kl time tu (baru gi sarawak).
Sedang elok ma balik khamis pagi, dia call.. katanya buleh masak & tanya nak lauk apa.
Erkkk.. aku cakap ikut le.. apa yg orang-orang tua suka makan hehehe so ma decide gulai ikan & daging goreng. 
GIGIH ABAM MENGACAU GULAI IKAN..  MA & PENGASUH AKU BUAT APA LA KAT BELAKANG TU YE?  :D
Petang khamis tu jugak baru mintak jiran tu tolong panggil orang datang, bajet dalam 20-30orang.  Dia kata ok jah.  Jumaat pagi gi pasar dengan ma.  Aku serah duit, ma beli apa yg patut, suruh aku beli.. meme tak tahu, standard la, aku bukan kaki masak pun kekeke
AKU RASA SEJADAH BERLAMBAK-LAMBAK DULU, TAPI KENAPA TINGGAL TAK SAMPAI 15?  MISTERIUSSSS!   OPSSS... AHAKS!

Lps solat jumaat, sedara yang jaga aku dari kecik datang tolong.  Kalu aku & abam je yang buat.. pengsan... erkkk!  Ma datang lepas asar... orang expert, cepat aje la buatnya walaupun dia buat sorang-sorang (ada kedai makan katanya.... kalau suruh aku masak.. maunya masak dari pagi pun tak siap-siap hihi).
NONONG-NONONG MONCONG MOLOT MAKAN DUGHIAN.  ABAM & ADIKNYA YANG MEME KUAT MAKAN
Aku memang tak masak, tolong siapkan hal-hal luaran jah sebab ma tau meme aku tak pandai masak (siang ikan pun abam aku ajar banyak kali tapi aku  masih failed huhuhu). Bagus kan aku?  Nasib la laki aku reti masak opssss!
.
MA & PENGASUH BERHEMPAS PULAS DI DAPUR.  

Petang tu baru tau rupa-rupanya pakcik yang menjemput tu tersalah inform kat tok imam yang kami nak buat semayang hajat.  Erkkkk erm tak pe la.. buleh je.. SEMAYANG HAJAT + TAHLIL.  Ada sedara mara datang "eh tak awal ke semayang hajat time ni?"  
MENU:  GULAI IKAN, DAGING GORENG + KACANG, ULAM PUCUK KETEREH (AMIK DARI POHON YANG BESAR GILA), KERABU JANTUNG, BUDU, TEMBIKAI, SAMBAL BELACAN, TEH O PANAS.

Refer kepada aku yang baru 5bulan eheheh kena la explain!  Nak buat cemana, tapi tak apa la.. mana-mana pun, tak kisah pun.. lepas tu baca yassin.
BACA YASSIN

Time menghidang tak ada masalah.  Adik ipar (2org) & abe ipar (1orang) tolong angkut... cepat lah kerjanya.  Nasib lah adik beradik abam ramai hehe.
Tugas aku buat air teh o panas jah.. kebetulan masa abe ipar aku sampai, terus aku tak reti buat air hahaha aku buat apa-apa kat dapur, meme tak buleh orang tengok, terus tak jadi :D
MENJAMU SELERA

Lepas tahlil, tok imam tanya sape duk umah tu (1st time jumpa tok imam surau al-fatimah).. dia tak kenal aku, aku tak kenal dia hehe.. ye la biasa berurusan dengan tok imam masjid kg. pendek tu je.
KUCING UNTUK DIHIDANG... (IKLAN) :P

Lepas semua balik, baru la kami sekeluarga makan.  Aku tak la lapar mana sebab asyik duk men'try' makanan je hehe.  Selesai sudah majlis tahlil kali ni.   Hampir 1pagi keluarga MIL balik.  Aku penat toksah cakap.. ye la sebab dari pagi sampai malam tu banyak berdiri.. duduk nya sekejap sangat.. esoknya lenguh abis kaki / betis / peha.. nasib baik coti.. tapi puas hati la, segala berjalan lancar.  InsyaAllah ada rezeki buat lagi :-)

cerita ceriti:
  • ada orang cakap "eh rajinnya buat tahlil".  Aku jawab dalam hati "buat tahlil perlu rajin tak rajin ke?  Nak bersedekah pun kena ada perasaan RAJIN ke?"  Wowww!  Ubah la itu mentaliti kalau boleh!
  • Segala berjalan lancar.  Famili in law tolong (dari MIL & brother in law), tak ada masalah.  Ye lah sebab dulu FIL volunteer nak tolong masak, tapi ada yang jawab "tak buleh, payah sebab tak cukup kakitangan"... kelakar la alasan tu.. tapi nak buat cemana.. kita ni orang miskin, dengar cakap aje la kannnn, dah la gi umah kita, dia buat dia macam dia tu tuan umah, sedor sikit umah tu umah aku... Ahaks lucu bangat sih!


12 September, 2013

Balasan (tindakan tatatertib)...

Setiap apa yang kamu lakukan, pasti dapat balasan!

Setiap masa 'beliau' cakap besar dengan aku & abam:  beliau lah hebat, beliau lah tak salah, beliau lah suci, beliaulah terbaik, beliau lah kaya, beliaulah dimakbulkan doanya berbanding aku & abam sebab dia orang yang teraniaya (dia yang menganiaya diri sendiri), beliaulah selalu sebut "aku tak tinggal semayang, aku baca Quran, Allah Maha Besar dah bagi petunjuk utk ko siapa betul siapa salah macam mu meme jahatlah segala atas muka bumi"... & macam-macam lagi :D (kompius pulak aku.. selama aku kenal dia, dia je duk sms aku wehehe!)

Aku pernah perli dia pasal kejadian yang berlaku 2tahun ++ yang lepas (tapi aku baru tahu tahun lepas)...  Aku cakap "haa ye la, otak mu tu duk fikir nak buat jahat dengan orang jah sampai baby pun ko tersalah cucuk, nurse apa mu nih?!"

Jawab beliau "tak apa lah.. budak tu BUKAN NYA MAMPUS PUN, HIDUP LAGI SAMPAI SEKARANG.. PATUT MU YANG MAMPUS DULU!!"

Amboi cantik sungguh bahasa BEKAS PELAJAR SEKOLAH ARAB ni ye?.. now!  Cepat @ lambat, terima balasannya.  Aku mampu tersengih ja lah hehehe.  (nak tengok lagi cantik bahasa dia, sila la klik link yang aku bg kat bawah tu).
Tak pasal-pasal sebab dia, jabatan kena SAMAN!  Elok punya perangaiiiii!
Ni yang aku report polis pasal dia, bukan aku yg saman dia ekekke!
Tanya Pegawai yang jaga aduan tu, kalau aku buat aduan pasal minah ni.. akan masuk file t/tertib dia ke tak.. katanya depends kes apa dia buat kat aku ehehe!

Sapa-sapa yang kompius kenapa.  Buleh la refer link ni:  "BELIAU" KEMBALI... LUCUNYA!  /  SMS CARUT & NEKAD REPORT POLIS.

**harap lepas ni harap beliau akan mendapat banyak lagi "reward".  (TUNGGU!!!)

10 September, 2013

Kagum?!!!

Semalam tiba-tiba ada seorang pegawai datang cari surat, tiba-tiba:
  • Pegawai:  saya kagum la dgn awk sebab bos kata apa-apa & kata mcm-mcm kat awak pun.. awak sengihhhh je!  (Masa tu kami berdua je.. opss... dia perempuan ye he he he!)
  • Aku:  Aaaa?  Heheheh biasa la saya meme camtu.. orang nak cakap apa.. cakap lah!  Dah biasa dahhh.. sengih je la :D  Kalau lawan bukan buleh apapun.. buleh sakit hati je :D
  • Pegawai:  Erm tu la, saya tengok orang lain lawan jgk.. awak buleh sengih & sabar je (sebab staff lain selalu melawan jgk ckp bos.. aku je tak kuasa nak melawan hehe).
  • Aku:   Malas nak layan.. biarla dia nak marah, dia kan bos :D

Erkkkk hahaha ada jugak yang perasan.

Sorg lagi opismet aku cakap aku ni hati KENTAL.... TAK LUT ORANG NAK CAKAP APA!

Ala muka je sengih, tapi dalam hati apadahalll?
Balik umah, ngadu la kat orang sebelah hehe!
Agaknya sebab aku KENTAL HATI sangat la, sampai sekarang ADA ORANG TU SAKIT HATI DENGAN AKU KOT  hehehe kasihannn!

(entry ni buleh refer kepada ENTRY NI yang aku malas nak komen dalam ayat 'bos camgitu') :D


notakaki:  kalau yang baca blog ni yang rasa sakit hati dengan aku kan.. lupakan lah.. korang yang sure sakit hati akhirnya nanti he he he!

09 September, 2013

Muntah sampai terkencin...

1st time terjadi.
Sebab pale tiba-tiba pusing.

Pusing sebab SEMUA DATA OFFICIAL DALAM PEN DRIVE HILANG!
Sudahlah nak SEGERA + sudahla 'bos camgitu' (tak perlu kot bgtau beliau cemana hahaha).
Yang bijaknya AKU TAK BACK UP PUN DATA TU KAT PC hihi (kena bebel berbakul2 kat bos & abam).

Maunya aku tak nebes?!
8.50pg tu jugak balik umah try backup dengan laptop umah (sebab bawak balik keja opis ke umah.. bukan komited sangat pun tapi sbb 'bos camgitu').. TERPAKSA LAH huhu!

Dipendekkan cerita... data tak buleh backup lalu muntahlah aku sampai terkencing-kencing + berpeluh sakan... udahla belum brekpes!
Banyak gile weh data... nak siap 3000nama utk 4tahun...  / jawatan / gred / ic aku taip & edit! (tu pun abam banyak tlg sbb dia expert menda2 gini heheheh).
Kena buat semula!
Siap untuk tahun 2009... aku decide tido la sekejap (sakit hati + penin pale + frust).
Bangun 1.10pm.. tengok laptop... TADAAAAA!  LPS AUTO RESTART... ada pulak data tu.. sengih je la aku!
Balik ofis tu kena la kat bos, kena jerit pung pang pung pang.
Biasa lah bahasa apa pun dia kuarkan.. aku sengih je  (kata heartless kan.. aku peduli apa org nak ckp apa kakakka).

Malam tu terus gi kedai IT kawan abam.. katanya virus..buat kat kedai buleh lps dia repair.. balik umah... jadi balik.. adoiiii, tapi tak pe... DAH BACKUP!
Moral of the story:  SILA BACKUP SEBAGAI BUKTI HEHEHHE!

06 September, 2013

Membuli Budak Debab

Last week gi open house officemate.
Geng2 brekpes!
Iman the sin chan!

1st time gi umah dia nih...
Dah la open house, dengan selambanya aku tak pakai baju raya ahaks.
Berat la pulok budok ni... 8kg++ kot.. baru 7bln.  Amik berkat katanya... kehkehkeh.

Makan siap-siap dulu baru request "nak buli" budak sin chan ni.
Tapi aku suka panggil dia budak shoalin!
 Dipanggil apekpun bleyyy, meme sepet tapi aku nak panggil 'budak shoalin' gak eheheh.
Ramai yg berebut budak shoalin ni sebab dia jah yang paling kecik dalam 5beradik.
Yang sulung 17tahun.. budak shoalin 7bulan.  Jauh tuuu!

 Gi takde la makan sangat, gi nak memenyek budak ni jah.. geram eheheh!
 Ingat aku je kena buli.. budak shoalin pun kena buli gak.. kakakak tajam la abam weiii!
 Weh... wat gapodio ni abam?  :o :o :o
 Mmmm nom nom nom!
Cepuk pokcikkk!
Last sebelum balik.. biar budak ni nanges tak berlaguuuu... penyek & penyek lagiii!

Setelah buli puas-puas, baru la  balik.. sekian!  Cerita pendek! :P