Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

04 November, 2012

Packing Barang Sumbangan ke Cambodia

1minggu lagi nak pergi Cambodia.
Travel sambil membawa sedikit sumbangan kepada penduduk beragama Islam di sana hasil sumbangan beberapa kenalan lama & baru.
Refer:  http://gi-maghi.blogspot.com/2012/10/prihatin-madrasah-qmaruddin-siem-reap.html


Sumbangan pencil box dari Huzz & Kay

Pada mulanya saya tidak menaruh harapan yang tinggi selepas iklankan mengenai mencari sumbangan kerana saya tahu saya hanyalah ORANG PERSEORANGAN dan BUKAN DARI NGO @ PERSATUAN jadi mungkin orang akan fikir "betul ke dia ni nak bagi sumbangan, ntah-ntah masuk poket sendiri".

Sumbangan dari Lana (bercampur dengan saya sendiri)

Saya tidak kisah, kerana saya akan bawa yang termampu & yang mana ada sahaja.
Tapi alhamdulillah ada beberapa kenalan yang pernah berjuma waima tidak pernah bersua muka sekalipun,
ada yang berminat untuk menghulur sumbangan.

Pakcik Rahimi & Makcik Mariam dari Kedah  (cikgu tetapi buat business) :-)

Salah seorangnya ialah Pakcik Rahimi & Makcik Mariam dari Kedah, sanggup datang ke Kelantan (balik hari Kedah-Kelate-Kedah) untuk menyampaikan sendiri sumbangan berbentuk wang & barangan.
Seronok sungguh bersembang dengan mereka berdua walaupun 1st time jumpa & hanya kenal dari blog saya ni sahaja. Macam syok je depa sebab selalu juga travel (1fine day nanti bolehlah bawa saya ke Indonesia ya sebab saya tak pernah jejak sana huhuhu).

Sumbangan yang diberi oleh Pakcik Rahimi & Makcik Mariam.
Haiwan kuning tu bukan untuk disumbang ye ehehehe.

Cuma saya berasa serba salah kerana Pakcik Rahimi & Makcik Marian memberikan wang untuk membayar luggage sedangkan dalam entry saya sebelum ini, saya menyatakan segala berat luggage akan ditanggung oleh saya sendiri.  Apa-apapun, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Pakcik & Makcik, semoga bertambah rezeki :-)

Sungguh tekun 'orang sebelah' membuat kerja (kaki sakit terseliuh.. tapi kena paksa buat kerja hehe)- haritu ye ye saya blur kan mukanya:P

Selain dari itu, ada juga kawan-kawan saya memberi sumbangan alatulis (Huzz / Kay & Lana).
Kak Tim memberi sumbangan kewangan & 3/4darinya saya me'topup' alatulis yang belum mencukupi (dengan izin Kak Tim).
& beberapa orang kenalan yang memberi sumbangan dalam bentuk kewangan :-)

Mami juga ralit mem'packing' dalam pencil box :D

Oleh kerana saya mahu packing terus alatulis dalam pencil box untuk 166pelajar), maka mustahil saya boleh lakukan seorang diri (boleh tu boleh le tapi saya ni lembab sikit haha).  Maka, saya mintak tolong dengan 'orang sebelah' saya datang packing.  Sekejap je dah settle (sungguh serius & teratur ye abam saya buat keje ehehe).

Garu pale... apa nak buat jap lagi ni eh? :P

Mami saya juga tolong isi alatulis dalam pencil box.
So now.. settle!  Cuma pening nak mencari 1kotak besar nak isi pencil box sebab banyak kedai KEDEKUT bagi kotak.. bagi kotak kecik aje.. tsk, beli kat pos office aje lah nanti.
Rasa-rasanya lepas timbang secara kasar, adalah... tak pasti (tapi tak kurang dari 25kg kot?).. Nantilah saya timbang kemudian :P


Terima kasih para penyumbang.. semoga dimurahkan rezeki :-)

10 comments:

  1. semoga selamat pergi dan balik..

    ReplyDelete
  2. satu usaha yang murni. teringin juga nak buat kerja2 amal mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Niat Lina tu dah ada, cuma kena laksanakannya je ;)

      Delete
  3. Dekdaa... muka abe tu jauh sgt nak tgk... cuba wat dekat skit...

    selamat pergi dan selamat pulang ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah gambo2 zoom in kat umah.. nantilah tanya dia (eh apsal tanya dia pulak kan kekeke).

      Anyway.. terima kasih sbb bagi alatulis tu :)

      Delete
  4. aku teringin nak isi pencil box tu..tapi dah siap ye, tak pe lah...hehehheh!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dekdaa.... salam perkenalan drp saya....
    bagusnya awak buat amal jariah... semoga usaha murni awak diberkati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....
      salam perkenalan juga ;-)

      Saya nak bantu wang ringgit.. saya tak punya wang riggit yang banyak...
      saya hanya mampu membantu dgn apa yg ada sj.. better than nothing kan? :-)

      Delete