Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

09 March, 2016

Kursus Bahasa Mandarin

Pada 22-26 Februari 2016 yang lepas, kita dah selamat hadir KURSUS BAHASA MANDARIN UNTUK INTERAKSI HARIAN di INTENGAH.
Tp kita pergi kursus ni.. 1sen pun kita tak claim ok!
 Towel kat INTENGAH

Sbb bos kata, kursus ni tak berkait langsung dengan kerja.
Ok noted.. tapi sbb kita nak gi sangat maka kita tak kisah pun.. lagipun ilmu kan?!
TV / Peti.

Mlm2 aku tido buka la tv.. pasai aku bkn buleh sunyi2 tempat tak biasa ni hahahah!
lagpun kita tido2 ayam jah... bkn tido lena sgt!


Kita pergi dengan kereta.. bertolak Jumaat 19/2/2016.
Kita stay hotel Desaria kat PJ 2mlm...
Ahad check in hostel INTENGAH.
Ahad check in tu ingatkan 2orang sebilik tapi sekali tadaaaaaa seorang sebilik.
Lengkap mcm hotel lah.. ada sejadah / tv (takde astro tp ok dari takde langsung) / peti kecik / iron board / iron / meja studi / aircond & toilet dalam bilik tu itself... fuh mewah!
Tiap2 hari cleaner datang cuci.
 Dina sebelum pulang ke Kelantan.
Syok dia duk sini sampai tanak keluar bilik!

Kelas start 8.30pg tapi 7.40pg tu kita dah turun brekpes dulu.
Turun2 hostel je dewan makan.. sebelah dewan mkn tu kelas.. hadoih gemok la akuuu hahaha!
 Kelas ni di ajar oleh 2orang Loashi (cikgu).
Peserta pula dari seluruh Malaysia... kelate 2ore tapi saling tak kenal lah sebelum ni.
Kami diajar basic interaksi harian la mcm SELAMAT PAGI / PTG / MLM / PERKENALAN / SHOPPING / KERJA.... sebenornya senang je.. tapi bila otak ni dah dewasa.. maka nak terima tu lembab la skit hahahahha!

Kelas dari 8.30pg-12.30pm & 2.30pm-4.30pm.
Ni classmate kita... Ada 2orang kakak tanak masuk bergambar

Memang best sebenornya.
Boleh tambah ilmu walaupun tak banyak!
Dalam kelas, loashi memang suruh semua orang try speak ayat2 tu.
Aku terbelit lidah bagai.. nak2 lagi yang nombor.. pergh tak hengat la weh.
Setakat 1-10 buleh le hapal (yi er sang se wu liu chi ba jiu shirt).. ada mcm jawi2 gittewww noks.. arrow ke atas, ke bwh... so dah tau la bacaan / bunyi cemana.
 Dah penat2 belajar... hari last Jumaat tu haruslah ada test.
Tak kisah la lulus ke tak.. just nak test kita ingat ke idak.
Sebelom test tu kena berlakon dulu... HAPAL MEK HAPAL!
Lucu gila pulak aku berlakon.. at least 6x dialog... 1grup 3orang.. ada 1grup 2orang.
Kalau grup 2orang... kena cakap lagi banyak la hahahah!
Kami dapat situasi order makan!

Best sangat gi kursus ni tapi kita tidak lah praktikkan pun.
Tapi tak pa... at least belajor.. hidup ni kan kena sentiasa belajar :-)
Grup kami sekarang ada dalam grup wassap... 2orang memang fasih sgt speak mandarin.. fuh kagum!

07 March, 2016

Membeli Tiket Air Asia Murah Untuk 2017

Haha tak tahu nak letak tajuk apa.
Mood nak berbloggging di tahap 30% sahaja sbb blogging bukan keutamaan hidup (sbb bz huguguguguguggu).
Ada yang dah grab?

Ok sambung... kita tahu Air Asia buat sale ni thru FB.   Kalau tak memang tak tahu.
Utk priority day, kita cuba nasib main klik2 sbb tak tahu nak pergi mana.
Memang jumpa murah tapi bila nak bayar.. PC off dengan sendiri.. hantu betullah ehehehhe!
Lepas on semula.. terus tak dapat bukak web Air Asia!
Web AirAsia asyik jem je.. terpaksa print screen kat emel je lah.

So kita sambung klik2 malam kat rumah,
memang jenuh jugak la try bulan Oktober & November tapi sik ada murah dah la.. banyak naik harga... sudahnya try Mac 2017.. ek ehhh dapat le, so kita beli terus.. tak bagitahu abah dina pun hahahahah.  Sbb kalau diskas nak gi mana, kompim tak jadi beli!
Image result for air asia
So dapatlah KL-tetttt-KL RM309 utk 3orang (haruslah bawak Dina kannnn!)
23-26 Mac 2016 (24 Mac tu besday kita + anniversary kita ke-4).. amboiii anniversary ke-3 pun tak lepaih lagi, acaner hahahaha tak apa lah.. janji beli! Tak ingat lah pulak pasport expired bila... rasa mcm expired 2018 kowtttt!

Ni Dina dalam flite BDO-KL.. sepanjang dlm flight mmg tak tido + tak meragam langsung.. mulut pok pek pok pek hehehe + duk "flight schooling" :-)

Utk tiket KB-KL dah beli, KL-KB belum beli sebab tetiba mahal pulaks!
Next promo lak beli!
Dina kompim suka naik OPELANE (aeroplane) hehehe

TAHUN NI TAKDE TIKET GI OBERSI LAGIK... HAIYOOO!

10 February, 2016

Irdina Ufairah Turns 2years

Genap 21 Januari 2016 (Rabu) yang lepas, genaplah usia Irdina Ufairah bt Rofizi 2tahun.
Dina lahir sebaik sahaja Azan Isya berkumandang jam 8.31pm di HUSM :-)
Ni terikut2 dgn customer.. lps beli mesti amik gambo.. dina otometik suh amik gambo dia kalau amik apa2 dari kedai hihi.

Dengki lettewwwww... umi nak hp abah utk amik gambo.. dina kepit kat ketiyak dia takmo kasi hahah

Tapi kami tak buat pun celebration utk dina.
Cukup la kot kita ingat all the time kat dina.
 Main puzzle?  Ye lah sgt :P
Yg ni rasa touching sgt.
Dina:  uming... lukkk!  wer pek!  (umi.. peluk, buang spek)-- sambil depangkan tangan utk hug. Alololo lps tu terus tido.

 Dina:

  • mulut murai (suka tiru cakap marsha... ala kartun MARSHA & THE BEARS TU)
  • memendam rasa kot (kalau nanges, dia tak meraung tp kuar air mata sebak)
Ngetest basikal customer! (Abah dina jual basikal katanya hihi)
  • tahu org membebel kat dia (umi suka membebel pasal gajet2 ni.. kita tak suka dina terlalu fokus dgn gajet nya tu.. kita lbh suka dina bereksperimen dgn benda sekeliling.. kotor pun takpe)
  • takut bila abah sound DINA.... TIDOOOO!  PEJAM MATA! Terus dia pejam.  Kalau umi ckp camtu.. memang tak pejam la ahahaha.
Omey tak dina pakai jumpsuit ni?
  • Mkn banyok lah haiii.. kalau mintak nasi tp tak bg nasi.. blh tahap ngamuk NAK ACIKKKK :P
  • Offially stop puting 2tahun!  Tu pun secara tak sengaja lps dia isap puting, dina muntah.. lps tu kitorg ckp EIIYEKK... LIZARD ISAP PUTING DINA.. EIII GELI.. UWEKKKK!  So sampai arini dia tak memuting dah :D



Gi kedai mainan.. offer mcm2 mmg tak nak.. nyanyi dia nak hahaha.
  • Tahu jalan umah tokma / tok ayoh nya.  Let say lalu depan lorong dpn umah tokma tp tak singgah... dina marah & kalau lalu.. siap bg arahan suh masuk.  Kdg2 buat terlajak.. suh u-turn balik kihkihkih.  Pastu kalau kat roundabout umah kita tu... kita lalu kanan.. dina siap tunjuk ke kiri"gih gihhh.. okmaaa okmaaa"(masa umur dina 1thn ++ lg dia ingat jln umah tokma dia)
Eceh.. jelingan manja gitu!
Ala2 model (sape nak buat dina jadi model.. friendly dina ni nge nge nge... buekk perasanlah aku!)
  • Dina tak heran sgt dgn mainan.  Gi kedai mainan.. kita offer.. tak mo nya dia hu hu hu!  Kita pulak yang excited nak suh dina beli tp dina mmg takmo (yg ajaibnya mainan dina tetap banyak sbb kita belikan heee).
  • Suka kawan dgn org + friendly (sakit ati makkk bila bebudak duk tolak2 dina, tampo2 dina.. dina tak usik org pun weh... dia nak kawan je)
  • Boleh mendengar arahan & ikut arahan (kdg2 jah buat makkk pening, rasa nak gigit je pipi tu heeee)
Makkk memang suka tgk flyers time raya cina nih.. segala mak nenek murah.
Air kotak sekarton RM9.88 jah pung nge nge nge!~
Sudahnya abah dina & dina la jadi mangsa gi teman soping kikiki!

Aiii rindu eh kat mek dina nih.
Gelagat sokmo mencuit hati (nak marah pun ada gak kekekeke).
Spek 3hinggit beli kat bandung.. offer menda lain tanak.. nak spek je hahahahadoi!
Dina penggemar spek & shoes / selipar (selipar jepung pun bangga dia tunjuk kat org) :P

Semoga dina sokmo good girl & anak yang baik.. love you always!

Sape2 nak follow IG kita... boleh bukak turbanbaby.chomelista (sangat sikitla gambo dina dlm tu.. kita more to jual turbanbaby / kids).  Buleh emel kita jugak deidaa@gmail.com or wassap:  012-3308551 (wassap jah naaa.. jgn call.. kita ni pemalu.. awww) :D


26 January, 2016

Awl 2016- dilanda musibah

Assalamualaikum...

Sungguh lama kita tak bersua kan?
Kita tetap bizi lah di opis ni.
 Bilik ni berkonci ok.. semua dia geledah.. deng!

10 Januari 2016 (Ahad) umah kita dipecah masuk lagi lah!
Kali ni depa tu amik:

  • tv flat screen 42'
  • powerbank pineng ori transformer (baru jah beli 2bln)
  • seluar jeans abam
  • lighter (gile tak gile nya.. lighter pun amik!)
  • duit tabung syiling dina (sian dia.. baru sebulan lebih menabung.. dah la masa pencuri masuk oktober lps... dia amik dedua tabung dina yang banyak gile tu) :-(
  • duit carbootsale rm200++
Dlm bilik solat.. gila la semua dia keluarkan!

Kejadian pg++... tetiba cctv tu dorg off huhu gile bijorkkkkk!
Ada dectector kat hp dia kowttts?!
& kita agak, dia ada konci umah kita & kita mengsuspek 3orang.

Kali ni mmg betul2 depa ngamuk sbb nya seluruh bilik depa selerakkan hadoihaiii... kita ni takde harta la hantuuuu!
So till now kita tak kemas pun lg yg berselerak tu.. letehhh tengok!
TV arwah mami... muka semua jadi panjang hahaha lucu gile!
Tp its better le than nothing.
TV aku yg asal pun "org tu"rembat jugak.. dasar gila harta!  Sedor skit mung pung anok angkat!

Kita jumpa ustaz mlm tu.. dia kata mmg org sama jah pung... DEKATTTTT SGT UMAH DIA huhu!
Aduh tadak rezeki kita.. kita tak nanges pun sbb dah ditetapkan bukan rezeki kita.
Esoknya kita gi report polis.

Now takde tv baru.. guna je yg mana ada!
Sian dina 3hari tak bukak tv.. dia tengokkkk je dinding tu huhu.

Lps kejadian yg kita terkejut tgk umah tu pun.. dina pandaaaang je kita... paham kot cuma tak blh nak explain hehe.
Ni gambo takde kaitan dgn pecah rumah,.. saje tunjuk keletah dina.. pengubat rindu :-)

InsyaAllah Allah ganti rezeki lain.

17 December, 2015

Busy Dengan Penilaian Prestasi

Assalamualaikum.. good morning!
Wah gittew.. tengah bz ni hokkay?
Dats y lah mmg tak sempat pun update pasal travel huhu.
Dokto gigi- contoh jah nama2 tu deh.. ubah le.. takkan nak tunjuk yg betol kot?
Ni sbg format supaya daerah buat le tp ada jugak yg tak ikut pun,, buat suka ati dia jah huhu

Sape2 yg kija gomen & dipertangunggjawabkan buat Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) semua staff seluruh Pusat Tangunggjawab (PTJ) di jabatan beliau tu bekerja tu tahu lah betapa hazab nya nak buat menda ni!
Kumpulan sokongan 1

Asal ujung tahun je mesti masa UNTUK TIDAK BERCAKAP DGN SESAPA & TAK BULEH BERGURAU SENDUK!  Orang lain coti2 ujung tahun.. tp kita takde maknya nya lah.. aritu pening pun dtg kija sbb risau kat LNPT  ni ho hoho!
Kumpulan Sokongan 2
Yg biru tu calon2 APC tahun nih!

Bukan senang nak buat menda nih.. nak kena tally dgn perjawatan, kena fokus betul2 (ni tgh taip blog.. tak fokus la jap.. gile kauuuu pagi2 buta sampai ofis sampaiiii le waktu balik.. duk ngadap benda ni jah.. penat.. serius penat.. badan / otak / tgn / mata semua penat.. blk umah tido pun awal).
Login hrmis la benda yg ku paling malas dolu2.. sekarang wojib tiap2 hari huu!
Pstt... kita dah tolak GCR 6hari so total sekarang dah 52 hari.. boleh pencen awal lah kot kahkahkah (sorry, tak cukup syarat umur 40tahun lg!)

Ye la mana buleh buat main2 dgn markah orang.. ni untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tu nanti.  Bior lah kita tak penah dpt markah best pun, biorlah bos kata kita tak buat kerja pun.. tak apa.. penilaian manusia siapa2pun buleh buat

Dolu2 suka la tgk markah orang tp sekarang.. muak kauwww.. serius muak tgk markah org.. nak susun sesatu pergh mata panda jadinya!
Jabatan Kita ada 10PTJ (pusat tanggungjawab):  Kota Bharu, Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh, Tumpat, T. Merah, Bachok, K. Krai, Jeli & G. Musang... ada 1000++ pegawai & k/tangan.. ko hadapppp le khennn?!
Untuk penjanaan data

Dah la kita buat sengsorang.. mintak tlg org lain, ado je le jawabannya!  Lg pun mmg kena buat sorang2..,. markah SULIT lah.. gile kau nak tunjuk org hwhhehehewehehe!
Urusetia & big2 bos jah buleh tgk merkah2 nih.
Daerah KB le paling ramai... 304orang

Ok lah ku undur diri dulu.. mahu sambung buat LNPT nih!
Lupakan coti2 hujung tahun sob sob!

(kita kuciwa kot markah tahun ni the worst sepanjang 13tahun kerja.. tak apa bos, terima kasih sangat! Kita kdg2 nak kencing pun tertahan2 semata buat kerja.. punch kad tak pernah merah pung, balik awal pun tak pernah!
Kita siap beli PC kat umah semata-mata nak buat kerja opis kat umah!-  ini balasan yg manusia beri- markah tersangat rendah!  Nanges?  Memang.. memang kita nanges (tgh taip ni pun kita nanges)... sungguh.. takde manusia lain pun lg rendah dari kita dlm 1000++ ni :-(
Yg kena tatatertib pun dapat 90%.. kija pun tak buat.. banyak EL, banyak kija luar.. kija dia bg orang buat.. still dapat 90%.. nanges aku taw.. manusia tidak adil!) :-(