Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

21 September, 2015

Kami dan van buruk

Kami decide beli van sbb sayanglah segala mak nenek brg meniaga sumbat dlm abam dugong... mmg lah kereta tu tak baru tapi tak mo lah guna lasak sangat sampai lunyai
Buruk tapi berjasa

So kami decide beli van 2nd hand, tgk iklan kat mudah.my.
RM6500 ajo... ye lah padan le nak bawak pi menega aje pung!
Dolu2 bawak abam dugong putih tu bawak pi menega tapi sayang lah buat lasak2

Tak malu aiih naik van bawak pi jalan2 sekalipun!
Nak malu apa?
Comey lg seatnya.. blh buang.. buat tourist van pun bleh apa haha... cuma takde ekon le!
Tp aiii tak kesah.. panas berketokkkk sekalipun.. kita redah... sbb kita mmg biasa idup susah tak serupa org tu duit / tanah dah banyak tp amik lg harta org kohkohkoh pedas ke?

Ala sedangkan masa dolu2 kami menega kat carbootsale, bawak abam dugong sekalipun.. ada je yg jek (sinis).. mcm kita ni cikai benor!
Agaknya pakai BMW pi menega baru org respek kot.. bwekkk!
Dina suka gila naik van ni!
Asyik duk tunjuk je "aikkkk... aikkkk... aikkk!" (naik.. naik.. naik hehe).

Hope van buruk ni bertahan dengan lebih lama.
Tp kita tak reti bawak sbb manual... sekian :P

15 September, 2015

Rumah Kena Pecah Masuk Lagi

Againnnn!
This year!
1 September 2015 (Tuesday)

 Peralatan yang digunakan

 Pada hari pertama saya buka kedai di Wakaf Che Yeh!
Barang2 yang diambil:
  • Laptop (sebelum keluar dah letak kat tempat biasa tapi bawak keluar balik letak dlm bilik)
  • CINCIN KAWEN (dah pegang utk pakai tapi ckp dlm hati "esoklah pakai cincin kawen, arini pakai cincin tunang dulu"
  • Kamera WIFI
  • Duit takaful Irdina
  • Duit tabung singgit2 dari awal tahun
  • Tabung travel nak gi oversea November nih
Letih wokkkkk~
System sale dlm laptop.
Now decide malas dah weh nak beli laptop!

Rasanya ni lebih 5x dah rumah dinaiki pencuri.
Rasanya orang yang sama jah sbb dia tau mana tempat nak dituju.
Sekeras-keras pintu ni, boleh dia cungkil ye?
Hebat!

Aritu kita cuti la sbb nak jaga kedai.
8.45pg kita keluar gi gerai mertua kita tapau nasik.
Pastu mertua tanya nak mkn kat umah ke kedai?
Kita jawab "kat umah je" pastu kita tukar fikiran "erm tak pelah, mkn kat kedai je kot" huhuu.

1.45pm abam call ckp umah kena pecah.
Dia duk bebel2 kat kita.
Alah.. bebel le setara mana pung.. benda dah tak balik derrrr!
Terpaksalah buat secara manual sekarang ni sale2 vendor.. letih tawwww!

2.45pm kita balik, dari cara nya, lama gak dia nak pecah pintu ni.
Pintu zaman dolu2 nih, pyh nak pecah masuk.
Seluar yg kita tak pakai lagi, dia buat lap darah.. cissss!
Kita kasi org lah seluar tu, tak sanggup kita nak pakai dah.

Kita tak report polis.. no use.. bkn polis tangkap pon!

Sekian wassalam!  ERk!

25 August, 2015

Pindah Kedai & Pembantu Kedai Diperlukan!

Waahhh tup tap tup tap... jarang lagi kita update blog.
Mmg bz gile la uolsss!
Nak-nak lg dpt bos yg super fussy... diam tak bertenet / jarang2 jenguk tablet & tak ter'ketekkk' bak ore kelate kato huhu.
Baru kau rasa dpt bos WANITA?  Pehhh!
Ni masa mula-mula nak pindah!

Ok back to my story mory!
kita nak pindah VENDOR BUTIK LA.
Dari Bandar Pasir Mas ke WAKAF CHE YEH.
Sbb tetiba kedai tu kosong.. so apa lagi, tanya & survey.. berkenan!
Kita pun rebrand as CHOMELISTA BOUTIQUE (dulu CORNERLOT BOUTIQUE).
Ada 2chiller.. masak nak angkut!
Nasib ada van buruk!

Mmmg superdekat le dengan umah kita.. 2.6km je.
Mlm2 pun boleh gi sbb mlm2 ramai org kedai mkn sebelah tu heee!
Selamat tinggal vendor butik pasir mas!

Kalau kat Pasir Mas, kesian kat abam.. tiap2 ari lps balik kija dia singgah so sampai umah pun dah 6.30pm,
then kita ofcourse la tak gi sbb jauh (18km dari umah).  Kita kesian kat Dina kalau amik lambat tiap2 ari.
Tuan kedai tak berjawab fon / sms / wassap.. walaupun dah berhari2 kita nak anto kunci, rupa-rupanya gi mengail kat laut huhu

So now bila dah pindah nanti, kita boleh singgah lps balik kija sbb mmg laluan kita tiap2 hari.
Sekarang masih lagi dlm proses ubahsuai & masuk barang.
Sbb kita kesian kat vendor2 lama.. 2minggu kita tak beroperasi..so sale vendor pun terjejas (kita lagi le.. dedua kedai kita byr sewa lagi utk ogos ni.. rabakkkk!)
Syg rak ni tapi terpaksa tinggalkan sbb tak muat van :-(

Proses pindah tu penat!
Tapi nasib baik ada van boleh la angkut sikit2 sehari.
Proses renovate pun mmg amik masa sbb abam sorg2, nak mintak tlg org kemain payah weh!
Kedai baru kita @ wakaf che yeh

InsyaAllah kita akan start beroperasi akhir Ogos ni.
So masih mencari vendor-vendor dari pelbagai barangan yang ohsem utk memenuhkan lagi slot kita!
Tapiiii... tapiiii... kita takde staff nih.. acaner?
Staff lama tak leh ikut sbb dia stay Pasir Puteh.. jauh gile.. tp kita syg dia sbb dia seorang staff yg bagus sobb!
Ni depan vendor butik kita!

Sesape yg tgh cari kija, tlg war-warkan k?
Tapi jgn lah mengharapkan gaji serupa diploma / degree.. luku kangg hehe!

VENDOR BUTIK KITA YG BARU:
  • DEPAN RTM WAKAF CHE YEH / SMK KOTA
  • SEBELAH RESTORAN MASAKAN THAI / TASKA ZHILAL AN-NUR
  • SABTU-KHAMIS: 10PG-6PTG (mlm to be confirm)

if minat jadi vendor kami @ nak jadi staff kami, sila wassap ke 017-9616119 / 012-3308551



28 July, 2015

Setahun Nam Bulan

27 Julai 2015 yg lepas genap Dina 1tahun 6bulan.
Pejam celik pejam celik, rasa mcm cepat je masa.
Gambo lama.. dari Dina 1hari-1tahun

As usual lah, gi timbang.. berat Dina tak naik2 pun.. still jugak 8.2kg sama mcm 1tahun 5bulan.
Cuma tinggi je naik 2cm = 76cm (but still ku rasa rendah je bg budak sebaya Dina).
Tukang mengubang

Dina dah tak mo BF masa dia 8bulan (hu hu hu sedehhh).
Duk minum susu Dumex.
Asalnya bagi Anmum tapi tgk DhA Anmum kurang skit dari Dumex so bagi le Dumex.
(setiap org lain2 aspek pemilihan susu formulanya... bg kita, kita pentingkan DhA) :-)
 Enjoy dgn turbanbaby nya
Dina bersama kakak sulungnya 2mggu sebelum raya

Actually tak susah pun jaga Dina nih.
Kasi susu apa2pun dia bedal.  Sumbangan bajir aritu dapat Dutch Lady.. try kasi.. Dina belasah jugak tanpa banyak soal sampai abis 1paket, cumanya kita tak beli la Dutch Lady sbb 'gula tersembunyi' banyak gile dlm Dutch Lady tu ++ DhA sikit.
Kena buli kat staff kitorg pakai tudung hehe

Try kasi susu @s6 (konon2 boleh menggemookkkkkan) tapi Dina awal2 lagi refuse to hisap, nasib baik le beli paket kecik je, sudahnya terpaksa campur S26 dgn Dumex.
Bila kaji2 kenapa susu S26 ni boleh menggemokkan.. rupa2nya S26 punya "susu tersembunyi" tahap paling tinggi dari susu2 lain.. no wonder la.. peh!
 Ready? TEmpurrrr~ 
Dina sendiri yg letak bekas tu kat kepala dia k?
Susah gila nak suh Dina jd model ni hishhh~

Lps tu bab2 botol susu ke puting ke...
Dina guna BOTOL SUSU BIASA2 JAHHH... tak guna yang brand2 bagai tu mcm AVENT KE, MIMIJUMI KE, MAM KE, NUK KE, TOMMEE TIPPE KE, TUPPERWARE KE.
Asalnya sebelum beranak dulu konon nak bg yg branded la, tp bila kasi yg biasa2.. Dina belasah je.. cuma kalau tukar dgn puting yg kaler coklat tu, Dina jd ruam.. so guna puting putih tu jah,
So mmg takde plan nak guna yg branded2 bagai.  Paling brand pun Disney.
 Nak pulak mek ni pakai tudung (tudung supplier kasi.. pasrah je lah walaupun lucu)
Bohhhh!

Sebenornya Dina belasah je apa2 puting tp kita kasi NUK la.. lembut skit

Puting aje lah brand sikit.. bg NUK.. sbb lembut sikit compare puting lain.
Gigi Dina hampir penuh, so kena le bg yg lembut,.. bg yg keras kang rosak gigi.
Bg puting tu pun dah 1hal.. nak rosakkan gigi anak lg ke huhu.
Dina senang je minum Caliph @ apa2 ubat.. tak lari.. siap mintak lagi ada le huhu

Dina spesis indiendent kot?
Kalau abah & uminya tido.. duk main sorg2 aje lah dia.. kalau tv tertutup.. main sorg2 jgk... (kita tak tido pun saje nak test Dina dlm 5minit, nak tgk dia buat apa hehe)... mulut pok pek pok pek.  Tp kalau abah dia tido.. Dina gi korek mata abahnya kehkehkeh, 
Draw dina draw what u want

Berniaga tu Dina sgt suka..
org sibuk dtg booth / kedai.. mula la dia sibuk layan org jgk.. dan time tu jgk dia sibuk nak berdokong bagai huk huk.
Then kalau dina marah / mengamuk.. dia cubit kita.. uuuhu sakit wohh!
Tp kita tak biarkan dia marah lama2, kalau marah, kena hug dia la, biar dina reda dari marah.. pastu dia sengih :D
Ckp pun dah boleh pelat2..
AYAM (mula2 sebut AYE... hoooohh.. pelat kelate terus hehe) / NOK / TAKDOK / TING (PUTING) / JATUH / SABAR / YOK (TIOK) / NYAW (KUCING) / BALL / KARRRR (BASIKAL) / PONG (TELEFON) / MOK (NYAMUK) / BUK (RAMBUT) / NOH (NOSE) / AKIT (SAKIT) / BIK (AMBIK) / AMAH (PANAS) heheheh / OKKK (HOT) / BI (TV) / PI PI (TEPI TEPI @ sebenornya JOM JOM) / OKCIR (TOKSIR) / BIRD / ENEK (NENEK) / ANGAN (JANGAN) / KAKAKAK (KAKAK.. terlebeh KA) / ABAM (ABG) / BIH (ABIS) / OMEY (COMEY) / ANTIK (CANTIK) / BIG (refer kpd semua lori / van / bas yg dia tgk as BESAR) / AIN (MAIN) / PISH (FISH) / NYO NYO NYO (NO NO NO) :-))
Aktiviti semasa di car boot sale.

Dina suka kawan dgn org.. certain2 budak takut dgn org baru tp dina nak kwn.. siap ajak "maiii maiii", hope senang lah bila dah masuk sekolah esok2.
So far takde la dia usik org sampai org nanges (unless ada budak tolak dina kat car boot sale je.. rasa nak penampo jepun je budak tu heshhh, dina hulur tgn nak salam.. budak tu gi tolak dina sampai jatuh.. heshh!).
Bab2 lasak toksah ckp.. letih makkkkk!
Bukan setakat lasak.. mulut pun mcm bertih jagung!
Hope Dina jadi anak yang baik2 ya?
Luv u.


24 July, 2015

Customer Vendor Butik Kita & Vendor Wanted

Assalam (entry autopublish.. taip awal2).
Nampak tak signboard tu?  Kedai kita dpn celcom tu haaa!

Sapa2 yg belum tahu, kita dah ada vendor butik kat Bandar Pasir Mas Kelantan.
Beroperasi 6 Jun 2015 yang lepas.

Bgtau ni bkn sbb nak berlagak tapi just nak inform k?  Jgn slh faham :-)
Vendor Butik ni based pada baby / kids / mommy.
So no wonder lah ramai para ibu2 suka masuk :-)
Asalnya kita cari vendor dari pelbagai barangan tapi ramai pulak vendor based baby / kids / mommy masuk so kita pikir2 balik.. better go on camtu je la kan?
Lagi pun kami sesatunya vendor butik yang terletak kat bandar pasir mas waima di jajahan pasir mas sekalipun.


Kalau kat bandar K.Bharu dah banyak sgt vendor butik berkembang pesat.
Kita sendiri pun masih lagi menjadi vendor di 1vendor butik kat KB & 1 lg kat Kubang Kerian.
Di Kok Lanas pun kita jadi vendor juga tapi bulan ini last lah kot eheh.
Kita nak jd vendor kat butik kita sendiri je sbb location kita senang access.. kat ground floor jah.
Akak ni nurse kat Klinik Abam.  Dia cam kita tapi kita tak cam dia huhu.

Vendor butik kita ada sorg staff jaga.
So kalau time office hour tu boleh la wassap dia untuk tanya stok.
 Kasut comel2 semua!
Boot ni RM40 sahaja.. nape, tak percaya ke? :D

Pelbagai barangan ada di sini:  TURBAN BABY KHUSUSNYA, headband, rompers, sleepsuit, jeans, kemeja, tshirt, blouse, pyjama, jubah, toys, kasut / selipar baby kids, pre walker shoes, alatulis, jubah, blouse wanita, tudung / shawl, handbag, kain pasang, baju kurung, jeans wanita, aksesori wanita, telekung, kosmetik, purse, biskut, coklat, kerepek.  Section chiller:  puding sedut, susu magic, air detox, air kotak dll.
 Ni yg sama2 join sukarelawan dgn kita dulu.  Sekarang kita susah nak bg komitmen dgn sukarelawan sumbang tenaga, tp insyaAllah ada sumbangan di sudut lain diberikan :-)
Kasut raya dina beli kat vendor butik kita je.. comel kan?
Tak menahan taste dina.. RM35 sahaja.. ada kaler putih & pink :-)

TAPI KITA STILL MENCARI VENDOR LAGI K?
IF SAPE2 BERMINAT NAK JADI VENDOR KITA, SANGATLAH DIALU2KAN.
TAK KISAHLAH BARANG APA SEKALIPUN, KITA TERIMA ASALKAN TAKDE YG SAMA KITA JUAL SEKARANG.

Haaa meriahnya uolssss!
Ni salah sorg vendor kita (kain pasang & shawl), sesambil hantar barang.. sesambil shopping :D

Kita cari vendor berikut:

  • BOTOL SUSU / STOKING BABY / SELIMUT BABY / BEDUNG / TOPI / CLOTH DIAPER / TOYS (sekarang ada soft toys sahaja) dll yang berkaitan dengan baby & kids
  • WANITA:  KASUT / SELIPAR, KURTI BLOUSE / JUBAH, KOSMETIK @ apa2 je.
  • LELAKI:  Kasut / selipar, baju melayu, kemeja, slacks, jam tangan @ apa2 je.
Boleh wassap abam k?  017-961 6119.
Sewa slot serendah RM30-RM100 sahaja :-)

Ajak maknya bergambar sekali tp takmo.. malu katanya.. jenuh asben dia paksa.. ekekek

Kami terima vendor dari mana2 negeri sekalipun, so far paling jauh vendor aksesori baby kids kita ialah dari KL.
No problem.. boleh pos kan?  Vendor kita tu jual headband / hair clip handmade.
 Tu dia, kita train dina dari kecik jadi usahawan.
Dina le yg paling sibuk layan customer dia.. mulut pok pek pok pek, duk hulur kasut / selipar suh customer try :P
Biar dina minat bisnes @ sukan
Mesti orang ckp "bestnya dah ada kedai sendiri".. best tu memang lah best tp bila dah ada kedai sendiri, otak memang sentiasa dikerah untuk berfikir.  Berbeza kerja mkn gaji.. tiap2 bulan dpt gaji tetap.  Bila dah bisnes sendiri.. takleh dah la rasa "dah ok sale 1k sebulan.. cukup lah tu"  (sebagai contoh la.. takkan la ada kedai sale 1k je sebulan dok?  tak logik la huhu)

 Baju kurung pun ado
Susu megik, air detox, puding seduts

Itulah org kata "org bisnes la kuat kuat berfikir utk memajukan bisnes"  (PM tu kuat pikir gak.. tp pikir nak memusnahkan negara.. ehhh relevan tak?  Tetttt!) :P
Lps tu cabaran tu mmg ada lah... bkn takde.. untung rugi tu biasa.. kalau takut rugi, jgn lah berniaga :-)  Kita ckp camtu bkn sbb kita sentiasa untung.. tak weh, ada 1hari tu kita mmg nak give up, rasa nak tutup kedai (padahal baru 1minggu bukak.. mana lah org nak tau lg kan heheheh sengal pulak kita ni).
Kemeja jeans Guess pun ada

 Customer cilik kita beli turbanbaby
Boleh follow instagram kita:  www.instagram.com/cornerlot.boutique
www.instagram.com/turbanbaby.borong

haa gittew, mesti 'orang tu' pandang enteng kat kita & kita tau 'org tu' nak tgk kita jatuh susah & papa kedana.
Tak apa lah, kita bertatih2 dari bawah, berusaha sendiri.. kita tak kaya tapi kita guna duit sendiri.
Doa2kan kejayaan kami k?
Sbb ni cita2 kita dari kecik, sejak darjah 3 lagi kita meniaga  :-)

ALAMAT:
NO. 153, JLN BESAR  PASIR MAS,
BANDAR PASIR MAS, KELANTAN
Sabtu-Khamis:  10pg-6ptg
Jumaat & public holiday:  TUTOPPP!
Landmark:  Dpn Celcom & cornerlot sebelum kilang roti florida 
(pandang kiri jah, jgn pandang kanan, kanan tu nak ke stesen bas, stesen keretapi bagai hehe