Ingat tak saya cerita yang kami dah dapat TAPAK KEKAL CAR BOOT SALE KB tu?
So haritu punyalah semangat
berkerbau-kerbau berkobar-kobar nak menega, sekali masa bertolak dari rumah.. ujan rintik-rintik.. hati menangis siapa yang tahu.
12/9: Belakang tu my officemate.. bukak2 dalam bonet je.. actually time tu masih lagi rintik-rintik
On the way tu, saya ckp kat aba
'NAMPAKNYA KITA GI MELABUR DUIT KAT MALL JE LA, NAK MENEGA CEMANA UJAN NI?' Abam ckp
'KITA TUNGGU SAMPAI 6PTG, KALAU UJAN KITA BALIK LE'.
12/9: Lengan sebab hujan, peniaga pun tak ramai tapi sebenarnya sayup pandangan mata, ramai je yang meniaga (panjang ni oiii.. hampir 60kereta kalau betul2 hari tak hujan). Meriah gila uolss!
Tunggu punya tunggu, tetiba ofismet call tanya
AKAK TAK MENEGA KA ARINI?
Sy ckp
"tak menega lagi sbb ujan tp duk dlm keta je nih tunggu ujan reda".. pahtu opismet ckp
SAYA DAH BELAKANG KETA AKAK.. NAK BELI BARANG NI.. hoooo?
Hujan pun hujan lah.. ni baru JUALAN BUKAK BONET namanya.
Sepah-sepahkan je dalam bonet tu haha.
Dia baru je bersalin.. baby baru 42hari hihi. Nasiblah ada payung :-)
19/9: Barang dah makin berkurangan sebab dah abis stok, nasib lah jumaat ni nak guangzhou hehe
Pahtu ujan reda, terus kami bentang tikar.
Tu pun ada yang datang tanya
KENAPA RAMAI TAK MENIAGA YA?
Errr UJAN KAKKKKK huhu akak ni pun, logik ka nak meniaga ujan2 ni.. heheh saborlah hati :P
19/9: Kanan tu tak gi meniaga lah pulak. Kiri yg ada van tu jual barang baby jgk.
Sebenarnya kami serba salah jgk dgn dia sebab certain barang sama, kami blh jual murah dari dia. Kalau selang 2 3tapak ok jgk, ni betul2 sebelah huuhu tp takpe, dorg laki bini muda belia cam kami (perasan skit) & we're frenz ok!
Lps balik china, kompim full la tapak kitorg ni hehe.
Alhamdulillah rezeki tetap ada walaupun hujan.
Semoga rezeki ini berterusan & kami akan tetap teruskan walau ada yg nak tengok kami jatuh miskin & idup susah. Ingar.. rezeki bukan di tangan manusia tapi di tangan Tuhan!