Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

04 February, 2014

Sehari sebelum bersalin!

Saya dijangka bersalin 27/1/2014 (Isnin) tapi saya minta cuti bersalin awal iaitu dari 19/1/2014 (Ahad) walaupun kwn2 duk cakap rugi amik cuti bersalin awal... ish suka ati saya lah kan?  Annual leave saya tahun ni ada 36hari lagi hehe.

20/1/2014 (Isnin)
  • check up mingguan seperti biasa kat Klinik Desa Pendek.  Tanya nurse tu kalau 27/1 tak bersalin jgk cemana?  Dia kata doktor akan buat surat le bila date kena serah diri.. uii takut!  Time nak cek perut tu mcm biasa la sakit gila kat punggung & celah kengkeng.. rasa mcm nak nangis wuwuw
Chicken chop kat D'  Klassik... buleh la dari takde!
  • Ptg tu ada stain coklat kat panties, sms abam tanya APA MENDA MAKSUDNYA?  (hihi dia kan udah ada pengalaman.. haruslah saya refer abam dulu) tp dia ckp suh tanya Ma.  Tp aku gugel je la.  Kuar stain coklat means PETANDA AKAN BERSALIN dalam masa beberapa jam / hari @ minggu.  Tp saya rasa akan beranak besok je heeee instict sungguh!
  • Saya pun terus baca pengalaman bersalin kat blog2.
Takda kaitan dgn cerita.  Beli Drypers New Born so ada no. kod utk dapatkan baju tido baby ni.. tak sangka plak dapat betul hehe.

  • Malam tu saya ajak abam makan chicken chop sebab saya rasa pasti sangat-sangat dah yang saya akan bersalin esoknya hahah.  Ajak makan kat Restoran Cik Siti sbb chicken chop situ sedap tapi tutup la pulak... kuciwa, nasib ada D'Klassik sebelah Restoran Cik Siti tu.. ok la dari takde.. hmm!
Ok la sambung lagi.. motif sangat kan? :D

28 January, 2014

Memperkenalkan Khalifah Kecil Kami....

NAMA PENUH:  IRDINA UFAIRAH BINTI ROFIZI.
TARIKH LAHIR:  21 JANUARI 2014 (SELASA)
MASA:  8.32MALAM (tengah azan isya')
BERAT:  2.67kg @ HUSM Kubang Kerian.
Macam boboy je kan?  Ramai yang tertipu hehe!

Nama duk panggil IRDINA je dari awal sebab tak sure akhirnya nak pilih yang mana satu.
Dah officially nama IRDINA UFAIRAH :D

Ada 2shortlist iaitu IRDINA NUR UFAIRAH & IRDINA NUR SYIFA'.  Tapi anak abam sorang tu panggil Effa so macam lebih kurang je so pilih IRDINA UFAIRAH (without NUR).  UFAIRAH mcm rare sikit... jarang orang guna hihi.
Kat Wad Peadiatrik 3malam..bila cakap NAK BALIK.. terus dia nangis... waaa sedihnya saya!  :-(

Asalnya saya pilih QAIREEN WAFIRAH (KEBAIKAN) tapi abam cakap macam KASAR je QAIREEN tu.. huhu tak apa la... kita undi lagi :D

Kena agah kat abahnya!

Maksud nama.
IRDINA:  KEHORMATAN / KEBAJIKAN / KEBERKATAN
UFAIRAH:  PEMBERANI


24 January, 2014

Saya Sudah Bersalin...

Pada 21/1/2014 (Selasa) 8.32pm di HUSM.
Awal 6hari dari tarikh EDD buku merah.
Alhamdulillah secara normal & dipermudahkan (rasa mcm bersalin koboi je hi hi).
Kat Rumah Bersalin Lily Pasir Mas... dah terbuka 4cm time ni.

Cerita secara detail kendian-kendian lah ye?
Mari kita view gambo baby 'I' nih he he he!
Baby "I"  (taknak reveal nama selagi tak gi daftar kat JPN).  Ekslusif letak kat blog je.. kat FB belum letak lagi tau hehe.

Sebelum baby kuar, mcm2 fikir weh "cemana la gamaknya fizikal baby aku nih??"  Ye la sbb mcm2 jadi masa peknen... "terlanggar kitten sampai kitten patah kaki... jumpa ular dalam washing machine & abam spin dia sampai mati"... oiii banyak fikir.. runsing weh!  Sekali tengok baby "OIII COMELNYA DIA"  Opsss standard la mak puji anak kan? :D
Photo: 36jam selepas deliver.. Kurus tak?  Hihi. 
Tp mkn nasi takde kuah pun mkn bnyak.. Cemana nak kurus lg ni?  Hoho.
36jam selepas deliver.  Baru turun 4kg huhuhu.. Gigih nak turunkan lagi 5-6kg.  Ni nak gi tgk baby "I" kat HUSM.

Ok kita sambung lain kali.
Now baby kat wad paediatrik HUSM... berjangkit demam dengan aku daaa, kena masuk antibiotik, takut kena kuman!  Sian dia  :-(

Kesian... both tangan baby lebam & kaki kanan lebam sebab nurse tak jumpa cari urat... meraung2 dia :-(
Hope dia buleh balik petang ni sob!


16 January, 2014

Kerja Hari Terakhir

Harini last day kerja.
Saja minta cuti awal 9hari dari EDD Buku Merah sebab KEMALASAN MELANDA + TAK TERDAYA NAK JALAN LAJU2.  Tapi masa nurse BUAT LAWATAN KE RUMAH SELASA LEPAS, dia siap cakap WEH DA.... BULEH JALAN LAJU LAGI TU!  Ha ha ha time tak sakit buleh le jalan laju... katakuuuu!  :D
Dah dapat kelulusan!

Kawan-kawan cakap rugi cuti awal sebab hari pertama cuti tu dah dikira HARI BERSALIN walaupun belum bersalin.  Ish tak kesah le.. kalau rasa macam tak cukup 90 hari tu.. buleh sambung CUTI JAGA ANAK TANPA GAJI KANNNN? Tapi takda lah sampai 4 5bulan segala bagai heh!
Sure la ada orang perli ELEH GAJI KECIK PUN NAK UNPAID LEAVE.  Aik.. suka hati aiii la, rezeki di mana-mana saje!  Asal jangan merompak /amik harta orang sudah la kan hehe!

~menunggu masa (rasa semakin senak-senak muntut / kelangkang huhu).. doakan saya ye kawan2~

EDD:  27/1/2014 (Isnin)
EDD Scan:  25/1/2014 (Sabtu)


13 January, 2014

38minggu & EDD!

Semalam masuk 38minggu.....
Nurse pun cakap BERAT AWAK DAH TURUN + BABY DAH KE BAWAH... get ready la ye?!
Hu hu hu... GET READY?  Aiii nebes nya aiii!

Arini pulak last scan kat Klinik Kesihatan.
Sebabnya haritu doktor kata KETUBAN AWAK SIKIT TAPI STILL OK.
So tiap2 mggu kena gi scan.  Bila gi scan swasta kata KETUBAN NORMAL.
Harini dengan doktor lain.. ramah & baik.. katanya DOKTOR HARITU SCAN KAT URI KOT.. SITU MANA ADA SPACE, MMG LA KETUBAN MACAM SIKIT he he he!
 Gambar harini.. saya still nampak kurus kan?  Senang sikit.. takyah sesusah beli baju maternity :P
  • EDD Buku Merah:  27/1/2014 (Isnin)
  • EDD Scan:  25/1/2014 (Sabtu)
  • Abam nak saya beranak pada:  14/1/2014 (Selasa- Maulidur Rasul)
  • Saya bajet beranak pada:  23/1/2014 @ 24/1/2014 (Khamis @ Jumaat)- (kalu beranak 23/1 no. i/c mcm comel jah 140123 heheh motif sangat!  @ pada 24/1 tu tarikh besday saya walaupun bulan berlainan!)
Beg harimau malaya tu keperluan saya, beg tecit tu keperluan baby 'I' (eceh.. dah ada nama kan.. letak baby 'I' la hehe!

Eh tak kisahla beranaks bila2 pun kan... jangan overdue sudah.. rugi cuti yang saya apply awl tu heh!
Apa-apapun, abam dah print GL dia (walaupun saya dah booking kat swasta, mana le tau saya ni berubah fikiran gi spital gomen pulak ke hehehe!).