Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

11 November, 2013

Ultrasound 28minggu- tadaaaaaa!

7/11/2013 (Khamis) pergi buat ultrasound 3/4D kat Klinik Ziad Azhari, Melor Kelantan (09-7825880).
Abam dah sound- "kalau nak pergi.. lupakan MR. ARRROGANT AWK TU.. HARINI LAST EPISODE"... alaaa sedih!  Tapi tak apa la, demi nak scan, 7.35pm aku siap.
Ajak abam 5 6x "jom le.. pergi lambat2 karang awk kata jauh le, tak jumpa klinik le, apa le!"... abam tetap tak berganjak.  Sebab DIA LAH PULAKKKK YANG GHALIT TENGOK MR. ARROGANT sampai TAMAT kakakakaka terlebeh sudahhh :P
Orang depan2.. belakang / sebelah tak snap pun

8pm tepat bertolak ke klinik (18km dari rumah).
Terlajak la sikit sebab tak biasa pergi (rupa-rupanya aku pernah pergi sekali dengan arwah mami tapi time tu tutup- pergi tahun 2010 kot, mana le nak ingat derrr!).
Sampai 8.35pm... mak oiiii ramai gile!  Ala-ala klinik Jega jugak nih!
Turn aku pukul 9.40pm heheh bertabahlah- demi utk 3/4D murah :P

Masuk bilik dokto, dokto Ziad baik gile.
Dia tanya anak ke berapa, aku jwb anak sulung la (tp dlm hati ckp ni anak ke-4 abam kihkih).
Pastu aku tunjuk pasport (buku merah) aku.
Aku dah agak, sape2 tgk perut aku musti tanya KENAPA NI?  Hu hu hu rasa mcm penat dah sgt nak jwb!
Tapi jwb le jugak "ovarian cyst, buang 1 ovari".  Dokto Ziad ckp "oh alhamdulillah la, senang lekat jugak!" Ye rezeki jgn ditolak :D

Masih ramai yang nak daftar

Lama jugak la scan nya.. 15-20menit kot.
Mula-mula scan biasa.
Dokto Ziad bgtau detail.  Tadak masalah segala semua, buleh bersalin normal bagai.
Yg aku tak menyabor nak tau ialah jantinanya.
Rasanya dokto dah sebut awl2 tapi aku yg tak faham2.. duk sebut "burger-burger".. manalah aku tau apamenda heh!  (tp abam paham le kot).
Sekali lagi abam tadak geng la.... sebab GIGIRL hahahaha sabor je lah ye!
Lain tahun la kita mem'boboy' pulak hu hu hu!
Detail.. banyak EDD tu

Banyak sgt EDD dokto buat (ikut size kepala / size badan & etc2 yg aku tak berapa nak ingat).
So get ready aje la date 20 Januari onwards.
Walaupun 28weeks perot aku kicik, tapi berat baby seiring la (cuma berat sikit dari carta).
28weeks dalam carta 1.005kg.  Berat baby semasa aku 1.168kg.
Terlebih 0.163kg jahhh!
Heartbeat

Lepas settle segala detail, baru scan 3/4D tapi kejap jah, dlm 5menit kot.
Tak nampak sgt le mukanya + aku failed tengok 3/4D ni heheheh!
Skrin atas pale so tak pyh duk senget2 kan sgt pale nak tgk skrin mcm certain2 klinik tu.
So siaplah scan.  Ooo scan 3/4D biasa jah tu.... aku kalu buleh nak tengok muka (over excited) tp takpela.. seperais lagi hehe!
Average fetal length and weight chart | BabyCenter
Kuar tu bayor aje le RM40 termasuk dengan 5keping scan (bkn print 3/4D tp print biasa)!
Nanti nak request scan awl januari dengan abam scan 3/4D kat Poliklinik Al-Hafiz pulak tapi mahei le sikit RM95 sekali dgn print + CD.

notakaki utk abam:  Kena ML masa saya subur le baru buleh boboy he he he.
Aritu tergelincir 2hari lepas saya subur .. sekian wassalam utk informasi anda :P

10 November, 2013

"Malas Layan!"

Suatu hari friend of mine tepek gambar 7-8-9ketui buku LONELY PLANET kat FB nya sebab katanya seriyus nak gi tempat tu.  (Ayu.. kalu ko baca, sila la komen ye hehe).
Maka aku berminat dengan salah 1tempat so aku kata la berminat nak gi.
Bila risik punya risik, bajet seorang all in 9k-12k (hampir 2minggu)- pergi sendiri lorrr, bukan agent!  Tiket flight saje almost 4k return.
Gulp sengih sendiri.. gile kentang 'semahal' itu (padan la dengan tempatnya hehe).
Harusla abam tak kasi pergi punya!  Maka aku teruskan pen'google' lanjut pasal tempat tu:
*climate / currency / attractions & seangkatan* pastu abam tertengok.
Pujuk-pujuk abam, katanya "MALAS LAYAN".... waaa sedihnya.. bukan nak pergi sekarang pun tapi tahun 2015, sempat le kumpul duit (sebab gaji bukan 30K pun sebulan.. 3k pun tak sampai tihtihtih!).
Johannesburg
Kuciwa di situ!
Kalau ikutkan, meme cukup bajet aku kalau 2tahun lagi tu (read:  1tahun ++ je lagi).
Sebab aku suka tempat-tempat camgini.

Pasrah :-(

08 November, 2013

200gram jah?!

Saya check up setiap 2minggu sekali (tapi rasa orang lain macam 1bulan sekali je kot?)  Ke saya yang tak tahu?  Heh!
Penimbang Klinik Desa tu penimbang dolu-dolu yang guna besi kat tengah-tengah, bila naik... penimbangnya tak statik pun, asyik gerak je huhu (takde gambo plak).  Penimbang kat rumah & ofis sama cuma penimbang Klinik Desa berat jadi bertambah dalam 1.1kg huhu!
Photo: berat gue naik 200gram je kaedahnya dlm masa 2minggu....
Penimbang Klinik Desa 58.8kg (tp penimbang biasa 57.7kg)

Check up 28 Oktober 2013 haritu, berat saya naik 200gram je dalam masa 2minggu (58.8kg READ 57.7KG).
2minggu sebelumnya 7 Oktober 2013 ialah 58.6kg- READ 57.5KG.
Makan punya banyak, minum manis-manis saje + ais siang malam pagi petang tapi banyak tuuuu jugak naik... haiiii kompiyus!  Jururawat Masyarakat tu pun tanya saya ni muntah ke lps makan?  Eh tak langsung!  Tak da muntah pun heh!
Penunjuk stiker di buku merah.  Saya dapat stiker kaler HIJAU!

Tapi berat saya meme susah naik kot.
Sebelum pose 53kg, lps sebulan pose 51kg lepas tu naik sikit-sikit.  Tadi baru timbang 58.8kg, tu pun baru lps mkn donat huhuhuhu. 11weeks more to go!  Berapa agaknya naik dalam masa 11minggu ni? 
Ahad ni(10 November 2013) check up lagik, kita tengok berapa kg yang naik :D
(dah selamat minum air gula kurang dari 3menit.. klinik takde call hampir 2minggu- biasa results 1minggu, so takde kincin manis la tu tp tak tau la... tggu ahad ni!)



06 November, 2013

Flamingo Hotel by the Beach- Penang

Cerita sebelum ni kat sini:  http://gi-maghi.blogspot.com/2013/10/hanimun-superstar-cruise-libra.html?showComment=1383695471408#c3019981300440279532

17 NOVEMBER 2013 (KHAMIS)

Lepas tido kat cruise 1malam, tido kat Hotel Flamingo plak.  Kiranya dalam pakej la.  SIL yang stay kat Penang ajak tido umah dia tapi kalau tak tido kat hotel ni meme rugi la, sebab dah bayar hihi.
Bilek kami.. besar gila kan?  Buleh main kejar-kejar!
Dapat double bed 2ketui.. huiii buleh tido4orang di situ eheheh!

Menarik jugak hotel ni.  Hotel 4bintang.  Kalau harga biasa DELUXE SEA VIEW RM220++ 1malam tapi dalam pakej GROUPON ni kira berbaloi la!  Nak suruh aku purchase sesaje hotel 4bintang, memang tak aaaa hehe.

Toilet (ni pun snap gamba kaaa?) :P
View dari beranda bilik kami (Tingkat 9 dari 17tingkat)

 Check in 2.20pm, dapat bilik no. 911 again (masa honeymoon kat Cameron Highlands dulu pun dapat bilik no. 911 hehe).  Best sebab menghadap laut, buleh la skodeng orang.    Wi fi laju gile pulak tu.    Bilik ni nak sumbat tido 4-5orang pun buleh sebab ada 2katil double + luas gile.  Semua ada 17tingkat tak silapnya.  Badan dah penat sangat, membuta dulu le!
Toiletteries
Ironing room (nasib baik ada 2ketui iron so iron la baju masing2 ye hehehe)

5.10pm gi iron baju kat bilik iron.  Then turun gi pantai.  Fuh ramai gile rupa-rupanya orang arab stay kat Hotel ni.  Best gamaknya + sesuai dengan bajet dorang yang kaya raya tu heh
Bilik no. 911

Buleh dikatakan 70% orang arab, 15%  cina,  10% melayu & 5% india.
Turun pantai, abam bawak aku jalan jauh tepi pantai.. adoi tak larat!  Penat hoooo… dulu buleh le kalu nak ajak jalan 3-4km pun aku sudi, sekarang tak buleh la!  Bukan berat perut tapi berat tapak kaki kihkihkih.
Background hotel kami
Sedikit gemuks (sikit jahhhh heheh)- 25minggu
 
Sedapla orang yang buat pakej PARASILING / BANANA BOAT / SCUBA DIVING tu.. harus la untung  gila.  Orang-orang arab tu main je walaupun ber’jubah’ & ber’buqa’ segala bagai :D  Dorang offer jugak kat abam.. kalau aku bawak diri sendiri, nak jugak try kalau murah eheheh.   Aku duduk melepak je kat kerusi tu tengok orang-orang arab buat aktiviti.  
Outdoor
Together forever (insyaAllah)
Lepak, tak larat eh nak berpeleseran jaun-jauh, abam je gi record video orang-orang arab naik parasailing dengan jubah +burqa bagai hehe!
 
Tengok ada budak makan eskrem.. eh sedap le pulak.. apa lagi, 7pm ajak abam balik bilik & singgah beli eskrem Cornetto.  Mak oiii RM10 utk 2cone.  Eh lupa pulak, barang jual kat hotel kan meme mahal so beli la jugak, dari aku kempunan terliur (dah la nak makan durian creepe tak dapat-dapat ni huwaaaa sedihhhhh!).
Kolam ikan depan swimming pool
Kesian parrot ni.  Stop animal abuse!  Parrot ni kat sebelah dining hotel.
Muka stress je dia, diikat & ada signboard "plis take my picture, don't touch me"... hmmmm hidup mereka di hutan, bukan di eksploitasi :-(


Balik bilik bersiap-siap nak gi Batu Ferengghi pulak... bersambung!

01 November, 2013

3malam di bumbung

Apa menda pulak 3malam kat bumbung?
Ni haaaa... budak bulu 'bertuah' ni naik bumbung rumah jiran tapi tak buleh nak turun hu hu hu bertabahlah!
 Last jumpa sabtu pagi sebelum kami keluar ke KB Mall.
Balik ptg tu tak nampak ghupe dah tapi abam kata budak ni duk meneman dia spray kereta.
(aku tak neman abam.. majuks katanya hihi).
Lepas tu tak nampak dah.
 Tunggu abam balik oncall 1.20pg pun, kucim still tak balik.
Tunggu siangnya pun tak balik.
Abam kata "kalau mlm esok tak balik jgk, kucim awak tu dah kena amik kat org"  huk aloh.. sape nak kucim uduh gitu?  Tapi pernah orang khianat kucim aku dengan buang tali loceng nya tu (mustahil le kucim bukak sendiri tali loceng nye tu huhu).. dah banyak kali dahhh!
 Isnin petang tanya mak saudara umah sebelah "ada nampak kucing tak?"
Katanya ada nampak kat kereta abam sekejap.
Gumbira la aku tapi bila cari dalam umah pun tak ada.. agaknya mak saudara ku tertukar dengan stray cat tu kot :(
 Selasa tu aku dah pasrah.. siap cari dalam longkang, kot2 dah mati & org baling dlm longkang tp tak ada.
Pastu masa aku meneman abam spray tayar keta dia, mak saudara panggil.. katanya "kucing ada kat bumbung umah Tengku *****" errr aku tak kenal sebab umah sebelah 4 5biji tu semua tengku.. tengku mana 1? Tengkujuh ke hehe.
 Rupa-rupanya selang 2buah umah.
Arwah mak aku pun selalu cakap kucim aku selalu main kat situ sebab ada padang, duk mengejar belalang gamaknya.  Tapi kali ni advance, gi panjat bumbung tapi tak buleh turun sebab takde tempat utk turun (agaknya lps kucim aku naik, terus tuan umah keluar tak balik 4 5hari so takde tempat utk lompat- tingkap yg terbuka).
 Jiran selang sebuah tu dah naik utk selamatkan tapi kucim aku tu penakut orang kaedahnya!  Orang nak selamatkan dia, dia makin jauh pulak haiyaaa!  Udahnya lps aku pujuk rayu abam, maka dia gi 'jemput' kucim kat bumbung. Terus datang dkt.  Aku tggu kat umah sebab aku tak sedar abam gi senyap2 sob!
Lepas abam lepaskan kat laman umah, terus kucim mengiow & berlari-lari gumbira kat aku.  Haih ingat umah lagi, ingat dah lupa hihi!  Terus bagi makan.. ringan lempung sebab dah 4hari tak makan.  Lps makan, buat muka tak bersalah & nak turun lagi.. ah takde takde.. duk dendiam dalam umah je pulak le hehe.
Tak karuan aku kalau takdak budak bulu ni... nak tido pun payah nak lelap huhu penangan kucim!
Nasib baik le jiran baik bgtau kucim kat bumbung.  Kalau tak.. hang stay la kat bumbung tu sampai bila2 huhu.

Sekian kisah kucim!