Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

15 January, 2013

Kampuchea Day 3 Pt 1- Sumbangan Kewangan



Entry khas ditujukan untuk pakcik Rahimi & Makcik Mariam di Kedah nunnn!
Maaf la makcik & makcik, excited cerita pasal benda lain hehe~  (walaupun mereka adalah silent reader).

Kampuchea Day 3 (13 November 2012 – Selasa)
Perkampungan Islam, Mongkul Borey

 van abe nasir, famili abe nasir, masri & gerai makan


Seawal pagi kami bersiap-siap masukkan barang-barang dalam van sebab lepas je selesai bagi sumbangan, kami akan terus shoot balik ke Siem Reap. 

Seperti biasa, pergi breakfast dulu dan makan kuewtiow sup.  Saya akan merindui rasanya sebab tak pernah jumpa lagi kat Malaysia rasa macam gitu.


Inilah fakri kehkeh, abang gigih potong ais buekkk, bongkok2 saya potong ais & diskusi dengan abe nasir mengenai sumbangan
 
Tapi sebelum bagi sumbangan tu, diskas dulu dengan abe nasir kat siapa yang layak dapat sumbangan tu.. takkan sebarangan nak bagi, ye tak?  Abe nasir siap buat list lagi.. ok juga, at least tau sampai kat tangan siapa.


Sesambil tunggu abe nasir buat lists tu, jiran & wifenya pergi tukar duit  kepada small notes, senang sikit nak hulur.  Abe nasir suruh saya pergi dengan wife nya naik motor.. TAPI HARUSLAH SAYA TAK MAHU.. Sedangkan ‘orang sebelah’ saya ajak naik motor pun saya tak nak, inikan pulak dengan orang lain?  Hohohohorlicks! :P


 Nama penerima sumbangan & para penerima sumbangan


Macam best pulak lepak-lepak bawah rumah makcik abang nasir tu.  Sayapun terbuai kat hammock, rasa macam tak nak bangun.  Mujur la orang sebelah tak kasi beli, kalau tak.. kat Malaysia nanti.. saya berat bontot.. asyik nak berbuai kat hammock je eheh.

Sumbangan ni diberikan kepada penduduk setempat tu je.. tak perlu naik van bagai.. jalan kaki je udah.
Penerima sumbangan ni ada ibu tunggal, anak yatim dan yang ramainya ialah warga emas lah.
Saya lupa nama-nama penerima sumbangan tu.  Tapi gambar-gambar tu sebagai bukti lah ya?


pekerja kilang besi, balu kepada tok siak & ustaz muda yang pernah belajar di Kelantan :-)


Yang saya ingat ialah, makcik tu balu tok siak masjid tu salah seorang penerima sumbangan.  Memang ramah mesra tapi macam biasala, mana la den paham.. saya sengih-sengih je la hihi.  Tapi saya tau dia happy gila dapat sumbangan tu. Siapa yang tak suka dapat duit?  Saya dapat duit pun saya sengih.. happy weh hehehe.

Ada juga ustaz yang menerima sumbangan.  Mula-mula saya tengok rumah dia, saya cakap dalam hati “mak aiiii ustaz duk rumah batu.. layak ke terima nih?”  pastu abe nasir cakap “rumah tu dia tumpang je”.. oo macam tu eheheh.


 Penerima sumbangan & rumah-rumah penduduk Islam di Mongkul Borey


Ustaz tu hensem tapi nama tak tahu la & dia boleh cakap Melayu.  “orang sebelah” tanya, rupa-rupanya dia pernah belajar di Kelantan bawah Ustaz Abdul Basit.  Oooo macam tu.  Dia kata tak datang Malaysia dah.  Taka pa lah ustaz, bagi ilmu agama di sana pun sudah cukup baik.

Ada juga penerima sumbangan yang tiada di rumah maka saya wakilkan kepada makcik abe nasir aje la tolong sampaikan, tak releven kami tunggu sebab kami pun dah nak pulang ke Siem Reap.


 Pasu yang sangat besar (sumbat saya pun buleh), rumah yang usang, ayam tengah lepak & 'orang sebelah' mengkidnep baby siapa entahh


Sesambil pusing kampong tu, kami singgah kilang-kilang buat besi.  Mula-mula saya imagine kilang tu besar, rupa-rupanya kilang tu sebesar 1-2pondok bas sahaja & pekerjanya ialah penduduk kampong tu juga.  Tak bagus juga banyak kilang besi sebab persaingan banyak~  1kampung je ada 6 7kilang besi huhu.  Tapi sabitnya tajam giler.. pergh ngeri~  1sabit tu $4 kot tak silap.
Pakcik-pakcik yang sepatutnya rest kat rumah pun still mengerah keringat huwaaaa sedih la mengenangkan nasib mereka mencari rezeki.

Penerima sumbangan terakhir adalah makcik abe nasir sendiri lah termasuk duit belanja selama kami berada di sana 3hari 2mlm, ye la.. udahla tumpang rumah orang, takkan nak duduk free aje kan?  Nasib baik saya ada bawa sedikit buah tangan untuk mereka, tak la rasa malu sangat.

Rasa sedihnya nak meninggalkan Mongkul Borey.
Tak pasti bila lagi akan jejak ke sana sob sob sob.
Kami meneruskan perjalanan ke Siem Reap.


Bye-bye nice people at Mongkul Borey

Nota kaki:  duit sumbangan yang diberikan adalah hasil sumbangan kawan-kawan yang bermurah hati untuk penduduk Islam di Cambodia, semoga Allah merahmati kalian :-)

14 January, 2013

Last Minit Tukar Bridal~

72hari sebelum majlis, tiba-tiba kami ambil vendor baru iaitu KIKI SHAQIE BRIDAL  (abe ki) sebab our previous bridal masih tak dapat cari baju tema hari sanding.

 Koleksi KIKI SHAQIE BRIDAL:  012-9470510 (Jalan Bayam, Kota Bharu)- Betul-betul depan Dobi Nur Kaseh

Setiap minggu saya follow up tanya progress baju & kami sentiasa ada masa untuk pergi tengok tapi abang + kakak tu asyik sibuk, nak pasang / turun pelamin, nak cari barang, nak make up.. aishhh!

 Koleksi lagi

So saya senyap lah dalam 3 4minggu, then saya sms balik tanya.. tiba-tiba abang tu tanya balik "eh memang confirm eh?  Ingat tak jadi sebab senyap je"... alamakkkkkk.. nasib saya terdetik nak sms tanya, rupa-rupanya dia ingat kami tak jadi ambil.  Tak logik saya tak jadi ambil sebab tiap-tiap minggu saya sms dia tanya pasal baju + kompim nak biru untuk bertandang. Dia kata kalau ada pun, ALL YELLOW.
Alaaaa.. sedangkan dia tau tema kami KUNING + HITAM macam harimau malaya gitu!

 Kasut. Hantaran pun KIKI SHAQIE BRIDAL BUAT.  RM25, RM35 & RM45

Kami dah risau, so kami cari alternatif lain, kami pergi semula kat kedai abe ki.
Hati saya meme dah terpaut kat bridal ni tapi 'orang sebelah' MALAS nak survey banyak-banyak so saya stick je la kat abang + kakak yang tak dapat cari baju saya tu.. sudahnya kembali kat abe ki.. yeaaa :D
Dengan abe + kakak tu bagus PR nya, cuma bridal yang besar-besar pun sub kat abe + kakak tu, tu yang dia sibuk je manjang huhu!

"orang sebelah" memilih baju

Yang paling saya gumbira tak terkata bila abe ki kata dia buleh jahitkan baju baru untuk saya?
Wah really?  Oh mai gucci.. that means, SAYA AKAN RASMI BAJU PENGANTIN YANG BARU DIJAHIT yeaaaaa, cayam abe ki hahahah.

touch up.. eh, tanjak

Mulanya saya risau juga kot dia nak jahit baru mestilah mahal sikit tapi katanya sama jeeeeee.. still RM150 sepasang.. berganda happy saya :D
Saya tak kisahlah rupa bentuk baju tu cemana, asalkan baju baru & belum ada sape-sape yang pakai!

Abe ki tengah pakaikan baju bertandang kat mannequeen.. tak buleh aa reveal dulu cemana :P

& baju bertandang sekali amik & try, terus berkenan hahah buleh camtuh?
Baju akad nikah hitam puteh (abe ki kata lepas raya cina, banyak masuk putih.. ok saya tunggu!)

Pakej RM2100
-  mini pelamin  (tapi bunga meriah uolss ahaks)
-  bilik tido
-  meja beradab bertentang mata
-  3pasang baju  (tudung tak pyh susah pyh beli le, dia bagi jugak!) + aksesori
-  1x make up

Me request hias besi pemegang kat tangga tu.. abe kata "ok, kita buh bunga-bunga la sini kot".. walaweh.. yahuuu :P

Ingat nak amik kanopi dengan abe ki gaks ahhh... scallop hitam kuning jugak ahaks.. biasa le aku peminat tegar kuning :P

13 January, 2013

Total Perbelanjaan Tahun 2012

Bukan untuk menunjuk (kalau menunjuk.. total saya tidaklah sebanyak ini.. mesti berpuluh-puluh @ beratus-ratus ribu saya berhabisan).
Ni guna cash jah.. tak termasuk kad kredit, bills, hutang, kereta segala bagai ehehe!
Peace!

    • Januari       :  RM1736.35  (pergi cambodia)
    • Februari   :  RM553.70
    • Mach        :  RM990.25
    • April          :  RM2266.60  (umrah)
    • Mei            :  RM1072.90  (umrah)
    • Jun            :  RM841.90
    • Julai          :  RM938.80  (pergi sabah)
    • Ogos          :  RM1396.25  (shopping raya + Aidilfitri)
    • September  :  RM1112.75
    • Oktober      :  RM868.10
    • November   :  RM1757.60  (pergi kemboja + bertunang)
    • Dismeber     :  RM1487.90  (beli barang keperluan kawen)
TOTAL:  RM14,662.60

Expenses dicatit setiap hari tanpa gagal (eh bulan Ogos ada sedikit gagal, tulis kebarangkalian je lah ehehe).

11 January, 2013

Impian Saya....

Saya tiada azam tapi saya ada IMPIAN YANG SANGAT BESAR.

Impian saya hanya satu... iaitu.. saya ingin berjumpa IBU BAPA KANDUNG SAYA.
Tidak kisah siapa / status / kedudukan / pekerjaan mereka itu bagaimana.
Itu sahaja :-(

 

Saya berharap mereka datang mencari saya kerana saya tidak ada apa-apa maklumat mengenai mereka :-(
(ada tetapi sangat-sangat tidak membantu).

-impian lain ada, tapi hold lain tahun le!~
 

10 January, 2013

Keajaiban

Saya ketemui kalimah ni secara tidak sengaja di lantai Angkor Watt, Cambodia pada 14/11/2012 (Rabu) yang lepas.
Ketika saya nampak, saya buat-buat tidak tahu takut nak beritahu "orang sebelah", nanti dia kata saya merepek tapi tiba-tiba "orang sebelah" tanya AWAK NAMPAK TAK APA YANG SAYA NAMPAK?
Terus saya kata YA SAYA NAMPAK!

Tapi malangnya kamera kitorg memang tak dapat bagi hasil yang memuaskan walaupun snap 4 5kali.
Dalam kamera tak nampak sangat tapi kalau depan mata, memang JELAS & NYATA KALIMAH ALLAH tu.

Saya tidak pasti samada kami silap mata @ kebetulan lantainya macam tu?
Hanya Allah yang maha mengetahui :-)