Selamat tahun baru semua!
Cepat kan dah masuk 2013.. tuooo doh mokcik huhuhuhu~
Korang ada azam kan?
Saya punya, nanti saya fikir haha.
Flyers
Bukan nak cerita pasal azam segala bagai (it's so call TYPICAL!).
Just
nak cerita pasal malam penutup 2012... orang lain sibuk celebrate dekat
sana sini tapi saya sibuk dekat hospital menderma darah.
Pegawai perubatan tengah cucuk kat jari.. langsung saya tak pandang
A bit frust dengan diri sendiri sebab tahun 2012 saya tak pernah menderma waima sekalipun lagi,
sebab buka on weekday je, weekend tak buka.. lainlah kat Pusat Darah Negara memang buka on Saturday :-(
Orang lain seriyus je.. kenapakah?
Tiba-tiba haritu tengok flyers di pejabat ada program menderma darah,
jadi.. apa lagi, saya tak berapa nak pecut ke Hospital Pasir Mas hehehe
(tak buleh pecut la, hujan!)
Queue untuk ambil beg darah
Ingatkan hujan lebat macam tu tak ramai orang... sampai je 8.33pm... makkkkk aiiii, dah ramai ok!
Alhamdulillah, banyak juga kesedaran mereka menderma darah (eceh skima ayat!)
Smileeee~
Saya berdoa juga supaya darah saya tak rendah (sebab pernah sekali failed sebab darah rendah) tapi semalam semuanya ok! Tang cucuk jarum tu memang saya tak pandang pun.. takut la hohoho~
Lambat nak tunggu full
Kali ni darah saya diambil 350mg.. 1st time ambil haritu 480mg.. gila banyak!
Tapi walaupun ni kali ke-4 diambil 350mg, tapi lambat le darah saya keluar.. 20minit,
sedangkan penderma kat sebelah tu tak sampai 10minit, jenuh saya pam tangan.. lenguh tak mahu gak keluar laju huhu!
Lama pun tak apa, ada pertandingan karaoke kat stage depan-depan penderma tu, erkkk~
Menuntut sijil & beg
(baru 5kali menderma.. 'orang sebelah' kata sorang tu dah menderma 54 kali.. perghhh~)
Selesai sudah la sesi menderma darah.
Tunggu bulan 3 ni pulak la
(eh bulan 3 derma dara kat 'orang sebelah' hahahah opsss!).
Ok la kita kasi rest, bulan 4 kita derma darah heh.
Begpack DEUTER uolss~
Penderma dapatlah cenderamata badge "saya hero- derma darah" & beg DEUTER uolsss!
Tak kisahla ori ke tak ke.. yang penting BRAND nya tu :D Nampak lagi THE NORTH FACE.
Yang sponsor ialah Mr Tan apa ntahhh~
Sekian berita!
Selamat menambah umur~