Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

07 December, 2016

Pelanggan Pertama Chomelista Homestay, Pasir Mas

Pada 4-6 Disember 2016 (JUmaat-Sabtu) yang lepas, Hj. Zainal sekeluarga dari Klang telah menginap di Chomelista Homestay, Pasir Mas.
Seperti yang dijanjikan, hanya RM80/mlm.
Welcome drinks / food

Berdebar tak usah cakap.  Ye lah sebab nak entertain penghuni pertama kita ni.
Tak tahu apa persepesi dia nanti sebab kita tak ada pengalaman sedikit pun dalam bidang homestay servis (pengalaman buka vendor butik / carbootsale tu ada lah hehe).
Towel bilik utama

Kami jumpa di depan JPN Pasir Mas waktu Maghrib & follow kami ke homestay.
Pada mulanya Hj. Zainal ingin menukar homestay (gedebukkk rasa nak luruh jantung).. sebab katanya sangka BETUL-BETUL DI TENGAH BANDAR PASIR MAS.

Oh yang di tengah bandar pasir mas tu ialah KLINIK BANDAR P. MAS.
Beliau bertanya ada HOTEL KE DI P. MAS?
Ada.. bukan tiada tapi tiadalah hotel taraf2 mewah, ada bulan bintang.. sekadar hotel2 biasa sahaja.
Towel bilik tengah

Saya masuk rumah & beramah mesra dengan wife nya.
Wife Hj. Zainal memuji homestay kami cantik.
Saya juga minta maaf sekiranya ada kekurangan.

Towel bilik kecil

Macam biasa, Dina pun beramah mesra juga dengan wife Hj. Zainal.
Duk explain dgn ramahnya mengenai toysnya yg diletakkan di ruang beraktiviti kanak-kanak.

Selepas berdiskusi, Hj. Zainal setuju sahaja menetap di homestay kami.
Air kotak dalam peti.
RM1 sekotak ye (suka sebab lepas tu banyak rompong) :)

Bila hari check out, berdebar juga nak dengar khabar berita dari suami (sebab klinik suami berdekatan dgn homestay).  Lepas dengar, alhamdulillah... Hj. Zainal berpuas hati dengan servis yang kami tawarkan kerana belum pernah ada homestay yang sedikan air kotak & welcome drinks specially makanan yang banyak.

Alhamdulillah sekali lagi, syukur!

Berminat stay di homestay kami?
Wassap / call:  017-9616119 (fizi) / 012-3308551 (fida)
FB: chomelista-homestay
Instagram:  chomelista.homestay
Blog: http://chomelista-homestay.blogspot.com