Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

23 November, 2016

Sekitar Majlis Tahlil Chomelista Homestay Pasir Mas

Alhamdulillah, majlis kesyukuran sempena pembukaan Chomelista Homestay di Pasir Mas telah berjalan dengan lancar pada 17 November 2016 (Khamis) yang lepas.

Kami suami isteri berhempas pulas menyiapkan homestay ni.
(Sebenarnya suami yang lebih buat kerja, sang isteri bantu je hehe).
Kami anak beranak gigih siapkan homestay di pasir mas ni

Sebelum dapat kunci
Yang kanan tu doktor pakar pergigian di Pasir Mas :-)

Tak susah-susah nak order makan sebab nya mak mertua kita memang jual nasi makanya, order dengan dia aje lah hehehe.  Buat lauk pauk simple ala-ala kampung je.
Solat zuhur.  Mereka ni semua pembantu pembedahan pergigian :-)



Suami jemput geng-geng Klinik / Hospital sebab tu lah dalam gambar kelihatan ramai uniform putih (sebab suami pun pakai uniform kan) :P
Suasana majlis
Solat hajat

12.40tghari geng-geng klinik suami dah mula menyerbu.. nasib baik baby sitter kita masa kita baby dulu datang tolong.. kalau tak... nanges kita :P
Inilah dia baby sitter kita masa kita kecik dulu.  Sekarang anak kita pula yang manja dengan baby sitter kita.  Wah off topic pulak ni.

Pada mulanya majlis kami bajet sehingga 5petang je tapi tetamu tak henti datang sehingga 6.45petang.  Tetamu yang datang lihat-lihat dalam rumah.
Suasana majlis

Alhamdulillah ramai yang puji sebab memang kita sediakan perkakasan cukup lengkap.
Tetamu yang nak datang boleh bawa badan je.  Towel / sejadah / telekung.
& tak kurang juga yang terkejut & tak benarkan kami letak harga RM80/MLM kerana mereka juga ada homestay di kejiranan sama dengan harga RM150/mlm tapi tak cukup lengkap.

Tak apa, kami buat harga promosi sehingga 31 Disember 2016 ni sahaja.
Petang-petang jemput kanak2 pulak, sebab dorang kan keluar bermain :-)

Jiran-jiran pun kita jemput juga.  Ye lah kita kan hidup berjiran, kena lah jemput kan.
Kanak-kanak pun ramai datang.  Memang happening kawasan tu, semua jiran-jiran tak sombong.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Sesiapa yang nak cari HOMESTAY DI PASIR MAS, kami antara pilihan yang ada.
InsyaAllah SELAMAT / SELESA / PERMAI TIADA PENCEMARAN BUNYI & LENGKAP DENGAN SEGALA KEMUDAHAN).

Hubungi:  017-9616119 (fizi)

14 November, 2016

Chomelista Homestay, Pasir Mas

Assalamualaikum.... ni kita just nak maklumkan, insyaAllah kita akan open CHOMELISTA HOMESTAY, Pasir Mas Kelanta pada 20 November 2016 ni.  Lokasi betul2 BELAKANG HOSPITAL PASIR MAS (700meter).
Main room + aircond

Dah boleh buat booking.
Nak cuti sekolah dah tak lama lagi dah ni.
Harga?  Toksah risau tuan-tuan / puan-puan.. di saat ekonomi tengah menggila & tak menentu ni.. kami buat promosi sehingga 31 Disember 2016.

  • 1-10mlm:  RM80/mlm
  • 11-20mlm:  RM70/mlm
  • 21-30mlm: RM60/mlm
Murah kan?  Toksah risaulah... ni kita bagi details homestay kita.


Lokasi:
  • Hospital Pasir Mas:  700meter
  • PKD Pasir Mas:  750meter
  • SMK (A) Lati:  850meter
  • SK Pendidikan Khas: 900meter
  • Bandar Pasir Mas: 3km
  • Rantau Panjang:  23km
  • Pengkalan Kubor:  30km
  • Wakaf Che Yeh: 19km
  • Kota Bharu:  23km
  • Airport Pengkalan Chepa: 31km
  • Kedai mkn / Kedai runcit:  ada sepanjang jalan & banyak pilihan
 Kemudahan rumah:
  • Teres 3bilik tido (1bilik aircond), 2bilik air
  • Cukup lengkap radas2 dalam rumah
  • Astro Njoi
  • Ada ruang untuk anak beraktiviti, so anak-anak pun tak boring
  • Permai, tenang & tak ada pencemaran bunyi
 Anak-anak boleh main kat sini (tak keluarkan lagi toys2 tu)

Antara Homestay termurah di kawasan area2 berdekatan (homestay di pasir mas, kelantan).
Booking sementara masih opening promo ni, tahun 2017 dah kembali kepada harga asal RM100++.
At least boleh simpan duit untuk shopping pulak kan?  Hehe.
Ruang makan

Jangan risau, selesa & cukup lengkap, nak masak-masak, nak iron baju.. kita sediakan semua.

Berminat?
Call / Wassap 017-9616119 (fizi) / 012-3308551 (fida)

Instagram:  chomelista.homestay (klik je)
Blog:  http://chomelista-homestay.blogspot.com