hahahahaha lama gila nak sambung 1 entry lain kan?
Bukan apa, kita mmg tersangaaaaaaatttttttttttttlah bizi.
Bos takde pun mmg kita bz jugak.
Pegawai kita ckp "musim2 ni mmg musim tak bercakap dgn orang, nak2 lagi masuk November-sehingga settle dokumentasi PPSM"
Okeeelahhh SAMBUNGGGGG CERITA PENDEK AJE KOT?!
Banyak gambar!
8.00pg touch down Hussein Sastra Negara Airport, Bandung.
Tertunggu2 juga dalam flight, takde bagi departure / arrival card ke?
Booked thru agoda.
RM248.59 jah 4hari 3mlm.
Kita try reedem points utk kawan kita, rupa2nya tak boleh.. kena guna atas nama sendiri je.. aduh ruginya sbb 1426points akan expired ujung tahun ni :-(
Kawan kita pakai tudung kelabu mengendap apa tu hihi!
Kita sangat terkejutlah tengok airport tu sebab SANGATTTTTLAH KECIK & SEMPIT.
Expectation ku mengatakan bahawa airport nya besar sbb tourist kan selalu gi sana.
Supir kami: Pak Yayat dari Hayukka Bandoeng
Bersesak2 lah seketika masa amik luggage.
Yang bestnya, luggage kawan kita rosak handle hu hu hu.
Tugunegara ke apa nih?
Jalan Macet sbb memasing bz nak gi kerja
Once tiba kat arrival luar tu, terpampang nama FIZI... kita pun tuju kat dia.. kita tak tanya la nama dia sbb dah tau. Cuma awalnya deal dgn Dicky Hayukka tapi dapat Pak Yayat Hayukka huhu.
Dina teruja tengok pemandangan Bandung
Haaa tengok budak tu.. tak menahan betolll pakai sunglasess siang terang benderang.
Yg dokong anak tu, husband kawan kita yg gi sesama
Naik keta avanza.. kiranya mcm reasonable la price Hayukka Bandoeng ni, dari review2nya... cuma luck tak luck je dpt supir ramah ke tak.. kita dpt Pak Yayat yang pendiam sob sob sob!
Dia cuma tanya udah berapa kali datang ke Bandung.
Dining hall. Ingatkan nak tumpang mkn minum lps mandi, sekali dah abis dorg kemas sobbb!
Check in hotel.. smooth jah la sbb ckp melayu + indon (kita buleh la kecek indon huduh huduh heheh) + staff POp hotel ramah
Perjalanan dari airport ke Pop Hotel memakan masa 25menit.
Kita kasihatau nak singgah brekpes dulu then Pak Yayat kata biasanya rumah makan (kedai / gerai) bukak dalam 10pg.
Sbb biasanya penduduk kat sana brekpes di rumah.
Wah ye ke? Kagum nya?!!
Tengok, banyak tak beg? Hehehehh itu beg utk 4org hokkay!
Dlm bungkusan KOKO & HITAM tu ialah TURBANBABY.. pos ke sesama Indon free aja, so kita borong 6kg turbanbaby hikhik!
Oleh sebab itu, kita suruh dia gi Hotel dulu utk early check in.
Kawan kita mengucap panjang tgk driver2 kat sana drive, tak kira sapeda @ motokar..
bersimpang siur, selit sana sini.
Kita dah biasa dgn keadaan tu so kita tak de la takut sgt heheh.
Kita rasa ok je bilik ni, kita bukan nak gi honeymoon pun.. nak gi jenjalan aje.. bukan nak pi tido hehe!
Nampak tak yang cembong tu, itu le toilet.. ala2 dalam kabin gittew.
Yg size XXXL pun boleh masuk.. tp abam bocey nak masuk tak boleh kut huhu!
Sampai hotel... kita terus ke kaunter untuk early check in.
Our luck, ada 1bilik kosong so boleh la share dgn kawan sementara.
Bayar 184rb (RM57)... tak kesah berapa2, janji boleh mandikan Dina & Airis.
Sian dorang penat tapi kita mandi jugak la dah alang2 dapat bilik kan? :-)
Pak Yayat kami arahkan tunggu dulu untuk ke destinasi seterusnya.
Bilik memang takde gobok.. memula kita frust jgk sbb tak boleh nak hang pakaian.. sekali terjumpa kat pintu.. ada rupanya.. comel jah hanger dorang :P
Dalam keadaan toilet & level 7 (yg biru tu ialah hot / cold water)
Pop Hotel ni takde kettle dalam bilik, cuma kat setiap level tu ada tong hot / cold water so amik je kat situ. Mula2 tak perasan, turun le kita kat lobi tu amik hot water.
Then kalau nak guna iron, kena bayar (tak ingat berapa rb), kita pulak lupa bawak travel iron so pakai je berkedut2 gitu.. pasroh haha.
Sila recycle!
Yang bestnya hotel ni ialah.. tiap2 kali nak naik ke level atas, kena swipe kad spt dalam gambar tu.Mcm kita dapat level 7.. maka ada kad baru boleh tekan 7.. kalau takde kad.. duduk lah tercongok hang dalam lif tu sampai kematu hehe. Kalau duk level 7, dpt tekan utk level 7 aje le! Tekan selain level 7 is tak boleh! So secure di situ!
Kalau lupa bawak segala mak nenek sikat / berus gigi / sabun / shampoo / shower cap bagai... boleh beli paket toileterries nih.. 10rb jah (RM3.20).. kita beli 3utk buat souvenir :P
Ok lah lepas mandi manda ala kadar, kita turun nak gi brekpes & ke pasar baru.Pak Yayat tunggu dengan setianya.
Overall kita ok je dengan hotel ni.
Maybe orang lain tak suka kot sbb ala2 bajet gittew.
Sambung... (Tak tau bila boleh sambung haha)