Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

29 January, 2015

Dapat Tiket MUrahhhhhh!

Air Asia buat promo lagi.. adoi la tergoda habesss!
Sekarang dah murah la sbb dah takde caj bahan api.
Banyak gile murah, boleh dikatakan tergoda jgk tapi hanya berjaya pujuk abam gi 1negara ni je... tu pun November tahun ni.. suka suki klik2.. terbeli lah 1 jgk ehehehe! 
RM366 jah return utk 2org.. giler murahhh?!
Irdina punya beli anytime pun buleh.
Actually pernah beli tahun 2011 tapi burn sbb buleh balik keja kat kelate tp murah lg le time tu, below RM100 return hu hu.

Memula nak gi Bali tapi tertttiba tukar angin pulak.

  • Saya teringin gi Huangzhou sebenarnya, serius murah.. connecting flight KB-HUANGZHOU RM600++ je ok, tak berpinau biji mata?  (kenapa teringin sangat nak gi HUANGZHOU?  hehehehe ada lahhhh!) :P
-----gaji takde, tapi teringin beli tiket sana sini... ish ish ish ----



23 January, 2015

Misi Ke Guangzhou!

Misi ke Guangzhou?  Misi apa pulak ni?
Hhehehhe apa lagi, misi memborong le kekekek.

Asalnya kwn carbootsale lakibini tu yang beriya nak follow kami sampai kami serba salah, sudahnya kebetulan kami pun duk menega kat festival so stok tinggal sikit & KEBETULANNYA LAGI ADA TIKET MURAH so grab la!  Kazen kami 3orang pun nak ikut jugak :-)
9dewasa + 1baby okeh?!
Kami laki bini urus semuanya dari beli tiket flight / visa / hotel / transportation / itinerary:-)  (kazen kami je beli tiket sendiri.. kan dah salah beli.. waktu tak sama huhuhu).


Tapi kami tak bawa Irdina, sbb cuaca time tu sejuk.  Sbb sayang lah kami tak bawa.
Kami dah nasihatkan kawan tu supaya tak bawak baby tapi dorg nak bawak jgk, tak boleh buat apa la.
Ni semua barang kami masa 1st time gi Ghz September lps :-)


NEXT TIME INSYAALLAH KAMI LAKI BINI AKAN BUAT GROUND PACKAGE KE GUANGZHOU 3HARI 2MLM @ 4HARI 3MALAM (biasa pakej company lain 4h3m ni RM1600++ kan?  takde maknanya lah uolsss!  Dah la TERPAKSA GI TEMPAT URUT/UBAT SEGALA BAGAI!)
Pakej kami laki bini special (murah + berbaloi sangat sebabbb... haaa tunggu kami publish pakej kami lepas kami balik Ghz Februari ni ok?)
 :-)



21 January, 2015

Irdina Turns 1Year Old

Harini 21 Januari 2015 cukup Irdina 1tahun.
Wah sedar tak sedar, dah 1tahun rupanya.


  • Irdina ni lasak orangnya, penat weh mengutip.
  • Mulut pot pet pot pet.
  • Belum pandai berjalan lagi.
  • Pandai panggil burung dengan gaya tangannya sekali (bukan ARKKK ARKKK ARKKK mcm org2 tua tu tapi mcm panggil kucing hehe)
  • Bila kita say HELLO, otometik tangan dia kat telinga & dia pun ckp HYOOO
  • Buleh sebut ABAHHHH sampai tersembur2 air liur huhu
  • Suka kawan dengan kekanak lain (next year boleh antar school for playhouse kowttt?) :P
  • Kuat mkn (nasi / biskut / laksa / mee / eskrem / puding / roti / telur / ayam / tebeng dll) tapi berat tak berapa nak naik, kompius weolss!

Semoga menjadi anak yang baik & ikut lunas-lunas yang ditetapkan.
InsyaAllah.. we love you Irdina Ufairah :-)


12 January, 2015

Aku Mangsaaaa!

Salam & selamat tahun baru 2015.
Wah masuk 2nd week baru nak wish bagai.
 25/12/2014 (Khamis)-  2.05PG ADA JIRAN CALL SUH ALIHKAN KERETA YANG DI PARK DI JALAN RAYA DPN UMAH KAMI.
motor abam.. memang dia tak nak pun motor ni, simpan sbg tukun je... sbb tu dia tak kesah di'lindungi' banjir pun huhuh.

Lama gila kami laki bini bertapa.
Bertapa kat umah kakak ipar di Bachok.
Kenapa?
Apo lagik.. umah kami banjir la hahaha adoiyai!
1st time ever in my life, banjir masuk umah.  Paling teruk pun tinggal 1batang anak tangga.. tu pun tahun 1989 then takde dah.. selalu2 tu, takat betis je (kali ni takat dada aiii hokkays!)

1st time ni kena pindah bagai.
Tak pindah, takde api air weh... nak basuh kincin dgn hape?  
Takde api boleh tahan lagi hehe!
'Seat ajaib' Irdina.
Dia duduk dalam ni lah masa menyelamatkan diri.  Kami mengharung 2km selama 4JAM NOKSSSS perghhhh dasyattt! :D
Malam sebelum tu mak mertua & abg ipar datang umah kami, ingatkan selamatlah rumah kami.. rupa2nya tak selamat jgk huhu.  Time tu rumah mereka dah masuk banjir awal2 lg.

Next time la cite lanjut, malas nak menaip ni kekeke.
Ala aiii tahu ada org tu ckp 'padan muka mung'.. tp ada aku kesah ke?  Aku ok je... be happy always hiks!

-sekarang saya tengah cuti tanpa gaji dari awal januari - mid februari.  Sebab?  Sebab peribadi (mmg tujuan asal nak mengemas rumah, tak sangka pulak banjir ni menggila.. HAAA MBIK KAU.. KAU KEMAS LAH SESUNGGUH HATI hahaha).  Actually saya apply sebelum banjir lagi + memang tak tahu pun akan banjir sedasyat ini :-)