Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

17 December, 2015

Busy Dengan Penilaian Prestasi

Assalamualaikum.. good morning!
Wah gittew.. tengah bz ni hokkay?
Dats y lah mmg tak sempat pun update pasal travel huhu.
Dokto gigi- contoh jah nama2 tu deh.. ubah le.. takkan nak tunjuk yg betol kot?
Ni sbg format supaya daerah buat le tp ada jugak yg tak ikut pun,, buat suka ati dia jah huhu

Sape2 yg kija gomen & dipertangunggjawabkan buat Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) semua staff seluruh Pusat Tangunggjawab (PTJ) di jabatan beliau tu bekerja tu tahu lah betapa hazab nya nak buat menda ni!
Kumpulan sokongan 1

Asal ujung tahun je mesti masa UNTUK TIDAK BERCAKAP DGN SESAPA & TAK BULEH BERGURAU SENDUK!  Orang lain coti2 ujung tahun.. tp kita takde maknya nya lah.. aritu pening pun dtg kija sbb risau kat LNPT  ni ho hoho!
Kumpulan Sokongan 2
Yg biru tu calon2 APC tahun nih!

Bukan senang nak buat menda nih.. nak kena tally dgn perjawatan, kena fokus betul2 (ni tgh taip blog.. tak fokus la jap.. gile kauuuu pagi2 buta sampai ofis sampaiiii le waktu balik.. duk ngadap benda ni jah.. penat.. serius penat.. badan / otak / tgn / mata semua penat.. blk umah tido pun awal).
Login hrmis la benda yg ku paling malas dolu2.. sekarang wojib tiap2 hari huu!
Pstt... kita dah tolak GCR 6hari so total sekarang dah 52 hari.. boleh pencen awal lah kot kahkahkah (sorry, tak cukup syarat umur 40tahun lg!)

Ye la mana buleh buat main2 dgn markah orang.. ni untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tu nanti.  Bior lah kita tak penah dpt markah best pun, biorlah bos kata kita tak buat kerja pun.. tak apa.. penilaian manusia siapa2pun buleh buat

Dolu2 suka la tgk markah orang tp sekarang.. muak kauwww.. serius muak tgk markah org.. nak susun sesatu pergh mata panda jadinya!
Jabatan Kita ada 10PTJ (pusat tanggungjawab):  Kota Bharu, Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh, Tumpat, T. Merah, Bachok, K. Krai, Jeli & G. Musang... ada 1000++ pegawai & k/tangan.. ko hadapppp le khennn?!
Untuk penjanaan data

Dah la kita buat sengsorang.. mintak tlg org lain, ado je le jawabannya!  Lg pun mmg kena buat sorang2..,. markah SULIT lah.. gile kau nak tunjuk org hwhhehehewehehe!
Urusetia & big2 bos jah buleh tgk merkah2 nih.
Daerah KB le paling ramai... 304orang

Ok lah ku undur diri dulu.. mahu sambung buat LNPT nih!
Lupakan coti2 hujung tahun sob sob!

(kita kuciwa kot markah tahun ni the worst sepanjang 13tahun kerja.. tak apa bos, terima kasih sangat! Kita kdg2 nak kencing pun tertahan2 semata buat kerja.. punch kad tak pernah merah pung, balik awal pun tak pernah!
Kita siap beli PC kat umah semata-mata nak buat kerja opis kat umah!-  ini balasan yg manusia beri- markah tersangat rendah!  Nanges?  Memang.. memang kita nanges (tgh taip ni pun kita nanges)... sungguh.. takde manusia lain pun lg rendah dari kita dlm 1000++ ni :-(
Yg kena tatatertib pun dapat 90%.. kija pun tak buat.. banyak EL, banyak kija luar.. kija dia bg orang buat.. still dapat 90%.. nanges aku taw.. manusia tidak adil!) :-(


07 December, 2015

Bandung Day 1 Part 2- Brunch & Graha Persona

Ok sambung (punya lah lama utk sambung cerita yg dah basi kan haha)..

Lepas mandi tu, kita suruh Pak Yayat bawak makan.
Tak kisah lah mana2, janji halal & sedap.
Diskas gapo terrr?!

Actually tak ingatlah apa nama resto nih...
Jaya apa ntah (malas pulak nak selongkar plastik travel bandung tu hehe).
Masakan Padang... kita dah biasa makan hidang camnih... sbb kat kelate pun ada.. RESTORAN HOVER.
Meriah kan lauk kita?  Actually dah biasa meriah camnih hehe!

Kita & abam ngap aje yang mana berkenan.. kita tak waswas, cuma kawan kita mcm tak yakin dgn makanan tu heee apa2pun.. kalau tak yakin, ga usah makan.. kita di negara orang.. kalau ga boleh itu ini, susah mahu jadi geng travel kita :-)

kita try air melon.  Kita sangka melon itu watermelon, rupa2nya tembikai susu.. bedal aje lah.. nasib sedap :-)

Kami tak lepak lama sebab nak menuju ke destinasi seterusnya + dina as usual tokleh duk diam.. ada2 je dia nak buat (panjat kerusi lah, berlari situ sini lah, mengubang lauk lah- terima lah seadanya anakku) :P

 Cikuuuuu cak!

Masa nak masuk kereta tu, kami didatangi mas jalanan jual fridge magent.
Dia merayu untuk cari makan demi familinya.. aduh aku sudah jatuh kasihan sama dia.  Tapi kami semua ga mahu beli.. sungguh, riaknya memang betul2 berharap kami beli :-(

Usai berlalu dari situ, kami tanya supir, mahal ga fridge magnetnya?
Katanya itu udah murah.. boleh aja dibeli.  Oh begitu?
Tak ada rezeki untuk mas fridge magnet tu :-(
Kawan kita kanan sekali dah teruja nak beli tu!

Kemudian kami terus menuju ke Graha Persona (ni pun dari info dari supir lain supaya pergi ke sini kerana katanya di sini banyak kain2 sulam yg up too date dari tempat lain.
Bila masuk.. alamak, mati akal.. nak beli ke tanak?  Sbb kita bukan lah penggemar kain pun.. cuma jatuh cinta pandang pertama dgn kain sulam hijau tu, reganya 210rb (RM67) & beli 2helai kain.
Banyak pilihan.. telekung pun ada.
Mmg uptoodatelah kat sini.
Antaranya (amik kat gugel jah)

Asalnya kami tak nak beli apa2 tapi the end kawan kita beli jugak hihi.
Ada gak org Malaysia yg beli kat sini... borong abis.. tp kita tak boronglah, kita tak minat jual kain.
Penat nak kejar dina!

Sesambil tunggu kawan kita pilih, dina as usual la suka giler berlari ke situ ke sini.. main sorok2 lah apa lah, dah la sekali tu tak nampak dia.. mcm nak luruh jantung, rupa2nya di sebalik kain2 tu.. adoiii kejjut mak tawww!

Ok lah.. lps selesai beli.. kita menuju ke destinasi seterusnya!

Takleh cite pepanjang lah.. bz bangat derrr!

26 November, 2015

Bandung Day 1 Part 1- Check In Pop Hotel

hahahahaha lama gila nak sambung 1 entry lain kan?
Bukan apa, kita mmg tersangaaaaaaatttttttttttttlah bizi.
Bos takde pun mmg kita bz jugak.
Pegawai kita ckp "musim2 ni mmg musim tak bercakap dgn orang, nak2 lagi masuk November-sehingga settle dokumentasi PPSM"

Okeeelahhh SAMBUNGGGGG CERITA PENDEK AJE KOT?!
Banyak gambar!

8.00pg touch down Hussein Sastra Negara Airport, Bandung.
Tertunggu2 juga dalam flight, takde bagi departure / arrival card ke?
Booked thru agoda.
RM248.59 jah 4hari 3mlm.
Kita try reedem points utk kawan kita, rupa2nya tak boleh.. kena guna atas nama sendiri je.. aduh ruginya sbb 1426points akan expired ujung tahun ni :-(

Sekali sampai airport baru staff airport bagi... rasa mcm tak releven je kot sbb once dah sampai airport, seharusnya passanger2 ni semua nak cepat & masalah2 sendiri.  Tapi tak pe lah, small matter aje.
Kawan kita pakai tudung kelabu mengendap apa tu hihi!

Kita sangat terkejutlah tengok airport tu sebab SANGATTTTTLAH KECIK & SEMPIT.
Expectation ku mengatakan bahawa airport nya besar sbb tourist kan selalu gi sana.
Supir kami:  Pak Yayat dari Hayukka Bandoeng

Bersesak2 lah seketika masa amik luggage.
Yang bestnya, luggage kawan kita rosak handle hu hu hu.
 Tugunegara ke apa nih?  
Jalan Macet sbb memasing bz nak gi kerja

Once tiba kat arrival luar tu, terpampang nama FIZI... kita pun tuju kat dia.. kita tak tanya la nama dia sbb dah tau.  Cuma awalnya deal dgn Dicky Hayukka tapi dapat Pak Yayat Hayukka huhu.
 Dina teruja tengok pemandangan Bandung
Haaa tengok budak tu.. tak menahan betolll pakai sunglasess siang terang benderang.
Yg dokong anak tu, husband kawan kita yg gi sesama

Naik keta avanza.. kiranya mcm reasonable la price Hayukka Bandoeng ni, dari review2nya... cuma luck tak luck je dpt supir ramah ke tak.. kita dpt Pak Yayat  yang pendiam sob sob sob!
Dia cuma tanya udah berapa kali datang ke Bandung.
 Dining hall.  Ingatkan nak tumpang mkn minum lps mandi, sekali dah abis dorg kemas sobbb!
Check in hotel.. smooth jah la sbb ckp melayu + indon (kita buleh la kecek indon huduh huduh heheh) + staff POp hotel ramah

Perjalanan dari airport ke Pop Hotel memakan masa 25menit.
Kita kasihatau nak singgah brekpes dulu then Pak Yayat kata biasanya rumah makan (kedai / gerai) bukak dalam 10pg.
Sbb biasanya penduduk kat sana brekpes di rumah.
Wah ye ke?  Kagum nya?!!
Tengok, banyak tak beg?  Hehehehh itu beg utk 4org hokkay!
Dlm bungkusan KOKO & HITAM tu ialah TURBANBABY.. pos ke sesama Indon free aja, so kita borong 6kg turbanbaby hikhik!

Oleh sebab itu, kita suruh dia gi Hotel dulu utk early check in.
Kawan kita mengucap panjang tgk driver2 kat sana drive, tak kira sapeda @ motokar..
bersimpang siur, selit sana sini.
Kita dah biasa dgn keadaan tu so kita tak de la takut sgt heheh.
 Kita rasa ok je bilik ni, kita bukan nak gi honeymoon pun.. nak gi jenjalan aje.. bukan nak pi tido hehe!
Nampak tak yang cembong tu, itu le toilet.. ala2 dalam kabin gittew.
Yg size XXXL pun boleh masuk.. tp abam bocey nak masuk tak boleh kut huhu!

Sampai hotel... kita terus ke kaunter untuk early check in.
Our luck, ada 1bilik kosong so boleh la share dgn kawan sementara.
Bayar 184rb (RM57)... tak kesah berapa2, janji boleh mandikan Dina & Airis.
Sian dorang penat tapi kita mandi jugak la dah alang2 dapat bilik kan? :-)
Pak Yayat kami arahkan tunggu dulu untuk ke destinasi seterusnya.
 Bilik memang takde gobok.. memula kita frust jgk sbb tak boleh nak hang pakaian.. sekali terjumpa kat pintu.. ada rupanya.. comel jah hanger dorang :P
Dalam keadaan toilet & level 7 (yg biru tu ialah hot / cold water)

Pop Hotel ni takde kettle dalam bilik, cuma kat setiap level tu ada tong hot / cold water so amik je kat situ.  Mula2 tak perasan, turun le kita kat lobi tu amik hot water.
Then kalau nak guna iron, kena bayar (tak ingat berapa rb), kita pulak lupa bawak travel iron so pakai je berkedut2 gitu.. pasroh haha.
 Sila recycle!
Yang bestnya hotel ni ialah.. tiap2 kali nak naik ke level atas, kena swipe kad spt dalam gambar tu.
Mcm kita dapat level 7.. maka ada kad baru boleh tekan 7.. kalau takde kad.. duduk lah tercongok hang dalam lif tu sampai kematu hehe.  Kalau duk level 7, dpt tekan utk level 7 aje le!  Tekan selain level 7 is tak boleh!  So secure di situ!
Kalau lupa bawak segala mak nenek sikat / berus gigi / sabun / shampoo / shower cap bagai... boleh beli paket toileterries nih.. 10rb jah (RM3.20).. kita beli 3utk buat souvenir :P
Ok lah lepas mandi manda ala kadar, kita turun nak gi brekpes & ke pasar baru.
Pak Yayat tunggu dengan setianya.

Overall kita ok je dengan hotel ni.
Maybe orang lain tak suka kot sbb ala2 bajet gittew.

Sambung... (Tak tau bila boleh sambung haha)

17 November, 2015

Cuti2 Bandung- Cerita Sebelum Berangkat

Holla!
Weh lama gila tak update.. as usual, bz ya amat kat ofis (ni pun mmg bnyk kali le tertangguh, baru siap.. so mmg aiii banyak kerja lah kan?  huhu)

Ok la sambung cite.. kita baru balik Bandung last week.
Pergi tu pun tak sempat study la sbb kita mmg bizi, kita gi berserah je

Ni schedule asal... then 2mggu sebelum gi, AA tukar schedule KL-BDO 3.20pm ke 7.50pm & BDO-KL dari 11.50pg ke 4.25pm

Semua jadi problem sebab kami dari KB!
Tp alhamdulillah... kami dapat tukar semua.  KL-BDO seawal 6.40pg so dapat la berlama skit kat bandung :-)

Awalnya deal secara live chat tp tak membantu la... staff nama Alif tu tanya 1 jawab 1.
Tunggu call.. tak call pun.. sudahnya gi kaunter AA terus di airport KB... settle!
Kita booking Pop Hotel Festival CT Link september 2015.
RM248.90/3 night.

Kita beli tiket ni Januari 2015 lagi (masa tgh cuti tanpa gaji- sbb banjir).
Kami dapat tiket RM366/2pax (KL-BDO-KL) tapi lps add on semua KB-KL-BDO-KL-KB dpt le RM1393 (2pax + 1infant).
Kali ni kita bawak Dina.. kesian weh nak tinggalkan dia time dia dah pandai mengenal nih.
Kiranya ni 1st time kita bawak Dina gi oversea so agak nebes jgk la, kot Dina melalak dlm flight. Pastu perkakas2 dina banyak jgk sbb dia isap susu botol... nak kena bawak air masak / hot water / susu heheh! 

Ini budak tokleh duk diam itu kalu
Haaa tengok tengok.. tak nak duduk langsung.
Duk dlm stroller kejap je pastu nak berlari

Ikutkan lps Aidilfitri tu tanak gi dah sbb tak cukup bajet tapi kawan beriya nak gi jgk.. maka kita pun beriya juga nak gi :P
Dapat kawan baru sesama travel.  Airis
Mencari flight di mana ada... delay 1jam wokkk!

Memula tu kita tukar duit sikit2 jah konon nak tunggu currency naik sikit.. tapi makin lama makin turun aduh sakit jiwa.
Memula tukar mid Oktober RM314= 1juta rupiah.
Then tukar 2minggu sebelum gi RM318= 1juta rupiah
Mggu berikutnya RM320= 1juta rupiah (tp kita dpt less RM319 sbb asik2 muka ni je gi tukar haha).
3hari nak gi RM321= 1juta rupiah
1hari nak gi RM320= 1juta rupiah
Ni jgk kija dia.. tolak stroller sendiri... kalu stop dia mare hukhuk.

Tapi kita mmg tukar sikit jah sbb kita btul2 bajet kaw2 punya.
Kita tukar RM697, abam tukar RM500.
Pastu kita tukar duit bisnes kita RM714 jah (tu pun bukan utk buat modal pun tp utk mkn2 / entrance fee / supir / tips bagai).
So total tukar RM1711 for two pax.
Penat aiii noks!

Kali ni kita gi dgn officemate kita.
Kena jaga elok2 sbb dia TAK PERNAH KE OVERSEA (SELAIN SINGAPORE) WAIMA NAIK FLIGHT SEKALIPUN, mmg tak pernah!  
Tiket dorg pun kita tlg belikan (aiii ajak lah kan.. sbb dia beriya suh kita ajak.. kita ajak lah, nak suh dia merasai negara orang) :-)
Cakkkkk?!!
Excited dia kat KLIA tgk aeroplane (gambo semua dlm hp abah dina.. tak transfer lagi)
Ni lah gheja dina, tido dlm flight.
Mujurlah seat kita ada 1kosong so blh la membuta hehe.

Sampai KLIA2 2pg.. so terus cari port utk tido.
Aiii tak tido lah.. sbb dah excited nak gi Indonesia ni hehe.
Dina syok benor tidonya dalam stroller pastu letak kat lantai pun tak sedar apa hoho adoi!

Masa lps imigresen tu lah rumit sikit utk laki.
Aii siap buang segala air.. tp the end tak cek pun.. kalu tak tau buang pun air tu!
Close up kikiki.

naik flight ke BDO dina sambung tido hihi alhamdulillah tak meragam.

Ok lah nnti kita sambung!




01 October, 2015

Kisah Buat Pasport Irdina

Ini kali nak bawak Irdina travel oversea pulak sbb 2x gi Guangzhou, tak bawak dina sbb masa kami gi tu, Dina baru berusia 8bln & 1tahun 1bulan :D

Ok kembali pada cerita.
Sebenarnya nak travel tu lambat lagi... 5-8 November 2015 (Khamis-Ahad) tapi oleh sbb semalam abam cuti so tak salah apply awal2 kan?
November nanti Dina 1tahun 11bln.
Image result for passport malaysia
Risau jugak sebenornya, kot2 mood dina tak elok masa snap gambo.
Tp ok la, dina behave je.
6.40pg dah kena mandi pagi... dina ni susah nak bangun (kuat tido mek dina... time tido mlm mmg kdg2 tido mati sampai esoknya hahaha) pagi tu nanges2 dia, nasib baik lps mandi sengih2 hehe.
7.20pg kita dtg punch kad & terus ke imigresen.
Lps park keta tu dina dah mintak puting dia, which means.. bila dah berputing, mmg susah bebenor nak suh dia buang.. kalau tarik gak dia nanges.


Lucu weh muka dina hahahah sabor je lah.
nak guna 5tahun... of course la bebeza dah rupanya skit2.

  • 7.50pg sampai.. peh dah ramai org!  Inform kat kaunter:  NAK BUAT PASPORT ANAK JE, KITORG PUNYA DAH ADA.  So staff imigresen mintak surat beranak ori & i/c abah dina  (kita lg skima, siap bawak copy kad kawen kehkehkeh motip sangatttt!)
  • Staff tu tanya tinggi dina.. kita ckp 76cm pastu kita sebenornya sakit lengan kanan tp kita ckp "anak mcm nak meragam je nih.. tak mo lps puting, ngantuk dah dia" lps kita ckp camtu, staff kaunter serba salah.. dia terus bg kaunter priority (warga emas, ibu ngandung, OKU).  Tp baby pun kira priority gak weh!
  • Masa tunggu turn, dina takmo lepaskan puting dia.. kita dah risau.. TAKKAN NAK BERGAMBO DGN PUTING KOT?!  Pastu abah dina bawak gi jln2 & bila datang, tadaaaa dina dah ceria skit tanpa putingnya hehehe.
  • 8.10pg no. kami 1001 di panggil.  Staff tu tanya dah ada gambar ke?  Kami takde gamba Dina lg (gambo selpi dina banyok le hihi).  Memula tu abah dina ribakan dina tapi tak boleh, dina kena duduk snd.. sebbaik duduk tapi baju pulok problem.  Dina pakai baju putih bunga2 biru / merah.  Staff tu suh cover dgn tudung hitam.  Bila letak kat badan dina.. dina tolak sambil ckp OKCIRRR, OKCIRRR (toksir, toksir) huhu alamak!  Abah dina pujuk2 lagi, letak tudung atas bahu dina.. pastu kita letak hp dina kat kamera imigresen sesambil ckp "selpi.. sinii dina.. pandang sini.. selpiiii!"  Fuh rasa berbelas2 kali kut suh dina pandang kamera,  
  • Staff tu siap ckp "dik, boleh pandang kamera?"  Uk aloh, mana la dina paham hehe.  Last2 masa dina hampir mengamuk tu, staff tu sempatlah snap gambo dina pandang kamera.. itulah hasilnya kehkehkeh lucu bebenor!  Ok lah dari takleh langsung haha.

Staff imigresen tu kata.. Dina ni kira senang dah snap gambo.. ada lg budak lain yg lagi lama & lagi payah.  Alhamdulillah la, nasib baik dipermudahkan sebelum dina ngamuk hehe.
Lps settle, byr RM100... 9.30pg boleh collect.
Tiket kami dua masa beli Januari 2015 heheh.
Tiket dina anytime je.. seluruh negara seluruh dunia sekalipun mmg RM100 return

Sementara tggu tu naik ke opis lama jumpa geng2.
Dina punya le suka sbb blh berlari2 & org duk layan dia hehe.
Dapat duit raya pulak tu :p
Kita lepak kat operator tu jah.
1st time pulak kita tengok dina susun duit mcm orang tua kekeke lawok, mana dia belajor ntah :P
Inilah hotel yang kita dah booking & bayar.. comel kan?

By 9.20pg tu ingat nak turun brekpes tp serba salah nak turun, so turun ke imigresen semula.. amik nombor & dina pun dah ngantuk.  Tunggu tak sampai 10minit, no.dipanggil.
Tadaaaa... lucu gila gambo dina hahahaha adoi serius kelakor!

Gambo tak berkaitan, ni masa raya haji aritu.. sibuk sgt nak selpi huhu.

Ingat senang ke nak snap gambo baby weh?
Memerlukan kesabaran yang sangat tinggi :P
Lobi hotel.. ngeee!  Di mana?  Rahsia! :P

Ok lah settle buat pasport irdina.. senang, tak perlu isi borang2 bagai :D
Tunggu nak gi je.. phewww tak sabor... 34hari lagi hehe!