AKHIRNYAAAA!
Setelah sekian lama menunggu (lama la sangatttt!),
saya dapat tapak car boot sale depan Tesco KB.
Setiap Jumaat.
Ganti peniaga yang tak dapat gi je.
Pg Jumaat tu tuan tapak PM tanya "
petang ni maybe ada tapak kosong, berminat?"
Saya pun tanya la abam dia nak gi ke tak.
Lepas semua dah on.. kitorg move on la beli apa yang patut untuk meniaga.
Ye la, tuan tapak tu inform 11.24pg, start meniaga nya 5ptg.. mau tak kelam kabut?!
Abam banyak bantu saya.. dia seorang yang kreatip.. harap saya.. memang takkkk timbul idea la letak headband kat kertas keras tu heheh. Masa ni pukul 5pm++
Sewa dari 5-8malam (yang buka pukul 4pun ada).
Besar jugak car boot sale ni.
Sebelah saya tu tapak jual baju baby.
Dia duk cite, masa mula2 bukak tahun 2012 dulu.. dia peniaga paling awal so memang tak ramai la gi car boot sale tu.. ye la ore Kelate mana terdedah lagi dengan dunia CAR BOOT SALE.. lama2 tu baru la ramai org & laku.
Ikut hati saya, sy buh dlm plastik je headband2 tu tp abam kata org tak nampak sgt so dia buat camni eheheh ok tq tq :D
Mula2 saya fikir (errr setakat jual barang baby- headband / musical mat / set mittens booties kiut / doodle mat.. ada ke yg nak beli.. kalau ada customer beli 1headban pun jadi la.. jgn takde yg beli langsung.. heh).
Tapi akhirnya ada juga yang beli.
Headband & lamaze toys
Ramai yang minat dengan MUSICAL PLAYING MAT tu tapi tak ramai beli sebab harganya mahal dari benda yg sy jual tu huhu.
Masa nak balik tu, tengah pikir "kalau next week dapat tapak lagi... nak meniaga apa mende? Stok makin kurang ni heh".
Peniaga sebelah tu kata amik je tapak dia tp bila tanya tokey car boot sale, katanya ramai lg nama yg menunggu hmmm.
Time ni dah 8pm++ so kami bersiap nak balik dah.
Sampai umah kira2 semua.. rasa mcm tak caya... "betul ke banyak ni dapat?" Ye la sebab saya tak bajet org berminat pun dengan barang baby huu!
Oh ya, kami tinggalkan irdina kat pengasuhnya.. sian pulak... tak sampai hati nak bawa sebab 1st time memang kelam kabut. InsyaAllah next time bawa :-)
Keadaan car boot sale dpn tesco... waktu maghrib mmg tiada orang. Nun jauhhhh sayup panjangnya dia.
*dah register untuk jual offline.. harap-harap akan menjadi milik saya & abam la.. situ tempat baru so kena redha la sikit kalau takde customer huuu*