AMARAN AWAL: KU TAHU LAH SUSU IBU ITU SUSU PALING BAGUS DI DUNIA SO JANGAN PERTIKAIKAN JIKA BACA ENTRY INI!
Dilema sungguh bab nak pilih susu formula nih.
Duk riki-riki pengalaman ibu bapa kat internet.. ada yang kata itu, ada yang kata ini.
DUMEX DULAC.
Dari hari pertama lagi Irdina diberi susu formula (di wad lah maksud saya!), sehingga hari ke-4.
Masa gi lawat dia tu bagi jugak le tapi tu pun kolostrum aje la yg keluar pun!
Yang paling bijaknya, saya tak tanya pun HUSM bagi susu FM apa ehehe!
Dumex Dulac 650gram RM18.10
Balik jumaat malam tu, Irdina duk nanges kelaparan je... ku pasroh aje la susu ku memang sendu!
Abam pun secepat kilat kuar 11.50pm cari susu FM, nasib ada 1kedai 24jam bukak kat Bunut Payong tu.. maka belilah Dumex Dulac 350gram (RM10.70). It's better than nothing! Nasib le Irdina minum!
Anmum Langkah 1.
200gram RM16.90
650gram RM50.50 di Manjaku & RM53.50 di Salamku.
ANMUM LANGKAH 1.
Abis DUMEX DULAC.. saje gedik gatai nak try ANMUM. Masa tu terpengaruh le dengan iklan bagus bagai + konon susu mahal tu lagi bagus (merepek je kan!). Kali ni Irdina minum Anmum serupa macam
ESOK DAH SELAMA2NYA DAH TAK STOK SUSU.. selera sungguh dia! Tak pernah le tak habis! Sempat la beli 3kotak.
S26 SMA 650gram RM37.
SMA Gold 650gram RM58.
S26 SMA.
Then riki-riki lagi kat gugel
"SUSU YANG MENAIKKAN BERAT BADAN" so para-para
sakura ibu bapa mencadangkan susu S26 SMA @ S26 Gold untuk menaikkan berat badan. AGAINNNN saya terpengaruh! So belilah S26 dengan harapan berat Irdina naik mencanak-canak. Tapi nampaknya
TAK BERJAYA! Irdina tak suka hokkay! Terus dia muntahkan susu tu.. tak pasal-pasal 2hari minum S26... asyik tukar baju je kerja Irdina (ye la muntah kena baju.. tukar le hehe). Maka riki-riki lagi... then baca komen-komen yang menyedarkan dirku ini dari LENA!
Ni berdasarkan kandungan DHA dalam setiap 100gram. Nutrisi utk perkembangan otak.
Kalau gitu, kandungan DHA Anmum rendah sikit berbanding Dulac 45.4mg hu hu hu.
Tapi tak semestinya minum susu yang sedikit kandungan DHA tu tak cerdik.. takde kajian eh cakap minum susu DHA banyak tu otometik jadi CERDIK / CERDAS / PINTAR BIJAKSANA :D
DUMEX DULAC & ANMUM LANGKAH 1.
Maka abam gi beli DUMEX DULAC (ku rasa suruh abam beli DUMEX DUGRO ehehe tak apa lah!) & Anmum.
Tengok Irdina minum sampai abis je. Haaa nampaknya Irdina rasi dengan Dulac & Anmum je kot. Tapi kalau dia minum Anmum lagi berselera huhu! So lepas ni stick dgn Dumex Dulac & Anmum aje la!
Oh ye.. saya bf ye.. bkn tak bf.. tapi kuantiti nya sikit je kalu pam pun. sian le Irdina.. udahla kelaparan, takkan le nak biarkan kelaparan lagik kan?! At least saya bagi dari tak bagi langsung, berselang seli bf dgn fm!! Parents mana yang nak anaknya kelaparan? Iskkk!
Moralnya, susu bagus bukan bergantung pada mahal @ murahnya harga tapi asalkan sesuai & rasi dgn baby anda! Kdg2 mahal tu sebab pengiklanan yg gah, kita duk byr he he he!
Ala dulu2 pun mana ada susu fm mahal2. Korang membesar dgn Dumex / Nestle / Nespray / Dutchlady je jgk kan? Tapi korang tak dungu kan? Sihat je kan? Masuk U je kan? Dapat gi oversea jugak kan? He he he! Negara omputih tak galakkan sgt iklan2 susu fm ni sebab dorang mmg menyokong 100% pada bf. Manaku tau? INCHE GOOGLE KAN ADA?!
Pernah terbaca komen seorang ibu ni: KORANG INGAT ANAK KORANG TU LEMBU KE NAK BAGI FM?! BAGI AJE LAH SUSU IBU! PAYAH-PAYAH SANGAT CARI IBU SUSUAN. Wah seorang ibu bercakap itu macam kah? Setiap orang ada la masalahnya sendiri, jangan ingat orang lain KAYA MELIMPAH RUAH susunya seperti dia! Cakap fikir perasaan orang lain jugak!
Sekian panjang lebar :P