Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

25 February, 2014

Kami berjaya Memburu Air Asia Free Seat

Akhirnyaaa!  Setelah bagai nak patah jari klik web Air Asia (gara-gara asyik masuk QUEUE & LINE ERROR), kami berjaya beli tiket.  (NASIB BAIK KALI NI ABAM YANG RAJIN NAK MENG'QUEUE'KAN DIRI hehe).
Setelah berhempas pulas tgk connecting flite dari KB-KL.. kena tgk sesuai ke idok dari KL ke sanun.  By the time duk banyak kali duk klik2 tu.. tetiba cepat pulak naik harga KB-KL time yg kami nak tu huhu!

Tapi domestik aje la.
Destinasi biarlah rahsia dulu...tempat meme femes TAPI... ABAM TAK PERNAH JEJAK LAGI OKE?!
Terkejut makkkk!  Masa diskas tu baru tau, tu pun setelah aku tanya "AWAK DAH BERAPA KALI PERGI *^&$%&#?  SAYA DAH PERGI 2X"  Then abam jawab TAK PERNAH GI.  Hahahahaha adeh kesian pulak.. tak pe tak pe.. nanti kita gi ok?  :P
See.. harga adults utk 2orang cuma RM110 return tapi untuk infants (2years above) RM100 return seorang... makan hati.. tiket baby lagi mahal dari kami sobbss!  Kami tak nak tinggalkan dia maka purchase lah jugak!  Udahle charge guna kad kedit RM32... serba serbi nak charge!  Dulu charge guna kad kedit RM10 jah!
Chanang beach on Langkawi
Pasti abam suka tempat gini.

Ikutkan hati abam, dia nak gi oversea tapi aku cakap ALANG-ALANG GI OVERSEA.. BIAR LE 4-5HARI PALING SEKEJAP.. KALU SETAKAT 3HARI.. TAK PUAS!  Betul tak?  :D
Boleh je nak gi seminggu sekali pun date yg kami berjaya purchase ni tapi memikirkan IRDINA KECIK LAGIK... KALAU DIA GI PUN, DIA TAK TAU APA2.. AT LEAST BIAR DIA BESAR SKIT & INGAT BILA BESAR ESOK2.  Kannn?
Photo: Yeaaaa.. Akhirnya umi & abah shaye dapat  tiket AA free seat bawak shaye travel sama2.  Tak dpt gi obersi pun tak apalah, muahssss.

cc utk abahnya:  Fiz Deidaa
Irdina Ufairah teruja kami dapat tiket bercuti bersama dia he he he!  (opss lupa nak buat entry dia dibotakkan heh!)

Takpla lah... Malaysia pun tak abis round lagi... 2014 KAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA?  Hehe!

23 February, 2014

Air Asia Free Seat - Big Card Priority

Air Asia buat big sales lagik (free seats), travel dari 1 Oktober 2014-30 April 2015.
Priority nya untuk BIG CARD HOLDER 23/2/3024... untuk yang takde BIG CARD, AA open pada 24/2/2014.


Haaaa... tetibanya aku gedik gatai merenyam nak klik2 sebabnya baby Irdina dah besar sikit time tu.
Saja nak cuba nasib walaupun aku tahu POINTS BIG CARD KU HANYA ADA 72POINTS SAHAJA.  Kekekekek!
Pukul 12pagi jgn harap le.. line meme jem gile!
So aku online 7.45pagi.. ofkos laju!

Ni antara yang aku saje klik!
(Dari KUL & harga untuk seorang return!):

  • LANGKAWI RM55
  • HO CHI MINH RM173
  • BANGKOK RM167
  • JAKARTA RM102
  • SIEM REAP RM181
  • SINGAPORE RM153
  • LOMBOK RM122 
  • BRUNEI RM125
  • TOKYO RM181 (MURAH GILERS KOOO!)
  • OSAKA RM206 (TEMPAT IDAMAN KU!)
  • GUANGZHOU RM265
Bukti KUL-Tokyo RM181 return hehe!

Tu je yg sempat klik, mls dah.
Abam cakap IKUT AWAK LA NAK BELI KE MANA2 PUN, YANG DEKAT2 JE KALAU BULEH.
Ye la... dkt2 je nak cari pun.  Kalau Irdina besar sikit, buleh le nak gi OSAKA ke, TOKYO ke kannn, bila lagi nak cakap bahasa ayam & itek? :D

notakaki:  nampaknya esok jugak le kena beli kalau betul2 nak travel pun!  Buleh guna kad kredit air asia (buleh kumpul points ke big card jgk hehe).  Tak tau lagi nak pergi mana




20 February, 2014

10hari lagi...

Sedar tak sedar... tinggal 10hari lagi tempoh berpantang ku.  3/3 ni merdeka yeaaah!
Fuh legaaaa.... buleh la makan makanan faberet ku iaitu AYAM!  He he he!
Dan tak sabar nak kuar jenjalan ni oiiiii!


Apa sebenornya erti pantang bagiku?

1.  BERPANTANG MAKAN.
Rasanya yang ni paling strict kot sebabnya aku siap print lagi makanan / minuman yang BOLEH & TAK BOLEH semasa pantang.


  • Tiap2 hari makan nasi lauk ikan cencaru bakar / selar + sawi letak blackpepper je... Makan ikan tu tak jemu tapi sayur yang jemu sebab sayuar feberet ku ialah KOBIS / BUNGA KOBIS / KACANG PANJANG / BROKOLI / JAGUNG.. sob sob sob takleh makan lagi.
  • Lepas tu makan EPAL & OREN setiap hari.. adeh boring sebab buah feberetku adalah MANGGA & MANGGIS!
  • Air tu pulak asyik2 MILO / HORLICKS / SUNQUICK OREN / KOPI / SUSU ANMUM... ish bosan gila!  Sebab air fav. ku adalah TEH AIS hahahah.  Orang cakap jangan minum MILO sebab buleh sembelit.. apadahallll?  Ubat sembelit kan ada?  Lagu syiokkkk dia keluar kekekekeke opsss!  3minggu sembelit, duk harap ubat je.. fuh gilaaa (sebenornya takut nak teran.. takut sakit.. padahal beranak tu lagi sakit.. hehe choii kan?)... sekarang tak dah hehe!  


Tapi kadang-kadang aku BROKE THE RULES jugek!  Aku makan bahulu / ayam goreng / kek gulung swiss roll tu / dadih / puding / roti jala..  keh keh keh.. tapi sekadar lepas gian je weh... tak berani makan banyak2.
Photo: Lunch untuk hari ini....
Bila malas masak.. inilah lunch saya hehehe!

2.  REHAT SECUKUPNYA.
Errr rasanya 4 5 hari pertama tu je kot duk rehat.. tu pun tak betah aku duduk... asyik duk pi mai pi mai buat apa yg patut dlm umah tu.  Orang tengok pun tegur sebab masa ni la kena rehat secukupnya.  Errr ye ke?  Kalau aku rehat, sape nak ngemas umah?  Aku bukannya ada maid pongggg!  Lainla korang suka benor tengok rumah bersepah2... pinggan mangkuk dlm sink 4 5hari baru basuh / lebihan makanan sumbat dalam peti jah sampai berminggu2 tak basuh.. (opsss ada org terasa ke?  kuang kuang kuang!).

3.  JALAN SELOW.
Oh sori lah, aku tak reti jalan selow.  Walaupun orang cakap nanti TUA ESOK2 BARU RASA... tapi aku spesis jalan laju... just wanna say "DIRI SENDIRI TANGGUNG"  Mmg jln laju tak mcm org beranak okeee!

4.  URUT / TUNGKU
Mengurut seawal hari ke-2 bersalin.  Sodap oiii.  Bertungku tu minggu berikutnya.  Bkn tiap2 hari la... seminggu sekali jah.
5.  BENGKUNG
Pakai 4 5hari pertama lps tu tak dah sbb asal pakai je gatal (sbb buh losyen kurus huhu).  Lps tu sesekali pakai ada le.. abam le kena pakaikan.
6. STOKIN
Masuk minggu ke3... tak pakai stokin... mls eh!  Udah le panas.. tak kuasa aku!  Malam je la pakai!
7.  SET BERSALIN
Guna set Anugerah sbb banyak guna luaran... 1botol je utk minum.. nasib baik sedap!
Ada pilis (bkn yg kalu pakai.. dahi jd hitam.. TAKKK... ni yg jenis mcm minyak.. takde color).. tu pun 1minggu lbh je pakai.

Itulah sedikit sebanyak.
Aku pantang sorang2 so sukahati nak buat apa kan hehe.
Siang ikan tu abam buatla sbb aku tak pernah reti nak siang ikan pun kehkehkeh.
Kalau abam tak reti jgk.. mkn ikan yg tak disianglah aku... ahaks.

Sekian CERITA PANTANG SEMPOI CARAKU :p

17 February, 2014

Angkara Abahnya...

Macam biasa sebelum tido, nak tukar diaper Irdina dulu.
Sekali abahnya saja ngacau budak tecit nih.
Lihatlah hasilnya:

Displaying 2014-02-11 00.36.58.jpg
Mula2 bedung dgn napkin lps tu bedung dgn bantal.. mula2 heartless
Displaying 2014-02-11 00.37.04.jpg
Lps tu mula buat muka....
Displaying 2014-02-11 00.37.17.jpg
Tada.... meraung sekuat hati.. takde separuh2 hati daahh ahaks... kesian.. penderaan fizikal sungguh :P

Don't this at home hihi!

14 February, 2014

Irdina Ufairah Bersama Kakak2nya...

Masa umur Irdina Ufairah 11hari.. abam bawa balik 2orang anak dia ke rumah kami untuk berjumpa dengan Irdina (walaupun berlainan ibu).  Tujuannya ialah supaya mereka saling mengenali & tak putus hubungan.
Mula2 tu cam biasa le saya risau jgk kot le anak2 abam tak suka adik barunya itu.
Masa Mimi & Mira naik tengok Irdina, dia senyap seketika (saya cakap dalam hati ALAMAK.. MIMI MUSTI TAK SUKA ADIK BARUNYA NIH).
 Sekali abam amik Irdina yang tengah tido & suruh anak2nya pegang.
Apa lagi.. berebut2 anak2 abam nak pegang Irdina hhehe.
 Pastu duk main2 dengan Irdina.
Kalau boleh dorang tak mahu lepaskan Irdina :D
Si Mimi tu pulok duk cerita macam2 dengan saya.. memang petah & ramahla budaknya..udah la cakap laju gila.  Saya pulak spesis tak cakap banyak.. takut gak, kang dia cakap saya sombong heh!
Minggu berikutnya tu Mimi datang lagi (tanpa Mira)... masa tu saya tengah ngantuk gile.. saya tido dalam bilik... Mimi masuk duk sebelah saya pastu duk cerita macam2.. aiyak... tak layan kang kesian.. maka layankan jugak la hihi.   Dia tanya NANTI IRDINA NAK MASUK SEKOLAH UMUR BERAPA?  DALAM PERUT IRDINA SUKA BUAT APA?  TAK LAMA LAGI IRDINA MESTI MINTA TABLET DENGAN UMI.... PERUT UMI ADA PARUT SEBAB BERANAK KAT IRDINA EH?  UMI.. BETUL KE KALAU BERANAK ANAK PEREMPUAN PUTUS 1 URAT & ANAK LELAKI PUTUS 2 URAT?
Kerja abam le nih... Irdina ni udah le putih... buh bedak camtu pulak.. hilang terus kechomelan huhu!

Erkkk?!  Garu pale nak jawab :D
Apa2pun... harap2nya lepas ni anak2 abam tak akan putus dengan Irdina Ufairah walau berlainan ibu  :-)
Dorang suka je ada Irdina.
Si Effa je belum kesempatan jumpa Irdina sebab maknya tak bagi kotttt... takut lettew.. opsss!

SEKIAN!



12 February, 2014

Worldless Wednesday- Saya & Abam

Lama tak bergambar berdua!
Hari ke-17 pantang (majlis cukur jambul Irdina Ufairah).
Gambar2 ni spontan, hasil bidikan adik ipar saya :-)








Sayam abam selamanya, muahhh!

10 February, 2014

Majlis Cukur Jambul

MAJLIS CUKUR JAMBUL IRDINA UFAIRAH BT ROFIZI
7 FEBRUARI 2014 (JUMAAT):  17HARI
7.30PG-6PTG
Time ni pukul 1pg++... gegehhh abam & my BIL.  Sofa tu dah jual tapi tuannya tak datang amik lg hehe!

Salam.. fuh dah lama tak online sebab laptop kat kedai, kena tukar keyboard baru.. ni pun pinjam laptop klinik abam.  Pastu malas pulak nak hupdate sejak ada anak ni... cewah kooo!  :P
Semua famili belah abam datang tolong.  Terima kasih semua :-)

Tiba2 nak update pasal majlis cukur jambul kan?  Kami decide nak buat majlis untuk Irdina seawal mungkin.  Biasanya orang lain buat hari ke-40.  Saje je buat awal-awal (akikah next time lah).
Jemaah sudah mahu menjamu selera... tu kopi dari kemboja.. jemaah kata KOPI KAWWW.. pekat ooo!
Sessi menjamu selera

1minggu sebelum majlis baru decide nak buat.  Mulanya nak buat petang tapi clash dengan majlis tahlil sedara dkt umah so kami decide buat pagi.  Kat kelantan biasanya memang buat awal-awal pagi.  Asalnya sedara tu cakap boleh start 8pg.
Tapi 2hari sebelum majlis, katanya Imam suruh start 7.30pagi sebab dia nak bagi ceramah pula 8.30pagi.. ok no problem!  Saya minta jemput dalam 20-30orang jemaah masjid.
Sian ini budakkkk.... 6.45pagi dah kena mandi... biasanya 9.30-10.30pg mandikan beliau!
Abam..... CAKKK!!!! :P

MENU:

  1. ROTI JALA:  2KG (dalam 110keping) walaupun saya rasa tak cukup sebenornya huhu
  2. ROTI BULAT:  10bungkus= 100biji (saya juga rasa mcm tak cukup)
  3. LAKSA / LAKSAM:  15kg

Ni pukul 11pg++... hidang laksa / laksam sebab roti / roti jala dah habis.. pttnya laksa ni jamu belah petang. Itu dadih buatan saya.. tetamu dtg, saya masih sibuk siapkan dadih... erk!

Kuah kari ayam & kuah laksa penang, my MIL yang buat.  Cuma kuah laksa lemak je yang order.
Semuanya last minit.. 3hari sebelum baru order he he he (NEXT TIME PLAN AWAL2 YE!)
The menu
Menu pemanis mulut

Oleh sebab saya macam tak berapa puas hati dengan kuantiti roti jala lepas tu takda pula manisan lepas makan, maka saya decide buat dadih.. nasib baik ada bekas2 kecik tu.  Boleh la dalam 97 bekas.
Ini atok kepada abam (atok mertua lah kan?  erkkk)... Umurnya 112 tahun... masih kuat.  Dia minum milo sahaja, air lain tak minum :-)
"radas2 yang diperlukan semasa majlis cukur jambul"== eh tak da pulak orang tu nak kebas bekas ni kan... hairan!  :D

Khamis malam tu my MIL, 2orang Brother in Law & sorang mak sedara abam datang tido kat umah tolong apa yang patut.  Saya & abam tido 2pg ++ haritu untuk siap2kan apa2 yang patut.
Rambut Irdina & cincin kawen saya yang dah patah riuk (layer pertama cincin pertama entah jatuh ke mana wuwuwwu sedehhh!)

6pg sy bangun nak buat dadih lagi tapi si Irdina pulak duk uk ek uk ek.. tak jadi gheja huhu.  6.50pg baru saya mandi.. siap2 mandi.. tadaaaa jemaah masjid ramai gila dah sampai 7pg.. alamak baru kalut nak siap.. nasib dah iron baju awal2 hehe.
Anak kepada officemate saya... tembam gila kan?.. umur baru 1tahun, chineese look abis... geram nak penyek2 je + pandai duk ciku cak hehe!

Pastu baru teringat yang air tak masak lagi.. aiyakkk!  Kalut ribut habis sebabnya 7.10pg dorang dah start selawat untuk cukur jambul.. sy berkejaran nak masak air (nasib ada 3kettle huhu)... tak jadi jugak buat kopi o dalam tong besar nya, tak sempat weh!  Tu pun bertambah lagi 2orang sedara yang datang, tak sempat gak.
Dah lama tak bergambar berdua dengan abam (lupa bergambar dgn Irdina huhu).  Cheat day.  SAYA MAKAN ROTI JALA, KARI AYAM, NASI AYAM GORENG + PEDAL he he he!  Lupa nak amik gambor berdiri... berat saya dah back to normal (53kg)  ngeee!

Saya frust gila sebab tak sempat langsung nak snap gambar masa Irdina dicukurkan jambul tu sob sob sob.  Ye la, kata majlis 7.30pagi kan.. ni 7.10pagi dah start sob!  By 7.30pagi tu dah settle majlis, dorang dah nak makan pun erkkk!  My MIL minta Imam buat semayang hajat sebelum majlis tapi imam kata takut tak sempat sebab dia nak kejar masa untuk gi ceramah pulak.  (Nak semayang hajat sebab dah 3x kami jumpa ular dalam rumah hu hu hu).
Tiba2 mak sedara abam gi jemur Irdina hehehe sian pulak dia.. dia takdak kuning (jaundis) tapi nasib baik 5 6menit jah heheh!

Lepas tu majlis berjalan dengan jayanya (cuma tersekat masa abam gi amik laksa sebab roti dah habis... roti bulat pun ada tinggal dalam 20biji je lagi).  Masa ni la kawan-kawan abam ramai yang datang, dia pulak takde.. adoi sabor je lah!  Bos abam pun datang.. nasib dia kenal saya.
My sister in law pun buat puding tambahan & yang lelain pun sibuk kat dapur.. saya sibuk layan tetamu.
Ada jg yang suruh saya rilek sebab dorang kata saya ni macam orang bukan dalam pantang pun.. laju kemain jalan hihi tak reti weh jalan selow!  Tp malamnya tu rasa sengal.. padan mukaku :P

1hari sebelum majlis baru terhegeh2 nak siapkan gudibeg :P

Ramai juga kawan-kawan abam yang datang.  Kawan saya tak ramai datang sebab dorang ni susah sikit nak datang kalau hari tak keje.. pelikkan hehe tapi tak apa... terima kasih pada yang datang :-)
Antara hadiah yang Irdina Ufairah dapat.. alhamdulillah... rezeki :-)

Saya noted majlis sampai 6ptg tapi ada juga kawan saya yang datang malam.  Hehhe tak apa lah.. dapat pahala kalau orang datang rumah kita :-)

Terima kasih pada famili belah abam yang datang bantu.  Kalau tak, patah tulang riuk jugak dibuatnya kalau buat berdua je huhu.  Terima kasih jgk kawan2 yang datang :-)