Bersama Selamanyaaa....

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Pregnancy tickers

29 November, 2013

AA Free Seat Lagik? Ahehehe!

2hari lepas promo ni baru aku tau yang AA buat FREE SEAT.
Sebabnya sekarang kan tengah peknen so tak amik tau sangat sebab kalau REQEUST nak beli, laki aku musti tanya ANAK NAK TINGGAL MANA?  Hu hu hu!
Travel dari 5 Mei 2014-31 Januari 2015.  (Padahal Januari 2015 tu dah buleh travel.. anak dah 1tahun daaaa, bawak aje le!).
Just try klik-klik 4 5tempat je, murah meme murah tapi apakan daya... aku bukan hidup seorang diri lagi nak grab tiket suka suka ati aku lps tu tanak pergi buleh burn suka suki je macam dulu.
Erm tak apa la, semangat travel aku tak akan pernah pudar.
Hope 2015 buleh start travel balik.  Kalau abam tak nak backpack, guna je Travel Agent (certain-certain country je la sebab agent mahal wooo).
Bawak anak nanti... buleh la guna Baby Carrier ni eh?  (Laki aku le jadi mangsanya tu bukan aku kakakaa larikkkk!).

*liyana lang:  hang baca dakkkk entry aku ni?  Project travel stroller tu hape mende?  Detail plis?  Air liur meleleh ni hahahah*


27 November, 2013

"Awak dah ngandung ke?" Huhhh?!!!

Kejadian bulan lepas masa ontheway balik dari Penang-KB.
Tiba-tiba x-schoolmate sms tanya "Da... awak dah ngandung ke?"
(dia agak ngamceng since darjah 4 sampai form 5.  Lps abis sekolah still hanging out dengan dia sampaila dia kawen).

Aku macam "aaaaaa? apa ni tiba-tiba tanya soalan camtu + soalan ni tak releven kalau fikir perasaan orang"
Pastu aku terus jawab sms dia "Awk baca je la wall FB saya.. sentiasa update".

So dia jawab:  "Kalau ikutkan EDD awk ujung Januari 2014, kalau betul... kita beza 2minggu je, saya tgh Februari.. tahniah hihi".
Pastu aku tak balas dah, sebab dia seperti nak bangga-banggakan diri dia.  Macam dia ucap tahniah utk dia pulak.
Aku jwb dalam hati eh motiflah sangat minah ni!  Sebabnya:

  • Masa aku mintak alamat nak pos kad jemputan, dia tanya bila tarikh kawen.  So aku jwb le "24/3/2013 dah cuti sekolah buleh la datang"  (sebabnya dia cikgu).  Dia jawab  "oh saya baru seminggu lebih habis pantang time tu, insyaAllah saya datang"
  • So hari kejadian memang dia datang dengan laki & anak dia.
  • Nak bagitau bahawasanya lepas je abis pantang.. terus MAKE LOVE (ML) pastu termengandung kali ke-2 walau sebulan lebih abis pantang hu hu hu (ye la aku kawen sempat piyed 1x & peknen= 1bulan 1minggu lps kawen).  
  • Bangga-banggakan diri yang dia SUBUR (walaupun dia tak cakap pun).  Ye la cuba imagine kalau aku tak peknen lagi... dia tak fikir ke perasaan aku @ mana2 kawan yang dia tanya?  Tak semua orang dpt rezeki cepat dapat anak. 
Attitude sebegitu tidak harus diamalkan.  Aku pun tak pernah bertanya 
  • DAH KAWEN BILA TAKKAN TAK PEKNEN LG?  (pernah orang bertanya soalan ni kat aku tak sampai 2minggu kawen hu hu hu BODO ke apa?)
  • BILA NAK TAMBAH ANAK?  
  • NAPE LAMBAT DAPAT ANAK.
  • Waima orang yang lambat kawen pun aku tak tanya BILA NAK KAWEN?  Ko gila ke apa nak tanya soalan tu?   
PERFECT MORON
kat sape-sape yang suka beratanya soalan sebegitu!
Kanggg aku dah tercakap huduh!

Pesanan khidmat sosial & untuk orang yang tak beretika:  LIFE ORANG TAK SAMA BEB.. JANGAN NAK SAMAKAN LIFE KITA DENGAN LIFE ORANG LAIN!



26 November, 2013

Mimpi Yang Tak Best Langsung!

Pg semalam overslept.
7.11pagi baru sedar (hp bunyik pun tak sedor diri)... nasib baik ada check up 8pg so takde la melompat terus gi mandi hehe.

Lepas abam mandi tanya dia "nape abam lambat bangun?"  Katanya ENTAHHH! (elelelele.. selagi saya tak bangun selagi tu le dia tak bangun!).
Aku cakap kat dia SAYA MIMPI YANG TAK BESHHHH!  Serius tak best!

Cerita mimpi:

"tiba-tiba kami berjiran dengan x-wife abam yang saiko gile tu pastu dia nak KONKER ABAM semula so dia suruh abam tinggal kat umah dia semula & main dengan anak-anak dia. Entah cemana, abam pun ikut jah kata x-wife nya itu & stay kat situ tak buleh balik, tinggal le aku sorang-sorang dengan hati yang sakit + jeles gile (1hari aje pun).  Abam main dengan anak-anaknya.   Arghhh geram aku weiiii.. Bila abam terlepas balik umah aku... aku tanya dia AWAK TAK FIKIR PERASAAN SAYA KE? (sesambil majuks & tarik muka & tarik tangan abam)  ....."
Tiba-tiba abam tanya "pukul berapa dah?"
Aku ckp "dah pukul 7.11pg.. lewat ni"   
Erkkkk nasib abis camtu je mimpi, kalau tak aku serius sakit hati walaupun dalam mimpi (sebab aku benci gila x-wife dia dalam alam realiti sekalipun):  maaf, aku meme jujur + aku PENCEMBURU AGUNG.

Uhuh udah-udahla bermimpi yang tak besh camni specially si saiko tu.
Bagi la mimpi indah-indah sikit, tengah main salji ke... bercoti dengan famili ke.. kannn?  Hehe!

(abam milik saya sorang jah.. tak buleh orang lain.. NOKTAH!)

25 November, 2013

Mengecat Rumah

*UP TO THIS DATE... LINE STREAMYX KAT RUMAH MASIH BELUM BOLEH DIGUNAKAN!*

Rasa macam nak berubah angin.
Boring la rumah asyik kaler putihhhhh je!
Kaler PINK PANTHER kata kawanku :D
Gigihnya beliau mengecat (suruh aku, memang tak aaaaa... sakit pinggang le huhu!)

Mula-mula ingatkan abam nak cat bilik baby je kaler ni (mentang-mentang le dah tau gigirl hehe), rupa-rupanya cat kat luar ehehehe ok jugak tapi gelap lah sikit jadinya.  Tak kisah.. janji berubah kaler :D
Cat dinding area kami tengok tv jahhhh!  Dinding lain still kaler putih!~
Sebenornya cat ni untuk cat rumah aku yang utk disewakan kat area HUSM tu tapi abam decide cat 2kaler jah.


21 November, 2013

Shopping Barang Baby 2nd round

Sehingga harini line Streamyx kat umah masih tak buleh digunakan.. argh tensen weh, lambat sungguh TMNet sambung kabel!  Kena update blog sorok2 kat ofis huhu.
_________________________________

15/11/2013 (Jumaat)

Window shopping jah kali ni.
Mula-mula gi Tesco just riki-riki beberapa brg baby & utk aku sekali.
Aku dah letak dalam troli Breast Pad RM23.90 (26keping) lepas tu letak balik sebab rasa MACAM MAHAAAAL JE?!  :D
Rambang mataku!

So abam ajak gi MANJAKU depan Tesco tu... aku on je heheheh!
Riki-riki jah yang mana patut beli next gaji (ye la, aku bukan spesis amik reta orang.. aku ni malu nak AMIK RETA ORANG... kami guna duit sendiri hokkay!).
Just beli set TILAM / BANTAL / BANTAL PELUK Doraeman je.  Padahal ada je tilam kartun murah sikit dari tu tapi sebab MACAM COMEEELLLL JE Doraemon tu, maka rembat seketul :D
Oh ye, Breast Pad kat Manjaku RM30 (60keping free 12).. fuh apa lagi, rembat le!
Abam pulak yang rambang mata, dia nak beli katil tu... memang comey (multifunction)- bkn dlm gambar tu.. buleh juga dijadikan buaian tapi bila aku fikir-fikirkan balik, bila baby tu dah buleh merangkak jalan bagai.. katil tu dah tak buleh guna dah sebab memang betul2 utk yang belum buleh merangkak / berjalan huhu membazir.. beli playpen / babycot biasa aje la ye?!  Tak snap gambar area baby cot... ada staff duk jaga.. ni amik gamba sorok2 heh

Ingatkan kejap jah dalam tu tapi ralit pulak hu hu hu.
Sempat compare price Drypers New Born kat Parkson RM29.90 tapi kat Manjaku RM27.90 huuu biasalah aku cheapskate :D
Lepas tu rasa mcm-mcm la nak beli tapi tahan la dulu nafsunye!  Beli apa yg patut dulu utk disumbat ke dalam beg gi spital hehe.
Lagipun duk 1jam je kat Manjaku sebab nak masuk solat Jumaat dah pun.
Hasil shopping pada Jumaat.  Semua barang-barang sulit pun masuk ahaks sure korang geli kan?  Apsal, masa ko pakai tu ko rasa geli ke? :D
1beli kat Tesco brand bodo2 jah, 1lg brand Autumnz kat Manjaku.
Tips beli Nursing Bra:  tambah 4size dari size sekarang (itu yg aku baca kat tenet la hehe).
Total dalam gabar RM231.00

Tak menyabar nak tunggu next gaji.  Esok dah start EXPO MATERNITY & BABY KAT MIDVALLEY.. kalaulah duk KL, kompim aku pi amik coti Jumaat untuk gi expo semata-mata sob sob sob!
Takpe.. beli kat Kelantan je... sama jugak kan?  :D

18 November, 2013

Kena Curi Lagik!

Aduh, rasa macam tension gila sebab area kabel TM Net area umah aku asyik kena curi je.
Paling teruk bulan lepas.  Hampir 2minggu tak buleh guna.. lepas buleh guna 4hari.. kabel kena curi balik.
Beberapa hari lepas tu ok then kena curi balik.  Total usage per month 1minggu ++ je hu hu hu.
(Dlm 5 6km dari rumah aku tu dah kena tangkap pencuri nya & masuk tv.. seorang berbangsa cina hmmm!)
Then bulan ni pulak, kena curi lagi  & pencurinya kena tangkap:  2orang melayu ha ha ha bodo.. apsal tak curi kabel elektrik je biar kena renjatan terus?!  Tak sampai 2minggu off lepas tu BULEH GUNA 1HARI then sampai sekarang line mati keras tak buleh2 guna lagi.
Org TM kata buleh call centre dorang kalau tak puas hati dengan bill.
Memang pon!  Sebulan bayar RM110 tapi servis tak sampai 2minggu.. tak kuasa nak labur kat orang (unless korang tu dah kaya tak tau nak campak harta kat mana mcm orang tu- oh apalah guna kalau amik harta orang kan... NAMA LAGI PENCURI hahahah).

*now online kat ofis je tu pun jeling2 jah kalau sempat... nak blogwalking sgt pun tak sempat huhu*